(navigation image)
Home American Libraries | Canadian Libraries | Universal Library | Community Texts | Project Gutenberg | Children's Library | Biodiversity Heritage Library | Additional Collections
Search: Advanced Search
Anonymous User (login or join us)
Upload
See other formats

Full text of "ebook tauhid dan jihad_1"

SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W. 
PENGAJARAN & PEDOMAN 

Dr. Mustafa as-Syibaie 

*♦♦ 

KANDUNGAN 

PRAKATA 3 

PENDAHULUAN 5 

Keistimewaan Sirah Nabi s.a.w. 5 

Sumber rujukan Sirah Nabi s.a.w. 1 

Al-Quran al-Karim 1 

Sunnah yang Sahih 1 1 

Syair Arab pada Zaman Kerasulan 12 

Kitab-kitab Sirah 12 

BAHAGIAN 1: KEHIDUPAN BAGINDA 

SEBELUM DIUTUSKAN SEBAGAI RASUL 15 

Peristiwa-peristiwa Sejarah 15 

Pengajaran dan Pedoman 18 

BAHAGIAN 2: PERMULAAN WAHYU 

SEHINGGA HIJRAH KE HABSYAH 22 

Peristiwa-peristiwa Sejarah 22 

Pengajaran dan Pedoman 25 

BAHAGIAN 3: SELEPAS HIJRAH KE 

HABSYAH HINGGA HIJRAH KE MADINAH 28 

Peristiwa-peristiwa Sejarah 28 

Pengajaran dan Pedoman 30 

BAHAGIAN 4: HIJRAH SEHINGGA 

NABI STABIL DI MADINAH 33 

Peristiwa-peristiwa Sejarah 36 

Pengajaran dan Pedoman 36 



www.dakwah.info 



BAHAGIAN 5: PEPERANGAN RASUL S.A.W. 44 

A) Peristiwa-peristiwa Sejarah 44 

1 . Ghazwah Badar al-Kubra 44 

2. GhazwahUhud 47 

3. Ghazwah Bani Nadhir 51 

4. Ghazwah al-Ahzab 52 

5. Ghazwah Bani Quraizoh 54 

6. Ghazwah al-Hudaibiyyah 56 

7. Ghazwah Khaibar 59 

8. Ghazwah Mu'tah. 60 

9. Ghazwuh al-Fath 62 

10. Ghazwah Hunain 63 

1 1 . Ghazwuh Tabuk 65 

B) Pengajaran dan Pedoman 66 

BAHAGIAN 6: PERISTIWA PENTING SELEPAS PEMBUKAAN MAKKAH 

SEHINGGA KEWAFATAN RASUL S.A.W. 82 

a) Ghazwah Hunain 82 

b) Meruntuhkan Patung Berhala 99 

c) GhazwahTabuk 104 

d) Hajjatul Wada(Haji Selamat Tinggal) 107 

e) Pengutusan Tentera Usamah 110 

f) Kewalatan Rasulullah s.a.w. 112 

g) Pengajaran 113 



www.dakwah.info 



PRAKATA 

Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawa 
keterangan dan petunjuk. Tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan 
kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji. 

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah; Saidina 
Muhammad s.a.w., penyudah segala rasul. Oleh itu Allah menjadikan sirahnya sebagai 
contoh teladan kepada setiap mukmin dalam semua aspek kehidupan mereka; kecil dan besar. 
Syariat yang dibawa Baginda juga adalah penyudah segala syariat. Oleh itu Allah menjadikan 
risalah Baginda sebagai risalah yang paling sempurna, memenuhi keperluan manusia di 
pelbagai suasana dan zaman. Selawat dan salam ke atas Baginda s.a.w. dan para sahabatnya 
yang membawa petunjuk lagi berbakti; golongan yang diketahui Allah kesejahteraan fitrah, 
kebenaran aqidah dan keagungan pengorbanan mereka. Lantaran itu Allah memuliakan 
mereka melalui tanggungjawab menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia di 
muka bumi ini. Mereka sanggup mengalirkan darah dan meninggalkan tanah air demi 
memperjuangkan risalah Islam. Mereka melakukan semua itu sehingga berjaya menunaikan 
tanggungjuwab yang diamanahkan, menyampaikan risalah, memberikan nasihat kerana Allah 
dan Rasul-Nya. Mereka memiliki jasa kepada kemanusiaan yang tidak mampu digambarkan. 
Setiap orang Islam terhutang budi kepada mereka sehingga hari Kiamat. Semoga keredhaan 
Allah menjadi milik mereka dan milik sesiapa sahaja yang menyintai mereka serta 
memperjuangkan panji-panji dakwah selepas mereka sehingga hari kiamat. 

Catatan ini saya tulis secara tergesa-gesa dan ketika itu saya sedang sakit tenat. Iaitu 
selepas saya menyampaikannya dalam beberapa kuliah kepada mahasiswa tahun pertama 
Fakulti Syariah. Dalam catatan tersebut saya cungkilkan beberapa aspek qudwah yang 
terdapat dalam sirah Rasulullah s.a.w.. Setiap individu Islam, para pendakwah, ulama dan 
fuqaha hendaklah meneliti dan sentiasa meneliti sirah Baginda s.a.w.. Supaya mereka 
memiliki kemuliaan lantaran mengambil teladan daripada Rasulullah s.a.w.. Agar mereka 
juga mampu membuka pintu kejayaan dakwah kepada manusia dan mendapat keredhaan 
Allah serta segala amalnya diterima. Mudah-mudahan mereka mendapat kemuliaan berada 
bersama Rasulullah s.a.w. di dalam syurga yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah bertirman: 

■* "ItT i ' ' - ' - *'*"{. ' ■• ■'T ■* " '* T t * 

J g'' J|' 1 g"">s-> i"y* ^—Sj>^> C«"«'>- 4j->-~b jAij^MjJ 4JJ| « Uj ^^y*J ... 

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh 
Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, 
mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. (An-Nisa': 
13) 

Saya membahagikan perbincangan ini berdasarkan metodologi berikut; 

Muqaddimah. Ia mengandungi dua perbincangan; 

Membincangkan keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w. dan taedah mempelajarinya. 

Membincangkan sumber sirah dan rujukannya yang sahih. 



www.dakwah.info 



B. Fiqh sirah. la mengandungi 10 bahagian 

Kehidupan Baginda sebelum diutuskan menjadi Rasul 

Kehidupan Baginda selepas menjadi Rasul sehingga hijrah ke Habsyah 

Kehidupan Baginda selepas hijrah ke Habsyah sehingga hijrah ke Madinah. 

Penghijrahan Baginda sehingga kedudukan Baginda stabil di Madinah. 

Peperangan Baginda bermula dari peperangan Badar sehingga Pembukaan Makkah. 

Perkembangan Islam di semenanjung tanah Arab selepas Pembukaan Makkah. * 

Kehidupan Baginda selepas Pembukaan Makkah sehingga kewatatan. 

Ciri-ciri perundangan Islam di Madinah. 

Akhlak Baginda serta titnah orientalis dan missionaris. 

Pengaruh Baginda dan risalahnya kepada alam. 

Saya memohon kepada Allah agar memberi taufiq kepada saya untuk meneliti dengan 
detil Sirah Nabi s.a.w. dalam tempoh masa yang singkat dan tergopoh-gapah ini. Supaya 
matlamat pengajaran subjek ini di Kuliah Syariah dapat dicapai. Pihak Kuliah Syariah sedang 
berusaha menanam minat kepada para mahasiswa dan mahasiswinya agar mempelajari 
pengajian Sirah Baginda yang bersih. Oleh itu mereka akan membawa nilai-nilai dan 
pengajaran sirah ke dalam jiwa mereka. Hasilnya, sikap istiqamah, perjalanan hidup yang 
bersih dan usaha-usaha pengislahan yang mereka lakukan akan menjadi teladan kepada orang 
ramai. Hingga seolah-olah Rasulullah s.a.w. hidup dalam kehidupan umat Islam umpama 
sinaran mentari yang menyinari kegelapan kehidupan mereka. la membekalkan tenaga 
kepada hati, akal dan tingkah laku mereka. Lantaran itu kemumiaan, istiqamah dan idealisme 
masyarakat Islam dapat dikembalikan. Sekaligus bakal menempatkan mereka sekali lagi di 
persada kepimpinan dan peneraju bangsa-bangsa di dunia. Firman Allah Taala mengenai 
umat Islam dapat dicapai sekali lagi: 

Oj-2-^iiJ I *-&J<^=> I j v ■ j j>=-« j-oJ I -i g •- a * gl \J^~ ^J S- 'T^ ' <S* ' ^_vJ"* ' * J-' 

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan 
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala 
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk 
dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar 
iman). (Ali Imran: 110) 

Mustofa as-Sibaie 

Damsyik, Ramadhan 138 1H 



1 Bahagian 6 hingga Bahagian 10 tidak sempat dibahaskan oleh penulis mengikut pembahagian ini. Dalam 
Bahagian 6, beliau hanya mengulas beberapa pengajaran daripada berbagai peristiwa penting yang berlaku 
selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan Baginda s.a.w.. Bahagian 6 ini ditulis di bawah topik, 
"Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan Rasul s.a.w." (pent.) 

www.dakwah.info 4 



PENDAHULUAN 

Keistimewaan Sirah Nabi s.a.w. 

Sirah Nabi s.a.w. mempunyai pelbagai keistimewaan yang menjadikan pengajiannya 
satu kepuasan roh, akal dan nilai sejarah. Pengajian ini juga menjadi kemestian ulama, 
pendakwah kepada Allah dan pengislah sosial. Pengajian ini menjamin mereka mampu 
menyampaikan Syariah kepada orang ramai dengan pendekatan yang menarik. Ini 
membuatkan orang ramai melihat Syariah umpama Khalitah Muktasim; tempat berlindung 
ketika berlaku kacau bilau dan huru hara. Pengajian ini juga akan membuka hati dan jiwa 
manusia untuk menerima pendakwah. Dengan itu, pengislahan yang diseru oleh para 
pengislah lebih menghampiri kejayaan dan lebih menepati sasaran. Kami ringkaskan 
keistimewaan Sirah Nabi s.a.w. yang paling menonjol dalam perbincangan berikut: 

Pertama: Sirah Nabi s.a.w. istimewa lantaran ia merupakan sirah yang menceritakan 
sejarah nabi utusan Allah ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah yang paling sahih. 
Sirah Rasulullah s.a,w. telah kita terima melalui susur galur ilmiah yang paling tepat dan 
paling pasti (Kita akan melihatnya ketika membincangkan sumber rujukan Sirah). Susur 
galur ilmiah ini tidak memberi ruang untuk kita meragui kebenaran peristiwa besar dan 
penting yang berlaku. Ia juga memudahkan kita mengesan peristiwa dan mukjizat yang 
ditokok tambah oleh akal yang jahil dan gemar menambahkan sifat-sifat mengkagumkan 
kepada Rasulullah s.a.w. pada zaman-zaman terkemudian melebihi apa yang dikehendaki 
Allah dan Rasul-Nya. Dia menyangka tokok tambah ini boleh menunjukkan kemuliaan 
kedudukan, kesucian risalah dan keagungan perjalanan hidup Baginda. 

Keistimewaan sirah yang sahih lagi tiada sebarang keraguan ini, tidak terdapat dalam 
mana-mana sirah rasul-rasul Allah terdahulu. Sirah Musa a.s. yang ada pada hari ini telah 
bercampur aduk antara peristiwa-peristiwanya yang sahih dengan pemalsuan dan pindaan 
yang dimasukkan oleh Yahudi. Kita tidak dapat merujuk kepada Taurat yang ada kini untuk 
memahami sirah Musa a.s. yang sebenar. Ramai pengkritik Barat meragui kandungan 
sesetengah safamya (surah-surah dalam Taurat). Sebahagian mereka memutuskan secara 
pasti bahawa sesetengah safar itu tidak ditulis pada masa Musa a.s. hidup atau sebaik sahaja 
selepas kematiannya. la hanya ditulis setelah berlalu tempoh masa yang lama tanpa diketahui 
siapakah penulisnya. Fakta ini sahaja sudah cukup menyebabkan kesahihan sirah Musa a.s. 
yang terdapat di dalam Taurat diragui. Justeru itu, orang Islam tidak dapat beriman dengan 
kesahihan sirahnya melainkan apa yang dinyatakan dalam al-Quran al-Karim dan Sunnah 
Nabawiyyah yang sahih. 

Pertikaian yang sama juga diperkatakan terhadap sirah Isa a.s.. Injil-injil yang diiktiraf 
secara rasmi oleh gereja-gereja Kristian hanya diperakui selepas beratus-ratus tahun kematian 
al-Masih. Tanpa sebarang kewajaran ilmiah, Injil- injil ini dipilih daripada ratusan Injil yang 
tersebar luas di tangan penganut Kristian ketika itu. 

Apatah lagi, hubung kait Injil-injil ini dengan penulisnya tidak disahkan melalui susur 
galur ilmiah yang memuaskan hati. la tidak diriwayatkan dengan sanad yang bersambung 
hingga kepada penulisnya. Para pengkritik Barat juga berselisih mengenai sesetengah nama 
penulis tersebut, siapakah mereka? Pada zaman manakah mereka hidup? 

Jika keraguan ini timbul terhadap sirah rasul-rasul selaku tukuh agama yang tersebar 
luas di dunia, keraguan yang lebih kuat berlaku terhadap sirah tokoh-tokoh agama dan ahli 
falsafah lain yang bilangan pengikutnya di dunia mencapai ratusan juta orang. Contohnya, 
Buddha dan Confucious. Kisah hidup mereka hanya berlegar di kalangan pengikut mereka 
sahaja. Ia tidak mempunyai asal-usul yang diperakui daripada kaca mata kajian ilmiah. la 
hanyalah diambil secara tergesa-gesa oleh para sami sesama mereka. Setiap generasi 



www.dakwah.info 



menokok tambah riwayat generasi sebelumnya. Mereka menambah riwayat-riwayat berunsur 
lagenda dan khuratat yang tidak dapat dipercayai oleh akal yang cerdas dan bebas daripada 
ketaksuban kepada agama-agama itu. 

Oleh itu, kita dapati sirah yang paling sahih dan paling diterima pakai secara 
mutawatir ialah sirah Muhammad, Rasulullah s.a.w. 

Kedua: Kehidupan Rasulullah s.a.w. pada setiap peringkat hidupnya amat jelas; sejak 
perkahwinan bapa Baginda, Abdullah dengan ibu Baginda, Aminah sehingga Baginda s.a.w. 
wafat. Kita mengetahui banyak perkara tentang kelahiran, zaman kanak-kanak, zaman 
remaja, sumber pencarian Baginda sebelum kenabian dan pengembaraan-pengembaraannya 
ke luar Makkah sehinggalah Allah mengutuskannya sebagai Rasul yang mulia. Kita juga 
mengetahui secara lebih detil, jelas dan sempurna setiap hal ehwal Baginda selepas perutusan 
tersebut daripada setahun ke setahun. Ini menjadikan sirah Baginda s.a.w. jelas dan terang 
seumpama matahari. Sebagaimana kata sesetengah pengkritik Barat: Muhammad s.a.w. satu- 
satunya tokoh yang lahir di bawah sinaran matahari. 

Fenomena seperti ini tidak mudah didapati di kalangan mana-mana rasul yang 
terdahulu. Kita tidak tahu sesuatu pun tentang Musa a.s. ketika zaman kanak-kanak, zaman 
remaja mahupun sumber pencariannya sebelum kenabian. Kita hanya mengetahui sedikit 
sahaja berkenaan kehidupan baginda selepas kenabian. Ini tidak memberi gambaran 
sempuma berkenaan keperibadiannya kepada kita. Hal yang sama diperkatakan tentang Isa 
a.s. Kita tidak mengetahui apa-apa tentang zaman kanak-kanaknya melainkan apa yang 
diceritakan oleh Injil-injil hari ini. Injil menceritakan bahawa baginda telah memasuki haikal 
Yahudi dan berbincang dengan pendita-penditanya. Inilah satu-satunya kejadian yang 
disebutkan tentang zaman kanak-kanaknya. Selanjutnya, kita tidak mengetahui hal ehwal 
beliau selepas kenabian melainkan peristiwa yang berkaitan dengan dakwah dan sedikit 
tentang cara hidupnya. Manakala selain daripada itu adalah perkara yang dilitupi kabus tebal. 

Di manakah kedudukan maklumat ini berbanding dengan maklumat yang disebutkan 
oleh sumber-sumber sirah yang sahih? Sumber-sumber ini menyebutkan secara detil 
kehidupan peribadi Rasul kita seperti makan, bangun, duduk, pakaian, rupa bentuk, gaya, 
percakapan, interaksi dengan keluarga, ibadat, solat dan pergaulan Baginda dengan para 
sahabatnya. Bahkan pendetilan dalam meriwayat sirah Baginda hingga ke tahap mereka 
menyatakan kepada kita bilangan uban di kepala dan janggut Baginda s.a.w.. 

Ketiga: Sirah Rasulullah s.a.w. menceritakan perjalanan hidup seorang manusia yang 
dimuliakan Allah dengan risalah-Nya. Namun ia tidak mengeluarkan Baginda daripada sifat 
kemanusiaannya. Kehidupan Baginda tidak disertakan dengan dongeng-dongeng, juga tidak 
ditokok tambah dengan sifat ketuhanan, sama ada sedikit mahupun banyak. Apabila kita 
bandingkan hal ini dengan cerita-ceritayang diriwayatkan oleh orang Kristian tentang 
perjalanan hidup Isa a.s., penganut Buddha tentang Gauthama Buddha, penyembah berhala 
tentang tuhan sembahan mereka, akan jelas kepada kita perbezaan nyata antara Sirah Baginda 
s.a.w. dan sirah mereka. Lantaran perbezaan ini, ia memberi kesan jangka panjang kepada 
tingkah Iaku kemanusiaan dan kemasyarakatan pengikut-pengikut mereka. Dakwaan 
ketuhanan kepada Isa a.s. dan Gauthama Buddha menyebabkan mereka berdua tidak boleh 
menjadi contoh teladan kepada manusia dalam kehidupan peribadi dan kemasyarakatannya. 
Sebaliknya, Muhammad s.a.w. akan terus menjadi model manusia yang kamil kepada sesiapa 
yang ingin hidup bahagia dan mulia dari segi diri, keluarga dan suasana persekitarannya. 
Oleh yang demikian, Allah Taala berfirman dalam kitab-Nya yang mulia: 



www.dakwah.info 



j>: 



^l r»3o-"i ^' '>?~3^ & cy^- "*^~^~ «j^>l ajoI Jj-^j jj l5J o^ ^-2-1 



Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan 
yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (heredaan) Allah 
dan (balasan baik) hari akhirat. (Al-Ahzab: 21) 

Keempat: Sirah Rasulullah s.a.w. meliputi setiap sudut kemanusiaan yang dimiiiki 
manusia. Ia menceritakan kepada kita perjalanan hidup Muhammad s.a.w. selaku pemuda 
yang amanah dan berakhlak mulia, iaitu sebelum Allah memuliakan Baginda dengan risalah- 
Nya. Ia turut menceritakan kepada kita perjalanan hidup Rasulullah sebagai pendakwah 
kepada Allah yang mencari cara paling efektif untuk memastikan dakwahnya diterima. Ia 
juga meriwayatkan Baginda sebugai pendakwah yang mencurah tenaga dan usaha yang 
maksimum untuk menyampaikan risalahnya. Begitu juga, ia menceritakan kepada kita 
perjalanan hidup Baginda sebagai ketua Negara yang mengasas sistem ampuh dan jitu untuk 
negaranya. Baginda melindungi negaranya itu dengan penuh waspada, ikhlas dan jujur. Ini 
menjamin negara tersebut untuk berjaya. 

Sirah menceritakan kepada kita perjalanan hidup Rasul sebagai seorang suami dan 
bapa yang mempamerkan sikap belas kasihan, hubungan yang baik serta memberi perbezaan 
jelas antara yang mana hak dan mana kewajipan untuk suami, isiteri dan anak-anak. Ia juga 
menceritakan perjalanan hidup Rasul selaku pendidik dan pemberi tunjuk ajar yang menyelia 
pendidikan para sahabat Baginda dengan pendidiknn yang ideal. Baginda memindahkan 
nilai-nilai pendidikan itu daripada rohaninya sendiri ke dalam rohani mereka, daripada 
jiwanya kepada jiwa mereka. Ini mendorong mereka untuk cuba mencontohi Baginda dalam 
sehalus-halus perkara sehinggalah ke sebesar-besar perkara. Begitu juga, ia menceritakan 
kepada kita perjalanan hidup Rasul selaku seorang teman yang melaksanakan kewajipan 
persahabatan serta memenuhi komitmen dan adab-adabnya. Ini menjadikan para sahabat 
Baginda mengasihinya sebagaimana mereka mengasihi diri mereka sendiri. Bahkan melebihi 
kasih mereka kepada keluarga dan kaum kerabat mereka. Sirah Baginda juga menceritakan 
kepada kita perjalanan hidup seorang pahlawan yang berani, panglima perang yang jaguh, 
politikus yang berjaya, jiran yang amanah dan pengikat janji yang jujur. 

Pendek kata: Sirah Rasulullah s.a.w. meliputi semua aspek kemanusiaan dalam 
masyarakat. Ini menjadikan Baginda contoh teladan yang baik untuk setiap pendakwah, 
panglima, bapa, suami, kawan, pendidik, politikus, ketua negara dan demikianlah 
seterusnya... 

Kita tidak dapati kesyumulan seperti ini atau hampir sama dengannya dalam catatan 
sejarah yang masih kekal pada kita; catatan sejarah berkenaan sirah rasul terdahulu, pengasas 
agama dan falsafah yang terdahulu mahupun yang terkemudian. Musa adalah model 
pemimpin umat yang telah menyelamatkan umatnya daripada belenggu pengabdian. Ia 
menerangkan kepada kita kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang sesuai untuk misi itu 
sahaja. Akan tetapi kita tidak dapati dalam sirah baginda, keterangan yang boleh dijadikan 
contoh teladan kepada pahlawan perang, pendidik, politikus, kepala negara, bapa, atau suami. 
Isa a.s. pula menjadi model seorang pendakwah yang zuhud, meninggalkan dunia dalam 
keadaan dia tidak mempunyai harta, rumah atau barang. Namun dalam catitan sirahnya yang 
terdapat di tangan orang-orang Kristian, beliau tidak mewakili seorang panglima perang, 
ketua negara, bapa, atau suami (kerana dia tidak berkahwin), penggubal perundangan, atau 
lain-lain lagi yang ditunjukkun oleh Sirah Muhammad s.a.w.. Perihal yang sama berlaku pada 
Buddha, Confucious, Aristotle, Plato, Napoleon dan lain-lain lagi tokoh-tokoh sejarah. 
Mereka hanya layak menjadi contoh teladan (sekiranya mereka layak menjadi contoh 



www.dakwah.info 



teladan) untuk satu aspek daripada pelbagai aspek kehidupan, iaitu dalam bidang yang 
mereka terserlah dan terkenal dengannya. Satu-satunya manusia dalam sejarah yang boleh 
menjadi contoh teladan untuk semua golongan, semua pemilik pelbagai bakat dan semua 
manusia ialah Muhammad s.a.w.. 

Kelima: Sirah Muhammad s.a.w. adalah satu-satunya sirah yang memberi dalil yang 
tidak diragui tentang kebenaran risalah dan kenabian Baginda kepada kita. Ia adalah 
perjalanan hidup seorang manusia kamil. Baginda mengharungi kehidupan bersama 
dakwahnya dengan mendapat kejayaan demi kejayaan; Bukan dengan cara peristiwa- 
peristiwa pelik yang melanggar adat kebiasaan mahupun mukjizat. Bahkan semata-mata 
dengan cara yang normal. Baginda s.a.w. berdakwah, lalu disakiti, menyampaikan risalah, 
seterusnya memperolehi penyokong. Jika terpaksa berperang, Baginda berperang. Baginda 
seorang yang bijaksana dan mendapat taufiq dalam kepimpinannya. Ketika hampir wafat, 
dakwah Baginda telah berkembang meliputi seluruh semenanjung tanah Arab. Dakwahnya 
tersebar melalui cara iman (keyakinan), bukan dengan cara paksaan atau kemenangan perang. 

Bagi sesiapa yang mengetahui pegangan dan budaya masyarakat Arab ketika itu, 
penentangan mereka melalui pelbagai cara sehingga ke tahap merancang pembunuhun 
Baginda, mengetahui ketidak seimbangan kekuatan Baginda dengan pihak lawan dalam 
setiap pertempuran yang Baginda menangi, mengetahui tempoh masa yang terlalu singkat 
dalam menyampaikan risalah sehingga ketawatan Baginda iaitu 25 tahun, semua ini 
memberikan keyakinan bahawa Muhammad adalah benar-benar pesuruh Allah. Kumiaan 
Allah kepada baginda seperti tabah (thabat), kekuatan, keupayaan mempengaruh dan 
kemenangan juga menunjukkan Baginda benar-benar seorang nabi. Allah tidak akan 
mendokong sesiapa yang mendustakan-Nya. Dokongan Ilahi ini adalah dokongan yang unik 
dalam sejarah. 

Sirah Rasulullah s.a.w. membuktikan kepada kita kebenaran risalah Baginda hanya 
melalui bukti-bukti lojik yang boleh diterima akal. Mukjizat yang berlaku bukanlah taktor 
utama orang Arab beriman dengan dakwah Baginda. Bahkan kita tidak dapati Baginda 
mempunyai mukjizat yang menyebabkan orang kafir yang ingkar menjadi beriman kerana 
mukjizat tersebut. Walau bagaimanapun, mukjizat berbentuk material tetap menjadi hujah 
dalam berhadapan dengan mereka yang menyaksikannya. Suatu yang pasti bahawa orang 
Islam yang tidak pernah melihat Nabi s.a.w. dan tidak pernah menyak-sikan mukjizat, mereka 
beriman dengan kebenaran risalah Baginda hanya kerana bukti-bukti lojik yang qat'ie dan 
masuk akal yang menunjukkan kebenaran dakwaan kenabiannya. Di antara bukti tersebut 
ialah: al-Quran al-Karim. Ia merupakan mukjizat yang boleh diterima oleh akal. Mukjizat ini 
menyebabkan setiap manusia berakal lagi bersikap adil dan insaf pasti beriman dengan 
kebenaran dakwaan kerasulan Muhammad s.a.w.. 

Ini berbeza sama sekali dengan sirah para nabi terdahulu yang disimpan oleh para 
pengikutnya. Sirah para nabi terdahulu menunjukkan kepada kita bahawa orang ramai 
beriman setelah melihat mukjizat dan perkara pelik yang menyalahi adat berlaku kepada 
rasul-rasul tersebut. Mereka beriman tanpa meletakkan akal sebagai hakim dalam menilai 
prinsip-prinsip dakwah para rasul tersebut, seterusnya tunduk kepadanya. Contoh palingjelas 
ialah sirah nabi Isa a.s.. Dalam al-Quran, Allah menceritakan kepada kita bahawa antara 
tunggak utama yang Allah berikan kepada nabi Isa a.s. untuk meyakinkan orang Yahudi 
tentang kebenaran risalahnya ialah boluh menyembuhkan orang buta dan penyakit kusta, 
merawat penyakit, menghidupkan orang mati serta memberitahu kaumnya apa yang mereka 
makan dan apa yang tersimpan di rumah mereka. Semua ini berlaku dengan izin Allah Azza- 
wajalla. Mukjizat-mukjizat ini menjadi penyebab orang ramai beriman kepada Nabi 'Isa 
secara beramai-ramai. Inilah yang diriwayatkan oleh kitab-kitab Injil kepada kita. Namun, 



www.dakwah.info 



mereka beriman dengan Isa a.s. bukan sebagai rasul, bahkan sebagai tuhan dan anak tuhan 
(Maha suci Allah daripada perkara ini). Inilah yang diceritakan oleh al-Quran kepada kita. 
Selepas pemergian nabi Isa a.s., agama Kristian tersebar melalui perkara luar biasa dan pelik 
yang menyalahi adat kebiasaan. Safar Kerja Rasul-Rasul menjadi bukti utama kepada perkara 
ini. Sehingga kita boleh katakan bahawa agama Kristian yang diimani oleh pengikutnya 
adalah agama yang tertegak di atas perkara luar biasa dan pelik yang menyalahi adat 
kebiasaan, bukan di atas keyakinan akal yang rasional. 

Di sini kita dapat lihat kistimewaan yang jelas dalam sirah Rasul s.a.w.. Tidak ada 
seorangpun yang beriman dengan Baginda disebabkan melihat mukjizat yang menyalahi adat 
kebiasaan. Bahkan dia beriman disebabkan keyakinan akal dan jiwa. Sekiranya Allah 
memuliakan Rasul-Nya s.a.w. dengan mukjizat yang menyalahi adat kebiasaan, ia hanyalah 
penghormatan kepada Baginda s.a.w.. Ia juga bertujuan mendiamkan penentangnya yang 
sombong. Sesiapa yang meneliti al-Quran al-Karim, dia akan dapati dalam usaha meyakinkan 
manusia, al-Quran bergantung kepada budi bicara akal, penyaksian pancaindera terhadap 
kebesaran ciptaan Allah, juga pengetahuan sempurna berkenaan Rasul yang buta huruf. Buta 
huruf Baginda s.a.w. menjadikan al-Quran yang dibawanya sebagai bukti kebenaran risalah 
Baginda. Allah Taala bertlrman dalam surah al-Ankabut: 

Dan mereka berkata "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) 
mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?" Jawablah (wahai Muhammad): 
"Sesungguhnya (urusan menurunkan) mukjizat-mukjizat itu adalah tertentu 
bagi Allah, dan aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas 
nyata" (Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat yang lain?) tidakkah 
cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran 
yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan itu 
mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman. (Al- 
Ankabut: 50-51) 

Apabila orang-orang kafir Quraisy melampaui batas dengan menuntut mukjizat 
daripada Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang dilakukan oleh umat-umat terdahulu, Allah 
memerintahkan Baginda menjawab: 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini 
hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?" (Al-Isra': 93) 



www.dakwah.info 



Perhatikan perkara ini dalam surah al-Isra' yang bermaksud: 

J_^ ^ja 4_>- — ±__U Oj^J _jl ^ \C-j~1j ^ysj^l ^jA UJ^s__J j^-iiU ^^j^J^^ IjJlij 

^jlj jl Lgul^T LLJLp cu^-Pj L^^Lo-jJl J___HL13 jl {JfJ} \jp*j& LgJbdi>- ^i^j *_1 I j>*Jl~3 c->--Lp j 
^^Jj ^Jj jU-lJI j j£3 jl yjy-j _-« c~*j -UJ Oj^ jl C£j5 "^W* 5-^-UJlj ^L 

.** fl j* -',«'.«' *** ^- ^- ^- Jl fl -»■ "* "** S ^ *-* j. j. _ j-* _" j* j» 8 

(©) "_j~u_; [/— Sf l<_U~T_)jh Jy ol^*^—" J-$ jOj_^_-> C-~f l-~s~ c ' Jjr-- (_£*>- I> ^*1/1 

Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai 
Muhammad), sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi, untuk kami. 
Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan 
anggur, kemudian engkau mengalir-kan sungai-sungai dari celah-celahnya 
dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau (sehingga) engkau 
gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau 
katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat 
untuk kami menyaksikannya. Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah 
rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami 
tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau 
turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya. 
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini 
hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?" (Al-Isra': 90-93) 

Demikianlah al-Quran menetapkan secara terang dan jelas bahawa nabi Muhammad 
s.a.w. adalah manusia dan rasul. Dalam membenarkan dakwaan kerasulan Baginda, al-Quran 
tidak bergantung kepada perkara yang menyalahi adat kebiasaan dan mukjizat, bahkan hanya 
berdailog dengan akal dan hati. 

_t 

-; „ " , * , * - ■= ,*s >' ■" f -'*'!' ■* ' ". 
_>_u*, }U jOj J_^_> 7~j^l }A -i^-^i 0' 4U' $ji tY— ' 

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk 
kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk 
menerima Islam. (Al-An'am: 125) 

Sumber rujukan Sirah Nabi s.a.w. 

Hanya terdapat empat sumber rujukan utama Sirah Nabi s.a.w yang diperakui: 

1. Al-Quran al-Karim 

Al-Quran merupakan sumber rujukan asasi yang kita cedok daripadanya Sirah Nabi 
s.a.w.. Al-Quran al-Karim telah menyingkap kehidupan Nabi s.a.w. semasa kecil: 

(cgjj) c£J-^ '-''-*-"' ^^JJ CH _>j-i \-*-i&. -J-J-f"^-l 

Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu lalu Dia memberikan 
perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu 
Dia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? (Ad-Dhuha: 
6-7) 

www.dakwah.info 10 



Al-Quran juga memaparkan akhlak Baginda yang mulia dan terpuji: 

|p^-^P jii- <Jj«J lh\j 

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al- 
Qalam: 4). 

Al-Quran turut membicarakan tentang keperitan dan sikap degil yang dihadapi oleh 
Baginda s.a.w. di jalan dakwah. Al-Quran juga menyebut tentang beberapa gelaran yang 
diberikan oleh orang musyrik kepada Baginda demi menyekat agama Allah 'Azza wa Jalla 
daripada tersebar, seperti ahli sihir dan orang gila. Selain itu, al-Quran juga memaparkan 
hijrah Rasul s.a.w., serta membentangkan pertempuran-pertempuran penting yang Baginda 
lalui selepas Hijrah. Antaranya Perang Badar, Uhud, Ahzab, Perdamaian Hudaibiyah, 
Pembukaan Makkah dan Perang Hunain. Al-Quran juga memperkatakan tentang sesetengah 
mukjizat Baginda seperti mukjizat Isra' dan Mi'raj. 

Ringkasnya al-Quran telah membicarakan banyak peristiwa dalam Sirah Rasul s.a.w.. 
Oleh kerana al-Quranl merupakan kitab paling dipercayai di atas muka bumi dan terbukti 
kebenaran secara mutawatir, seorang manusia yang berakal tidak sepatutnya tertikir untuk 
meragui nas-nas dan kekukuhan fakta sejarahnya. Oleh itu, peristiwa-peristiwa sirah yang 
didedahkan oleh al-Quran ini secara mutlak dianggap sebagai sumber sirah paling sahih. 

Namun dapat diperhatikan bahawa al-Quran tidak menyingkap peristiwa sirah secara 
terperinci, tetapi sekadar menyentuhnya secara ringkas. Dalam membicarakan sesuatu 
purtempuran perang, al-Quran tidak menyatakan sebab-sebab berlaku peperangan tersebut, 
bilangan orang Islam dan orang musyrik yang terlibat, mahupun bilangan tentera yang 
terbunuh atau ditawan di kalangan orang musyrik. Ia sekadar membincangkan pengajaran 
perang dan pedoman yang boleh diambil. Demikianlah sikap al-Quran dalam setiap kisah 
berkenaan para nabi dan umat terdahulu. Oleh itu kita tidak boleh berpada dengan hanya 
bergantung kepada nas-nas al-Quran yang berkaitan dengan Sirah Nabi s.a.w. untuk 
mendapatkan gambaran kehidupan Rasul s.a.w. yang lengkap. 

2. Sunnah yang Sahih 

Sunnah Nabi s.a.w. yang sahih terkandung dalam kitab karangan para imam hadis yang 
diakui kejujuran mereka lagi dipercayai di dunia Islam. Kitab-kitab itu ialah: 

Kitab Sunan Sittah (enam buah kitab hadis): Iaitu kitab Sahih Bukhari, Sahih Muslim, 
Sunan Abu Daud, Sunan an-Nasaie, Sunan at-Tirmizi dan Sunan Ibnu Majah. Begitu juga 
kitab al-Muwatto' karangan Imam Malik dan Musnad Imam Ahmad. Kitab-kitab ini, 
terutamanya Sahih Bukhari dan Sahih Muslim berada di tangga teratas dari aspek kesahihan, 
dipercayai dan pembuktiannya. Sementara kitab-kitab lain mengandungi hadis-hadis sahih 
dan hasan. Sesetengahnya juga mengandungi hadis daif. 

Sebahagian besar kisah kehidupan Nabi s.a.w., peristiwa, peperangan dan amalan 
Baginda terkandung dalam kitab-kitab ini. Daripadanya, kita dapat membentuk pemikiran 
yang menyeluruh berkenaan Sirah Rasul s.a.w. (sekalipun ia kadang-kadang tidak saling 
melengkapi). Antara perkara yang meningkatkan kepercayaan dan penerimaan terhadap 
kitab-kitab ini ialah, hadis-hadisnya telah diriwayatkan dengan sanad yung bersambung 
hingga kepada para sahabat r.a.. Merekalah yang bergaul dengan Rasulullah dan sentiasa 
bersama Baginda. Allah juga telah memenangkan agamaNya melului mereka, Rasulullah 
s.a.w. sendiri yang mendidik mereka. Oleh itu mereka adalah generasi paling sempuma 
dalam sejarah. Sama ada dari segi keluhuran akhlak, kekuatan iman, kejujuran percakapan, 
ketinggian roh dan kesempurnaan akal. Dengan ini, setiap hadis yang mereka riwayatkan 

www.dakwah.info 1 1 



daripada Rasul dengan sanad yang sahih dan bersambung, kita wajib menerimanya sebagai 
satu hakikat sejarah tanpa ragu lagi. 

Para orientalis yang mempunyai misi tersembunyi cuba meragukan kesahihan kitab-kitab 
sunan yang berada di hadapan kita ini. Mereka turut disokong oleh orang Islam yang menjadi 
pengikut mereka. Mereka mempunyai pegangan agama yang rapuh dan terpengaruh dengan 
Barat dan cendikiawannya. Tujuan mereka semua ialah meruntuhkan Syariah dan 
menimbulkan keraguan terhadap peristiwa dalam Sirah. Namun Allah yang 
bertanggungjawab memelihara agamaNya, telah menyediakan golongan yang menolak 
kebatilan dan tipu daya tersebut sehingga menjerut batang leher mereka sendiri. Dalam buku 
saya, as-Sunnah wa Makanatuha min at-Tasyri al-Islami (Sunnah dan Kedudukannya Dalam 
Perundangan Islam), saya telah dedahkan penat lelah ulama kita menyaring Sunnah Nabi 
s.a.w.. Saya juga menyenaraikan beberapa kekeliruan yang ditimbulkan oleh para orientalis 
dan pengikut mereka. Kemudian saya bahaskan melalui perbahasan ilmiah. Saya berharap 
kepada Allah agar memberi ganjaran pahala kepada saya kerana usaha tersebut. Juga, semoga 
Allah memasukkannya dalam lembaran suratan amalan kebaikan saya pada hari 
pembentangan amalan 

3. Syair Arab pada Zaman Kerasulan 

Tidak diragui bahawa orang musyrik telah menyerang Rasul s.a.w. dan dakwah Baginda 
melalui lidah para penyair mereka. Ini memaksa orang Islam menjawabnya melalui lidah para 
penyair mereka pula seperti Hasan bin Thabit, Abdullah bin Rawwahah dan lain-lain lagi. 
Buku-buku sastera dan sirah yang ditulis selepas zaman itu mengandungi banyak syair-syair 
sebegini. Melalui syair-syair ini, kita dapat membuat kesimpulan tentang fakta-fakta 
berkaitan suasana persekitaran s.a.w. hidup dan dakwah Islam mula lahir. 

4. Kitab-kitab Sirah 

Pada mulanya kisah dalam Sirah Nabi s.a.w. hanya merupakan hadis-hadis yang 
diriwayatkan oleh para sahabat r.a. kepada generasi selepas mereka. Sesetengah sahabat 
memberikan perhatian khusus terhadap setiap peristiwa yang berlaku dalam sirah Nabi s.a.w. 
dan pendetailannya. Kemudian, para tabien menukilkan riwayat-riwayat ini dan mencatatnya 
dalam lembaran simpanan mereka. Sesetengah mereka memberi perhatian khusus terhadap 
usaha ini, contohnya: Aban bin 'Othman bin Affan r.a (32-105H) dan 'Urwah bin az-Zubair 
bin al-'Awwam (23-93H). Contoh di kalangan tabien kecil pula iulah, Abdullah bin Abu 
Bakar al-Ansori (meninggal dunia pada 135H), Muhammad bin Muslim bin Syihab az-Zuhri 
(50-124H) yang mengumpulkan sunnah pada zaman 'Umar bin Abdul Aziz hasil 
perintahnya, juga Asim bin Umar bin Qatadah al-Ansori (meninggal dunia 129H). 

Kemudian keprihatinan terhadap Sirah telah berpindah kopada generasi selepas mereka, 
sehingga generasi ini menulis sirah dalam penulisan yang khusus (diasingkan daripada 
bidang yang lain). Di antara pengarang awal Sirah yang paling terkenal ialah Muhammad bin 
Ishaq bin Yasar (Ibnu Ishaq) (meninggal dunia 152H). Jumhur 'ulama dan para ahli hadis 
bersepakat mengatakan beliau thiqah, kecuali Malik dan Hisyam bin ' Urwah bin az-Zubair. 
Diriwayatkan bahawa Malik dan Hisyam mempertikaikan beliau. Namun, kebanyakan 'ulama 
muhaqqiqin menafsirkan tindakan kedua-dua orang 'alim besar ini mempertikaikan 
kethiqahan Ibnu Ishaq adalah disebabkan persengketaan peribadi yang berlaku di antara 
mereka. 

Ibnu Ishaq pula telah menulis kitab al-Maghazi. Kitab ini mengandungi hadis-hadis dan 
riwayat-riwayat, yang (didengamya sendiri di Madinah dan Mesir. Dukacitanya, kitab ini 
tidak sampai kepada kita. la telah hilang bersama kitab-kitab lain yang hilang daripada 
warisan ilmu kita yang kaya. Akan tetapi, kandungan kitab itu masih kekal terpelihara. 



www.dakwah.info 12 



Kerana Ibnu Hisyam telah meriwayatkannya dalam kitab sirah beliau daripada jalan riwayat 
gurunya, al-Bakka-ie, salah seorang murid Ibnu Ishaq yang terkenal. 

Sirah Ibnu Hisyam 

Beliau ialah Abu Muhammad Abdul Malik bin Ayyub al-Himyari (dikenali dengan 
Ibnu Hisyam). Membesar di Basrah dan meninggal dunia pada tahun 213 atau 218H 
mengikut perbezaan riwayat. Ibnu Hisyam telah menulis kitab as-Sirah an-Nabawiyah. Kitab 
ini mengandungi peristiwa sirah yang diriwayatkan oleh gurunya, al-Bakka-ie daripada Ibnu 
Ishaq, di samping peristiwa sirah yang beliau riwayatkan sendiri daripada guru-gurunya. Iaitu 
riwayat yang tidak disebut oleh Ibnu Ishaq dalam kitab sirahnya. Beliau telah menyebut 
riwayat Ibnu Ishaq yang tidak menepati citarasa ilmunya dan yang dikritiknya. Kitab ini 
muncul sebagai sumber Sirah Nabi s.a.w. yang paling amanah, paling sahih. dan paling teliti. 
Ia diterima oleh orang ramai menyebabkan mereka terus menamakan kitab itu dengan nama 
beliau; Sirah Ibnu Hisyam. Kitabnya ini telah disyarahkan oleh dua orang 'alim diri Andalus: 
as-Suhaili (508-581H) dan al-Khusyani (535-604H) 

Tobaqot Ibnu Saad 

Beliau ialah Muhammad bin Saad bin Mani' az-Zuhri (dikenali dengan Ibnu Saad). 
Lahir di Basrah pada 168H dan meninggal dunia di Baghdad pada 230H. Beliau adalah 
seorang penulis kepada Muhammad bin 'Umar al-Waqidi (130-207HJ, ahli sejarah yang 
terkenal dalam bidang kisah-kisah peperangan dan sirah. Ibnu Saad menyusun tulisannya 
dalam kitabnya, at-Tobaqot (selepas menulis tentang Sirah Rasul a.s. dengan menyebut 
nama-nama sahabat dan tabien mengikut lapisan generasi (tobaqot), kabilah dan kawasan 
mereka. Kitab beliau, at-Tobaqot dianggap antara sumber awal sirah yang paling dipercayai 
dan laktanya paling terpelihara dengan dinyatakan latar belakang sahabat dan tabien. 

Tarikh at-Tobari 

Abu Jaalar Muhammad bin Jarir at-Tobari (224-3 10H). Seorang imam, faqih, ahli 
hadis dan pengasas mazhab fiqh yang kurang tersebar. Penulisan beliau di bidang sejarah, 
tidak terbatas kepada Sirah Rasul a.s., bahkan sejarah umat-umat sebelumnya. Beliau 
menyediakan bahagian yang khusus untuk Sirah Baginda a.s., seterusnya menyambung 
perbicaraan tentang sejarah negara-negara Islam sehingga beliau hampir meninggal dunia. 

Apa yang diriwayatkan oleh at-Tobari boleh dijadikan hujah dan dipercayai. Walau 
bagaimanapun, banyak riwayat dhaif atau batil yang beliau sebut, beliau berpada dengan 
menyandarkan riwayat tersebut kepada perawinya. Ini kerana puda zaman beliau, orang 
ramai mengenali perawi tersebut. Contohnya, apa yang diriwayatkan daripada Abu Mikhnaf. 
Abu Mikhnaf adalah seorang pengikut Syiah yang taksub. Namun begitu at-Tobari banyak 
memasukkan riwayat beliau ke dalam tulisannya dengan cara menyandarkan riwayat tersebut 
kepada Abu Mikhnaf. At-Tobari seolah-olah melepaskan tanggungjawab riwayat tersebut dan 
meletakkannya ke bahu Abu Mikhnaf. 

Perkembangan penulisan Sirah 

Kemudian, penulisan Sirah terus berkembang. Sesetengah aspek telah ditulis secara 
khusus dan berasingan seperti, Dala-il an-Nubuwwah (Tanda-tanda Kenabian) oleh al- 
Asbahani, Syama-il al-Muhammadiyyah (Perwatakan Muhammad) oleh at-Tirmizi, Zadul 
Ma'ad (Bekalan ke Tempat Kembali) oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, as-Syifa' 
(Kesembuhan) oleh Qadhi 'Iyadh dan al-Mawahib al-Ladunniyah (Bakat-bakat Kurniaan 
Tuhan) oleh al-Qastoluni. Ia disyarah dalam lapan jilid oleh az-Zarqani yang meninggal pada 
tahun 1122H. 

Demikianlah, 'ulama masih terus menulis berkenaan Sirah ar-Rasul a.s. dengan cara 



www.dakwah.info 13 



moden yang diterima oleh citarasa anak-anak masa kini. Di antara kitab paling terkenal pada 
zaman moden kita ialah kitab Nur al-Yaqin fi Sirah Sayyid al-Mursalin oleh Syeikh 
Muhammad al-Khudhori rahimahullah. Kitabnya telah mendapat sambutan yang baik dan 
diputuskan untuk dipelajari di sekolah-sekolah agama di kebanyakan ceruk rantau Alam 
Islami. 



www.dakwah.info 14 



Bahagian 1 

KEHIDUPAN BAGINDA SEBELUM DIUTUSKAN SEBAGAI RASUL 

A) Peristiwa-peristiwa Sejarah 

Riwayat-riwayat yang sabit berkenaan kehidupan Baginda s.a.w. sebelum diutuskan 
sebagai Rasul menunjukkan kepada kita beberapa hakikat berikut: 

1. Bani Hasyim merupakan keturunan Quraisy yang paling mulia. Manakala Quraisy 
pula adalah kabilah 'Arab yang paling mulia dan berketurunan bersih. Mereka juga memiliki 
kedudukan yang paling tinggi di kalangan bangsa Arab. Diriwayatkan daripada al-Abbas r.a., 
daripada Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda: 

"Sesungguhnya Allah mencipta makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku 
daripada sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka 
(manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di 
antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti 
pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada 
sebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluarga- 
keluarga secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik 
keluarga (Bani Hasyim). Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga 
dipilih menjadi rasul dan penutup segala nabi) dan sebaik-baik keluarga di 
kalangan mereka. (asal-usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang Baginda 
tiada yang lahir daripada peninaan, bahkan melalui pernikahan yang sah) ". 
(Riwayat at-Tirmizi dengan sanadyang sahih). 

Oleh kerana keturunan Baginda s.a.w. adalah mulia di kalangan Quraisy, kita tidak temui 
isu keturunan menjadi bahan celaan mereka terhadap Nabi s.a.w.. Ini disebabkan kemuliaan 
keturunan Baginda cukup jelas kepada mereka. Quraisy telah mencela Baginda dengan 
banyak isu yang direka-reka tetapi bukan dalam isu keturunan. 

2. Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah telah meninggal 
dunia ketika ibu Baginda baru mengandungkan Baginda dua bulan. Apabila Baginda berusia 
6 tahun, ibu Baginda, Aminah pula meninggal dunia. Oleh itu, semasa kecil Baginda s.a.w. 
telah merasai pahit maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibu bapa. Selepas itu, 
Baginda telah dipelihara oleh datuk Baginda, Abdul Muttolib. Ketika berumur 8 tahun, datuk 
Baginda pula meninggal dunia. Dengan itu Baginda selanjutnya dipelihara oleh bapa saudara 
Baginda, Abu Tolib sehingga Baginda besar dan dewasa. Keyatiman Baginda ini telah 
disebut oleh al-Quran al-Karim dengan firman Allah Taala: 



csj& U-^ jil^p\ 



Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lain Dia memberikan 
perlindungan? (Ad-Dhuha: 6) 

3. Rasulullah s.a.w. menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang 
pasir, di perkampungan Bani Saad. Oleh itu, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, 
jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda 
dengan baik sekalipun masih kecil usianya. Bakat-bakat Baginda terasah dalam kemurnian 
dan keheningan padang pasir, dibawah kilauan pancaran matahari dan udara yang bersih. 

4. Keunggulan Baginda telah diketahui sejak kecil lagi. Tampak pada roman mukanya 
tanda-tanda kecerdikan yang menimbulkan rasa sayang kepada sesiapa yang melihat 
Baginda. Apabila Rasul s.a.w. datang ke majlis datuknya semasa zaman kanak-kanak, 



www.dakwah.info 15 



Baginda duduk di atas tilam datuknya. Sedangkan jika datuknya duduk di atas tilam itu, tiada 
seorangpun anak-anaknya (bapa saudara Rasul) akan duduk di atasnya. Oleh itu, bapa-bapa 
saudara Baginda cuba menariknya daripada tilam tersebut. Lantas Abdul Muttolib berkata: 
Biarkan cucuku ini. Demi Allah dia memiliki keistimewaan. 

5. Pada awal remaja, Baginda s.a.w. mengembala kambing untuk penduduk Makkah 
dengan bayaran upah beberapa qirat (1/24 dinar). Telah sabit daripada Baginda s.a.w., 
bahawa Baginda bersabda: 

Ulj ;J 13 Jh\ [}j^j Ij tliJlj ;ljlli *j»JI ( _ 5 £.j°j5 V) ^^jj °Cy^ 

Semua nabi pernah mengembala kambing. Mereka bertanya: Kamu juga 
wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Akujuga begitu. 

Dalam riwayat lain, Baginda bersabda: 

ll&a <_Ja V Ig-ucj Ulj ;4-il^. ti ? iill lIjjjjj Ij CIijIj ; <* jl a ° -^ aJ (JlSi aJa-ll (^c-J V) LjJJ 4I1I Cluu l_a 

Semua Nabi yang diutuskan Allah pernah mengembala kambing. Maka 
sahabat Baginda bertanya kepadanya: Kamujuga wahai Rasulullah? Lantas 
Baginda tnenjawab: Aku juga begitu. Aku pernah mengembala kambing untuk 
penduduk Makkah dengan upah beberapa qirat. 

Kemudian, apabila umur Baginda mencapai 25 tahun, Baginda berniaga untuk 
Khadijah binti Khuwailid. Baginda bemiaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat 
bayaran upah. 

6. Baginda s.a.w. tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah 
dalam bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat dalam 
gejala tersebut. Kitab-kitab sirah menceritakan dengan panjang lebar, semasa usia remajanya, 
Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlis 
perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur. 
Baginda hanya terjaga setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama 
kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain 
judi. Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat. 

7. Sejak Baginda mula mumayyiz, Baginda dikenali mempunyai akal yang matang dan 
pandangan yang bernas. Peristiwa perletakan Hajarul Aswad ke tempatnya di Kaabah 
menjadi bukti yang jelas terhadap perkara ini. Kaabah telah dilanda banjir menyebabkan 
dindingnya retak. Oleh itu, penduduk Makkah membuat keputusan meruntuhkannya dan 
memperbaharui binaannya. Mereka melaksanakan keputusan itu. Namun, apabila pembinaan 
sampai ke peringkat meletak Hajarul Aswad ke tempat asalnya, mereka bertengkar tentang 
siapakah yang akan mendapat penghormatan untuk meletak Hajarul Aswad ke tempatnya. 
Setiap kabilah ingin mendapat penghormatan itu. Pertelingkahan bertambah hebat sehingga 
mereka saling mengancam untuk berperang. Kemudiannya mereka bersetuju untuk merujuk 
kepada orang pertama yang memasuki pintu masuk Bani Syaibah (salah satu pintu Masjidil 
Haram pent) sebagai hakim. 

Sejurus kemudian, orang pertama yang memasuki masjid melalui pintu itu ialah 
Rasulullah s.a.w.. Apabila mereka melihat Baginda, mereka berkata: Ini al-Amin (gelaran 
kepada Rasulullah s.a.w.). Kami rela dengan hukumannya. Apabila Baginda diberitahu 
tentang pertelingkahan tersebut, Baginda menyelesaikan masalah itu dengan penyelesaian 
yang dipersetujui oleh semua pihak yang bertelingkah. Baginda membentangkan kain 
selendangnya, kemudian mengambil Hajarul Aswad dan diletakkan ke atas kain itu. Baginda 



www.dakwah.info 16 



komudiannya menyuruh setiap kabilah niemegang hujung selendang. Apabila mereka 
mengangkatnya dan Hajarul Aswad itu tiba ke tempat letaknya, Baginda mengambil dan 
meletakkannya ke tempatnya dengan tangan Baginda. Mereka semua berpuashati. Allah telah 
mengelakkan daripada berlaku pertumpahan darah orang-orang Arab melalui kecerdikan dan 
kebijaksanaan akal Baginda sehingga ke satu tempoh yang hanya diketahui oleh Allah. 

8. Semasa remaja, Baginda s.a.w. dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah di 
kalangan kaumnya, Baginda terkenal dengan hubungan baik, menepati janji, perjalanan hidup 
mengikut landasan yang lurus dan reputasi baik. Ini menarik minat Khadijah untuk memberi 
tawaran kepada Baginda agar mempemiagakan harta dagangannya melalui sebuah katilah 
yang pergi ke kota Busra setiap tahun. Khadijah telah menyerahkan harta dagangan kepada 
Baginda, sekali ganda lebih banyak berbanding yang diberikan kepada lelaki daripada 
kaumnya sendiri. Apabila Baginda pulang ke Makkah, hamba Khadijah, Maisarah telah 
menceritakan kepadanya sikap amanah dan ikhlas Baginda. Khadijah juga melihat 
keuntungan banyak yang diperolehi dalam perniagaan tersebut. Kesemua itu mendorong 
beliau untuk menggandakan upah Baginda daripada yang telah dijanjikan. Perkara ini juga 
menarik minat Khadijah untuk melamar Baginda. Baginda telah menerima lamaran Khadijah 
sedangkan Baginda 15 tahun lebih muda daripadanya. Kata-kata Khadijah merupakan 
perakuan terbaik terhadap kebaikan akhlak Baginda sebelum kenabian. Kata-kata ini beliau 
ungkapkan ketika menenangkan Baginda yang pulang dalam keadaan menggeletar ketakutan 
setelah didatangi wahyu di Gua Hira: "Tidak sekali-kali. Demi Allah, Allah tidak akan sekali- 
kali menghina kamu. Kamu menghubungkan silaturrahim, membela pihak yang lemah, 
memberi pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka 
yangberhak." 

9. Baginda bermusafir keluar dari Makkah sebanyak dua kali. Pertama, bersama bapa 
saudara Baginda, Abu Tolib ketika berusia 12 tahun. Kedua, ketika berusia 25 tahun, sebagai 
peniaga kepada harta dagangan Khadijah. Kedua-dua destinasi perjalanan ini ialah kota Busra 
di Syam. Dalam kedua-dua perjalanan ini, Baginda mendengar perbualan para peniaga, 
melihat kesan-kesan negara yang dilaluinya, juga adat-adat yang diamalkan oleh 
penduduknya. 

10. Beberapa tahun sebelum diutuskan sebagai Nabi, Allah telah menimbulkan rasa cinta 
kepada Baginda s.a.w., untuk pergi ke Gua Hira (sebuah bukit yang berdekatan dengan 
Makkah dan terletak di barat laut Makkah). Baginda berkhalwah di dalamnya selama sebulan 
(iaitu dilakukan dalam bulan Ramadhan. pent.) kerana memikirkan tanda-tanda kebesaran 
Allah dan kehebatan kekuasaan-Nya. Perkara ini berterusan sehingga datang wahyu dan 
turunnya al-Quran al-Karim kepada Baginda. 



www.dakwah.info 17 



B) Pengajaran dan Pedoman 

Daripada kisah-kisah di atas, pengkaji akan mendapati beberapa pengajaran dan kesimpulan 
seperti berikut: 

1. Sekiranya pendakwah kepada Allah atau pengislah berada di kedudukan yang mulia 
di kalangan masyarakat, orang ramai akan lebih tertarik untuk mendengar seruannya. 

Menjadi kebiasaan, masyarakat akan memperlekehkan para pengislah dan pendakwah 
sekiranya mereka berasal daripada latar belakang yang tidak dikenali atau keturunan yang 
hina. Apabila pendakwah yang menyeru masyarakat merupakan orang yang berketurunan 
mulia atau mempunyai kedudukan, mereka tidak mampu mentohmah pendakwah tersebut. 
Mereka hanya mampu mereka-reka titnah bagi melepaskan diri daripada mendengar dakwah 
atau kata-katanya. Oleh kerana itu, setelah Rasul s.a.w. mengirimkan surat kepada Hercules 
(Maharaja Rom) mengajak beliau dan kaumnya kepada Islam, soalan pertama yang 
ditanyakan oleh Hercules kepada Abu Suffian ialah: "Bagaimanakah keturunan Muhammad 
dalam masyarakatmu?" Abu Suffian menjawab, (ketika itu beliau masih lagi musyrik): "Dia 
daripada keturunan kami yang paling mulia." Apabila Hercules selesai bertanya dan 
mendengar jawapan Abu Suffian tentang diri Baginda, Hercules menerangkan rahsia soalan- 
soalan yang dikemukakannya. Hercules berkata kepada Abu Suffian: "Aku tanyakan 
kepadamu, bagaimanakah keturunannya? Kamu mendakwa bahawa dia daripada keturunan 
kamu yang paling mulia. Demikianlah, Allah hanya memilih nabi daripada golongan yang 
mulia dalam kaumnya dan mempunyai keturunan yang paling baik." Benar, Islam tidak 
meletak apa-apa nilai kepada kemuliaan keturunan dalam menilai amalan seseorang. Namun, 
seseorang menjadi lebih mulia, berkedudukan dan mudah menempa kejayaan jika dia 
berketurunan dan berkeperibadian mulia. Sebagaimana dalam sebuah hadis sahih disebut: 

Ij^aa lil a.%j>y\ Ji ^a j Ui. SjIaUJI ^ ^a j Ui. 

Mereka yang terpilih semasa jahiliah adalah juga mereka yang terpilih 
semasa Islam sekiranya mereka memahami. 

2. Ketabahan pendakwah menanggung keperitan sebagai anak yatim atau kesusahan 
hidup semasa kecil, menjadikan beliau lebih sensitif dengan nilai-nilai kemanusiaan yang 
mulia. Dia menjadi lebih belas simpati kepada anak yatira, orang miskin dan mereka yang 
diseksa. la juga menjadikan beliau berusaha untuk berlaku adil, melakukan kebajikan dan 
mengasihi golongan ini. Setiap pendakwah perlu kepada aset peri kemanusiaan yang mulia 
untuk membolehkan beliau merasai kesengsaraan orangyang lemah dan susah. Tiada yang 
boleh membekalkan perasaan kemanusiaan ini kepadanya kecuali beliau sendiri mengalami 
kesulitan yang dirasai oleh golongan yang lemah seperti anak-anak yatim, para fakir dan 
miskin. 

3. Pendakwah yang hidup dalam suasana yang lebih hampir kepada fitrah semulajadi 
dan jauh daripada kehidupan kompleks, kemumian fikiran, kekuatan akal, tubuh badan dan 
jiwa juga kesejahteraan rasional dan pemikiran akan mudah dibentuk. Oleh keranu itu, Allah 
tidak memilih orang Arab untuk melaksanakan risalah Islam secara kebetulan atau tanpa 
tujuan. Bahkan kerana mereka lebih berjiwa murni, berpemikiran sejahtera dan berakhlak 
mantap. Mereka lebih cekal menanggung kesukaran perang di jalan Allah dan menyebarkan 
risalah-Nya ke seluruh ceruk dunia jika dibandingkan dengan bangsa bertamadun yang 
berjiran dengan mereka. 

4. Hanya orang yang cerdik dan cerdas layak memegang tampuk dakwah dan 
kepimpinannnya. Orang yang bodoh dan sederhana pandai tidak layak menyandang 
kepimpinan gagasan, pengislahan mahupun kerohanian. Bahkan antara peraturan hidup, 



www.dakwah.info 18 



mereka yang bodoh, berpemikiran bercelaru dan pelik, tidak layak memimpin mana-mana 
bidang kehidupan. Sekiranya secara kebetulan atau situasi yang ada memberi peluang kepada 
mereka untuk memegang pusat kepimpinan, dia akan jatuh menjunam. Masyarakat akan 
memecatnya setelah mendapati tindak tanduknya menunjukkan kebodohan, kejanggalan dan 
pemikirannya yang bercelaru. 

5. Dalam urusan sara hidup, seseorang pendakwah perlu bergantung kepada usaha 
peribadinya dan sumber pencarian yang mulia. Dia tidak mengemis, merendah harga diri atau 
hina. 

Pendakwah yang benar dan mulia tidak rela hidup dengan hasil sedekah dan 
pemberian orang. 

Adakah mereka masih lagi mempunyai harga diri setelah mereka sendiri bertindak 
menjatuhkan maruah diri dengan sibuk meminta dan mengemis, walaupun bukan secara 
terang-terangan?! Apabila kita temui ada yang mendakwa dirinya berdakwah dan memberi 
tunjuk ajar, namun dalam masa yang sama sibuk mengaut harta orang ramai dengan 
bermacam-macam helah, sebenamya dia menghina diri sendiri. Bagaimana pula kaum dan 
jiran memandangnya?! Sesiapa yang merelakan dirinya hina, bagaimana dia mampu 
mengajak kepada kemuliaan akhlak, berdiri teguh menghadapi thaghut dan pembuat fasad, 
memerangi kejahatan dan kerosakan, serta membangkitkan roh kemuliaan, harga diri dan 
istiqamah dalam diri umat?! 

6. Kehidupan pendakwah yang lurus semasa remaja dan perjalanan hidup yang baik 
lebih menjamin kejayaan beliau dalam dakwah kepada Allah, pengislahan akhlak dan 
memerangi mungkar. Ini kerana, dia tidak akan berhadapan dengan orang yang mencemuh 
keperibadiannya ketika dia masih belum berkecimpung dalam dakwah. Ramai yang kita 
temui melakukan dakwah islah, khususnya pengislahan akhlak; taktor terbesar orang ramai 
menolak mereka ialah komen terhadap latar belakang hidup mereka yang tercemar dan 
akhlak mereka yang menyeleweng. Bahkan rekod masa lampau yang buruk menimbulkan 
keraguan terhadap kejujuran pendakwah seperti mereka. Mereka ditohmah berselindung di 
sebalik dakwah islah untuk mencapai sesuatu tujuan. Mereka juga dituduh hanya memulakan 
seruan pengislahan setelah merasa puas dengan kelazatan hidup dan syahwat. Mereka 
dianggap telah berada dalam kondisi atau usia yang tiada harapan lagi untuk mengejar 
kebendaan, harta, kemasyhuran atau kemegahan. Sementara itu, pendakwah yang hidup di 
atas landasan yang betul semasa remajanya akan sentiasa mengangkat kepala (tidak boleh 
diperendah-rendahkan) dengan dahi yang berseri-seri. Musuh-musuh pengislahan tidak 
menemui jalan untuk mencemuh masa lalunya yang terdekat mahupun yang lampau. Mereka 
tidak mampu mengeksploitasi sejarah lampau yang terpesong untuk memburukkan namanya 
atau mengajak orang ramai memperlekehkannya. Betul, Allah menerima taubat orang yang 
bertaubat dan kembali kepada-Nya dengan jujur dan ikhlas. Allah menghapuskan kejahatan 
yang lalu dengan kebaikan beliau yang kini. Akan tetapi, perkara ini tidak sama dengan 
pendakwah yang menunggu-nunggu kejayaan dakwahnya, disebabkan perjalanan hidupnya 
yang sentiasa berada di atas landasan yang lurus dan reputasinya yang baik. 

7. Pengalaman pendakwah berkelana, bergaul dengan orang ramai, memahami adat, 
situasi dan masalah mereka, memberi kesan besar kepada kejayaan dakwahnya. Pendakwah 
yang berinteraksi dengan orang ramai hanya melalui buku dan esei tanpa bergaul dengan 
mereka yang mempunyai berbagai aliran, adalah golongan yang gagal dalam dakwah islah. 
Orang ramai tidak akan mendengar kata-kata mereka. Seruan mereka tidak akan dapat 
diterima oleh akal, kerana orang ramai melilihat mereka jahil tentang kondisi dan 
permasalahan masyarakat. Sesiapa yang mahu mengislah golongan beragama, dia perlu hidup 
bersama mereka di masjid, di majlis dan dalam masyarakat mereka. Sesiapa yang ingin 



www.dakwah.info 19 



mengislah golongan buruh dan peladang, dia mesti hidup dengan mereka di kampung dan 
kilang. Makan bersama di rumah mereka dan berbual dengan mereka dalam persekitaran 
masyarakat mereka. Sesiapa yang ingin mengislah urus niaga yang berlaku dalam 
masyarakat, dia patut bergaul dengan mereka di pasar, gedung perniagaan, kilang, kelab dan 
majlis mereka. Sesiapa yang berhasrat mengislah keadaan politik, dia hendaklah bercampur 
dengan ahli-ahli politik, mengenali organisasi mereka, mendengar ucapan mereka, membaca 
perjalanan program dan parti mereka. Dia juga perlu mengenal pasti persekitaran mereka 
tinggal, latar belakang pengetahuan yang mereka jadikan sumber dan hala tuju mereka. Agar 
dia tahu bagaimana bercakap dengan mereka tentang sesuatu perkara dan perkara tersebut 
tidak menyebabkan mereka menjauhkan diri. Lantaran itu, dia dapat mengetahui bagaimana 
melakukan pengislahan terhadap mereka melalui strategi yang tidak mendorong mereka 
memeranginya disebabkan rasa benci dan beremosi. Itulah pengalaman hidup dan 
pengetahuan berkaitan kemanusiaan yang mesti dimiliki oleh pendakwah. Ini 
membolehkannya merealisasikan firman Allah Taala: 

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan 
dan nasihat pengajaran yang baik. (An-Nahl: 125) 

Alangkah indahnya kata-kata yang ma'thur: 

"Hendaklah kamu berucap kepada manusia mengikut tahap kemampuan akal 
mereka. Adakah kamu mahu Allah dan Rasul-Nya didustakan?" 

8. Dari masa ke semasa, pendakwah kepada Allah mestilah mempunyai waktu untuk dia 

bersendiri. Dalam tempoh itu, rohnya berhubung dengan Allah Jalla Sya'nuh. Jiwanya 
dibersihkan daripada kotoran akhlak tercela dan kehidupan kacau bilau di sekelilingnya. 
Bersendiri seumpama ini akan mengajak pendakwah memuhasabah diri, andainya dia cuai 
melakukan kebaikan, tergelincir dari landasan yang dituju dan menjauhi jalan hikmah. Boleh 
jadi dia melakukan kesilapan dalam cara, manhaj dan jalan, atau dia tenggelam bersama 
orang ramai dalam perdebatan dan perbincangan. Sehingga dia alpa daripada zikrullah, 
bermesra dengan-Nya dan lupa mengingati akhirat sama ada syurga mahupun neraka. 
Perdebatan tersebut menyebabkannya lupa tentang kesengsaraan dan kesakitan mati. Oleh 
kerana itu, tahajjud dan qiamullail menjadi tardhu bagi Nabi s.a.w. dan hanya sunat kepada 
orang lain. Orang yang sepatut mengambil berat amalan sunat ini ialah para pendakwah ke 
jalan Allah, syariat dan syurga-Nya. Khulwah (bersendirian), tahajjud dan qiamullail di 
penghujung malam mempunyai kelazatan yang tidak diketahui kecuali mereka yang Allah 
muliakan melalui amalan-amalan tersebut. Ibrahim bin Adham rahimahullah berkata seketika 
selepas bertahajjud dan beribadat: "Kelazatan yang kami kecapi jika diketahui oleh raja-raja, 
pasti mereka akan memerangi kami demi memperolehinya." 

Cukuplah untuk pedoman kita, firman Allah Tabaraka wa Taala yang ditujukan 
kepada Baginda s.a.w.: 



www.dakwah.info 20 



* * ^ ~* ' * ^ ' ^* '\ 9 1'* * * * ^ * T"* * ^ 



Jjjj <As> $j j! (g) ^LJi 4j^ J^aiil jl ;4_a_^ij "^LJi SfJ JJI >>i J-?>JI LJlj 

CjSIj LlUj jl^I ^a JJl S^b <jl (©) ^L-aj *^j5 —i-Lip ^^J-L*, bl (cfj§ '>Ljy <jl*^2Jl 



cn ^y 



Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu 
malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat). Iaitu 
separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu. Ataupun 
lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan "Tartil". 
(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing- 
masing dengan ibadat yang berat kepada hawa najsu, kerana) sesungguhnya 
Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi 
perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia 
menyempurnakannya). Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat 
kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. (Al-Muzzammil: 1- 
6) 



www.dakwah.info 21 



Bahagian 2 
PERMULAAN WAHYU SEHINGGA HIJRAH KE HABSYAH 

A) Peristiwa-peristiwa Sejarah 

Di dalam tempoh ini, peristiwa-peristiwa sejarah berikut terbukti berlaku: 

1. Wahyu diturunkan kepada Rasul s.a.w.: Apabila Nabi s.a.w. berusia genap 40 tahun, 

Jibril turun membawa wahyu kepada Baginda. la berlaku pada hari Isnin, 17 Ramadhan. 
Imam al-Bukhari r.hm. meriwayatkan kepada kita tentang cara penurunan wahyu dalam 
Kitab Sahihnya dengan sanad yang bersambung kepada Aishah, kata beliau: 

Perkara pertama yang mula-mula berlaku kepada Rasulullah s.a.w. ialah 
mimpi baik semasa tidur. Baginda hanya bermimpi melihat ia datang seperti 
cahaya subuh. Kemudian ditimbulkan kepada Baginda rasa cinta untuk 
berkhulwah (bersendirian). Baginda berkhulwah di Gua Hira. Baginda 
beribadat di dalamnya untuk beberapa malam sebelum pulang menemui 
keluarganya bagi mengambil bekalan untuk khulwah seterusnya. Kemudian 
Baginda kembali menemui Khadijah, mengambil bekalan yang seumpamanya. 
Sehinggalah wahyu kebenaran diturunkan kepada Baginda ketika berada di 
Gua Hira. Malaikat (Jibril) datang menemui Baginda seraya berkata: 
Bacalah. Baginda berkata: Aku tidak tahu membaca. Baginda menceritakan: 
Maka dia memegang dan menutupi aku sehingga aku merasa kepenatan. 
Kemudian dia melepaskan aku. Dia berkata lagi: Bacalah. Maka aku berkata: 
Aku tidak tahu membaca. Maka dia memegang dan menutupi aku untuk kali 
kedua sehingga aku merasa penat. Kemudian dia melepaskan aku. Dia 
berkata kembali: Bacalah. Maka aku berkata: Aku tidak tahu membaca. Maka 
dia memegang dan menutupi aku untuk kali ketiga. Kemudian dia melepaskan 
aku seraya berkata: 

(cjjj) £ujd u ^i^i^l^oJb (tfJj)^d-2JL) 

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan 
(sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. 
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia 
melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak 
diketahuinya. (Al-Alaq: 1-5) 

Setelah itu, Rasulullah s.a.w. pulang dalam keadaan gementar. Baginda mendapatkan 
Khadijah binti Khuwailid r.ha. seraya berkata: "Selimutkan aku, selimutkan aku." Khadijah 
segera menyelimutkan Baginda sehingga hilang rasa takut. Baginda menceritakan apa yang 
berlaku dan berkata: "Aku bimbangkan diriku." 

Lantas Khadijah berkata: "Tak mungkin. Demi Allah, Allah tidak sekali-kali akan 
menghina kamu. Kamu menyambung silaturrahim, menanggung pihak yang lemah, memberi 
pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka yang 
hak." 

Setelah itu, Khadijah bersama Rasulullah s.a.w. berangkat menemui Waraqah bin 
Nautal bin Asad bin 'Abdul 'Uzza. Waraqah merupakan sepupu Khadijah. Beliau seorang 
lelaki yang menganut agama Nasrani semasa jahiliyah. Beliau juga boleh menulis dalam 

www.dakwah.info 22 



bahasa Ibrani. Beliau telah menulis Injil dengan bahasa Ibrani setakat yang dikehendaki 
Allah. Ketika pertemuan ini, dia telah tua dan buta. Khadijah berkata: "Wahai sepupuku, 
dengarlah (kisah) daripada anak sahabatmu." Maka Waraqah bertanya kepada Baginda: 
"Wahai anak sahabatku, apa yang kamu lihat?" Lantas Rasulullah s.a.w. menceritakan apa 
yang telah dilihatnya. Waraqah berkata: "Ia adalah Namus (pembawa wahyu, iaitu Jibril) 
yang pernah turun kepada nabi Musa a.s.. Alangkah baiknya kalau aku masih muda remaja 
dan kuat. Semoga aku masih hidup ketika kaum kamu mengusirmu keluar." Lantas 
Rasulullah s.a.w. bertanya: "Adakah mereka akan mengusir aku keluar?" Dia berkata: "Ya. 
Tiada seorang lelaki yang datang membawa seperti apa yang kamu bawa, pasti akan 
dimusuhi. Sekiranya aku sempat dengan hari itu, aku akan menolong kamu semampuku." 
Tidak lama kemudian, Waraqah meninggal dunia. Sementara wahyu pula telah terhenti 
sementara waktu. 

Dalam riwayat Ibnu Hisyam daripada Ibnu Ishaq disebut: Jibril datang menemui 
Rasulullah s.a.w. ketika Baginda sedang tidur di Gua Hira. Dia datang dengan membawa 
sejenis bekas daripada sutera yang diletakkan kitab di dalamnya. Jibril berkata: "Bacalah 
(wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia 
menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. 
Yang mengajar manusia melaluipena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak 
diketahuinya." (Al-Alaq: 1-5). Baginda berkata: "Maka aku membacanya. Kemudian, setelah 
selesai dia beredar, lalu aku terjaga daripada tidur. Seolah-olah tertulis dalam hatiku satu 
tulisan." Baginda berkata: "Maka aku keluar (daripada gua itu) sehingga aku berada di 
tengah-tengah bukit. Aku dengar satu suara daripada langit berkata: "Wahai Muhammad, 
kamu adalah utusan Allah, aku adalah Jibril." Baginda berkata: "Lantas aku mendongak 
kepalaku ke langit untuk melihat. Tiba-tiba (muncul) Jibril dalam bentuk seorang lelaki yang 
menyandarkan kedua-dua kakinya di ufuq langit. Dia berkata: "Wahai Muhammad, kamu 
adalah utusan Allah dan aku adalah Jibril." Baginda berkata: "Aku tercegat melihatnya, tidak 
mara mahupun berundur. Aku memalingkan mukaku daripadanya di ufuq langit. Namun 
apabila aku memandang ke arah langit yang lain, aku tetap melihatnya juga. Aku terus 
tercegat berdiri, tidak ke depan mahupun ke belakang sehinggalah Khadijah mengutuskan 
utusan-utusannya mencariku.... (hingga akhir riwayat). 

2. Orang pertama yang beriman dengan Baginda dan memeluk Islam ialah isteri 
Baginda, Khadijah r.ha., kemudian sepupu Baginda, Ali r.a.. Ketika itu Ali masih kanak- 
kanak berumur 10 tahun. Kemudian diikuti pula oleh bekas hamba Baginda, Zaid bin 
Harithah. Kemudiannya Abu Bakar as-Siddiq r.a.. Hamba sahaya yang mula-mula sekali 
memeluk Islam ialah Bilal bin Rabah al-Habsyi. Oleh itu, Khadijah merupakan orang yang 
pertama beriman dengan Baginda secara mutlak. Rasulullah s.a.w. telah bersembahyang 
bersamanya pada petang hari Isnin. la merupakan hari pertama Baginda bersembahyang. 
Solat ketika itu dilakukan dua rakaat di waktu subuh dan dua rakaat di waktu petang. 

3. Kemudian wahyu terhenti untuk seketika. Berlaku perselisihan riwayat tentang 
tempohnya. Yang paling lama ialah tiga tahun dan paling singkat ialah enam bulan. Riwayat 
enam bulan itulah yang sahih. Ketika tempoh terputusnya wahyu, Rasulullah s.a.w. merasa 
susah hati dan amat dukacita, sehingga Baginda hampir-hampir keluar ke kawasan bukit dan 
ingin menghumbankan diri daripada puncaknya 2 . Baginda menyangka Allah telah 
membencinya setelah memilihnya untuk tugas risalah yang mulia. Selepas itu, wahyu 
kembali turun kepada Baginda, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab 



2 Ayat: "hampir-hampir menghumbankan diri daripada kemuncak bukit kerana dukacita wahyu terhenti 
sekalipun terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhah, ia adalah daripada retorika az-Zuhri. Ia tidak bersambung kait 
dengan riwayat asal. Sebagaimana yang disebut oleh pengarang kitab Fathul Bah. Lihat Fathul Bah 12/316. 



www.dakwah.info 23 



Sahihnya, daripada Jabir bin Abdullah al-Ansori, daripada Nabi s.a.w.: 

Ketika aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba aku mendengar satu suara daripada langit. Aku 
mengangkat pandanganku. Rupa-rupanya ia adalah malaikat yang telah datang kepada aku 
di Gua Hira'. Malaikat itu sedang duduk di atas kerusi di antara langit dan bumi. Aku 
merasa takut kepadanya, lantas aku pulang. Aku berkata: Selimutkan aku. Maka Allah Taala 
telah menurunkan: 

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan 
amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah 
kebesaran-Nya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan 
segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. (Al-Muddathir: 1-5) 

Setelah itu wahyu turun berterusan. 

4. Selepas itu, Rasulullah s.a w. mula berdakwah kepada Islam di kalangan orang yang 

dipercayai (kerasionalan) akalnya selama tiga tahun cukup. Hasilnya, beberapa orang lelaki 
dan wanita yang terkenal dengan pemikiran yang matang dan jiwa yang sejahtera, telah 
memeluk Islam. 

Setelah bilangan mereka yang memeluk Islam mencapai kira-kira 30 orang, Allah 
memerintahkan Rasul-Nya s.a.w. untuk menyampaikan dakwah secara terang-terangan. Ini 
dinyatakan dalam firman-Nya: 



C|p Cfej*^\ (j*- ^j&J j*P ^ P-W^li 



Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan 
kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan 
dan tentangan kaum kajir musyrik itu. (Al-Hijr: 94) 

5. Ekoran dakwah secara terang-terangan itu, bermulalah peringkat menyakiti orang- 
orang mukmin yang baru memeluk Islam. Bahkan Rasulullah s.a.w. turut disakiti. Orang 
musyrik merasa bimbang apabila Rasul memperbodohkan pemikiran mereka, membongkar 
kecacatan tuhan-tuhan mereka dan mengemukakan agama baru kepada mereka. Agama itu 
mengajak kepada Tuhan yang Esa. Tuhan yang tidak dapat dilihat oleh mata dan pandangan, 
sedangkan Dia yang mengetahui hakikat pandangan mata. Dia juga Tuhan yang Maha Lemah 
Lembut lagi Maha Mengetahui apa yang telah dan akan berlaku. 

6. Dalam tempoh ini Rasul s.a.w. bersama orang-orang mukmin berhimpun secara sulit 
di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Al-Arqam bin Abi al-Arqam ketika itu telah memeluk 
Islam. Baginda membacakan ayat-ayat al-Quran al-Karim yang diterimanya kepada mereka 
di samping mengajar mereka hukum-hakam dan syariat agama yang telah diturunkan ketika 
itu. 

7. Pada suatu hari, Rasul s.a.w. diperintahkan untuk memberi amaran kepada kaum 
keluarganya yang terdekat. Maka Baginda berdiri di bukit Sofa, menyeru satu persatu 
keluarga Quraisy. Baginda mengajak mereka kepada Islam dan meninggalkan penyembahan 
berhala. Baginda memotivasi mereka kepada syurga dan memberi amaran tentang neraka. 
Ekoran dakwah itu, Abu Lahab menengking Baginda: "Celaka kamu, adakah untuk ini kamu 
mengumpulkan kami?" 

8. Quraisy ingin bertindak ke atas Rasul s.a.w., namun bapa saudara Baginda, Abu Tolib 



www.dakwah.info 24 



melindunginya. Beliau enggan menyerankan Baginda kepada mereka. Setelah Quraisy 
beredar, Abu Tolib meminta Baginda untuk mengendur-kan dakwahnya. Baginda menyangka 
bapa saudaranya tidak lagi mahu membantunya, maka Baginda mengucapkan kata-katanya 
yang masyhur: 

A\\ oj^JaJ ^gja. J«VI IjA liljjl (j! (^gJc (_£jLuiJ ^gk j«a]|j ^ 1 j oj ^ (jnonill IjauJajjJ j»clj *&lj 

4j£jjLo 4jjj sill&ljl 

"Demi Allah, wahai bapa saudaraku! Kalau mereka meletakkan matahari di 
sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan 
urusan ini, sekali-kali aku tidak akan meninggalkannya, sehingga-lah Allah 
memenangkannya atau aku binasa kerananya ". 

9. Selepas peristiwa tersebut, orang musyrik semakin hebat menyakiti Rasul s.a.w. dan 
para sahabat. Sehingga ada yang mati diseksa dan ada yang buta. 

10. Apabila Quraisy melihat orang-orang mukmin tetap teguh dengan aqidah mereka 
(sekalipun diseksa dan disakiti), mereka membuat keputusan untuk berunding dengan Rasul 
s.a.w.. Mereka menawarkan harta sebanyak mana yang Baginda mahu, atau melantik Baginda 
sebagai raja mereka. Namun Baginda menolak semua tawaran itu. 

11. Melihatkan kedegilan dan penyiksaan berterusan Quraisy terhadap para sahabat, 
Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabatnya: "(Bagaimana) kalau sekiranya kamu keluar 
ke bumi Habsyah. Di sana ada seorang raja yang tidak menzalimi sesiapa yang tinggal di 
negerinya. (Kamu tinggal di sana) sehinggalah Allah menjadikan untuk kamu jalan keluar 
kepada kesulitan kamu ini." 

Oleh itu, para sahabat berhijrah ke sana untuk kali pertama seramai 12 orang lelaki 
dan 4 wanita. Namun, selepas menerima khabar pengislaman Umar dan kejayaan Islam, 
mereka pulang kembali ke Makkah. Akan tetapi, tak lama kemudian mereka pergi semula ke 
Habsyah bersama orang-orang mukmin yang lain. Bilangan mereka dalam hijrah kali kedua 
ke Habsyah ini seramai 83 orang lelaki dan 1 1 orang wanita. 

12. Selanjutnya, orang-orang musyrik bertindak memboikot Rasulullah s.a.w., Bani 
Hasyim dan Bani Muttolib. Orang musyrik tidak lagi berjual beli, bernikah dan bergaul 
dengan mereka. Orang musyrik juga tidak menerima sebarang perdamaian daripada mereka. 
Pemboikotan itu berlanjutan selama dua atau tiga tahun. Rasul s.a.w. dan orang yang 
bersamanya berhadapan dengan kesulitan yang teruk kesan pemboikotan tersebut. Ia berakhir 
hasil usaha tokoh-tokoh Quraisy yang rasional. 

B) Pengajaran dan Pedoman 

1. Apabila Allah ingin mendorong seseorang hamba berdakwah kepada kebaikan dan 
pengislahan, Dia akan mencampakkan ke dalam hatinya, rasa benci kepada kese-satan dan 
kerosakan yang dilakukan oleh masyarakatnya. 

2. Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah bercita-cita menjawat tugas kenabian dan tidak 
pernah mengimpikannya. Apa yang Allah ilhamkan kepada Baginda hanyalah rasa cinta 
untuk berkhulwah melakukan ibadat. Allah mengilhamkan perasaan tersebut sebagai proses 
pembersihan dan persediaan rohani untuk memikul bebanan risalah. Sekiranya Baginda s.a.w. 
bercita-cita memperolehi kenabian, nescaya Baginda tidak takut ketika wahyu diturunkan 
kepadanya. Baginda juga tidak akan menemui Khadijah meminta penerangan tentang rahsia 
kejadian yang dilihatnya dalam Gua Hira itu. Rasul s.a.w. mendapat kepastian bahawa 
Baginda adalah Rasul, hanya setelah melihat Jibril. Begitu juga setelah Waraqah bin Naufal 
menegaskan perkara itu kepada Baginda. Waraqah memberitahu Baginda, apa yang dialami 



www.dakwah.info 25 



Baginda di dalam gua tersebut adalah wahyu yang pemah diturunkan kepada nabi Musa a.s.. 

3. Jika dakwah islah merupakan satu perkara yang janggal kepada kepercayaan dan 
mentaliti kebanyakan orang ramai, pendakwah tidak perlu menyampaikannya secara lantang. 
Dia perlu menangguh langkah dakwah secara terang-terangan sehinggalah sebilangan 
manusia telah mengimani dakwah tersebut dan sanggup berkorban apa sahaja, mahal 
mahupun murah, demi jalan dakwah. Langkah ini dilakukan supaya jika pelopor dakwah 
disakiti, para pengikut yang beriman dengan dakwahnya akan bangkit melakukan kewajipan 
dakwah (menggantikan beliau). Dengan itu, kesinambungan dakwah akan terjamin. 

4. Rasulullah s.a.w. telah mengejutkan Arab dengan perkara yang asing bagi mereka. 
Oleh itu, mereka menyanggah keras dakwah Baginda. Cita-cita mereka hanya untuk 
menghapuskan Baginda dan para sahabat. Penentangan ini merupakan jawapan dalam bentuk 
sejarah terhadap dakwaan pejuang perkauman. Mereka mendakwa nabi Muhammad s.a.w. 
dan risalah Baginda mewakili cita-cita dan aspirasi Arab ketika itu. Ini adalah dakwaan yang 
melucukan. la ditolak oleh fakta-fakta sejarah yang diperakui, sebagaimana yang kita dapati. 
Sebab yang mendorong mereka membuat dakwaan sebegini hanyalah berpunca daripada 
sikap ekstrim dalam mendokong seruan perkauman. Dakwaan ini juga didorong oleh 
keinginan mereka menjadikan Islam sebagai urusan yang lahir daripada keperibadian dan 
pemikiran Arab. la juga merupakan keingkaran yang nyata terhadap kenabian Rasul s.a.w. di 
samping merendahkan-rendahkan risalah Islam. 

5. Walaupun setelah golongan jahat dan sesat mengenakan seksaan dan penindasan ke 
atas orang-orang mukmin, mereka tetap berpegang dengan akidah mereka. Ini menjadi bukti 
kejujuran iman dan keikhlasan pegangan akidah mereka. la juga menunjukkan ketinggian 
jiwa dan rohani mereka. Mereka menganggap kesakitan yang menimpa hanyalah sebagai satu 
kerehatan perasaan, juga ketenangan jiwa dan akal. Mereka lebih mendambakan keredhaan 
Allah Jalla Sya'nuh berbanding penyeksaan, halangan dan penindasan yang dialami oleh 
jasadmereka. 

Penguasaan hakiki bagi orang-orang mukmin yang jujur dan pendakwah yang ikhlas 
adalah kepada roh-roh mereka, bukan kepada tubuh badan mereka. Mereka segera menyahut 
tuntutan rohani tanpa menghiraukan kerehatan, kekenyangan dan kelazatan yang dituntut 
oleh jasad mereka. Dengan sikap inilah, dakwah telah menang dan kebanyakan orang ramai 
ber-jaya dibebaskan daripada kegelapan kesesatan dan kejahilan. 

6. Sabda Rasul s.a.w. kepada bapa saudara Baginda Abu Tolib dan keengganan Baginda 
menerima tawaran harta dan takhta yang ditawarkan oleh Quraisy menjadi bukti kebenaran 
dakwaan kerasulan Baginda. la juga menjadi bukti kesungguhan Baginda membawa petunjuk 
kepada manusia. Demikian juga, seseorang pendakwah sepatutnya tekad meneruskan 
dakwahnya walau bagaimana golongan batil berhimpun menentangnya. Dia perlu mengalih 
pandangannya daripada godaan mereka yang menawarkan kemegahan dan pangkat. Bagi 
orang-orang mukmin, susah payah di jalan kebenaran merupa-kan kerehatan jiwa dan hati 
mereka. Pada mereka, redha Allah dan syurga-Nya lebih mulia dan lebih berharga daripada 
segala pangkat, kemegahan dan harta dunia. 

7. Pendakwah mestilah berada bersama-sama para penyokongnya untuk tempoh tertentu 
pada setiap hari atau setiap minggu. la bertujuan untuk mempertingkat-kan keimanan mereka 
terhadap dakwah, mengajar mereka tentang jalan, cara dan adab dakwah. Dia wajib 
menjadikan perhimpunan mereka rahsia apabila bimbang keselamatan diri dan jamaahnya 
terancam ekoran perhim-punan terang-terangan. Langkah ini agar golongan batil tidak 
berkomporomi menghapuskan mereka atau mening-katkan penyeksaan dan penindasan ke 
atas mereka. 



www.dakwah.info 26 



8. Seorang pendakwah mestilah mengambil berat tentang kaum kerabatnya. Dia perlu 
menyampaikan dakwah islah kepada mereka. Namun sekiranya mereka menolak, dia akan 
mempunyai alasan di hadapan Allah dan manusia terhadap kerosakan dan kesesatan kaum 
kerabatnya itu. 

9. Apabila pendakwah mendapati jamaahnya dalam bahaya, sama ada kepada nyawa 
atau berbentuk ancaman titnah kepada pegangan akidah, dia mestilah menyediakan tempat 
yang selamat untuk penyokongnya daripada pencerobohan golongan batil tersebut. Usaha ini 
tidak menafikan kewajipan para pendakwah kebenaran untuk berkorban. Namun jika 
bilangan mereka sedikit, golongan batil akan berjaya menghapuskan mereka dan 
melenyapkan dakwah sekaligus. Sementara kewujudan mereka di tempat yang selamat, 
menjadi jaminan kepada kesinambungan dakwah dan penyebarannya. 

10. Perintah Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah sebanyak 
dua kali menunjukkan ikatan agama sesama golongan beragama (walaupun berbeza agama 
mereka) adalah lebih kuat dan kukuh. Ini berbanding ikatan mereka dengan penyembah 
berhala dan golongan atheis. Agama-agama Samawi dari segi sumber dan asas-asasnya yang 
aahih, sepakat dalam objektif utama sosial. la juga sepakat dalam persoalan keimanan kepada 
Allah, rasul-rasul-Nya dan hari Akhirat. Kebersamaan ini menjadikan jalinan kekerabatan 
antara agama-agama ini lebih kukuh berbanding mana-mana jalinan lain; Sama ada ikatan 
kaum kerabat, hubungan darah ataupun tempat tinggal yang berpasakkan pegangan atheism, 
keberhalaan dan kekuturan terhadap syariat Allah. 

11. Golongan batil tidak mudah menyerah kalah kepada pendokong kebenaran. Setiap 
kali usaha pembasmian dakwah yang digunakan gagal mencapai objektimya, mereka akan 
mencipta cara dan medium yang lain. Demikianlah penentangan ini akan berterusan 
sehinggalah kebenaran benar-benar mencapai kemenangan yang muktamad dan 
kebatilan menghembus nafasnya yang terakhir. 



www.dakwah.info 27 



Bahagian 3 
SELEPAS HIJRAH KE HABSYAH HINGGA HIJRAH KE MADINAH 

A) Peristiwa-peristiwa Sejarah 

Fasa ini lebih istimewa berbanding fasa-fasa yang lain ekoran berlaku beberapa peristiwa 
yang terkenal: 

1. Abu Talib, bapa saudara Rasulullah s.a.w. telah meninggal dunia pada tahun ke-10 
kerasulan. Abu Talib semasa hayatnya, kuat mempertahankan anak saudaranya, iaitu 
Rasulullah s.a.w.. Quraisy tidak berjaya menyakiti diri Nabi s.a.w. sepanjang hayat Abu Talib 
kerana mereka hormat dan gerun kepadanya. Apabila beliau meninggal dunia, Quraisy mula 
berani bertindak kasar terhadap Nabi s.a.w.. Lantaran itu, kematian beliau menimbulkan rasa 
sugul yang mendalam kepada Nabis.a.w..Nabi bersungguh-sungguh mendesak Abu Talib 
untuk mengucap kalimah syahadah ketika beliau terbaring nazak pada saat-saat akhir 
kematiannya. Namun Abu Talib enggan kerana bimbang beliau akan mendapat malu daripada 
kaumnya. 

2. Khadijah r.ha. juga meninggal dunia pada tahun yang sama. Sebelum itu, Khadijah 
berperanan meringankan kerungsingan dan kesedihan Rasul s.a.w. lantaran permusuhan 
Quraisy yang dihadapi Baginda. Apabila beliau meninggal dunia, Baginda merasa terlalu 
dukacita. Tahun kematian bapa saudara Baginda, Abu Tolib dan isterinya, Khadijah 
dinamakan sebagai "Tahun Dukacita". 

3. Apabila tipu daya dan perbuatan menyakiti Rasul s.a.w. yang dilakukan oleh Quraisy 
semakin hebat, iaitu selepas kematian bapa saudara dan isteri Baginda, Baginda menuju ke 
Taif. Baginda ke sana dengan harapan akan mendapat sambutan yang baik dan sokongan 
kepada dakwahnya di kalangan Bani Thaqif. Namun mereka menolak dakwah Baginda secara 
kasar. Mereka menghasut kanak-kanak untuk menyakiti Baginda. Kanak-kanak tersebut telah 
melontar batu ke arah Baginda sehingga darah mengalir daripada kedua kaki Baginda yang 
suci. Baginda telah berlindung di sebuah kebun. Baginda memanjatkan doa kepada Allah 
dengan penuh khusyuk: 

djji (JLa_JjSI .3-k.ji djji jjA-JjSI aj_jilj JjlliSI (__lc (_5-jljAj (^'Sj-t 4JSj (^jS ' tojja J-uii tillSI a^ASI 

c_Ll jfL aJ (jj (_£ J«l 4 "^-" (JJ-JJ^ 3 (_^j j-i CS-W"?-y J"^ <_T^] (_, JJ-^-i L>° <_A' LtU '— "'j (jj^* ' Jalu-aSI l__J 

jJaj^l J dlljAjjJI a! __)«.___>! _g_SI '^Sg^ j jjil -jci <__! *-_iji __-A __jj_Ic j--j ^gJljl ili (__Jc LOi ?-ir. 

"- Sl tilS <_!___ ••• (_g.Sc. (Jaj ji liljj '^ _-_> J JJJ jl o ja-^lj LiJaSI jxii 4_llc ?t___aj __lL_l__JI <U _ls_j_iij 

1--J V) -J-V J Jj_-Vj (jy^JJ _?"-*■ 

"Ya Allah, aku mengadu kepada-Mu kelemahan kekuatanku, sedikitnya 
kemampuanku dan hinanya aku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan 
Yang Maha Pengasih, Kamulah Tuhan golongan yang lemah dan Kamu juga 
Tuhanku. Kepada siapa Kamu serahkan aku ? Kepada orang jauh yang 

_ 

memandangku dengan wajah bengis atau kepada musuh yang menguasai 
urusanku ? Sekiranya Kamu tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang 
menimpa). Namun keselamatan daripada-Mu lebih melapangkan aku. Aku 
berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari kegelapan serta 
memperelokkan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung daripada 
kemarahan-Mu atau kemurkaan-Mu terkena kepadaku. Kamu berhak untuk 
mencela aku sehingga Kamu redha. Tiada kuasa dan tiada kekuatan 
melainkan dengan-Mu. " 



3 iaitu melihat dengan pandangan benci. Ia adalah kiasan kepada permusuhan dan kebencian. 



www.dakwah.info 28 



4. Rasulullah s.a.w. pulang dari Taif dalam keadaan dakwah-nya tidak mendapat 
sebarang sambutan daripada kaum Thaqif. Yang ada hanyalah keislaman Addas, hamba 
kepada Utbah dan Syaibah, anak-anak lelaki Rabiah. Addas merupakan seorang hamba 
beragamaNasrani. Kedua-dua tuannya meminta beliau menghidangkan setangkai anggur 
kepada Rasul s.a.w. semasa Baginda sedang berlindung dalam sebuah kebun. Mereka 
memerintah beliau berbuat demikian setelah melihat Rasulullah kepenatan dan layanan buruk 
Thaqif kepada Baginda. Apabila Addas menghidangkan anggur itu kepada Raaul s.a.w., 
Baginda mula memakannya seraya berkata: Bismillah (Dengan nama Allah). Ucapan 
basmalah itu menarik perhatian Addas, kerana tiada sesiapa di kalangan kaum itu 
mengucapkan kalimah seperti itu. Beliau memeluk Islam setelah berdialog dengan Nabi 
s.a.w.. 

5. Berlaku mukjizat Isra' dan Mi'raj. Terdapat perselisihan berkenaan tarikh peristiwa ini 
berlaku. Secara pasti ia berlaku sebelum hijrah pada tahun ke-10 kenabian atau selepasnya. 
Pendapat sahih yang dipegang oleh jumhur ulama, Isra' dan Mi'raj berlaku pada suatu malam 
secara jaga melibatkan jasad dan roh Nabi s.a.w.. Baginda diisra'kan daripada Masjidil Haram 
ke Masjidil Aqsa. Kemudian Baginda dimi'rajkan ke langit yang tinggi. Seterusnya pulang 
kembali kerumah Baginda di Makkah pada malam itu juga. Baginda memberitahu Quraisy 
tentang mukjizat itu. Mereka mempersenda dan memperlekehkan Baginda. Namun Abu 
Bakar dan mereka yang kuat imannya telah membenarkan Baginda. 

6. Pada malam Isra' dan Mi'raj tersebut, sembahyang lima waktu difardhukan ke atas 
setiap orang Islam yang baligh dan berakal. 

7. Rasul s.a.w. menemui kabilah-kabilah Arab yang datang semasa musim haji 
(sebagaimana kebiasaan Baginda setiap tahun). Baginda mengajak mereka kepada Islam dan 
menyeru mereka meninggalkan penyembahan berhala. Ketika Baginda berada di Aqabah, 
salah satu tempat melontar jamrah, Baginda telah menemui satu rombongan kaum Aus dan 
Khazraj. Lantas Baginda mengajak mereka kepada Islam dan mereka menerimanya. 
Bilangan mereka ketika itu ialah tujuh orang. Setelah itu mereka pulang ke Madinah, lalu 
menceritakan kepada kaum mereka tentang pertemuan tersebut dan Islam yang mereka anuti. 

8. Pada tahun berikutnya, tahun ke-12 kerasulan, ketika musim haji, 12 orang lelaki 
Ansar telah datang ke Makkah. Mereka berhimpun dan berbaiah dengan Nabi s.a.w.. Mereka 
pulung ke Madinah bersama utusan khas Nabi s.a.w., Musab bin Umair. Baginda 
mengutuskan beliau untuk membacakan al-Quran dan mengajarkan Islam kepada orang Islam 
di sana. Dengan itu Islam berkembang luas di Madinah. 

9. Pada tahun seterusnya (tahun ke-13 kerasulan), sekumpulan Ansar telah datang pada 
musim haji. Mereka berhimpun dengan Nabi s.a.w. secara sembunyi. Bilangan mereka 
seramai 70 orang lelaki dan dua orang wanita. Mereka berbaiah untuk menolong dan 
menyokong Baginda, mempertahankan Baginda sebagaimana mereka mempertahankan 
wanita dan anak-anak mereka sendiri. Mereka pulang ke Madinah setelah Baginda memilih 
12 orang ketua kalangan mereka sebagai wakil kepada kaum mereka. 



www.dakwah.info 29 



B) Pengajaran dan Pedoman 

1 . Kadang-kadang ada kaum kerabat pendakwah yang tidak bersama dengan dakwahnya 
tetapi bertindak melindunginya. Situasi ini memberi taedah kepada dakwah ketika ia masih 
lemah. Kerana dia akan bertindak menghalang golongan jahat membunuh atau 
menyakiatinya. Oleh yang demikian, sentimen kabilah dan kekeluargaan kadang-kadang 
boleh digunakan oleh pendakwah untuk melindungi dakwahnya selama mana beliau tidak 
seiringan (turut serta) melakukan kemungkaran bersama kaumnya. 

2. Isteri solehah yang beriman dengan dakwah kebenaran akan mempermudahkan 
banyak kesulitan yang dialami oleh suami yang berdakwah. Ini akan berlaku jika si isteri 
turut serta berkongsi kerungsingan dan penderitaan suami. Dengan perkongsian tersebut, si 
isteri akan meringankan bebanan kerungsingan suami. Ia juga akan membangkitkan dalam 
diri suami rasa untuk meneruskan dakwah dan tetap teguh di atas jalannya. Oleh itu, si isteri 
dapat memberi kesan kepada kejayaan dan kemenangan dakwah. Sikap Khadijah r.ha. 
terhadap Rasulullah s.a.w. merupakan contoh paling mithali yang boleh dilakukan oleh 
seorang isteri yang beriman dengan dakwah kebaikan. Dia berperanan besar terhadap 
kejayaan suaminya sebagai pendakwah. Begitu juga keteguhan dan istiqomah beliau dalam 
dakwah. Kehilangan isteri seperti ini merupakan kerugian besar semasa pertempuran 
pengislahan sedang berlaku sengit. Kerugian ini menyebabkan suami yang berdakwah tidak 
dapat mengawal perasaannya, bahkan merasa sugul dan putus asa. 

3. Kesedihan kerana kehilangan seorang kerabat yang berperanan melindungi dakwah 
walaupun dia tidak beriman merupakan kesedihan yang terbit daripada keikhlasan 
berdakwah. Sementara kesedihan terhadap kehilangan seorang isteri yang beriman dan ikhlas 
terbit daripada rasa setia kepada isteri yang telah menjadi contoh dalam pengorbanan dan 
sokongan. Oleh kerana itu, ketika Abu Talib meninggal dunia, Rasul s.a.w. bersabda: 

"Semoga Allah merahmati dan mengampun kamu. Aku akan tetap memohon 
ampun untuk kamu sehinggalah Allah menegah aku. " 

Oleh yang demikian, orang Islam ketika itu telah mencontohi Rasul mereka. Mereka 
turut memohon ampun untuk keluarga mereka yang mati dalam keadaan musyrik. 
Sehinggalah turun firman Allah Tabarak wa Taala: 



Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta 
ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, 
sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli 
neraka. (At-Taubah: 113) 

Dengan turunnya ayat tersebut, Nabi s.a.w. tidak lagi memohon ampun untuk Abu 
Talib. Begitu juga orang Islam tidak lagi memohon ampun kepada keluarga musyrik yang 
mati, 

Oleh kerana sebab-sebab di atas, sepanjang hayat Rasul s.a.w., Baginda terus 
mengingati kelebihan. Khadijah, memohon rahmat untuknya dan berbuat kebajikan kepada 
teman-temannya. Sikap Rasulullah ini membuatkan Aishah r.ha. merasa cemburu dengan 
Khadijah (padahal Khadijah telah meninggal dunia). Ini kerana Aishah sering mendengar 
pujian Nabi s.a.w. kepada Khadijah. Al-Bukhari meriwayatkan daripada Aishah r.ha, 



www.dakwah.info 30 



katanya: 

Aku tidak merasa cemburu kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. sebagaimana aku 
cemburu kepada Khadijah. Aku tidak melihat Khadijah, namun Nabi s.a. w. 
sering menyebut-nyebutnya. Ada masanya Baginda menyembelih kambing, 
kemudian Baginda memotongnya lalu Baginda mengirimkan kepada teman- 
teman Khadijah. Ada masanya aku berkata kepada Baginda: Seolah-olah 
tiada wanita di dunia ini melainkan Khadijah. Baginda bersabda: "Dia 
sekian-sekian... dia sekian-sekian... (menyebut jasa dan kebaikan Khadijah). 
Aku juga mendapat anak daripadanya (Khadijah). " 

3. Pemergian Rasul s.a.w. ke Taif setelah penduduk Makkah menolak dakwahnya 

merupakan bukti kepada tekad yang kental dalam jiwa Rasul untuk meneruskan dakwahnya. 
la juga merupakan bukti sikap tidak putus asa Nabi s.a. w. terhadap penerimaan orang ramai 
kepada dakwah. Baginda mencari medan baru untuk dakwah setelah terdapat halangan- 
halangan yang menyekat dakwah di medan pertamanya (kota Makkah). Sementara hasutan 
Bani Thaqif kepada kanak-kanak dan golongan bodoh daripada kaum mereka supaya 
menyakiti Rasul s.a.w., menjadi bukti bahawa kejahatan sama sahaja walau di mana ia 
berada. Kejahatan bergantung harap kepada golongan bodoh untuk menyakiti para 
pendakwah. Peristiwa kaki Nabi s.a.w. luka mengalirkan darah padahal Baginda adalah Nabi 
yang mulia, menjadi contoh penting kesakitan dan penindasan yang akan ditanggung oleh 
pendakwah di jalan Allah. Manakala doa abadi Nabi s.a.w. semasa berada di kebun menjadi 
penegasan kepada kejujuran Rasul dalam dakwah dan keazamannya untuk terus 
melaksanakan tugas dakwah meskipun berhadapan dengan berbagai kesulitan. Perkara yang 
penting bagi Baginda hanyalah redha Allah semata-mata. Baginda tidak menghiraukan redha 
para pembesar, pemimpin, orang awam dan kebanyakan. 

"Sekiranya Kamu tidak murka kepadaku, aku tidak peduli (apa yang menimpa). " 

Dalam doa Baginda terkandung cara-cara memperolehi bekalan kekuatan daripada 
Allah. Iaitu dengan cara kembali dan meminta pertolongan-Nya ketika kesengsaraan yang 
dipikul pendakwah semakin berat. Doa ini juga menunjukkan perkara yang paling ditakuti 
oleh pendakwah ialah kemurkaan dan kemarahan Allah ke atas beliau. Bukannya kemurkaan 
makhluk selain-Nya. 

5. Mukjizat lsra' dan Mi'raj mempunyai banyak rahsia. Kami hanya sebutkan tiga sahaja: 

Pertama: Menghubungkait isu Masjidil Aqsa dan kawasan sekitamya dengan isu 
Dunia Islam. Ini kerana Makkah selepas perutusan Rasul s.a.w. telah menjadi pusat 
perhimpunan Dunia Islam dan kesatuan visinya. Peristiwa Isra' Mi'raj ini juga menunjukkan 
usaha mempertahankan Palestin sebenamya mewakili usaha mempertahankan Islam itu 
sendiri. Setiap orang Islam di pelbagai ceruk bumi wajib melaksanakannya. Kecuaian 
mempertahan dan membebaskan Palestin mempakan kecuaian terhadap Islam. la mempakan 
jenayah yang akan dihukum oleh Allah kepada setiap orang yang beriman dengan Allah dan 
Rasul-Nya. 

Kedua: Isra' Mi'raj menjadi simbol kepada ketinggian kedudukan orang Islam dan 
lambang kepada kewajipan mengangkat dirinya mengatasi hawa nafsu dan syahwat dunia. 
Dia juga wajib menjadi manusia yang tiada tolok bandingnya dikalangan seluruh manusia. 
Sama ada dari segi kedudukannya yang tinggi, visinya yang mulia dan sikapnya yang sentiasa 
berlegar dalum lingkungan nilai-nilai yang mithali untuk selama-lamanya. 

Ketiga: Isra' Mi'raj juga menunjukkan penerokaan angkasa dan keluar daripada 



www.dakwah.info 31 



tarikan graviti bumi boleh diusahakan. Dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj, Rasul kita 
merupakan angkasawan pertama dalam sejarah dunia seluruhnya. Meneroka angkasa 
seterusnya pulang ke bumi dengan selamat adalah perkara yang boleh berlaku. Sekalipun ia 
berlaku kepada Rasulullah s.a.w. secara mukjizat pada zaman Baginda, namun ia boleh 
terjadi kepada manusia biasa melalui ilmu dan idea. 

6. Kefardhuan solat pada malam Isra' dan Mi'raj menunjukkan hikmah kenapa solat 
disyariatkan. Allah seolah-olah berfirman kepada hamba-hamba-Nya yang beriman: 
Sekiranya Mi'raj Rasul kamu dengan jasad dan roh ke langit merupakan mukjizat, kamu pula 
diperuntukkan solat lima waktu setiap hari, sebagai mi'raj (anak tangga) untuk kamu naik 
menemui-Ku dengan roh dan hati kamu. Jadikan solat lima kali sehari sebagai peningkatan 
roh yang boleh mengangkat kamu daripada tenggelam dalam hawa dan syahwat kamu, serta 
memperlihatkan kamu kebesaran, kekuasaan dan keesaan Aku. Ini mendorong kamu untuk 
memimpin muka bumi ini, bukan dengan cara memperhamba, menguasai dan menakluki 
(orang lain). Bahkan melalui jalan kebaikan dan ketinggian, juga dengan cara kesucian dan 
peningkatan roh menerusi jalan solat. 

7. Proses memperkenal diri yang dilakukan oleh Rasulullah kepada kabilah-kabilah pada 
musim haji menjadi bukti bahawa seseorang pendakwah tidak sepatutnya membataskan 
dakwah mengajak manusia kepada kebaikan dalam lingkungan majlis dan persekitaran 
dirinya sahaja. Bahkan dia mestilah pergi ke setiap tempat manusia berhimpun atau lokasi 
yang berkemungkinan mereka berhimpun. Dia juga tidak sepatutnya berputus asa dengan 
penolakan mereka daripada semasa ke semasa. Kadang-kadang Allah menyediakan untuk 
beliau, penyokong-penyokong yang beriman dengan dakwahnya yang baik, padahal dia tidak 
pernah terfikir dan menjangkakannya. Kadang-kadang kelompok kecil yang mendapat 
hidayah hasil usaha beliau dalam beberapa sempena akan memainkan peranan besar terhadap 
penyebaran dakwah. Kelompok kecil itu juga berperanan dalam merealisasikan kemenangan 
akhir dakwah terhadap kejahatan dan konco-konconya. 

Keimanan tujuh orang pertama Ansar yang bertemu dengan Rasulullah s.a.w. untuk 
kali pertama, telah menyebabkan kemasukan Islam ke Madinah. perkara itu memberi kesan 
kepada penyebaran Islam dan penguasaannya di sana. la membuka jalan kepada orang-orang 
mukmin yang tertindas di Makkah untuk menjadikan Madinah sebagai destinasi hijrah dan 
pusat mereka berhimpun. Rasulullah pula memperolehi tempat yang aman untuk 
membangunkan negara dan menyebarkan dakwah. Dari negara itu, para sahabat Baginda 
melancarkan penentangan kepada syirik dan orang musyrik. Mereka melancarkan perang dan 
pertempuran yang berakhir dengan kemenangan berkekalan di pihak iman dan kekalahan 
abadi di pihak syirik. Semoga Allah meredhai kaum Ansor, yang terdiri daripada Aus dan 
Khazraj. Mereka mempunyai jasa yang tidak putus-putus kepada Islam, orang Islam dan 
seluruh alam. Semoga Allah juga meredhai saudara mereka, kaum muhajirin yang terlebih 
dahulu beriman sebelum mereka, serta yang telah berkorban di jalan Allah dengan segala 
yang berharga, baik harta mahupun kampung halaman. Semoga Allah turut memasukkan kita 
bersama mereka semua ke dalam syurga Ridhwan. 



www.dakwah.info 32 



Bahagian 4 
HIJRAH SEHINGGA NABI STABIL DI MADINAH 

A) Peristiwa-peristiwa Sejarah 

1. Quraisy mendapat tahu tentang keislaman sekumpulan penduduk Yathrib. Lantaran 
itu, mereka meningkatkan penyeksaan kepada orang-orang mukmin di Makkah. Lalu Nabi 
s.a.w. mengarahkan orang-orang mukmin berhijrah ke Madinah. Mereka berhijrah secara 
sembunyi kecuali Umar r.a.. Beliau telah memberitahu orang musyrik Quraisy tentang 
penghijrahannya seraya berkata: "Sesiapa yang mahu ibu kehilangan anaknya, esok tunggu 
aku di tengah wadi ini." Namun tiada seorang pun berani keluar menyahut cabarannya. 

2. Apabila Quraisy merasa yakin bahawa orang Islam telah memperolehi kekuatan dan 
perlindungan di Madinah, mereka mengadakan satu persidangan di Dar an-Nadwah. Mereka 
bersidang untuk memikirkan langkah menghapuskan Rasul s.a.w. sendiri. Mereka 
memutuskan untuk memilih seorang pemuda yang gagah daripada setiap kabilah. Kemudian 
kesemua pemuda tersebut membunuh Baginda serentak. Justeru itu, tuntutan darah Baginda 
akan teragih kepada setiap kabilah menyebabkan Bani Manaf (keluarga Rasulullah) tidak 
upaya memerangi mereka semua dan terpaksa menerima bayarun diat sahaja. Setelah itu 
pemuda-pemuda yang diwakilkan untuk membunuh Rasul s.a.w. berhimpun di muka pintu 
rumah Baginda pada malam Hijrah. Mereka menunggu Baginda keluar untuk membunuhnya. 

3. Pada malam tersebut Rasulullah s.a.w. tidak tidur di tempat tidumya. Baginda telah 
meminta Ali r.a. untuk tidur di tempatnya itu. Baginda juga memerintahkan beliau agar 
memulangkan barang-barang amanah yang disimpan oleh orang kafir Quraisy kepada 
Baginda pada keesokan harinya kepada pemiliknya. Rasul s.a.w. telah meninggalkan 
rumahnya tanpa disedari oleh pemuda-pemuda yang diwakilkan untuk membunuhnya. 
Baginda pergi ke rumah Abu Bakar. Sebelum itu, Abu Bakar telah menyiapkan dua 
kenderaan untuknya dan Rasul s.a.w.. Mereka berdua memutuskan untuk keluar dari Makkah. 
Abu Bakar mengupah Abdullah bin Uraiqit ad-Daili, seorang musyrik untuk menjadi 
penunjuk jalari ke Madinah. Dengan syarat dia mengelakkan jalan yang biasa diketahui dan 
menggunakan jalan lain yang tidak diketahui oleh kafir Quraisy. 

4. Rasulullah s.a.w. dan sahabat Baginda, Abu Bakar keluar berhijrah pada hari Khamis, 
1 Rabiul Awal, tahun ke-53 kelahiran Baginda s.a.w.. Hanya Ali r.a. dan keluarga Abu Bakar 
r.a. yang mengetahui tentang hijrah Baginda tersebut. Anak-anak perempuan Abu Bakar, 
Aishah dan Asma' berperanan menyediakan bekalan untuk mereka berdua. Asma' telah 
memotong sebahagian daripada tali ikat pinggangnya, lalu mengikat mulut karung makanan 
tersebut. Daripada peristiwa itu, dia digelar: "Zat an-Nitoqain" (Perempuan yang mempunyai 
dua tali ikat pinggang). Dengan bantuan Abdullah bin Uraiqit, Rasulullah s.a.w. dan Abu 
Bakar menghala ke Yaman sehingga sampai ke Gua Thur. Mereka bersembunyi di dalamnya 
selama tiga malam. Turut bermalam bersama mereka, Abdullah bin Abu Bakar yang masih 
remaja. Beliau seorang pemuda yang berpengetahuan, mahir, peka dan cepat memahami. 
Beliau akan keluar meninggalkan mereka pada waktu sahur lalu berpagi-pagian bersama 
Quraisy Makkah seolah-olah beliau tidur di Makkah. Apa-apa rancangan jahat terhadap 
Rasulullah dan Abu Bakar yang beliau dengar daripada Quraisy, akan diingat sehinggalah 
beliau menyampaikannya kepada mereka berdua pada waktu petangnya. 

5. Kiamat seolah-olah berlaku kepada Quraisy setelah Rasulullah s.a.w. terlepas 
daripada usaha membunuhnya. Mereka keluar mengejar Baginda mengikut jalan Makkah 
yang biasa tetapi gagal menemui Baginda. Mereka menghala menuju jalan ke Yaman 
sehingga sampai di muka Gua Thur. Sebahagian daripada mereka berkata: "Boleh jadi 
Muhammad dan temannya ada di dalam gua ini." Namun sebahagian yang lain menjawab: 



www.dakwah.info 33 



"Kamu tidak nampakkah apa yang ada di muka gua ini. Bagaimana labah-labah menganyam 
sarangnya dan burung-burung bersarang di srni? Ini menunjukkan tiada seoran0067pun yang 
memasuki gua ini sejak sekian lama." Abu Bakar r.a. melihat kaki-kaki mereka ketika mereka 
sedang berdiri di muka gua itu. Beliau menggeletar bimbangkan nyawa Rasul s.a.w., seraya 
berkata: "Demi Allah! Wahai Rasulullah, kalau salah seorang daripada mereka melihat ke 
tempat letak kakinya, nescaya dia akan melihat kita." Rasul s.a.w. mententeramkannya 
dengan bersabda: 

"Wahai Abu Bakar, kamu sangka kita berdua, sedangkan Allah adalah yang 
ketiga " 

6. Quraisy mengutuskan utusan menemui kabilah-kabilah dengan membawa tawaran 
sejumlah besar harta yang cukup menggoda sesiapa yang tamak. Tawaran ini ditujukan 
kepada sesiapa yang menemui Rasul s.a.w. dan teman Baginda, membunuhnya, atau 
menawannya. Oleh itu, Suraqah bin Ja'syam menyahut tawaran itu. Dia bertekad dalam 
dirinya untuk mencari Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar demi membolot sendiri hadiah 
tersebut. 

7. Setelah usaha memburu dan mencari Rasulullah s.a.w. dan temannya, Abu Bakar 
terhenti, mereka berdua keluar daripada gua tersebut bersama-sama penunjuk jalan mereka. 
Mereka melalui jalan pantai (pantai Laut Merah) merentasi jarak yang jauh. Namun Suraqah 
telah berjaya menjejaki mereka. Apabila Suraqah mendekati mereka berdua, kaki-kaki 
kudanya terbenam ke dalam pasir dan tidak berupaya untuk berjalan. Dia mencuba sebanyak 
tiga kali supaya kudanya menuju ke arah Rasul s.a.w., namun kudanya tetap enggan. Pada 
ketika itu, dia yakin bahawa di hadapannya ialah seorang Rasul yang mulia. Lantas dia 
meminta supaya Rasul s.a.w. berjanji memberikannya sesuatu, jika dia menolong Baginda. 
Baginda menjanjikan untuknya dua gelang tangan yang dipakai oleh Kisra. Suraqah 
kemudiannya pulang ke Makkah dan berlakon seolah-olah dia tidak menemui sesiapa. 

8. Rasul s.a.w. dan teman Baginda (Abu Bakar) telah sampai ke Madinah pada 12 
Rabiul Awal. Baginda sampai ke sana setelah para sahabat lama menanti. Mereka keluar 
setiap pagi ke pinggir Madinah dan hanya pulang setelah matahari memancar terik pada 
waktu tengah hari. Apabila mereka melihat Baginda, mereka merasa amat gembira. Kanak- 
kanak mula mendendangkan nasyid diiringi dengan gendang-gendang: 

Bulan purnama telah terbit kepada kami, 

dari jalan-jalan bukit ul-Wada. 
Wajib ke atas kami untuk bersyukur, 

terhadap seruan penyeru kepada Allah. 
Wahai utusan yang diutuskan kepada kami, 

Kami datang bersama perkara yang dipatuhi. 

9. Dalam perjalanan Baginda s.a.w. ke Madinah, Baginda singgah di Quba, sebuah 
kampung di selatan Madinah. Kira-kira dua batu dari Madinah. Baginda telah mengasaskan 
masjid pertama yang dibina dalam Islam dan tinggal di sana selama empat hari. Kemudian 
Baginda bertolak ke Madinah pada pagi Jumaat. Ketika Baginda di perkampungan Bani 
Salim bin Auf, waktu solat Jumaat telah masuk. Lalu Baginda membina sebuah masjid di situ 
dan menunaikan solat Jumaat pertama dalam Islam. Baginda s.a.w. menyampaikan khutbah 
pertama dalam Islam. Seterusnya Baginda menyambung perjalanan menuju ke Madinah. 
Apabila sampai di sana, tindakan pertama yang dilakukan ialah memilih tempat unta Baginda 
berhenti duduk, untuk dijadikan sebagai masjid. Tempat tersebut adalah milik dua orang 



www.dakwah.info 34 



kanak-kanak Ansor yang yatim. Baginda tawar menawar harga tanah tersebut dengan mereka 
berdua. Kedua-dua kanak-kanak itu berkata: "Kami berikannya kepada kamu, wahai 
Rasulullah." Namun Baginda berkeras untuk membelinya dengan harga 10 dinar emas yang 
dibayar menggunakan harta Abu Bakar. Kemudian Baginda melakukan kempen agar orang 
Islam turut serta membina masjid. Mereka segera melakukannya. Rasul s.a.w. turut terlibat 
bersama mereka memindahkan batu bata, sehinggalah sempuma pembinaan masjid tersebut. 
Dinding masjid itu dibina daripada batu bata dan bumbungnya daripada pelepah-pelepah 
kurma yang diletakkan pada batang-batang kurma. 

10. Kemudian Baginda s.a.w. mempersaudarakan di antara Muhajirin dan Ansor. Baginda 
menjadikan untuk setiap Ansor seorang saudara daripada Muhajirin. Ada seorang Ansor telah 
membawa saudara Muhajirinnya ke rumahnya. Beliau menawarkan kepada saudara 
Muhajirinnya untuk membahagi sama rata semua barang yang terdapat di dalam rumahnya. 

11. Kemudian Rasulullah s.a.w. menulis satu piagam bertulis antara Muhajirin dan Ansor. 
Di dalamnya Baginda berjanji untuk berbaik-baik dengan Yahudi di samping mengakui hak 
mereka dalam agama dan harta. Ibnu Hisyam telah menyatakan piagam tersebut dengan 
panjang lebar dalam kitab sirahnya. Ia mengandungi prinsip-prinsip yang menjadi dasar asas 
kepada negara Islam yang pertama. Di dalamnya dinyatakan prinsip kemanusiaan, keadilan 
sosial, toleransi agama dan kerjasama demi kemaslahatan masyarakat yang patut dirujuk, 
dilahami dan dihalal oleh setiap pelajar. 

Kami sebutkan beberapa prinsip am yang terkandung dalam piagam bersejarah yang 
abadi ini: 

1 . Kesatuan umat Islam tanpa sebarang diskriminasi antara mereka. 

2. Persamaan warga-warga umat Islam dari segi hak dan kemuliaan. 

3. Umat Islam perlu saling bahu membahu kecuali dalam kezaliman, dosa dan permusuhan. 

4. Penyertaan umat dalam menentukan bentuk hubungan dengan musuh-musuh mereka. 
Seluruh orang Islam perlu mempunyai satu pendirian terhadap musuh mereka. 

5. Penubuhan masyarakat di atas sistem yang terbaik dan teguh. 

6. Membenteras pemberontak negara dan pengganggu gugat sistem awam di samping 
kewajipan agar tidak membantu mereka. 

7. Hak perlindungan kepada sesiapa yang ingin hidup bersama orang Islam apabila dia 
menjalinkan hubungan baik, bekerjasama, tidak menzalimi dan mencerobohi hak orang 
Islam. 

8. Bukan Islam mempunyai hak dalam agama dan harta mereka. Mereka tidak dipaksa 
memeluk agama Islam dun harta mereka tidak boleh dirampas. 

9. Bukun Islam mestilah memberi sumbangan kepada pembiayaan negara sebagaimana 
orang Islam memberi sumbangan. 

10. Bukan Islam mestilah bekerjasama dengan orang Islam untuk menghalang bahaya yang 
menggugat entiti negara melalui penentangan terhadap setiap pencerobohan. 

1 1 . Bukan Islam juga mestilah turut serta menanggung kos peperungan selagi mana negara 
berada dalam keadaan perang. 

12. Negara mestilah membantu bukan Islam yang dizalimi sebagaimana ia menolong setiap 
orang Islam yang dicerobohi. 

13. Orang Islam dan bukan Islam tidak boleh sama sekali melindungi musuh-musuh negara 



www.dakwah.info 35 



dan konco-konco mereka. 

14. Sekiranya kemaslahatan umat terletak pada per-damaian, semua warga wajib menerima 
perdamaian. Sama ada orang Islam mahupun bukan Islam. 

15. Seseorang tidak dihukum dengan sebab dosa atau kesalahan orang lain. Seorang 
penjenayah sebenarnya melakukan jenayah terhadap diri dan keluarganya sendiri. 

16. Kebebasan bergerak dalam negara dan kebebasan untuk keluar negara adalah terpelihara 
di bawah perlindungan negara. 

17. Tiada perlindungan kepada orang yang berdosa dan orang yang zalim. 

18. Masyarakat ditegakkan di atas dasar kerjasama dalam kebajikan dan taqwa, bukan dalam 
dosa dan permusuhan. 

19. Prinsip-prinsip di atas diperlihara oleh dua kekuatan: 

- Kekuatan maknawi (spiritual) iaitu: Keimanan rakyat kepada Allah, merasakan 
muraqabah-Nya (pemerhatian Allah) terhadap mereka dan penjagaan-Nya kepada sesiapa 
yang berbuat baik dan setia. 

- Kekuatan maddiyyah (material) iaitu: Kepimpinan negara yang diwakili oleh Nabi 
Muhammad s.a.w.. 

B) Pengajaran dan Pedoman 

1 . Jika seorang mukmin yakin dengan kekuatannya, dia tidak diminta menyembunyikan 
tindakannya. Bahkan dia hendaklah menyatakan secara lantang tanpa menghiraukan musuh- 
musuh dakwahnya selagi mana dia percaya boleh menewaskan mereka. Ini sebagaimana yang 
dilakukan oleh Umar r.a. ketika beliau ingin berhijrah. Peristiwa ini juga membuktikan 
bahawa pendirian yang tegas akan menggerunkan musuh-musuh Allah dan mencampakkan 
rasa takut ke dalam diri rnereka. Tidak diragukan, sekiranya mereka mahu berkumpul untuk 
membunuh Umar, mereka mampu melakukan. Namun, pendirian Umar yang berani telah 
mencampakkan rasa kecut ke dalam diri setiap mereka. Mereka bimbang sekiranya Umar 
dihalang, ibunya akan kehilangannya. Pendukung kejahatan amat kedekut (tak sanggup 
kehilangan) nyawa dan amat mencintainya. 

2. Ketika golongan batil berputus asa untuk menyekat dakwah kebenaran dan islah; Dan 
ketika orang-orang mukmin terlepas daripada genggaman dan berada di tempat yang selamat, 
mereka akan mengambil tindakan terakhir dengan membunuh pendakwah yang melakukan 
pengislahan tersebut. Mereka menyangka jika mereka membunuhnya, mereka bebas daripada 
gangguan dan dakwahnya terkubur. Demikian cara fikir golongan jahat dan musuh 
pengislahan pada setiap zaman. Kami telah saksikan dan lihat kejadian seperti ini dalam 
hidup kami. 

3. Seorang kader yang jujur dan ikhlas kepada dakwah islah sanggup mengorbankan 
nyawanya untuk pemimpinnya. Kerana keselamatan dakwah bergantung kepada keselamatan 
pemimpin. Dan jika pemimpin terkorban, dakwah akan terbiar dan lemah. Tindakan Ali r.a. 
tidur di tempat tidur Rasul s.a.w. pada malam Hijrah merupakan pengorbanan nyawa untuk 
menyelamatkan nyawa Rasulullah s.a.w.. Ini kerana ada kemungkinan pedang pemuda- 
pemuda Quraisy akan dihayunkan ke kepala Ali r.a. sebagai membalas dendam, ekoran 
beliaulah yang memudahkan Rasulullah s.a.w. menyelamatkan diri. Namun Ali r.a. tidak 
menghiraukan perkara tersebut. Cukuplah bagi beliau, jika Rasulullah s.a.w., Nabi umat dan 
pemimpin dakwah terselamat. 

4. Orang musyrik menyerahkan barang milik mereka untuk disimpan oleh Rasulullah 



www.dakwah.info 36 



s.a.w., sedangkan pada ketika yang sama mereka memerangi dan bertekad untuk membunuh 
Baginda. Tindakan ini menjadi bukti bahawa dalam diri musuh-musuh islah terdapat 
keyakinan terhadap kejujuran, amanah dan ketulusan jiwa pendakwah. Mereka juga yakin 
perjalanan hidup pendakwah lebih baik berbanding mereka. Pendakwah mempunyai sanubari 
yang lebih murni. Namun buta hati, sikap keras kepala dan pendirian konservatif untuk terus 
berpegang dengan adat resam dan aqidah sesat telah mendorong mereka memerangi dan 
memasang tipu daya. Bahkan jika berkesempatan, mereka melakukan komplot untuk 
membunuhnya. 

5. Pemimpin dakwah, ketua negara atau ketua gerakan islah tidak dianggap pengecut 
atau lari daripada mati jika bertikir untuk menyelamatkan diri daripada konspirasi pihak yang 
menunggu-nunggu saat untuk membunuhnya. Mereka juga bukan kedekut untuk 
mengorbankan nyawa dan roh. Mereka bertindak sedemikian lantaran untuk menjayakan 
semula gerakan islah dengan lebih agresif dan aktif di medan yang lain. 

6. Peranan yang dipikul oleh Abdullah bin Abu Bakar membuktikan pengaruh pemuda 
terhadap kejayaan dakwah. Mereka merupakan tiang kepada dakwah islah. Kesan keberanian 
mereka untuk berkorban dan menggadaikan diri menyebabkan dakwah mara dengan laju ke 
arah kemenangan. Kita dapati semua orang mukmin pada awal Islam adalah pemuda. 
Rasulullah s.a.w. berusia 40 tahun ketika diutuskan sebagai Rasul. Abu Bakar r.a. pula lebih 
muda tiga tahun daripada Baginda. Sementara Umar lebih muda daripada mereka berdua. Ali 
r.a. pula paling muda antara mereka semua. Manakala Othman r.a. juga lebih muda daripada 
Rasulullah s.a.w.. Demikian juga Abdullah bin Masud, Abdul Rahman bin Auf, al-Arqam bin 
Abi al-Arqam, Said bin Zaid, Bilal bin Rabah, Ammar bin Yasir r.a. dan lain-lain lagi. 
Semuanya adalah pemuda. Mereka memikul beban dakwah di atas pundak mereka. Mereka 
sanggup menanggung pelbagai pengorbanan di jalannya, merasa riang dengan siksaaan, 
kesakitan dan kematian demi kerananya. Melalui mereka, Islam telah menang. Di atas usaha 
mereka dan saudara-saudara mereka, negara Khulafa ar-Rasyidin tertegak dan berlaku 
pembukaan Islam yang indah. Dengan jasa mereka, Islam telah sampai kepada kita dan Allah 
telah membebaskan kita daripada kejahilan, kesesatan, keberhalaan, kekufuran dan kefasikan. 

7. Peranan Aishah dan Asma r.ha. ketika Hijrah Rasul s.a.w. membuktikan wanita 
diperlukan dalam dakwah islah. Emosi mereka lebih halus dan lebih kuat desakannya. Jiwa 
mereka lebih toleransi dan hati mereka lebih baik. Apabila wanita beriman dengan sesuatu 
perkara, mereka tidak lagi menghiraukan segala kesusahan untuk menyebarkan keimanannya. 
Mereka berusaha meyakinkan suami, adik beradik dan anak-anak tentang perkara tersebut. 
Jihad wanita untuk Islam pada zaman Rasul s.a.w. merupakan lembaran-lembaran putih 
berseri. Ini menegaskan kepada kita hari ini, gerakan pengislahan Islam akan terus melangkah 
perlahan dan kurang efektif dalam masyarakat sehinggalah wanita menyertainya. Mereka 
membina generasi pemudi di atas asas iman, akhlak, kesucian dan kemumian. Selain menjadi 
isteri dan ibu, mereka lebih mampu menyebarkan nilai-nilai yang diperlukan oleh masyarakat 
kita hari ini di kalangan wanita berbanding lelaki. Wanita Islam berjasa besar dalam 
mendidik generasi sahabat yang masih kanak-kanak, begitu juga generasi tabiun. Wanita 
Islamlah yang telah berperanan membentuk generasi-generasi ini di atas dasar akhlak dan 
adab Islam. Mereka juga berperanan membina generasi-generasi ini atas asas kecintaan 
kepada Islam dan Rasulhya. Generasi tersebut merupakan generasi yang paling agung 
diketahui oleh sejarah dari segi tekad, juga kemurnian perjalanan hidup serta kebaikan agama 
dan dunia. 

Hari ini kita wajib memahami hakikat ini. Lantas kita berusaha agar para pemudi dan 
para isteri membawa panji-panji dakwah islah ke tengah-tengah masyarakat wanita. Mereka 
melebihi separuh daripada umat. Justeru itu kita dituntut memberi perangsang kepada anak- 



www.dakwah.info 37 



anak dan adik-beradik perempuan kita untuk mempelajari syariah di sekolah-sekolah yang 
dipercayai pengajaran Islamnya, seperti Kuliah Syariah di universiti kita. 

Roda pengislahan Islam mampu kita tolak ke depan lebih kuat setiap kali bertambah 
bilangan pemudi-pemudi yang alim tentang agama, faqih tentang syariat, mahir dengan 
sejarah Islam, mengasihi Rasulullah s.a.w., berakhlak dengan akhlak Baginda dan akhlak 
Ummahat al-Mukminin. Kita juga semakin menghampiri hari masyarakat Islam akan tunduk 
kepada hukum hakam Islam dan syariatnya. Perkara ini akan menjadi realiti, insya Allah. 

8. Penglihatan orang musyrik telah disekat daripada melihat RasuluUah s.a.w. dan 

sahabat Baginda (Abu Bakar) di Gua Thur. Sedangkan mereka berada di situ. Terdapat juga 
riwayat-riwayat yang menceritakan tentang sarang labah-labah dan anak-anak burung 
menetas di mulut gua tersebut. Semua kejadian ini adalah antara contoh yang menjadikan 
hati-hati merasa tunduk khusyuk terhadap penjagaan Tuhan kepada para rasul, para 
pendakwah dan kekasih-Nya. Allah yang merahmati hamba-Nya tidak akan mengizinkan 
Rasul s.a.w. jatuh ke dalam genggaman orang musyrik, kemudian mereka menghapuskan 
Baginda dan dakwahnya. Dia mengutuskan Baginda sebagai rahmat untuk seluruh alam. 
Demikianlah Allah bersikap belas kepada hamba-hamba-Nya yang berdakwah dan ikhlas 
pada saat-saat genting. Dia juga menyelamatkan mereka daripada situasi yang kritikal. 
(Dalam banyak kejadian), Allah menutup pandangan golongan yang mahu melakukan 
kejahatan dan pengkhianatan terhadap para pendakwah. Peristiwa Rasul dan Abu Bakar 
terselamat selepas orang musyrik mengepung mereka berdua di Gua Thur membenarkan 
firman Allah Tabarak wa Taala; 

(cjjj) wLL^i,^l ?j%-> r*jJJ ^J- 1 -" *J^-*~I (j lj-=-»lf ^ • j iAll^ bJL*,jjv2JjJ bl 

Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahan-kan Rasul-rasul Kami 
dan orang-orangyang bvriman - dalam kehidupan dunia ini danpada saat 
bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat). (Ghafir: 51) 

Dan firman Allah Tabaraka wa Taala: 



£ s s *-* s fi s % 



4iJl 



Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman. (Al-Hajj: 38) 

9. Semasa di Gua Thur, Abu Bakar takut kalau-kalau orang musyrik melihat beliau dan 
Rasul s.a.w.. Ia menjadi sikap yang patut dimiliki oleh kader dakwah yang jujur bersama 
pemimpinnya yang amanah pada saat bahaya mengeli-linginya. Beliau merasa bimbang dan 
simpati terhadap keselamatan nyawa pemimpinnya. Abu Bakar pada ketika itu tidak 
bimbangkan keselamatan dirinya sendiri. Jika beliau bimbangkan keselamatan dirinya, 
nescaya beliau tidak akan menemani Rasulullah s.a.w. dalam hijrah yang bahaya itu. Beliau 
mengetahui balasan paling minima adalah bunuh jika orang musyrik dapat menangkapnya 
bersama Rasulullah s.a.w.. Namun behau bimbangkan nyawa Rasul yung mulia dan masa 
depan Islam sekiranya Rasul s.a.w. jatuh ke dalam genggaman orang musyrik. 

10. Dalam jawapan Rasul s.a.w. kepada Abu Bakar untuk meredakan kebimbangannya: 

"Wahai Abu Bakar, kamu sangka (kita) berdua, sedangkan Allah adalah yang 
ketiga " 

Ini menjadi contoh keyakinan benar terhadap Allah, rasa tenang dengan pertolongan- 
Nya dan bertawakkal kepada-Nya ketika susah. la juga menjadi bukti jelas tentang kebenaran 



www.dakwah.info 38 



dakwaan Rasul s.a.w. sehagai Nabi. Walaupun Baginda berada dalam situasi paling gawat, 
namun jelas tanda-tanda ketenangan pada diri Baginda. Baginda s.a.w. yakin bahawa Allah 
yang mengutuskan nya mombawa perunjuk dan rahmat kepada manusia paeti tidak akan 
membiarkannya pada saat-saat itu. Adakah kamu lihat ketenangan seperti ini terbit daripada 
orang yang berlagak sebagai nabi dan meniru sifat kerasulan? Pada situasi-situasi sebegini, 
akan tampak perbezaan jelas antara pendakwah islah dengan orang yang sekadar mendakwa 
dan menyamar. Hati-hati pendokong dakwah ini sentiasa dan selama-lamanya melimpahkan 
rasa redha dengan Allah dan yakin dengan pertolongan-Nya. Sementara mereka yang hanya 
berlagak, keberaniannya akan luntur ketika berhadapan dengan perkara yang menakutkan dan 
kecundang ketika susah. Mereka juga tidak mendapati Allah sebagai pelindung mahupun 
pembantu. 

11. Jelas kepada kita, peristiwa Suraqah menemui Rasul s.a.w., namun tidak berupaya 
menangkap Baginda menjadi satu bukti kenabian Rasul s.a.w.. Kaki kudanya telah terbenam 
ke dalam tanah ketika ia menuju ke arah Rasul s.a.w. Apabila Suraqah turun dan 
menghalakannya ke arah Makkah, kuda itu kembali bangun daripada tersungkur. Apabila dia 
ingin menghalakan kembali ke arah Rasul s.a.w., kudanya kembali lemah dan tidak bermaya. 
Pada pandangan kamu adakah perkara ini berlaku kepada sesiapa sahaja? Atau ia hanya 
berlaku pada nabi yang diutus dan disokong oleh Allah dengan kemenangan dan 
pertolongan? Sekali-kali tidak. Inilah yang dilahami oleh Suraqah. Lantas dia memanggil 
Rasul s.a w. untuk meminta keamanan. Dia mengetahui Rasul s.a.w. mempunyai penjagaan 
Tuhan yang tidak mampu diketahui oleh keupayaan manusia. Oleh itu, dia rela menanggung 
kerugian terlepas habuan hadiah daripada Quraisy, sebaliknya memenangi janji Rasulullah 
s.a.w. untuknya. 

12. Janji Rasul s.a.w. kepada Suraqah untuk memberikan dua gelang Kisra kepadanya 
merupakan satu lagi mukjizat. Manusia yang kelihatan lari daripada kaumnya tidak akan 
memberi harapan untuk membuka Parsi dan menguasai harta perbendaharaan Kisra kecuali 
dia seorang nabi yang diutuskan. Janji Rasulullah s.a.w. kepada Suraqah ini benar-benar 
terjadi. Suraqah meminta Umar bin al-Khattab untuk menunaikan janji Rasul s.a.w. 
kepadanya apabila dia terlihat kedua-dua gelang Kisra adalah antara harta rampasan perang. 
Oleh itu, Umar memakaikannya kepada Suraqah di hadapan sekumpulan sahabat, seraya 
berkata: "Segala puji bagi Allah yang merampas gelang daripada Kisra dan memakaikannya 
kepada Suraqah bin Jasyam al-Arabi." 

Demikianlah mukjizat berlaku berturut-turut dalam hijrah ini. Kejadian demi kejadian 
adalah untuk menambahkan keimanan orang-orang mukmin. Ia juga berrujuan agar 
menimbulkan keyakinan kepada ahli Kitab yang ragu atau ingkar bahawa Baginda adalah 
rasul daripada Tuhan sekelian alam. 

13. Penduduk Yathrib yang beriman di kalangan Ansor dan Muhajirin merasa gembira 
kerana Rasulullah s.a.w. tiba dengan selamat. Kegembiraan ini telah menyebabkan kaum 
wanita dan kanak-kanak turut keluar dari rumah-rumah mereka. Manakala kaum lelaki pula 
meninggalkan kerja-kerja mereka. Secara zahir, Yahudi juga turut mengambil sikap 
menyertai penduduk Madinah meraikan kegembiraan mereka. Namun batin, mereka merasa 
sakit hati ekoran wujud persaingan kepimpinan baru. Kegembiraan orang-orang mukmin 
bertemu dengan Rasul mereka tiduk pelik. Lantaran Bagindalah (dengan izin Tuhan) yang 
menyelamatkan mereka daripada kegelapan kesesatan kepada cahaya kebenaran dan menuju 
jalan Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. Sementara sikap Yahudi juga tiada 
keganjilan. Mereka memang dikenali dengan sikap mengampu (bermulut manis) dan nifaq 
(bermuka-muka) kepada masyarakat yang sudah hilang penguasaan mereka. Mereka juga 
terkenal dengan sikap marah dan dengki terhadap sesiapa yang merampas hak ketuanan 



www.dakwah.info 39 



mereka ke atas bangsa lain. Begitu juga kepada sesiapa yang menghalang mereka daripada 
merampas harta orang di atas nama hutang (melalui amalan riba), atau menghalang mereka 
menumpahkan darah orang di atas nama nasihat dan cadangan pendapat. Yahudi masih terus 
berdendam terhadap setiap orang yang membebaskan bangsa lain daripada penguasaan 
mereka. Dendam ini diakhiri dengan tipu daya dan konspirasi, seterusnya pembunuhan jika 
mereka mampu. Inilah perangai dan sifat semulajadi mereka. Mereka telah melakukan 
tindakan seperti itu terhadap Rasulullah s.a.w. setelah Baginda menetap di Madinah. 
Sekalipun piagam yang dibuat antara Baginda dengan mereka bertujuan untuk bekerjasama 
dan saling hidup dengan aman, namun Yahudi merupakan satu kaum yang sentiasa dan 
selama-lamanya menyalakan api peperangan: 



%1 Uhlikl v>*^ 'j^ Ij^j' \^> 



Tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya. (Al- 
Maidah: 64) 

14. Daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika Hijrah ke Madinah, jelas kepada 
kita Nabi s.a.w. tidak singgah di satu-satu tempat melainkan perkara pertama yang dilakukan 
ialah membina masjid sebagai tempat orang-orang mukmin berhimpun. Baginda telah 
membina Masjid Quba ketika bermukim di situ selama empat hari. Baginda juga telah 
membina sebuah masjid di pertengahan jalan antara Quba dan Madinah, apabila tiba waktu 
solat Jumaat di perkampungan Bani Salim bin Auf di tengah-tengah wadi tersebut, Wadi 
Ranuna. 

Apabila Baginda sampai ke Madinah, kerja pertama yang dilakukan ialah membina 
masjid di situ. 

Ini menunjukkan kepada kita, kepentingan masjid dalam Islam. Semua ibadat dalam 
Islam berperanan membersihkan jiwa, menyucikan akhlak dan menguatkan ikatan tolong- 
menolong sesama orang Islam. Solat berjamaah, solat Jumaat dan solat dua Hari Raya 
merupakan lambang zahir yang cukup kuat kepada perpaduan orang Islam. Ia menjadi 
lambang kesatuan perjuangan dan matlamat, juga lambang kerjasama dalam kebajikan dan 
taqwa. Tidak ragu lagi, masjid membawa mesej kemasyarakatan dan kerohanian yang agung 
kedudukannya dalam kehidupan orang Islam. Ia berperanan menyatukan saf-saf, mendidik 
jiwa, menyedarkan hati dan akal, menyelesaikan masalah serta mempamerkan kekuatan dan 
kekukuhan mereka. 

Sejarah masjid dalam Islam membuktikan ketumbukan-ketumbukan tentera Islam 
dilancarkan dari masjid untuk meliputi muka bumi dengan hidayah Allah. Dari masjid juga 
terpancar sinaran cahaya kebenaran dan hidayah kepada orang Islam dan bukan orang Islam. 
Di dalamnya juga benih-benih tamadun Islam tumbuh subur dan berkembang. Bukankah Abu 
Bakar, Umar, Othman, Ali, Khalid, Saad, Abu Ubaidah dan tokoh-tokoh besar dalam sejarah 
Islam yang lain merupakan anak-anak murid sekolah Muhammad yang berpusat di Masjid 
an-Nabawi?! 

Keistimewaan lain bagi masjid dalam Islam ialah, pada setiap minggu akan 
berkumandang dan bergenia kalimah kebenaran melalui lidah khatibnya. Khatib-khatib 
berkhutbah mengingkari kemungkaran, menyuruh makruf, menyedarkan kelalaian, menyeru 
agar bersatu, menentang si zalim, atau memberi amaran kepada thaghut. Kami dapat saksikan 
semasa zaman kanak-kanak, bagaimana masjid menjadi pusat pelancaran gerakan-gerakan 
nasionalis melawan penjajah Perancis. Para pemimpin jihad juga berpaut pada masjid untuk 
menentang penjajahan dan Zionis. Pada hari ini kita lihat masjid tergendala daripada 



www.dakwah.info 40 



melaksanakan tugas terbesarnya. Fenomena ini tidak lain merupakan dosa sesetengah khatib 
di kalangan pegawai-pegawai upahan atau orang-orang jahil yang alpa. Pada hari para 
pendakwah yang tegas berpegang dengan kebenaran, alim dengan syariat, ikhlas kepada 
Allah dan Rasul-Nya, penasihat kepada pemimpin-pemimpin orang Islam dan rakyatnya 
menaiki mimbar masjid dan mengimamkan pengunjungnya, masjid akan kembali ke tempat 
kepimpinan dalam organisasi kemasyarakatan kita. Pada ketika itu masjid kembali 
berperanan mendidik ramai tokoh, mengeluarkan sebilangan wira, mengislah kefasadan, 
memerangi mungkar juga membina masyarakat di atas asas ketaqwaan kepada Allah dan 
mengejar keredhaan-Nya. 

Kami berharap masjid dapat berrungsi sedemikian (insya Allah) apabila golongan 
perintis yang suci murni menduduki mimbar-mimbar dan seluruh ruangnya. Mereka dari 
kalangan pemuda-pemuda yang beriman, berpengetahuan tentang agama Allah dan berakhlak 
dengan akhlak Rasulullah s.a.w.. 

15. Proses persaudaraan antara Muhajirin dan Ansor yang dilakukan oleh Rasul s.a.w. 
merupakan tanda-tanda zahir paling jelas tentang keadilan kemanusiaan dan akhlak membina 
dalam Islam. Muhajirin merupakan golongan yang meninggalkan harta dan tanah mereka 
demi jalan Allah. Mereka datang ke Madinah tanpa memiliki apa-apa saki baki dunia . Ansor 
pula merupakan kaum yang kaya dengan hasil tanaman, harta dan perusahaan mereka. Oleh 
itu, seseorang saudara perlu menanggung saudaranya. Dia berkongsi dengan saudaranya 
kesenangan dan kesusahan hidup. Dia juga menempatkan saudaranya di rumahnya 
selagimana rumahnya lapang untuk mereka berdua. Dia memberi separuh hartanya kepada 
saudaranya selagi mana dia tidak memerlukannya dan serba eukup. Apakah ada keadilan 
sosial di dunia ini yang menyamai kedudukan persaudaraan ini?! 

Mereka yang tidak mengakui dalam Islam ada keadilan sosial, merupakan golongan 
yang tidak mahu cahaya Islam mengejutkan pandangan orang ramai dan menguasai hati 
mereka. Boleh jadi mereka merupakan golongan yang berpemikiran rigid dan membenci 
setiap perkataan baru walaupun ia disukai oleh manusia. Dalam Islam terdapat bukti keadilan 
sosial ini. Bagaimana keadilan sosial dalam Islam dapat dinalikan sedangkan peristiwa 
persaudaraan yang unik ini terdapat dalam lipatan sejarah? Persaudaraan ini dilakukan oleh 
pendokong syariah, nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Baginda sendiri yang menyelia 
persaudaraan tersebut. Di atas asas-asas persaudaraan inilah Baginda menegakkan 
masyarakat dan negara Islam pertama. Maha suci, ya Allah. Penatian hakikat ini adalah 
penipuan yang besar! 

16. Dalam piagam bertulis yang dimateraikan oleh Rasul s.a.w., terkandung dasar 
persaudaraan antara Muhajirin dan Ansor. Terdapat juga dasar kerjasama antara orang Islam 
dan bukan orang Islam. Ini merupakan bukti yang tidak boleh disangkal. Bukti bahawa dasar 
keadilan sosial adalah asas tertegaknya negara Islam. Sementara asas hubungan orang Islam 
dengan bukan Islam adalah hidup aman damai selagi mana mereka berbaik-baik dan tidak 
mengancam ketenteraman negara. Prinsip kebenaran, keadilan, kerjasama dalam kebajikan 
dan taqwa, bekerja untuk kebaikan manusia serta menolak penindasan golongan jahat 
daripada masyarakat pula merupakan slogan-slogan yang paling tertonjol dilaungkan oleh 
negara Islam. Demikianlah prinsip negara Islam di mana sahaja ia tertegak, juga pada mana- 
mana zaman ia terbentuk. la tertegak di atas prinsip-prinsip paling unggul dan paling adil. 
Pada hari ini, prinsip-prinsip tersebut bertepatan dengan prinsip paling mulia yang 
membentuk negara juga menaungi manusia. Pada zaman kita ini, usaha unruk mene-gakkan 
negara dalam masyarakat Islam yang berpandu-kan prinsip-prinsip Islam merupakan usaha 
yang seiring dengan perkembangan pemikiran manusia berkenaan definisi negara. Selain itu 
umat Islam akan berjaya merealisasikan pembinaan masyarakat yang paling kuat, paling 



www.dakwah.info 41 



sempuma, paling bahagia dan paling progresif. 

Walau apapun situasi yang berlaku, adalah menjadi maslahah kepada kita untuk 
memastikan negara dibina di atas asas-asas Islam. Mengabaikan kemaslahatan ini bererti kita 
berhadapan dengan kerosakan dan kebinasaan. Islam. tidak menyakiti orang bukan Islam 
dalam negara Islam. Ia tidak menindas akidah mereka, juga tidak mengurangkan hak-hak 
mereka, Kenapakah wujud kebimbangan jika ada negara Islam ingin melaksanakan syariat 
Islam dan menegakkan hukum hakamnya, padahal keseluruhan syariat dan hukum hakam 
Islam mengandungi keadilan, kebenaran, kekuatan, persaudaraan dan jaminan sosial yang 
menyeluruh di atas asas persaudaraan, kasih sayang dan kerjasama yang mulia? Kita tidak 
akan dapat membebaskan diri daripada penjajahan melainkan dengan seruan Islam. Oleh itu, 
orang-orang yang berjuang hendaklah berjuang di atas jalan ini: 

Jt ^ i- -** ** £ *-* — s s ** lM ji"' «*• *7 «*' «*' *" *** * ** ****** ° J> «*' f «*' ^ ^** ***•* ^ *-** ^ ** 

Ijj JO jS^Jj^j^lj jUJJI qa C-jSjj ^JS- Uj>tlaJ Ijiulj IjJwJs i£jLl\ Jil o' jJj 

(gd) Oj^*So I jj I Bss L«_; -* g 1 "' __>■ Li 

Dan (Tuhan berjirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta 
bertaawa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) 
yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. (Al-Araf: 96) 

*_*■* ** s s '_*• ** *f ** *** ** *i*J' 9 "^ ° 8 »«*"*' *** S 8 *JJ* _ ' ** ^ »«* Jl **,»*""*■"* 

l5J'i ^4^-- (%p j<-N <3j-i^-9 <J^*JI Ij*-^ ^j «jjLJli Lo-^L^ ^jUj^» '«----* o'i 



> «r - .» 



^p Oj-^J f **-** - Ul ^4_> »»iJ_^3 j 

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, 
maka hendaklah kamu menurut-nya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan 
(yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan 
kamu dari jalan Allah. (Al-An'am: 153) 

J_5\j_« Jj-P c^ji IjwLj-tolj (-_3jy«-«_; ^j^hjijLi jl *-_3jy«_«-; ^j-ijSw^li ^j-gJusJ ,>*»-; lili 
^ •& -* - - - ' t?'° r '' e $ -° s % - ^- - * - ■ * ' , &'--'^' o °} * 

-*joi (jl) ^j >-^ ^i^jJij ^L; ^t?jj o^o" ^ -^y- } ■=- =; 4'-* ^ «j-LgjJi ij-o-iij 
_1T o i ^4^->- ji*&\ J* '$& cr*-* v-^ ^ -~-*-*- 0? >a5 &j O ^^ J ^ -^" 

(c|jj) IjwLS f ^u JSO -Uil J_o- wLS ^:jJ xJLj 

Dan sesiapa yang bertaawa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya 
dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya 
jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya 
rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa 
berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk 
menolong dan menyelamat-kannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan 
segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan 
masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (At-Tolaq: 2-3) 

www.dakwah.info 42 



Cr^""^ ^'i^' ^ Or^ ^?j' Oj^S . Cr? u^^' Cr? Cr~^ t^'j 



Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaawa kepada Allah, nescaya Allah 
memudahkan baginya segala urusannya. (At-Tolaq: 4) 

.* ■> f _.»r . » .» , '^ ' > " , "^isi", t' * ' ,<<-, Ti --*>' f *T ji- f ' i » • 

| l^>-l jAJ i j^-jj -_4jL_1_- 4j_P^i>o -J-ljjL) ^«j ^sJI j^JjjI ^l^l _UJ'_> 



Sesiapa yang bertaawa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan 
kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya. (At- 
Tolaq: 5) 



www.dakwah.info 43 



Bahagian 5 

PEPERANGAN RASUL S.A.W. 

A) Peristiwa-peristiwa Sejarah 

Nabi s.a.w. hampir-hampir tidak sempat menetap selesa di Madinah apabila siri 
peperangan antara Baginda dengan Quraisy dan kabilah-kabilah Arab yang menyokong 
mereka bermula. Ahli-ahli sejarah Islam meletakkan beberapa istilah bagi siri peperangan ini. 
Mereka menamakan peperangan antara orang Islam dan orang musyrik yang disertai oleh 
Nabi s.a.w. sebagai Ghazwah. Sementara pertempuran kecil yang berlaku antara kedua pihak 
dan tidak disertai oleh Rasul s.a.w. dinamakan sebagai Sariyyah. Bilangan ghazwah 
sebanyak 26 ghazwah sementara bilangan sariyyah pula sebanyak 38 sariyyah. Namun dalam 
perbincangan tergesa-gesa ini, kami hanya menyebut ghazwah yang terkenal sahaja, iaitu 
sebanyak 1 1 ghazwah: 

1. Ghazwah Badar al-Kubra 

Ia berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah. la bermula apabila Nabi s.a.w. 
mempelawa para sahabat Baginda untuk menyekat kafilah dagang Quraisy yang pulang dari 
Syam ke Makkah. Misi asal sekatan itu bukannya dengan tujuan peperangan. Walau 
bagaimanapun kafilah yang diketuai oleh Abu Suffian tersebut telah terselamat daripada 
sekatan orang Islam. Namun Abu Suffian sebelum itu telah mengutuskan utusan kepada 
Quraisy untuk keluar melindungi kafilahnya. Rentetan permintaan tersebut, Quraisy telah 
keluar dengan bilangan kira-kira 1000 orang tentera. Antaranya 600 orang tentera berbaju 
perisai, 100 ekor kuda yang dipakaikan 100 baju perisai. Ini tidak termasuk baju perisai 
tentera pejalan kaki dan 700 ekor unta. Mereka turut membawa penyanyi-penyanyi 
perempuan yang memukul gendang dan menyanyi mengutuk orang Islam. 

Sementara itu, bilangan orang Islam pula seramai 313 atau 314 orang. Kebanyakan 
mereka daripada golongan Ansor. Mereka membawa 70 ekor unta dan dua atau tiga ekor 
kuda sahaja. Mereka bergilir-gilir dalam kumpulan-kumpulan kecil menaiki unta tersebut 
dari satu masa ke satu masa. Sebelum Nabi s.a.w. memasuki pertempuran, Baginda ingin 
mengambil pandangan para sahabatnya, khususnya kaum Ansor. Baginda ingin mengambil 
pandangan mereka untuk terlibat dalam peperangan. Kaum Muhajirin telah mencadangkan 
kepada Baginda untuk terlibat dalam peperangan itu. Mereka telah berucap dengan baik. 
Kemudian Ansor menyedari Baginda mahukan pandangan mereka. Lantaran itu, Saad bin 
Muaz, ketua Ansor, berkata kepada Baginda: "Wahai Rasulullah, kami telah beriman dengan 
kamu, membenarkan risalahmu. Kami menyaksikan apa yang kamu bawa adalah benar dan 
kami telah berikan janji juga ikrar untuk mendengar arahan dan taat kepadamu. Oleh itu, 
teruskan wahai Rasulullah, apa yang kamu mahu. Kami tetap akan bersama kamu. Demi 
Tuhan yang mengutuskan kamu membawa kebenaran, kalau kamu bentangkan kepada kami 
laut ini, nescaya kami akan meng-harunginya bersama kamu. Tiada seorang pun daripada 
kami yang tercicir. Kami tidak benci untuk bertemu dengan musuh kami besok. Kami kaum 
yang sabar ketika perang dan jujur (tidak belot) ketika bertemu musuh. Semoga Allah 
membuatkan sesuatu berlaku kepada kalangan kami yang menggembirakan kamu. 
Berangkatlah bersama kami dengan berkat Allah." 

Sahabat yang lain juga berucap seumpama itu. Rasul s.a.w. merasa gembira dengan 
jawapan itu, seraya bersabda: 

"Berangkatlah kamu dengan berkat Allah. Bergembiralah. Sesungguhnya 
Allah telah menjanjikan kepadaku untuk berhadapan dengan salah satu 
kumpulan; sama ada kajilah dagang ataupun angkatan tentera. " 



www.dakwah.info 44 



Kemudian Rasul s.a.w. berjalan sehingga sampai ke perigi Badar yang paling hampir 
lalu Baginda berhenti di situ. Lantas al-Hubab bin al-Munzir bertanya: "Wahai Rasulullah! 
Adakah tempat ini ditetapkan oleh Allah Taala kepada kamu; di mana kamu tidak boleh 
terkedepan mahupun terkebelakang. Atau ia merupakan buah tikiran, strategi perang dan tipu 
helah?" 

Rasul s.a.w. menjawab: 

"Bahkan ia berdasarkan buahjikiran, strategi perang dan tipu helah". 

Maka al-Hubab bin al-Munzir mencadangkan kepada Baginda agar berpindah ke 
tempat lain yang lebih strategik dan membolehkan orang Islam menyekat air Badar sampai 
kepada orang musyrik. Oleh itu, Rasul s.a. w. dan para sahabat Baginda berangkat sehingga 
mereka sampai ke tempat yang dicadangkan oleh al-Hubab. Mereka kemudiannya berhenti di 
situ. Seterusnya Saad bin Muaz mencadangkan agar dibina sebuah khemah untuk Rasul 
s.a.w. di belakang barisan tentera Islam. Sekiranya Allah memuliakan mereka dengan 
kemenangan, itulah yang mereka sukai. Jika tewas, Baginda boleh menaiki tunggangannya 
dan kembali menyertai orang Islam di Madinah. Saad berkata kepada Baginda: "Sebahagian 
orang Islam tidak hadir bersama kita, wahai Nabi Allah. Ini bukanlah bererti cinta kami 
terhadapmu lebih hebat berbanding mereka. Jika mereka tahu kamu akan berperang, nescaya 
mereka tidak tercicir untuk turut serta bersamamu." 

Oleh itu, Nabi s.a.w. mendoakan kebaikan untuk Saad bin Muaz. Baginda 
memerintahkan agar dibina sebuah khemah untuk Baginda. Apabila kedua-dua kumpulan 
(orang Islam dan orang musyrik) bersemuka, Rasul s.a.w. meluruskan barisan orang Islam, 
membakar semangat mereka untuk berperang dan memotivasi mereka untuk mati syahid. 
Baginda bersabda: 

<Lxaj| <&\ *tli.j| VI jJJ-ajJC. !!>LLa 1 1 1 aHa a IjjL^a (jJSJa (J^J PJ$ Ci < ^ la ^H ls "' <i ' 1 (-S-^J 

"Demi Tuhan yang jiwaku di dalam genggaman-Nya, sesiapa yang 
memerangi mereka (tentera orang musyrik) pada hari ini, kemudian dia 
terbunuh dalam keadaan penuh kesabaran dan ikhlas, terus maju dan tidak 
lari dari medan pertempuran, pasti Allah akan memasukkannya ke dalam 
syurga. " 

Setelah itu Baginda pulang ke khemah bersama Abu Bakar dengan dikawal oleh Saad 
bin Muaz yang siap menghunuskan pedangnya. Rasul s.a.w. mula berdoa. Antara doa 
Baginda: 

( jjJjLa^aJI (jjiajAjl) ajLui^l (j>l qa AA i ^itll ojA (ill^J jl a^ill liljCjj lilj^C- lilluijl ^i a^ill 

J^J^I ^J Aj«jV 

"Ya Allah, aku menagih janji dan jaminan-Mu. Ya Allah, jika Kamu 
binasakan kelompok ini (pejuang-pejuang mukmin), Kamu tidak akan 
disembah lagi di muka bumi. " 

Baginda memanjangkan sujudnya, sehingga Abu Bakar berkata: "Cukuplah. 
Sesungguhnya Allah akan melaksanakan janji-Nya untukmu." 

Kemudian peperangan meletus dan berakhir dengan kemenangan orang Islam. Kira- 
kira 70 orang musyrik telah terbunuh termasuk ketua mereka yang paling tegar dengan 
kesyirikannya, Abu Jahal. Turut terbunuh sebahagian pemimpin mereka. Mereka yang 
ditawan pula kira-kira 70 orang. Baginda telah memerintahkan agar semua yang terbunuh 
dikebumikan. Baginda pulang ke Madinah dan melakukan syura dengan para sahabat 
Baginda tentang urusan tawanan perang. Umar mencadangkan supaya mereka dibunuh. Abu 



www.dakwah.info 45 



Bakar pula mencadangkan supaya mereka menebus diri mereka. Rasul s.a.w. menerima 
cadangan Abu Bakar. Oleh itu, orang musyrik telah menebus tawanan mereka dengan harta. 

Terdapat beberapa ayat al-Quran al-Karim telah turun berkenaan Ghazwah Badar ini. 
Allah Taala berfirman dalam surah Ali Imran: 

<>" -^J-J&iy*^, Jj-^ ^! C^Oj_£^ j*^l*J 4jj| IjiLjli Sjil lljlj j_L_> 4jj| *-_)v-i- -L-Jj 
Iji^jj ljy<_^_j (jj (Jj ra OJrL/ -0 4>__J_oJ I • ._> <__'-' I l r 4__J__> (t-Soj ^S JL«-j (jl ^_kI__kj 

4jj_>- L«j (GiD. (_Ji-« j_*_» 4>__J__J I • ._> ',_.'"' 1 1 s 4_w«___£:' f»->-!J *S _> J_«-J I __J- ^_Ajj_ -j_> *S jj Ljj 
(^_*_:_yi-l JJ_>«JI 4J.I JL^P ^ *_/] ^___Jl Lj ^4j *5s-)jJ5 _^<>Ja-"Jj ^->0 _£_r^i *_"! 4jj| 

(cgj) o_o_>- ljJ__45 ^L-nj jl Ijjj-T^oJl ^ li^_= £j__a_J 

Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam 
peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit 
bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaawalah kamu 
kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah 
wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman 
(untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa 
Allah membantu kamu dengan 3,000 tentera dari malaikat yang diturunkan 
?, " Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaawa, 
dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya 
Allah membantu kamu dengan 5, 000 malaikat yang bertanda masing-masing. 
Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana 
memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan 
bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa 
kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana. 
(Kemenangan Badar itu) kerana Allah hendak membinasakan satu golongan 
dari orang-orang kajir atau menghina mereka (dengan kekalahan), supaya 
mereka kembali dengan hampa kecewa. (All Imran: 123-127) 

Al-Quran juga menegur Rasulullah s.a.w. kerana menerima tebusan harta bagi tawanan 
perang. Allah Taala bertirman: 

4jj|j LljjJl^^p ^uj-^iy _/=j^' d^___j?^ _$■-*" (_>-/-"' -^ 0j*-> o' <_-sH-___j& -* 

c^l-LP j^-iJjs-I L«_J j,_>_I_<J (J^*. 4JJI -ja c-^-o ^jJ oo^Apy»- ji^ ^'J *^>- ^ I J-J^j 

Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan 
sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu 
rnenghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah 
rnenghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha 

www.dakwah.info 46 



Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Kalaulah tidak (kerana) adanya ketetapan dari 
Allah yang telah terdahulu, tentulah kamu ditimpa azab seksa yang besar 
disebabkan (penebus diri) yang kamu ambil (dari orang-orang tawanan) itu. 
(Al-Anfal: 67-68) 

2. Ghazwah Uhud 

Ghazwah Uhud berlaku pada hari Sabtu, 15 Syawal, tahun ke-3 hijrah. 

Sebab berlaku ghazwah ini Quraisy ingin menuntut bela terhadap kekalahan dalam 
Ghazwah Badar. Mereka membuat persiapan sehingga mereka benar-benar bersedia untuk 
memerangi Rasul s.a.w. di Madinah. Mereka keluar dalam angkatan tentera seramai 3,000 
pejuang, tidak termasuk bilangan tentera Ahabisy. 4 Dalam angkatan ini terdapat 700 tentera 
berbaju perisai dan 200 pahlawan berkuda. Bersama mereka juga, 17 orang wanita termasuk 
Hindun binti Utbah, isteri Abu Suffian. Bapanya telah terbunuh dalam Ghazwah Badar. 
Quraisy bergerak sehingga sampai ke tengah-tengah wadi menghala ke Uhud (sebuah bukit 
tinggi yang terletak dua batu di utara Madinah) bertentangan dengan Madinah. Mengikut 
pendapat Rasul s.a.w. dan beberapa orang sahabat, orang Islam tidak perlu keluar 
menghadapi mereka. Bahkan orang Islam hendaklah bertahan di dalam kota Madinah. 
Sekiranya orang musyrik menyerang mereka, orang Islam akan menghalang mereka. Namun 
sebahagian pemuda-pemuda Islam serta sesetengah Muhajirin dan Ansor bersemangat untuk 
keluar dari Madinah dan meiawan orang musyrik di tempat perhimpunan mereka. Khususnya 
mereka yang tidak turut serta dalam Ghazwah Badar dan tidak memperolehi kemuliaan 
berperang dalam ghazwah tersebut. 

Lantaran iru, Rasulullah s.a.w. telah beralah kepada pendapat mereka. Baginda masuk 
ke dalam rumah, memakai baju perisai, seraya meletakkan dinding perisai di belakang 
tubuhnya dan memegang tombak di tangan. Kemudian Baginda keluar menemui orang Islam 
dengan menggantung pedangnya di leher. Mereka yang mencadangkan kepada Baginda 
untuk keluar berperang di luar Madinah telah menyesal, kerana mereka menjadi sebab 
memaksa Baginda melakukan tindakan yang bertentangan dengan pendapat peribadi 
Baginda. Mereka berkata kepada Rasul s.a.w.: "Kami tidak seharusnya menyalahi pendapat 
kamu. Oleh itu, buatlah apa yang kamu mahu, atau kamu duduk di sini sekiranya kamu 
mahu." 

Maka Rasul s.a.w. menjawab kepada mereka dengan sabda Baginda: 

"Tidak wajar bagi seorang nabi, apabila dia memakai baju perisainya untuk 
dia menanggalkannya semula, sehinggalah Allah memberikan hukuman 
antaranya dan musuhnya. " 

Kemudian Baginda bersama kira-kira 1,000 orang Islam telah berangkat keluar 
Madinah termasuk 100 tentera berbaju perisai dan 2 pahlawan berkuda. 

Ketika orang Islam berhimpun untuk keluar, Rasul s.a.w. melihat satu kumpulan 
Yahudi mahu turut keluar bersama Abdullah bin Ubai bin Salul, ketua orang munafik. Rasul 
s.a.w. bertanya: "Adakah mereka telah Islam?" Mereka berkata: "Tidak wahai Rasulullah." 
Baginda bersabda: 

"Suruh mereka pulang. Kita tidak meminta pertolongan orang musyrik untuk 
memerangi orang musyrik. " 

Di pertengahan jalan, Abdullah bin Ubai bin Salul bersama 300 orang munafik 



4 Kaum yang dihubungkan kepada sebuah bukit di sebelah bawah Makkah yang dipanggil "Habisy". Mereka 
merupakan sekutu Quraisy. 

www.dakwah.info 47 



menarik diri daripada turut serta membantu orang Islam berperang. Oleh itu, bilangan orang 
Islam hanya tinggal 700 orang. Kemudian Rasul s.a.w. meneruskan perjalanan sehingga 
sampai ke medan Uhud. Baginda menjadikan tenteranya membelakangi bukit Uhud dan 
menghadap tentera musyrik. Baginda telah membariskan tentera Islam, melantik seorang 
ketua bagi setiap pasukan. Baginda juga memilih 50 orang pemanah yang diketuai oleh 
Abdullah bin Jubair al-Ansori, untuk melindungi bahagian belakang orang Islam daripada 
serangan balas tentera musyrik dari arah belakang. Baginda berpesan kepada mereka: 

"Lindungi belakang kami supaya mereka tidak datang menyerang kita dari 
arah belakang. Hujani mereka dengan anak-anak panah. Kuda tidak dapat 
melawan panah. Kita akan terus menang selagimana kamu tetap tidak 
berganjak daripada tempat kamu. Ya Allah, aku bersaksikan Engkau dalam 
menghadapi mereka ". 

Dalam riwayat lain, Baginda berpesan kepada mereka: 

"Jika kamu melihat kami dilanggar garuda (kiasan kepada kebinasaan yang 
cukup teruk), jangan kamu tinggalkan tempat kamu ini sehingga aku kirim 
utusan kepada kamu. Sekiranya kamu melihat kami mengalah-kan kaum 
(musyrik) itu atau kami menewaskan mereka dan mereka terbunuh, jangan 
kamu tinggalkan tempat kamu sehingga aku hantar utusan kepada kamu. " 

Kemudian, bermulalah peperangan. Allah telah membantu orang Islam menentang 
musuh-musuh mereka. Orang Islam telah membunuh sebilangan mereka. Pihak musuh 
kemudiannya melarikan diri. Oleh itu, orang Islam sibuk memungut harta rampasan perang 
yang mereka dapati di kem orang musyrik. Para pemanah di belakang mereka melihat 
perkara tersebut. Mereka berkata: "Apa yang kita akan buat sedangkan Allah telah 
memenangkan Rasul-Nya?" Mereka tertikir untuk meninggalkan posisi masing-masing untuk 
memperolehi habuan rampasan perang. Lantas, ketua mereka, Abdullah bin Jubair 
memperingatkan mereka tentang pesanan Rasul s.a.w.. Namun, mereka menjawab bahawa 
peperangan telah tamat dan tidak perlu lagi untuk kekal di tempat mereka, Hanya Abdullah 
berserta 10 orang lain enggan meninggalkan posisi masing-masing. Khalid bin al-Walid 
(sebagai ketua sayap kanan angkatan orang musyrik ketika itu) melihat para pemanah telah 
meninggalkan posisi mereka di belakang tentera Islam, lantas berpatah balik menyerang 
hendap dari arah belakang. 

Angkatan tentera Islam tidak menyedari serang hendap melainkan setelah pedang- 
pedang menyerang mereka di sana sini. Ikatan barisan mereka menjadi kacau bilau. Ketika 
itu juga, tersebar khabar angin bahawa Rasul s.a.w. telah terbunuh. Sebahagian mereka telah 
lari pulang ke Madinah. Orang musyrik dapat sampai kepada Rasul s.a.w.. Batu-batu yang 
mereka lontar mengenai Baginda sehingga Baginda jatuh pengsan, mukanya luka, kedua 
lututnya bercalar, bibir bawahnya berdarah dan topi di kepalanya pecah. Dua cincin rantai 
topi itu telah terbenam masuk ke pelipis Baginda. Orang musyrik bertambah ramai 
menyerang Rasul s.a.w. untuk membunuh Baginda. Baginda s.a.w. tetap bertahan bersama- 
sama sekumpulan orang mukmin, antara mereka ialah: Abu Dujanah yang bertindak menjadi 
perisai Rasulullah s.a.w.. Dia melindungi Baginda daripada anak-anak panah orang musyrik. 
Anak-anak panah itu telah menembusi belakang tubuhnya. Antara mereka lagi, Saad bin Abi 
Waqqas. Beliau telah memanah pada hari tersebut kira-kira 1,000 anak panah. Antaranya 
lagi, Nasibah Ummu Umarah al-Ansoriyyah. Dia meninggalkan tugas memberi minum 
tentera yang cedera, untuk bertempur menggunakan pedang dan memanah demi 
mempertahankan Rasulullah. Dia terus bertempur sehinggalah sebatang anak panah hinggap 
mengenai tengkuknya, menyebabkan luka yang dalam. Bersama-sama Nasibah juga, suami 
dan dua orang anaknya yang turut serta mempertahankan Rasulullah. Rasulullah s.a.w. 



www.dakwah.info 48 



mendoakan untuk mereka: 

"Semoga Allah memberkati kamu sekeluarga. " 

Lantas Nasibah berkata: "Doakan kepada Allah supaya kami menemanimu di 
syurga." 

Lantas Baginda berdoa: 

"Ya Allah, jadikan mereka teman-temanku di syurga. " 

Nasibah r.ha. berkata selepas itu: "Aku tidak mempedulikan lagi bencana yang menimpaku 
dalam urusan dunia. " 

Baginda s.a.w. telah berkata berkenaan Nasibah: 

"Aku tidak menoleh ke kanan dan he kiri pada hari Ghazwah Uhud, 
melainkan aku melihatnya berperang di hadapanku ". 

Pada hari tersebut, Nasibah mendapat 12 luka, sama ada akibat tikaman tombak 
mahupun tetakan pedang. 

Pada saat-saat genting itu, Ubai bin Khalaf telah cuba untuk sampai kepada Rasul 
s.a.w. bertujuan membunuh Baginda. Dia bersumpah tidak akan berpatah balik. Maka Nabi 
s.a.w. mengambil sebatang tombak daripada sahabat yang bersama Baginda, lalu 
merejamnya ke leher Ubai. Rejaman tersebut menyebab kematiannya. Ubai bin Khalaf juga 
merupakan satu-satunya orang yang dibunuh oleh Nabi s.a.w. dalam semua ghazwah 
Baginda. 

Kemudian Baginda s.a.w. dapat berdiri dan bangun dipangku oleh Tolhah bin 
Ubaidillah. Baginda memandang ke arah orang musyrik dan temampak sekumpulan daripada 
mereka berada di atas bukit. Lantas Baginda menghantar sahabat menghalau mereka turun 
seraya berkata: 

"Tidak sepatutnya mereka berada lebih tinggi daripada kita. Ya Allah, tiada 
kekuatan bagi kami metainkan dengan Kamu ". 

Pertempuran telah berakhir. Abu Suffian menyatakan kelegaan hatinya dan hati orang 
musyrik yang lain, setelah berjaya menebus kekalahan mereka dalam Ghazwah Badar dengan 
kata-katanya: "Hari ini merupakan bayaran bagi hari Badar." 

Di antara mereka yang terbunuh dalam peperangan ini ialah Hamzah, bapa saudara 
Rasul s.a.w.. Hindun, isteri Abu Suffian telah mengkelar-kelar mayatnya, membelah 
jantungnya dan mengunyahnya. Dia merasa kepahitan jantung itu, lalu memuntahkannya. 
Rasul s.a.w. merasa amat sedih melihat keadaan Hamzah, lantas berkata: 

"Sekiranya Allah memenangkan aku ke atas Quraisy di sesuatu tempat, aku 
akan kelar 30 orang lelaki daripada mereka. " 

Namun selepas itu Allah melarang daripada mengelar mayat. 

Bilangan orang Islam yang terbunuh dalam pertempuran ini ialah kira-kira 70 orang, 
sementara jumlah orang musyrik yang terbunuh ialah 23 orang. 

Allah Taala telah menurunkan beberapa ayat berkenaan ghazwah ini bagi merawat 
kelukaan hati orang-orang mukmin dan menyedarkan mereka tentang punca-punca kekalahan 
yang menimpa mereka. Allah berfirman dalam surah Ali Imran: 

j^» j_ai ^j3 '^i«uj oj C§| ca&P ^^ oj oi^-^i (^'i ^yj^- V3 ^y-f V3 



www.dakwah.info 49 



-* -; ^ s o } s . "** }'&'* '-, -** <* s -, s s * s J J *•$■ ** s J.*># JP ' s ' *" 

ISnj^» «^t-Ljj \yu»\"f. v __•_ jj, Jl I 4JJ| (^iiljj (T" CW ^-L?' JL -' (*4^' ^-^i J 4^? rj* (*J-^-" 

9 *" ^ i-*^'" s s 9 s * J-s s ^** J-*$ ** -* J -* ^ ^ a > ■ — ^I-jJ ^ ~ s * 

--*' dl ^l-^^?^ ' (j^^^i ij^i? o^' ^'J^^ -^ d^ o*-^-" 4-^"" ^ ^'i «'-^ 

{Qr% (j„j\ ' ya 1 1 *i*jj *5sj^« Ijj g">- Qi4jl ^LI^oJGij LoJj 3j_>JI IjJL>- jj" <jl 



« ,-» 



Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan 
menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang 
akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi 
(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang 
yang (sungguh-sungguh) beriman. Jika kamu (dalam peperangan Uhud) 
mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang 
mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat lukayang sama 
(dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia 
ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan 
dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata 
apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang 
sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu 
orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada 
orang-orang yang zalim. Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang 
yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang 
kajir. Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurgapadahal 
belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang 
berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) 
nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal had dalam 
perjuangan)? (Maksud Ali Imran: 139-142) 

Selang beberapa ayat selepas itu, Allah berfirman lagi: 

9 £ '"*' J 9 S S "" J ** ** — ***»-- 9 J S i J *** ' J S 9 jl *i "* J ^ ** S f 9 ** ** 

y>^\ £, ~*-t£-ji£j J»_LLii lij Jj ^>- <^oL< (%-^Jj-**^ ^i j*>J-Pj AiJl * ^*-aiJ-^j J_aJj 

* * * / ' cf '* u * * * / E -- i -i rf &\A~\' *' * " *' ' ' ' 

JLj _> -yA % rsu oj Lo JJ I JLj \ji • _« jj ra i o v • j frj->_j L» *5\jj I L» J_*j • ._« , -> " „ -.-^ 1 & J 

^ ^^^jUJI Ji- J^ai ji AUlj ^=^p Lip j_aJj ^llill! ^4-p ^-^i^ ^ «>>- 2I 
; ss=LUjli ^>J_>>-I ^i ; ^=>y> Jb —Jj^^Jlj jlp-I Ji ^IjjjJ-- ^j ^IjJ^^-^ 5 ^i * 

^^ OjJ-*-*^ '-«-; ji^ ^'j '1 ^--=^ ; ' ',g> I L« ^J ^ ^--ajli L» Jp ljjj>ej ^L^sssJ^aJL; L«_P 



Dan Jem? sesungguhnya, Allah telah menepati janji-Nya (memberikan 
pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka 
(beramai-ramai) dengan izin-Nya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang 
semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan 
(perang) itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) 
sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai 
(kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang 



www.dakwah.info 50 



menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang 
menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada 
menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan 
sesungguhnya Allah telah memaajkan kamu, (semata-mata dengan limpah 
kurnia-Nya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada 
orang-orang yang beriman. (Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak 
menoleh kepada sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang 
dengan gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang 
kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh sebab itu 
Allah mem-balas kamu (dengan peristiwa) yang mendukacitakan (kekalahan), 
dengan sebab perbuatan (kamu menderhaka) yang mendukacitakan 
(Rasulullah) itu, supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput 
dari kamu, dan tidak (pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan 
(ingatlah), Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang 
kamu lakukan. (Maksud Ali Imran: 152-153) 

3. Ghazwah Bani Nadhir 

Bani Nadhir merupakan salah satu ras Yahudi yang tinggal berjiran dengan kota 
Madinah. Mereka juga merupakan sekutu Khazraj. Mereka telah memetarai perjanjian 
dengan orang Islam sebagaimana yang terdapat dalam perjanjian keamanan dan kerjasama 
yang telah kami sebut sebelum ini. Namun tabiat jahat dan khianat yang berakar umbi dalam 
jiwa Yahudi mendorong mereka untuk melanggar perjanjian mereka. Ketika Rasul s.a.w. dan 
beberapa orang sahabat Baginda berada di perkampungan Bani Nadhir, Baginda telah 
bersandar ke dinding rumah kaum itu. Tiba-tiba mereka melakukan komplot jahat untuk 
membunuh Baginda dengan cara melontarkan batu dari atas rumah ke arah Baginda. Baginda 
s.a.w. mengetahuinya, lantas bingkas bangun dengan segera seolah-olah mempunyai sesuatu 
keperluan. Baginda menuju ke Madinah diikuti oleh para sahabatnya. Kemudian Baginda 
mengutuskan Muhammad bin Maslamah kepada Bani Nadhir memberitahu: "Kamu 
hendaklah keluar daripada negaraku. Jangan kamu tinggal bersama-samaku di sini. Kamu 
telah cuba belot." Kemudian Baginda s.a.w. memberi tempoh 10 hari kepada mereka untuk 
keluar dari kampung tersebut. 

Bani Nadhir bersiap-siap untuk keluar dari kampung mereka ekoran amaran itu. 
Namun Abdullah bin Ubai, ketua golongan munatik mengutuskan utusannya kepada mereka. 
Melalui utusannya, beliau melarang mereka keluar dan berjanji untuk menghantar 2,000 
orang daripada kaumnya untuk mempertahankan mereka. Justeru itu, mereka mengubah 
tikiran daripada keluar meninggalkan kampung halaman kepada bertahan di dalam kubu 
mereka. Mereka menghantar utusan kepada Rasulullah s.a.w. menyatakan: "Kami tidak akan 
keluar daripada kampung halaman kami. Buatlah apa yang kamu mahu." Oleh itu, Baginda 
s.a.w. bersama sahabatnya keluar untuk memerangi mereka. Panji-panji Baginda telah 
dibawa oleh Ali bin Abi Tolib. Apabila Yahudi melihat tentera Rasulullah, mereka merejam 
anak panah dan batu ke arah tentera Islam. Bantuan yang dijanjikan kepada mereka oleh 
ketua munafik tidak sampai. Baginda s.a.w. mengepung mereka, namun mereka tetap sabar 
bertahan. Lantaran itu, Baginda terpaksa menebang pokok-pokok kurma mereka. Pada ketika 
itu, mereka berkata: "Kami akan keluar dari negeri kamu." Baginda s.a.w. mengenakan syarat 
kepada mereka agar keluar tanpa membawa senjata. Mereka hanya dibenarkan keluar 
bersama harta mereka yang mampu dibawa oleh seekor unta. Baginda juga menjamin darah 
mereka akan terpelihara, tidak akan ditumpahkan walau setitik. Apabila mereka ingin keluar 
dari kampung halaman mereka, mereka mengambil segala benda yang boleh dibawa dan 
meruntuhkan rumah-rumah mereka. Agar orang Islam tidak dapat menggunakannya. Mereka 
berangkat keluar, sebahagian mereka berhenti menetap di Khaibar, 100 batu dari Madinah. 



www.dakwah.info 51 



Sementara sebahagian yang lain berhenti menetap di Jarsh, selatan Syam. Namun hanya dua 
orang sahaja daripada mereka yang selamat. 

Surah al-Hasyr telah diturunkan berkenaan peperangan ini. Antaranya firman Allah 
Taala: 

o } ^' f } s ' S 9 f ** <"* ^ ' M ■'*'* ■a * 9 ° 9- ' i- -- . ** *■ '-* * . ** "» 

Ij^j^OlJ&cla L> j&±-\ Jj^^^^^y^5JI JaI^ 'j_/^0^' £LP"' L>^' J-* 

•» fi .'.';, ^ -» ''' ,■>>'' » >i^>> '? ; i"f,* -» -» -» , -»-» ' . * •*'* f 1 ^T ^ 
^jls ^J^wLSj lj^x^-->J c-> ^ aUI (»-^jLi aUI ^ (t-r>v^ v*^*J>-« ^^jl Ij^j 

*■ r—'' •" s %■ *** £■ s ° % s ■2'°'' s , j| *^ *,£■ ,,£ <" aa y a 9 ^ ^, 9 . >•* 

O' ^jJj CP>^^' Jj^ Ijy^li (^J^jJJl (_£Jolj rt-t-^L» j»4j-J Oy.J^ S-^J^' 

i^L jju '3 j lXjT v i Jlp sj>- Sfi ^i lij Ui UT ^i ^4'1^J ^SUjT jUglip 4i)T cli^ 



'■$~f 4 ,'.'■&'? t.7' -» ■»» ■» ^'tf"' t 



(©)t_->LfljJl JUJLi 4jjl jli 4JJ| (JUUi (j-oj j4Jj^,jj 4jj| IjSLS, 

Dia-lah yang telah mengeluarkan orang-orang kajir di antara Ahli Kitab - 
dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun 
hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka 
bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan 
pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng- 
benteng mereka akan dapat menahan serta memberi pertindungan kepada 
mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azab-Nya) kepada 
mereka dari arah yang tidak terlintas dalam jikiran mereka, serta 
dilemparkan-Nya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka 
membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari 
dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka 
berbuat demikian dari luar). Maka insajlah dan ambillah pelajaran (dari 
peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal jikiran serta celik mata 
hatinya. Dan kalaulah tidak kerana Allah telah menetap-kan pengusiran 
(yang demikian buruknya) terhadap mereka, tentulah Dia akan menyeksa 
mereka di dunia; dan mereka pula akan beroleh azab seksa nerakapada hari 
akhirat kelak. (Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka 
menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya. Dan (ingatlah), sesiapa yang 
menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amat-lah berat azab 
seksa-Nya. (Maksud Al-Hasyr: 2-4) 

4. Ghazwah al-Ahzab 

Ghazwah al-Ahzab dinamakan juga dengan Ghazwah Khandak. Ia berlaku pada 
Syawal, tahun ke-5 hijrah. 

Sebabnya, apabila Bani Nadhir selesai diusir, beberapa orang ketua mereka datang ke 
Makkah mengajak dan mengapi-apikan Quraisy untuk memerangi Rasul s.a.w.. Quraisy telah 
menyahut ajakan itu. Seterusnya pemimpin-pemimpin Yahudi pergi ke Ghattan. Di sana, 
Bani Fazzarah, Bani Murrah dan Asyjak telah menerima ajakan mereka dan berangkat 
menuju ke Madinah. Apabila Baginda s.a.w. mendengar kedatangun angkatan mereka, 
Baginda bermesyuarat dengan para sahabat. Salman telah mencadangkan kepada Baginda 
supaya digali parit di sekeliling Madinah. Lalu Rasul s.a.w. memerin-tahkan agar digali parit. 
Baginda sendiri turut terlibat menggali parit-parit itu. Apabila Quraisy dan sekutu mereka 



www.dakwah.info 52 



sampai, mereka merasa terpegun dengan parit-parit yang mereka saksikan. Ini kerana Arab 
tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam penggalian parit seperti ini. Bilangan tentera 
bersekutu Quraisy sejumlah 10,000 orang sementara bilangan orang Islam hanya 3,000 
orang. Huyai bin Akhtob salah seorang Yahudi yang berperanan menyemarakkan semangat 
Quraisy dan sekutu-sekutunya menentang orang Islam, telah pergi menemui Kaab bin Asad, 
penghulu Bani Quraizoh. Dia meminta beliau melanggar perjanjian damai antara Bani 
Quraizoh dengan orang Islam. Nabi s.a.w. terfikir untuk melakukan perdamaian dengan Bani 
Quraizoh dengan cara membayar satu pertiga hasil buah-buahan Madinah kepada mereka. 
Namun kaum Ansor dengan rasa megah terhadap agama mereka, menolak untuk tunduk 
kepada pihak Bani Quraizoh yang telah belot kepada perjanjian dan pakatan. 

Peperangan bermula apabila beberapa pahlawan berkuda musyrik berjaya melepasi 
parit tersebut di salah satu bahagiannya yang sempit. Orang Islampun bertempur dengan 
mereka. Selanjutnya, Nu'aim bin Mas'ud bin Amir datang bertemu Rasul s.a.w. memberitahu 
Baginda bahawa dia telah memeluk Islam, sedangkan kaumnya tidak mengetahui 
keislamannya. Beliau juga merupakan kawan kepada Bani Quraizoh. Mereka mempercayai 
dan meyakininya. Beliau berkata kepada Rasul s.a.w.: "Arahkan aku apa yang kamu mahu." 
Maka Rasul s.a.w. bersabda kepadanya: 

"Di kalangan kita, kamu hanyalah seorang sahaja. Oleh itu, sekiranya kamu 
dapat, lakukanlah sesuatu untuk mengalahkan musuh. Sesungguhnya perang 
adalah tipudaya ". 

Justeru itu, Nu'aim menggunakan kelicikannya sehingga berjaya memecahbelahkan 
pakatan Quraisy dan sekutunya dengan Bani Quraizoh. Dia menimbulkan prasangka dalam 
hati setiap kumpulan terhadap kumpulan lain. Allah telah menghantar angin kencang ke atas 
tentera bersekutu pada suatu malam yang amat sejuk, sehingga periuk-periuk bertaburan dan 
khemah-khemah mereka terkoyak. Jiwa tentera bersekutu diselubungi rasa takut, lalu mereka 
berangkat pulang pada malam itu juga. Apabila pagi, orang Islam tidak men-dapati seorang 
pun orang musyrik yang masih berada di situ. 

Dalam peperangan ini, Allah menurunkan beberapa ayat dalam kitab-Nya yang 
mulia: 

LJ bj^~j L^-j **-^& UJL,jli iy*>- l5\3f U- il J^Lic- aajI Ajoju IjJTil Ijj^U jiAII tJLlL> 
i|3 ^^r? <J— -"' Cfi3 p^^J^ Cf? (*^-3 f • "*"! Cl^ L*>*** JL ' OjJ- -*^ I-*-; ^' oL^=j ^-*J_p 

9- ** *■ * ° -- %* "* *** ***" »- & % ** »- ---- 9 ** % * * r> " e *■''*■ % s % ^** "' ,. 

^31 dJULlA (©5 bjIJaJI jlUL OjJajj ^L^JI >_jjJLaJI eJil>j j-^i\ o-J>lj 



^ ' *** s 9 ° ** 9 J. ^ $■ -» Jl 9m 

IwbwLi, ^IJJj IjJjJjj ^_jj-^j-<JI 



Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang 
dilimpahkan-Nya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzab), 
lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta 
angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan 
(ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan. Masa itu ialah 
masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari 
sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa 
pemandangan mata kamu tidak berketentuan arah (kerana gempar dan 



www.dakwah.info 53 



bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana cemas takut), dan kamu 
masing-masing pula menyangka terhadap Allah dengan berbagai-bagai 
sangkaan. Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan 
digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat 
dahsyat. (Maksud Al-Ahzab: 9-11) 

Kemudian Allah menjelaskan pendirian golongan munafik, sikap mereka yang tidak 
membantu dan tindakan mereka yang menarik diri dari medan pertempuran. Seterus-nya 
Allah menerangkan pula perihal orang-orang mukmin: 

Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzab, 
berkatalah mereka:" Inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya 
kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan Rasul-Nya". 
Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang 
kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan 
diri mereka bulat-bulat kepada Allah. Di antara orang-orang yang beriman 
itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya 
kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada 
yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di 
antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka, pula tidak mengubah 
(apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Berlakunya yang demikian) 
supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran 
mereka, dan menyeksa orang-orang yang munajik jika Dia kehendaki, atau 
Dia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, 
lagi Maha Mengasihani. Dan Allah telah menghalau kembali (angkatan 
tentera) orang-orang yang kajir itu (ke tempat masing-masing) dengan 
keadaan mereka geram marah (kerana gagal dan hampa), mereka tidak 
mendapat sebarang keuntungan. Dan Allah selamatkan orang-orang yang 
beriman dari bencana menghadapi peperangan itu. Dan (ingatlah) adalah 
Allah Maha Kuat lagi Maha Kuasa.(Maksud Al-Ahzab': 22-25) 

5. Ghazwah Bani Quraizoh 

Ghazwah Bani Quraizoh. berlaku pada tahun ke-5 hijrah sebaik sahaja selepas 
Ghazwah Ahzab. Ini kerana beberapa sebab. Antaranya, Rasulullah telah menyaksikan 
bagaimana isi hati Yahudi Bani Quraizoh yang keji, belot serta berpihak kepada Quraisy dan 
sekutu-sekutunya. Pada saat-saat genting pertempuran Ahzab, mereka mengisytiharkan 
pembatalan perjanjian dengan Baginda s.a.w.. Mereka juga berniat melakukan jenayah berat 
yang boleh melenyapkan semua orang Islam. Padahal mereka tinggal bersama Rasul s.a.w. di 
Madinah. Niat dan rancangan jahat mereka gagal apabila Ghazwah Ahzab telah tamat 
sebagaimana yang berlaku (tentera bersekutu Qurasiy meninggalkan Madinah tanpa dapat 
mengalahkan orang Islam). Oleh ini, Rasulullah s.a.w. berpandangan untuk mengambil 
tindakan tatatertib ke atas pengkhianat dan pembelot ini. Baginda juga memutuskan untuk 
membersihkan Madinah selaku pusat jihad dan dakwah daripada mereka. Tujuannya agar 
tidak berlaku lagi situasi-situasi yang membuka ruang kepada mereka untuk sekali lagi 
membantai dan membinasakan orang Islam. Jelas sikap mereka sebagaimana kebiasaan sikap 
belot Yahudi yang keji. 

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Aishah r.ha., bahawa apabila Rasulullah s.a.w. 
pulang pada hari Ghazwah Khandaq, Baginda telah meletakkan senjata dan mandi. Tatkala 
itu, Jibril datang menemui Baginda dalam keadaan kepalanya dilitupi debu-debu, seraya 
berkata: "Kamu telah meletakkan senjata? Demi Allah, aku belum meletakkannya." Baginda 
bertanya: "Di mana?" Jibril berkata: "Di sana." Seraya menunjuk ke arah Bani Quraizoh. 



www.dakwah.info 54 



Aishah berkata: "Maka Rasulullah s.a.w. keluar memerangi mereka." 

Rasul s.a.w. mengarahkan seorang sahabat menyeru orang ramai supaya tiada seorang 
pun daripadamereka bersembahyang Asar melainkan di perkampungan Bani Quraizoh. 
Kemudian Baginda keluar bersama mereka. Panji-panji Baginda telah dibawa oleh Ali r.a.. 
Orang Islam yang terkumpul seramai 3,000 orang, sementara kuda pula sebanyak 36 ekor. 
Apabila Ali menghampiri kubu Bani Quraizoh, dia telah mendengar ucapan yang buruk 
tentang Rasulullah s.a.w. dan isteri-isteri Baginda. Beliau telah memberitahu perkara tersebut 
kepada Nabi s.a.w. dan meminta Baginda agar tidak menghampiri Bani Quraizoh yang keji 
itu. Baginda s.a.w. menjawab, apabila mereka melihat Baginda, mereka tidak akan 
memperkata sesuatu yang buruk. Ini kerana Baginda tahu sikap berpura-pura dan mengampu 
mereka. Jika mereka melihat Baginda, mereka bersikap lembut dengannya sebagaimana yang 
dijangka oleh Baginda s.a.w.. Orang Islam telah mengepung mereka selama 25 malam. 
Setelah mereka tersepit dengan keadaan itu, mereka tunduk kepada hukuman Rasul s.a.w.. 
Mereka telah dihakimi oleh Saad bin Muaz, penghulu kaum Aus. Bani Quraizoh merupakan 
sekutu kepada kaum Aus. Saad telah menghukum pejuang-pejuang mereku dibunuh, zuriat 
mereka dijadikan tawanan dan harta-harta mereka dibahagi-bahagikan. Rasul s.a.w. 
melaksanakan hukuman beliau itu. Dengan itu, konspirasi, adu domba dan komplot Yahudi 
di Madinah dan sekitamya ke atas Rasulullah s.a.w. dan dakwahnya telah habis dihapuskan. 

Dalam peperangan ini, turun ayat-ayat al-Quran al-Karim yang menjelaskan 
pembelotan Yahudi, pelanggaran mereka terhadap perjanjian dan sikap mereka yang tidak 
menolong orang Islam dalam Ghazwah Ahzab: 

p UjLJail ^ja ^jli> O-iiO jJj (<j|Jj) \j\j\ S/j Oj Mji 0\ %&j i£ \-*J tJj^ *-H*H 0\ 

•** a *** i ** ^ ■< *6 o is-s--i^,-?'''' **' s *■** ~ * j *** f" S **" ** *-^ ** *> 9 ** - % 

^^j^yi ^i <J^3 c+A *^l \^J^is> Ijjb JjJj (cjfjj) l^\-~o> ^l l^ \j£& Uj La^j^ SllaJl I^JL^, 
JiaJl jloj^Jl ^_ja j£jj (j\j\jhS\ S-*-~H(J J$ (cj)) ^jiL^ 4ii\ J_^p Qbj y-O^! 

Dan juga masa itu ialah masa segolongan di antara mereka berkata: "Wahai 
penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di 
sini), oleh itu baliklah". Dan sebahagian dari mereka pula meminta izin 
kepada Nabi (hendak balik) sambil berkata: "Sesungguhnya rumah-rumah 
kami memerlu-kan perlindungan", pada hal ia tidak memerlukan 
perlindungan. Mereka hanya bertujuan hendak melarikan diri (dari berjuang 
menegakkan Islam). Dan kalaulah tempat-tempat kediaman mereka itu 
diserang oleh musuh dari segala penjurunya, kemudian mereka diajak 
berpaling tadah menentang Islam, sudah tentu mereka akan melakukannya, 
dan mereka tidak bertangguh lagi tentang itu melainkan sebentar sahaja. 
Pada hal sesungguhnya mereka telahpun mengikat janji dengan Allah 
sebelum itu, iaitu mereka tidak akan berpaling undur (dari medan perang 
yang mereka hadiri). Dan (ingatlah)janji setia dengan Allah itu akan ditanya 
kelak (tentang penyempurnaannya). Katakanlah (wahai Muhammad): 



www.dakwah.info 55 



"Kalaulah kamu melarikan diri dari kematian atau dari pembunuhan maka 
perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan jaedah kepada 
kamu; dan kalaulah kamu pada hari ini terlepas sekalipun, maka kamu tidak 
juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja". 
(Maksud Al-Ahzab: 13-16) 



\juj ^-**y\ f-frj& 4 <JJ$j ^^ll^ ^ y-^50l Jil q* ^Ajj^b QiO]l Jjjlj 

E ,. *' - 4 f i £ ■* i >,, „ i *,' ,i * ^ . f %' . *j» - 

LAjiJaj LJ U^jlj llj\*lj I^AjLiSj j*4v=jl ^^J3^3 EjgJ) ^L^ ^-LJ3S?^3 ^LJJ^J 

@j IjjJU fL5 i J^= jjp 4)1 ^jbj 



Dan Dia menurunkan golongan Ahli Kitab (kaum Yahudijyang membantu 
tentera musuh itu, dari benteng-benteng mereka (menyerah diri), setelah 
diisikan-Nya hati mereka dengan perasaan gerun. (Lalu mereka diadili dan 
dijatuhkan (jiukuman); sebahagian di antara-nya kamu bunuh, dan sebahagian 
lagi kamu tawan. Dan Dia menjadikan kamu mewarisi tanah-tanah dan rumah- 
rumah serta harta benda mereka, danjuga tanah-tanah (di negeri-negeri lain) 
yang belum kamu men-jejaknya. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas 
tiap-tiap sesuatu. (Maksud Al-Ahzab: 26-27) 

6. Ghazwah al-Hudaibiyyah 

Ghazwah al-Hudaibiyyah berlaku pada bulan Zulkaedah, tahun ke-6 hijrah. 

Antara latar belakang peristiwa ini, Rasulullah s.a.w. telah bermimpi bahawa 
Baginda memasuki Baitullah al-Haram bersama para sahabatnya dalam keadaan aman dan 
bercukur kepala atau memotong rambut. Mereka tidak merasa takut kepada sesuatu. Maka 
Baginda memerintah orang ramai bersiap keluar ke Makkah bagi mengerjakan umrah dan 
bukan untuk berperang dengan Quraisy. Muhajirin dan Ansor telah keluar bersama Baginda 
didorong oleh rasa rindu untuk melihat Baitullah al-Haram setelah dihalang berbuat demikian 
selama enam tahun. Rombongan tersebut turut disertai oleh Arab Badwi. Baginda s.a.w. 
meletakkan di hadapannya "Hadyu" iaitu unta dan binatang ternakan korban yang dibawa ke 
Baitullah al-Haram sebagai mengagung dan memuliakannya. Baginda telah berihram di satu 
tempat bernama Zul Hulaitah agar orang ramai khususnya Quraisy mengetahui bahawa 
Baginda bukan mahu berperang. 

Bilangan mereka yang keluar bersama Baginda kira-kira 1,500 orang. Mereka tidak 
keluar membawa senjata kecuali senjata bagi para pengembara pada zaman tersebut iaitu 
pedang yang bersarung. Baginda berjalan sehinggu tiumpai di Usfan. Seorang lelaki datang 
yang memberitahu Baginda: 

"Quraisy telah mendengar kedatanganmu. Oleh itu, mereka telah keluar dengan memakai 
(kulit harimau seraya bersumpah dengan nama Allah, bahawa kamu tidak akan sekali-kali 
masuk ke Makkah". Maka Baginda s.a.w. bersabda: 

"Hai kasihannya Quraisy, mereka mabuk perangl Apa yang akan menimpa 
mereka, jika mereka membiarkan aku berurusan dengan semua orang Arab?! 
Sekiranya bangsa Arab mencederakan aku, itulah yang mereka mahukan. 
Sekiranya Allah memenangkan aku ke atas bangsa Arab, mereka boleh 



www.dakwah.info 56 



memasuki Islam beramai-ramai. Kalau Quraisy tidak mahu berbuat 
demikian, mereka boleh berperang. Mereka mempunyai kekuatan. Apa yang 
Quraisy sangkakan? Demi Allah, aku akan terus berjuang demi agama yang 
Allah utuskan aku, sehingga Dia memenangkannya, atau urat tengkuk ini 
bercerai (aku mati) ". 

Apabila Baginda sampai di Hudaibiyyah (satu tempat berhampiran Makkah dan 
sekarang ini terletak antara kota itu dengan jalan Jeddah), beberapa orang lelaki daripada 
bani Khuzaah datang menemui Baginda bertanyakan sebab kedatangan. Baginda 
memberitahu bahawa Baginda hanya datang unruk menziarahi Baitullah dan mengerjakan 
umrah. Lalu mereka pulang dan memberitahu Quraisy: "Kamu tergopoh-gapah terhadap 
Muhammad. Dia tidak datang untuk berperang, bahkan datang hanya untuk menziarahi 
Baitullah ini." Quraisy berkata: "Tidak. Demi Allah (kami tidak akan benar) dia memasuki 
Makkah untuk menguasai kami secara kekerasan buat selama-lamanya. Dan orang Arab tidak 
menuduh sedemikian terhadap kami." 

Kemudian Quraisy menghantar Urwah bin Mas'ud at-Thaqafi untuk berunding 
dengan Rasul s.a.w. tentang perkara tersebut. Selepas perbincangan, dan selepas berlaku 
beberapa peristiwa antara Urwah dengan sebahagian sahabat, dia pulang menemui Quraisy 
lalu menceritakan apa yang dilihat. Dia menceritakan bagaimana kecintaan para sahabat 
kepada Rasulullah s.a.w.. Mereka begitu hormat kepada Baginda dan cenderung untuk 
melakukan perdamaian. Namun Quraisy enggan menerimanya. Kemudian Rasul s.a.w. 
mengutus Othman bin Affan menemui penduduk Makkah untuk menegaskan kepada mereka 
tujuan kedatangan Baginda s.a.w. dan para sahabat. Othman terlewat pulang lalu tersebar 
berita di kalangan orang Islam bahawa beliau telah dibunuh. Ketika itu, Rasul s.a.w. berkata: 

"Kita tidak akan berganjak sehingga kita memerangi kaum tersebut. " 

Baginda mengajak orang Islam berbaiah untuk berjihad dan mati syahid di jalan 
Allah. Mereka telah berbaiah dengan Baginda di bawah sebatang pokok "Tolh" (pokok 
acacia). Mereka berjanji tidak lari dari medan; penentuannya sama ada diadakan perdamaian 
ataupun mati syahid. 

Apabila Quraisy mengetahui berita baiah tersebut, mereka merasa takut. Pada 
pandangan mereka, perdamaian bersyarat dengan Baginda perlu dilakukan. Baginda 
dikehendaki pulang ke Madinah pada tahun itu dan datang kembali pada tahun depan. 
Baginda hanya dibenarkan bermukim selama tiga hari di Makkah dengan hanya membawa 
senjata biasa seperti tombak dan pedang yang tersarung. Untuk itu, Quraisy mengutuskan 
Suhail bin Amru bagi menyempurnakan perdamaian tersebut. Akhimya perdamaian 
dimeterai mengikut kemahuan Quraisy. Berlaku gencatan senjata di antara kedua-dua pihak 
selama 10 tahun. Perdamaian Hudaibiyyah juga memutuskan, sesiapa yang datang daripada 
pihak Muhammad ke Makkah, mereka tidak memulangkannya, sementara sesiapa yang 
datang kepada Muhammad dari Makkah, mereka perlu memulangkannya. Perkara tersebut 
begitu sukar diterima oleh orang Islam. Seba-hagian mereka berbahas dengan Nabi s.a.w. 
berkenaan syarat-syarat tersebut. Antara mereka yang paling keras menentang ialah Umar, 
Sehinggakan Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Aku adalah hamba Allah. Dia tidak akan mempersia-siakan aku ". 

Kemudian Rasul memerintahkan para sahabat melakukan tahallul (langkah-langkah 
keluar daripada ikatan ihram) umrah. Namun, mereka tidak melakukannya ekoran terlalu 
kesal, setelah dihalang memasuki Makkah. Mereka juga sukar untuk menerima syarat-syarat 
perdamaian tersebut. Oleh itu, Baginda s.a. w. mengambil inisiatif memulakannya sendiri. 
Lalu Baginda bertahallul daripada umrah. Lantas tindakan Baginda itu diikuti oleh semua 



www.dakwah.info 57 



orang Islam. Namun selepas itu, syarat-syarat yang sukar diterima oleh orang Islam tetapi 
diredhai oleh Rasul s.a.w. temyata memberi faedah besar. Ini tercapai kerana Baginda 
berpandangan jauh, bertikiran tajam dan mendapat bantuan wahyu sehingga membolehkan 
Baginda bertikir dan bertindak dengan tepat. 

Lantaran pulangan taedah yang banyak ini, Allah telah menamakan peperangan ini 
sebagai kemenangan yang nyata. Allah berfirman: 



i 



jAS^oju j£-(3 j^~\-> \-*3 -_i-LpO (>» j» J_2j U 4ii\ <t\} jiJ^, (d&3 LwL~o l^sli dJJ L^tX3 bl 

tji^ \'jy± 4ii\ Jij^jS) l^J^J> LU^» !Lj^.jdlAs> 

Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) 
satujalan kemenangan yang jelas nyata. Kemenangan yang dengan sebabnya 
Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang 
terkemudian, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu, serta 
menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam 
dan melaksanakan hukum-hukumnya). Dan dengan sebabnya Allah 
memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh- 
penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya). 
(Maksud Al-Fath: 1-3) 

Kemudian Allah memperkatakan tentang perjanjian baiah dengan Rasul s.a.w. 
melalui firman-Nya: 

',' 9 ^ s s'*' ' s '^ s ' -»^ ' ' ■&" 9 s '■&" ^* 9 s 9 ^ ' ' 9 '9 ^* . ^" 4 

ljS>>±S^-i UjliC-5o ^yaj 1_^JL>I (Jlji 4ii\ JL) 4jj| ^_-_jyuLu L±j\<£hyuLu ^j_ jjjj\ \j\ 

^a^ l * t ' i** ' i \ * ''• '^l *~'\' ' ' ' \ ' \'"\ *' <■ 

nl I /y - U C \j>- \ 4_o y^i Aii I 4_JC A gi& Lo_) Jj \ ^yij ^A^JU 



Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia (baiah) 
kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka 
hanya-sanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah 
mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). 
Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya 
tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang 
menyempurnakan apa yang telah dijanji-kannya kepada Allah, maka Allah 
akan memberi kepadanya pahala yang besar. (Maksud Al-Fath: 10) 

Allah telah meredhai mereka yang terlibat dalam Baiah ar-Ridhwan yang berlangsung 
di bawah sebatang pokok. Firman-Nya: 

*- *- &' ** s s' s *■ ^ ** s **• ^ s 9 s 9 9 ^ s 9 ^" *■ 9$ " ^ 9 ' ^ 

Jjjli l^, yl J L. li*S ij>JxJ\ C^- j£hyuLu ij ^j~*yj\ qS> 4jj| ^_J?j wLaJ * 

f ' s "*' 9' '^ ' ' ' s " 

(jjSjj) Loj^ b>JL? \ g.M I J rt-jJ.P 4jL_5\jJ I 

Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika 
mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di 



www.dakwah.info 58 



bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) 
ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat 
setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan semangat tenang 
tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang 
dekat masa datangnya. (Maksud Al-Fath: 18) 



Allah memperkatakan tentang mimpi Rasulullah yang menjadi sebab berlakunya 
Ghazwah Hudaibiyyah: 

^j_j±~*\i 4Ul sLi Ol (*'>**-" Jj>t_3L-Jl ^-J-s-uiJ (3>JL; UsjJ I aJj-^j 4Ul s, }J^> -»-aJ 

L>Jii -HIJ'3 Oj- 5 O"? J-*^ Ij-a-LrJ jU U ll*3 ^j^jiL£ V ^Jj^ii-oj iSLujsj OJlA^- 

Dera sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar Rasul-Nya dalam 
perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu 
tetap akan memasuki Masjid Al-Haram - insya Allah (pada masa yang 
ditentukan-Nya) - dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah 
kamu) dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidakpun) menggunting 
sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan peng-khianatan 
musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan 
berlakunya kenyataan itu) kerana Dia mengetahui (adanya jeadah dalam 
penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Dia menyediakan 
sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa 
berlakunya). (Maksud Al-Fath: 27) 

Moga-moga ini merupakan isyarat kepada pembukaan Makkah yang merupakan hasil 
daripada perdamaian Hudaibiyyah. Ini akan kami sebutkan dalam pengajaran dan pedoman, 
insya Allah. Kemudian Allah menegaskan tentang penguasaan agama ini dan 
kemenangannya. Firman-Nya: 

l~L^-£> 4l)L> Ijoj ^4P jJjJl ^Js> ji^JkJjJ^Jl Qt}j (^JLgJL jiAy^j (_Lwjl Z^S J]l j-* 

(Allah yang menyatakan itu) Dia lah yang telah mengutus RasulNya 
(Muhammad, s.a.w) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang 
benar (agama Islam), supaya Dia memenangkannya dan meninggikannya 
atas segala bawaan agama yang lain; dan cukuplah Allah menjadi Saksi 
(tentang kebenaran apa yang dibawa oleh Rasul-Nya itu).( Al-Fath: 28) 

7. Ghazwah Khaibar 

Ghazwah Khaibar berlaku pada akhir Muharram, tahun ke-7 hijrah. Khaibar 
"merupakan sebuah oasis besar yang didiami oleh Yahudi. Terletak 100 batu di utara 
Madinah menghala ke Syam. 

Sebab berlaku peperangan ini: Setelah Nabi s.a.w. memperolehi keamanan daripada 
pihak Quraisy hasil perdamaian yang dicapai di Hudaibiyyah, Baginda memutuskan untuk 
membersihkan saki baki Yahudi di sekeliling Madinah. Tindakan ini diambil setelah Yahudi 



www.dakwah.info 59 



dibersihkan daripada Kota Madinah. Yahudi di Khaibar mempunyai kubu-kubu yang kukuh. 
Di dalamnya terdapat kira-kira 10,000 orang pejuang. Mereka juga mempunyai kemampuan 
senjata dan peralatan yang besar di samping terkenal sebagai pakar muslihat, permainan 
kotor dan tipudaya. Oleh itu, masalah ini perlu dibersihkan segera sebelum mereka menjadi 
punca kekacauan dan kebimbangan orang Islam di ibukota mereka, Madinah. Dengan ini, 
Rasul s.a.w. bersepakat untuk keluar memerangi mereka pada akhir Muharram. Baginda 
keluar memerangi mereka dalam satu angkatan seramai 1,600 orang pejuang termasuk 200 
orang pahlawan berkuda. Baginda telah mengumumkan panggilan perang kepada para 
sahabat yang menyertai Baginda dalam Ghazwah Hudaibiyyah sebelum ini. Baginda berjalan 
sehingga tiba di pinggir Khaibar lalu berkata kepada para sahabat: "Berhenti!". Kemudian 
Baginda berdoa: 

t^jlL <al L-aj Cl.- ■ MJJ 'clP^ ^°J / L f u "l U^-^J^ MJJ cIH"^ ^°J / L f u "l llltjamll 1_JJ »g m 
jloj lAjjui qa C_L jj*Jj ' I & f^ * J^J Lg-lAl J^-J 4-JJ-jI oJA JJ_- __Jl__j lil '(jJJ^ Laj r-ljjjl <-_SJJ 

Ai\ j-j-Aj I j->__4 tl^_ja La J--JJ L§AaI 

"Ya Allah, Tuhan seluruh langit dan apa yang dinaunginya, Tuhan seluruh 
bumi dan apa yang ditanggungnya, Tuhan seluruh syaitan dan apa yang 
disesatkan mereka, Tuhan seluruh angin dan apa yang diterbangkannya. 
Kami memohon kepada Kamu kebaikan kampung ini, kebaikan penduduknya 
dan kebaikan apa yang ada di dalamnya. Kami berlindung dengan Kamu 
daripada kejahatannya, kejahatan penduduknya dan kejahatan apa yang ada 
di dalamnya. Maralah kamu semua dengan nama Allah . " 

Apabila sampai di Khaibar, Nabi s.a.w. berpengkalan hampir dengan salah satu kubu 
Khaibar bernama Hisn an-Natoh. Yahudi telah menghimpunkan pejuang-pejuang mereka di 
dalamnya. Hubab bin al-Munzir mencadangkan agar angkatan tentera Islam berpindah 
tempat, kerana dia cukup kenal dengan penduduk an-Natoh. Mereka terkenal dengan 
panahan yang jauh dan tepat apatah lagi kedudukan mereka terletak lebih tinggi daripada 
kedudukan orang Islam. Oleh itu, anak-anak panah mereka lebih cepat meluncur turun 
mengenai barisan tentera Islam. Mereka juga boleh menyerang hendap orang Islam pada 
waktu malam dengan berselindung di celah-celah pokok-pokok kurma yang banyak. Oleh 
demikian, Rasul s.a.w. bersama tentera Islam mengambil langkah berpindah ke tempat yang 
lain. Pertempuran kemudiannya bermula dan orang Islam membuka satu demi satu kubu 
kecuali dua kubu terakhir. Penduduk kedua kubu tersebut mahu berdamai dengan syarat 
darah pejuang-pejuang mereka terpelihara dan zuriat mereka dilepaskan (tidak dijadikan 
tawanan). Mereka juga meletakkan syarat agar mereka dibenarkan keluar dari bumi Khaibar 
bersama-sama zuriat. Mereka setuju keluar dengan hanya sehelai sepinggang. Baginda s.a.w. 
berdamai dengan mereka dengan syarat-syarat tersebut. Sekiranya mereka menyembunyikan 
sesuatu ketika keluar dari kubu tersebut, perlindungan Allah dan rasul-Nya terbatal. Mereka 
kemudiannya meninggalkan kedua-dua kubu tersebut. Orang Islam mendapati di dalam 
kedua-dua kubu tersebut terdapat senjata yang banyak dan lembaran-lembaran Taurat. 
Yahudi telah datang menuntut kitab tersebut. Baginda mengarahkan agar ia dipulangkan 
kepada mereka. Bilangan Yahudi yang terbunuh dalam peperangan ini seramai 93 orang 
sementara orang Islam yang syahid seramai 15 orang. 

8. Ghazwah Mu'tah 

Ghazwah Mu'tah berlaku pada Jamadil Awal, tahun ke-8 hijrah. Mu'tah merupakan 
sebuah kampung di pinggir Syam. Sekarang ia dinamakan dengan al-Karak. Letaknya di 
tenggara Laut Mati. 

Sebab peperangan ini; Rasul s.a.w. telah mengutus al-Harith bin Umair al-Azdi. 



www.dakwah.info 60 



Beliau membawa sepucuk surat kepada al-Harith bin Abi Syamir al-Ghassani, Raja Basrah 
yang menjadi wakil Herkules. Dalam surat itu, Baginda s.a.w. mengajaknya kepada Islam (ia 
merupakan antara surat yang diutuskan oleh Baginda s.a.w. kepada maharaja-maharaja dunia 
dan raja-raja Arab. Perutusan ini dilakukan selepas perdamaian Hudaibiyyah). Apabila 
utusan Baginda tiba di Mu'tah, salah seorang raja Arab Ghassan yang tunduk kepada Caesar 
Rom bertanya kepadanya: "Kamu mahu pergi ke mana? Boleh jadi kamu salah seorang 
utusan Muhammad?" Lantas utusan Baginda s.a.w. menjawab: "Ya." Lalu raja tersebut 
mengikat dan memenggal lehernya. 

Berita pembunuhan tersebut sampai kepada Rasulullah s.a.w.. Baginda merasa amat 
sedih kerana tiada utusan Baginda yang dibunuh selain daripada beliau. Baginda 
mempersiapkan satu angkatan tentera Islam seramai 3,000 orang. Baginda melantik Zaid bin 
Harithah sebagai panglima mereka. Baginda berpesan, sekiranya Zaid mati syahid, mereka 
hendaklah melantik Jaafar bin Abi Tolib (sebagai penggantinya). Sekiranya Jaatar pula mati 
syahid, mereka hendaklah melantik Abdullah bin Rawwahah (sebagai pengganti seterusnya). 
Baginda mengarahkan Zaid mara ke tempat pembunuhan al-Harith bin Umair (di Mu'tah) 
dan menyeru penduduk di sana kepada Islam. Sekiranya mereka menolak seruan tersebut, 
tentera Islam hendaklah memohon pertolongan Allah dan memerangi mereka. Baginda 
berpesan kepada mereka dengan sabdanya: 

"Aku berpesan kepada kamu supaya bertaawa kepada Allah dan berbuat baik 
kepada orang Islam yang bersama kamu. Perangilah sesiapa yang kujur 
kepada Allah dengan nama dan demi jalan Allah. Jangan kamu belot (jika 
diadakan perjanjian) atau mencuri rampasan perang (sebelum diagih- 
agihkan). Jangan kamu membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua yang tak 
berdaya dan pendita yang memencilkan diri digereja. Jangan kamu 
memusnahkan pokok kurma, memotong pokok atau meruntuhkan binaan. " 

Kemudian angkatan tentera Islam berangkat dengan mengharapkan keberkatan Allah. 
Rasul s.a.w. sendiri telah menghantar mereka berlepas (dari Madinah). Mereka terus berjalan 
sehingga sampai ke Ma'an 5 . Di sana, mereka mendapat berita bahawa Herkules telah 
menghimpunkan satu angkatan tentera yang besar. Angkatan tersebut telah berpengkalan di 
Maab, salah sebuah kampung al-Balqak (kawasan perkampungan yang dibangunkan oleh 
Damsyik. Kotanya dikenali dengan Amman). Mereka terdiri daripada bangsa Rom dan Arab 
yang menganut agama Nasrani. Bkoran itu, orang Islam telah bermesyuarat sesama mereka. 
Mereka berpandangan untuk meminta bantuan daripada Rasulullah s.a.w. atau Baginda 
memberi arahan lain untuk mereka lakukan. Namun Abdullah bin Rawwahah membangkang 
seraya berkata: "Demi Allah, peperangan yang kamu benci ini merupakan tujuan sebenar 
kamu keluar. Kamu mengejar mati syahid. Kita tidak memerangi manusia berdasarkan 
bilangan, kuantiti yang ramai mahupun kekuatan. Kita memerangi mereka hanya berbekalkan 
agama yang Allah muliakan kita dengannya. Sesungguhnya kesudahan perang ini hanya 
salah satu daripada dua kebaikan: sama ada kemenangan ataupun mati syahid." 

Oleh itu, orang ramai bersetuju dengan beliau untuk memasuki kancah pertempuran. 

Seterusnya, peperangan bermula. Zaid telah berperang sehingga syahid. Kemudian 
Jaatar bin Abi Tolib menerima panji-panji angkatan tentera Islam menggantikan beliau. 
Jaafar pada mulanya berperang di atas kudanya kemudian terpaksa turun dan berperang 
dengan berjalan kaki. Tangan kanannya telah terpotong, lantas dia memegang panji-panji 
Islam dengan tangan kirinya. Kemudiannya tangan kirinya pula terpotong. Lalu dia memeluk 
panji-panji itu sehingga akhimya beliau r.a. turut syahid. Pada mayat beliau, terdapat lebih 



5 Sebahagian ulama memanggilnya Mu'an. 



www.dakwah.info 61 



daripada 70 kesan luka antara tetakan pedang ataupun tikaman lembing. Kemudian Abdullah 
bin Rawwahah mengambil panji-panji tersebut dan berperang sehingga dia turut syahid. 
Setelah itu orang Islam bersepakat melantik Khalid bin al-Walid sebagai panglima tentera 
(ini adalah peperangan pertama yang beliau sertai setelah memeluk Islam). Beliau 
menggunakan kelicikan perangnya sehingga berjaya menyelamatkan angkatan tentera Islam 
daripada binasa. Dia pulang bersama-sama angkatan tentera Islam itu ke Madinah. 

Pertempuran ini merupakan pertempuran pertama yang dilalui oleh orang Islam di 
luar semenanjung-tanah Arab untuk melawan Rom. la dinamakan sebagai Ghazwah 
sekalipun tidak dihadiri oleh Rasul s.a.w. kerana ramai bilangan pejuang 
yang terlibat dalam peperangan ini mencecah sehingga 3,000orang. Ini berbeza dengan 
bilangan tentera dalam sariyyah-sariyyah yang lain. 

Rasulullah s.a.w. telah menggelarkan Khalid bin al-Walid dalam peperangan ini 
dengan gelaran "Saifullah" (Pedang Allah). 

9. Ghazwah al-Fath , 

Ghazwah al-Fath merupakan peperangan membuka kota Makkah. Ia berlaku pada 
Ramadan, tahun ke-8 hijrah. 

Sebabnya; perdamaian Hudaibiyyah membolehkan mana-mana kabilah Arab 
melakukan pakatan dengan Rasulullah s.a.w.jika mereka mahu. Mereka juga bebas untuk 
melakukan pakatan dengan Qurasiy. Bani Bakar telah bersetuju untuk melakukan pakatan 
dengan Quraisy, sementara Khuzaah bersetuju melakukan pakatan dengan Rasulullah s.a.w.. 
Pada tahun ke-8 hijrah, Bani Bakar melakukan pencerobohan ke atas Khuzaah. Mereka 
membunuh kira-kira 20 orang lelaki daripada Khuzaah. Quraisy turut terlibat membekalkun 
harta dan senjata kepada Bani Bakar. Apabila berita itu sampai kepada Rasul s.a.w., Baginda 
merasa amat marah, lantas mempersiapkan tentera Islam untuk memerangi Quraisy. Namun 
Baginda tidak mahu memberitahu orang ramai hala tuju tenteranya, supaya Quraisy tidak 
bersiap sedia. Jika Quraisy membuat persiapan menghadapi tentera Islam, ia akan 
mengakibatkan kehormatan Tanah Haram tercemar dan serata ceruknya akan dipenuhi 
cebisan-cebisan mayat (ramai nyawa yang terkorban).( Hatib bin Abi Baltaah al-Badariy 
telah mengutuskan surat secara rahsia ke Makkah, memberitahu penduduk Makkah 
berkenaan kedatangan Rasul untuk menyerang mereka. Namun, Allah telah memberitahu 
Rasul-Nya tentang surat tersebut. Baginda menghantar beberapa orang sahabatnya mengejar 
wanita yang membawa surat itu untuk memeriksanya. Mereka akhimya menemui surat 
tersebut. Oleh itu, Rasul s.a.w. memanggil Hatib, seraya bersabda: "Apa yang mendorong 
kamu melakukan perbuatan ini?" Hatib menjawab: "Wahai Rasulullah, demi Allah, aku 
beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Aku tidak berubah atau menukar imanku. Namun, aku 
seorang lelaki yang tidak mempunyai asal-usul dan hubungan kekeluargaan dalam kaum itu 
(Quraisy). Sedangkan aku mempunyai anak dan keluarga yang tinggal dengan mereka. Oleh 
itu, aku berlagak baik dengan mereka untuk keselamatan kaum keluargaku." 

Lantas Umar berkata: "Wahai Rasulullah, biarkan aku penggal lehemya. 
Sesungguhnya lelaki ini telah munafik." Rasulullah s.a.w. berkata kepada Umar: "Dia telah 
terlibat dalam Ghazwah Badar. Kamu tidak tahu boleh jadi Allah memerhati ahli-ahli Badar, 
lalu Dia berfirman: Lakukanlah apa yang kamu mahu. Sesungguhnya Aku telah 
mengampunkan kamu." 

Rasul s.a.w. telah bertolak daripada Madinah pada 10 Ramadan. Dalam perjalanan 
tersebut Baginda telah berbuka puasa. Tindakan tersebut diikuti oleh orang ramai, ekoran 
kepenatan dan kesusahan yang mereka hadapi dalam perjalanan. Bilangan mereka ketika 
keluar dari Madinah seramai 10,000 orang. Dalam perjalanan beberapa kabilah Arab 



www.dakwah.info 62 



bergabung dengan mereka. Ketika di Marr az-Zohron, pengawal-pengawal Rasulullah s.a. w. 
terserempak dengan Abu Suffian bersama dua orang temannya. Lalu para pengawal Baginda 
menahan dan membawa mereka mengadap Nabi s.a.w.. Kemudian Abu Suffian memeluk 
Islam. 

Al-Abbas (Rasulullah telah menemuinya di pertengahan jalan. Al-Abbas ketika itu 
sedang menuju ke Madinah untuk berhijrah dan memeluk Islam) berkata: Abu Suffian 
seorang lelaki yang cintakan kemegahan. Anugerahkan kepadanya sesuatu yang boleh 
dibanggakannya. Maka Rasulullah bersabda: 

"Sesiapa yang masuk ke dalam rumah Abu Suffian, dia mendapat keamanan. " 

Kemudian tentera Islam sampai di Makkah. Penyeru Rasulullah s.a.w. 
mengisytiharkan: "Sesiapa yang masuk ke rumahnya dan mengunci pintu, dia mendapat 
keamanan. Sesiapa yang memasuki masjid, dia mendapat keamanan. Sesiapa yang masuk ke 
dalam rumah Abu Suffian, dia juga mendapat keamanan." Namun, terdapat 15 orang Ielaki 
yang melakukan jenayah besar terhadap Islam dan Rasulnya telah dikecualikan daripada 
jaminan keamanan tersebut. 

Kemudian Rasulullah s.a.w. memasuki Makkah dengan menaiki tunggangannya. 
Baginda masuk Makkah dalam keadaan tunduk sehingga dahinya hampir-hampir menyentuh 
pelana tunggangannya, sebagai tanda bersyukur kepada Allah di atas kemenangan yang 
paling besar itu. Selepas itu Rasul s.a.w. tawaf di Baitullah dan menghapuskan berhala- 
berhala di sekelilingnya yang mencapai bilangan 360 buah. Kemudian Baginda memasuki 
Kaabah dan bersembahyang dua rakaat di dalamnya. Setelah selesai, Baginda berdiri di muka 
pintu Kaabah, sementara Quraisy mengintai-ngintai apakah yang akan diperbuat oleh 
Baginda kepada mereka. Antara kata-kata Baginda ketika itu ialah: "Wahai sekelian Quraisy, 
apakah yang kamu sangka aku akan lakukan kepada kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan. 
Kamu saudara yang mulia dan anak kepada saudara yang mulia." Maka Rasulullah s.a.w. 
bersabda: "Pada hari ini, aku katakan kepada kamu sebagaimana kata-kata saudaraku, Yusuf 
sebelum ini: "Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan 
kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua 
Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani." (Yusuf: 92). Pergilah 
kamu. Kamu semua dibebaskan." 

Kemudian orang ramai berhimpun di sekitar bukit Sofa untuk berbaiah dengan 
Rasulullah s.a.w. di atas nama Islam. Rasul s.a.w, duduk mengadap mereka di atas bukit 
Sofa . Baginda mengambil baiah dengan janji untuk mendengar dan taat kepada Allah dan 
Rasul-Nya sedaya upaya mereka. Kaum lelaki telah melakukan baiah terlebih dahulu, 
kemudian diikuti oleh wanita. Baginda tidak berjabat tangan dengan mana-mana wanita di 
kalangan mereka. Di antara wanita yang berbaiah ialah Hindun, isteri Abu Suffian. Hindun 
tergolong di kalangan orang yang telah dihalalkan darahnya oleh Baginda pada hari 
pembukaan Makkah. Namun, apabila Baginda mengetahui beliau turut serta dalam baiah 
tersebut, Baginda memaatkan beliau disebabkan baiah yang dilakukannya itu. 

Pada hari pembukaan Makkah tersebut, Rasulullah s.a..w. memerintahkan Bilal agar 
melaungkan azan solat Zohor di atas Kaabah. Quraisy yang hadir terkejut besar dengan 
perbuatan tersebut. Ketika itu mereka belum memeluk Islam lagi. Namun Rasulullah s.a.w. 
ingin perbuatan itu dilakukan dengan sengaja kerana ia mengandungi rahsia yang besar dan 
hikmah yang agung. 

10. Ghazwah Hunain 

Ghazwah Hunain berlaku pada 10 Syawal tahun ke-8 hijrah, beberapa hari selepas 
pembukaan Makkah. 



www.dakwah.info 63 



Sebabnya; apabila Allah membuka Makkah untuk Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin 
Hawazin dan Thaqif menyangka setelah Rasulullah s.a.w. menyelesaikan masalah di 
Makkah, Baginda akan menghalakan serangan kepada mereka pula. Lantaran itu, mereka 
berazam untuk memulakan dahulu peperangan dengan Baginda. Mereka telah melantik 
Malik bin Auf sebagai ketua. Pada hari tersebut dia baru berusia 30 tahun. Malik telah 
memerintahkan mereka membawa segala harta, wanita-wanita, anak-anak dan binatang 
ternak bersama-sama ke medan perang. Dia mengarahkan demikian agar ia lebih mendorong 
mereka untuk terus berjuang. Bilangan pejuang mereka dalam pertempuran yang ditunggu- 
tunggu ini antara 20,000 hingga 30,000 orang. 

Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w. mengisytiharkan keazaman Baginda untuk 
keluar memerangi mereka. Semua orang yang berada di Makkah turut keluar berperang. 
Mereka terdiri daripada para sahabat yang datang bersama Baginda dalam pembukaan 
Makkah dan orang-orang yang baru memeluk Islam. Rasulullah s.a.w. berjalan sebingga 
sampai ke Wadi Hunain, tiba-tiba Hawazin dan sekutu-sekutunya menyerang mereka dalam 
kesuraman subuh. Orang Islam telah menyerang balas menyebabkan musuh susut dan tewas. 
Kemudian orang Islam sibuk mengumpul harta rampasan perang. Oleh itu, orang musyrik 
kembali menyerang orang Islam dengan anak-anak panah sehingga ikatan barisan tentera 
Islam bercerai berai. Penduduk Makkah dan orang Islam yang baru memeluk Islam lari 
sedangkan Rasulullah s.a.w. tetap kekal bertahan di atas baghal Baginda, seraya bersabda: 

"Aku Nabi, tidak dusta. Aku keturunan Abdul Muttolib. " 

Tersebar berita angin di kalangan orang Islam bahawa Nabi s.a.w. telah terbunuh. 
Kebanyakan mereka mencampak-kan senjata lantaran berputus asa. Namun ada sekumpulan 
Muhajirin dan Ansor tetap berjuang di sekeliling Baginda. Al-Abbas (beliau seorang yang 
bersuara lantang) menyeru orang Islam: "Rasulullah masih hidup." Lalu orang Islam yang 
lari berpatah balik kepada Baginda. Bilangan mereka semakin ramai sehingga mereka 
mencapai kemenangan untuk kali kedua. Tentera Islam mengejar tentera musyrik, 
membunuh dan menawan mereka. Harta rampasan musuh amat banyak. Rasul s.a.w. terlebih 
dahulu membahagi-bahagikannya kepada golongan muallaf yang baru memeluk Islam, tanpa 
memberi apa-apa kepada Ansor berdasarkan keimanan dan kejujuran keislaman Ansor (yang 
tidak perlu lagi kepada balasan habuan keduniaan terhadap pengorbanan mereka). 

Al-Quran telah turun berkenaan pertempuran ini: 

qxj ^is y~==d^S ^J==cl^s>\ ij ^s- fj£ p£^= (J^^y l| ^' (^ 3 /^ -»-2-! 

, , i s *, ■> t >' tf ^ i ■* - } - i *-° } * *', * ' , f ' •* 

<-lp' "<f" d^ ^lJoj^* c^i P °-^j \-*i ^.j jPj^ ,1 4-& n \* c-iUsj l^i. y===^s> 



>'•* --- ^, ' ' *'Z 



Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam 
banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa 
kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka 
bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan jaedah kepada kamu sedikitpun; 
dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; 
kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan 



www.dakwah.info 64 



semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang 
beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta 
Dia menyeksa orang-orang kajir itu (dengan kekalahan yang membawa 
kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang 
kajir. (Maksud At-Taubah: 25-26) 

Peperangan ini adalah pertempuran penting yang terakhir berlaku antara Islam dan 
orang musyrik. Tak lama selepas itu, seluruh bangsa Arab telah memecahkan berhala-berhala 
dan memeluk agama Islam. 

11. Ghazwah Tabuk 

Ghazwah Tabuk dinamakan juga dengan Ghazwah al-'Usrah (Peperangan yang 
Susah). Ia berlaku pada Rajab, tahun ke-9 hijrah. Tabuk ialah nama sebuah tempat yang 
terletak di antara Wadi al-Qura di bumi Hijaz dengan Syam. 

Sebab peperangan ini ialah, Rom telah mengumpul angkatan tentera yang ramai di 
Syam termasuk daripada kabilah Lakhm, Juzam, Amilah dan Ghassan yang merupakan kaum 
Arab beragama Nasrani. Tujuan Maharaja Rom, Herkules mengumpulkan angkatan tentera 
tersebut adalah untuk menyerang Madinah dan menghapuskan negara yang baru terbina di 
semenanjung tanah Arab tersebut. Berita-berita tentang Madinah serta siri kemenangannya 
menimbulkan kebimbangan dan ketakutan kepada beliau. 

Rasulullah s.a.w. mengajak orang ramai untuk keluar berperang. Waktu itu 
merupakan waktu amat susah dan panas. Orang-orang mukmin yang jujur menyahut seruan, 
tersebut dengan rela hati. Namun terdapat tiga orang yang tidak menyertai angkatan tersebut. 
Padahal mereka merupakan golongan beriman yang jujur. Rasul s.a.w. juga meminta 
golongan berada agar membiayai keperluan ketenteraan tersebut. Lantas mereka 
menyumbangkan harta benda yang banyak. Abu Bakar telah menyumbang seluruh hartanya, 
sejumlah 40,000 dirham. Umar pula menyumbang separuh hartanya. Sementara Othman 
turut menyumbang harta yang banyak. Beliau telah mempersiapkan satu pertiga keperluan 
tentera Islam, hinggakan Rasulullah s.a.w. mendoakan untuk beliau dengan sabdanya: 

"Selepas hari ini, apa-apa yang dilakukan Othman tidak akan 
memudaratkannya. " 

Beberapa orang sahabat yang miskin datang bertemu Baginda lantaran mereka tidak 
mempunyai tunggangan yang boleh mereka naiki. Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Aku tidak dapat menyedia tunggangan yang boleh membawa kamu. " 

Oleh itu, mereka bersurai dengan air mata bergelinangan kesedihan lantaran tidak 
mempunyai apa-apa untuk disumbangkan. Manakala seramai lebih 80 orang munafik tidak 
menyertai peperangan ini. Terdapat juga segelintir Arab Badwi mengemukakan keuzuran 
kepada Baginda dengan alasan-alasan yang tidak benar. Walau bagaimanapun, Baginda tetap 
menerima alasan mereka itu. 

Rasulullah s.a.w. berangkat dengan tenteranya seramai 30,000 orang pejuang dan 
10,000 ekor kuda. la merupakan angkatan tentera paling besar yang pernah dilihat oleh Arab 
ketika itu. Baginda meneruskan perjalanannya sehingga sampai ke Tabuk. Baginda 
bermukim di situ selarna kira-kira 20 malam tanpa menghadapi sebarang tipu daya daripada 
musuh, mahupun peperangan. Peperangan ini merupakan Ghazwah terakhir yang disertai 
oleh Rasulullah s.a.w.. Mengenai ghazwah ini, Allah Tabarak wa Taala berfirman: 



www.dakwah.info 65 



> Jl ^ £ *^^ 9 ' s T? ^jl ^ ĕ ""* Jl **V & ' S ** _**/,*■ ° -* ^ _^ '"'■* ** '*"'**' -* 

JL^uij! JUg-ic- c^U^jcu^j Lo-j/^j^! (*^J-^ cJ^U^ 131 ^>- lj-ii>- v ; j jAll 2±ihJI 

^- ** ^^ -*-*,•-**'■*'** ° Jl Jl *'*'«-' ** X** 9 ' i~ $ -*; - ? i- s ^.s *** ito ^ 



Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi dan orang-orang Muhajirin 
dan Ansar yang mengikutnya (berjuang) dalam masa kesukaran, sesudah 
hampir-hampir terpesong hati segolongan dari mereka (daripada menurut 
Nabi untuk berjuang); kemudian Allah menerima taubat mereka; 
sesungguhnya Allah Amat Belas, lagi Maha Mengasihani terhadap mereka. 
Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan 
(penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) 
sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula 
menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa 
tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan 
(kembali bertaubat) kepada-Nya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) 
menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya 
Allah Dia lah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. (Maksud At-Taubah: 
117-118) 

Turut diturunkan ayat-ayat yang mencerita tentang sikap orang-orang munafik dan 
Arab Badwi yang meminta keuzuran agar tidak menyertai peperangan. Dalam ayat-ayat ini 
terdapat teguran Allah kepada Rasul-Nya yang menerima alasan mereka Kamu akan temui 
ayat-ayat ini dalam surah at-Taubah. 

B) Pengajaran dan Pedoman 

Terlebih dahulu kita akan memperkatakan tentang pensyariatan perang dalam Islam, 
faktor-faktor dan kaedah-kaedah umumnya. 

Rasul s.a.w. memulakan dakwah Baginda dengan seruan yang baik dan nasihat. 
Baginda membacakan kitab Allah kepada kaumnya. Di samping berbicara dengan mereka 
melalui hati dan akal, Baginda turut berbicara tentang perkara-perkara yang boleh 
mencelikkan mata mereka terhadap kepercayaan keberhalaan, khurafat, kesesatan dan 
kejahilan mereka. Namun kaumnya membalas seruan lembutnya itu dengan halangan dan 
ejekan. Kemudian dengan tuduhan yang direka-reka dan tindakan menyakiti (Baginda serta 
orang Islam). Akhirnya dengan komplot untuk membunuh Baginda. Sehinggalah Allah 
menyediakan satu tempat untuk dakwah Baginda yang membolehkan Baginda menetap 
dengan aman dan tenang. Namun begitu, di penempatan barunya itu, Baginda berhadapan 
pula dengan dua kekuatan yang menunggu-nunggu peluang untuk membinasakan Baginda: 

a) Quraisy yang tidak lena tidur ekoran penghijrahan Nabi dan para sahabat Baginda ke 
Madinah. Apatah lagi penduduknya telah beriman dengan dakwah Baginda. Lantaran itu 
Baginda memperolehi kekuatan. Senario ini mengoyak-ngoyakkan lagi urat hempedu 
Quraisy (menaikkan lagi kemarahan mereka). 

b) Yahudi. Sejak awal Nabi s.a.w. menetap di Madinah, Baginda bersungguh-sungguh untuk 
mengadakan hubungan damai dengan Yahudi. Namun Yahudi mempunyai perangai suka 



www.dakwah.info 66 



berdengki, gemar melakukan tipu daya dan konspirasi. Oleh itu, belum sempat Nabi s.a.w. 
stabil di Madinah dan memperolehi kepimpinan daripada Muhajirin dan Ansor, rasa dengki 
dan marah pemimpin-pemimpin Yahudi telah terpancar terhadap kepimpinan Baginda. 
Kerana Baginda telah menyaingi mereka dan menguasai sepenuhnya Madinah. 

Sepanjang tempoh Rasul s.a.w. menetap di Makkah, ayat-ayat al-Quran turun kepada 
Baginda memintanya agar bersabar terhadap kata-kata orang musyrik. 

(fo y-t^~ !>>*-* *-* __>-*-■* ' 3 03^3^-i ^* (J^ jy*° ' 3 

Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang 
menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik. 
(Al-Muzzammil: 10) 

Setiap kali turun ayat-ayat yang menggesa agar Baginda bersabar terhadap tindakan 
orang-orang musyrik yang menyakiti mereka, setiap kali itu juga orang musyrik 
meningkatkan usaha menyakiti, melakukan tipu daya dan permusuhan terhadap orang Islam. 
Pada ketika itu, orang Islam tidak berupaya untuk menyekat angkara mereka. Ini disebabkan 
orang Islam ketika itu lemah dan bilangan mereka sedikit. Apabila kedudukan dan pengaruh 
Nabi.s.a.w. telah stabil di Madinah dan orang Islam mempunyai kekuatan dan perlindungan, 
mereka mula bersemuka dengan kekuatan dan permusuhan Quraisy. Mereka juga bersemuka 
dengan hasad dengki dan sifat keji Yahudi yang berkemungkinan menceroboh mereka pada 
bila-bila masa. Islam adalah agama yang realistik. Islam tidak memejamkan mata daripada 
realiti dengan mengikut sangkaan waham atau nilai yang ideal di hadapan kaum yang tidak 
beriman dan tidak menghormati' nilai tersebut. Islam mestilah berlindung di belakang 
kekuatan dan bersedia untuk menghapuskan apa-apa pencerobohan. Islam juga terpaksa 
bertindak menghapuskan kekuatan dan kemampuan batil. Tindakan ini perlu agar medan 
dakwah terbuka dengan baik dan bebas. Ini membolehkan dakwah berdailog dengan akal, 
membersihkan jiwa, memperbaiki kelasadan dan menegakkan panji-panji kebaikan yang 
dijadikan petunjuk. Menara-menara api kebenaran akan menyinari jalan kepada sesiapa yang 
mencari petunjuk, kebaikan dan panduan. 

Oleh kerana semua faktor ini dan faktor lain, Allah telah mensyariatkan perang 
kepada orang-orang mukmin pada tahun ke-2 hijrah, dengan menurunkan ayat-ayat berikut: 

tf JL . . s 

C-^ai (j^m ,*_^__j«_j (j-LJJl 4j_! *i_- ^jJj *M\ ^->J \3I3A-Z ^ • jl ^j (3>- j**-. (*-^J^^ 
j4j-V___u •■_« 4J-I v • j _f ,-^ '- * Ij Sjy^—s 4j_i *-*m\ L- r 9^___-=J_) J_>t__w_»j CJjJU-SJ /*-_-JJ _*-• J-y^ 3 

' S 4 -a ' ''.****}'£ i "*** Jt -__!--' ^ "-* £ -- _8 ' ' s^i -* S 

8j\___=-j\Jl \y\Yj -jJU-aJ! Ij-.lil Jt=>yi\ j ^-f-S^ O! Oi^i\ Cf$) j-j^ ^__ij--J «^l ^___j| 

j_ & ■»-* -* ^ ,. «J <_ _a 9 ** s a s s lr> s "*'* ° ls *■ 

(db) jy> ^i I 4_J__p jJOj jSss^Ji I -jjP I j_jj j <_3jj-«-«J b I jj^o I j 

Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh 
golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan 
sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai 
kemenangan). laitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan 

www.dakwah.info 67 



tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata 
kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak 
mendorong sesetengah manusia menentang pencerobohan sesetengahnya 
yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja 
(kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga 
masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak- 
banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang 
menolong agama-Nya (agama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi 
Maha Kuasa. Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka 
kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang 
serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang 
dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi 
Allah jualah kesudahan segala urusan. (Al-Hajj: 39-41) 

Ayat di atas merupakan ayat-ayat pertama yang diturunkan berkenaan peperangan 
dan keizinan untuk terlibat dengannya. Eloklah kita meneliti sejenak, mengenali hikmah 
keizinan untuk berperang, taedah dan objektimya: 

1) Pada permulaan ayat disebut, orang-orang mukmin diizinkan berperang. Perkara yang 
sepatutnya diperhatikan; Allah menggunakan lafaz ^^jJbii&j (mereka yang diperangi) untuk 

orang-orang mukmin. Di antara kaedah bahasa Arab yang dimaklumi, apabila sesuatu hukum 
dihubungkait dengan mana-mana kata terbitan, ia memberi erti kata dasar perkataan itu 

menjadi 'illah (sebab) kepada hukum tersebut. Perkataan ^_jjixiij (mereka yang diperangi) 

adalah kata terbitan daripada kata dasar aMLJI (perang). Maksudnya: Orang-orang 
mukmin yang diizinkan berperang adalah golongan yang telah diperangi; iaitu golonganyang 
telah ditindas, disiksa dan diisytiharkan perang ke atas mereka. Ini jelas menunjukkan 'illah 
(sebab) keizinan kepada mereka untuk berperang iaiah kerana berlakunya penindasan ke atas 
mereka sebelum ini. Dengan itu, perang tersebut berperanan menghapuskan pencerobohan 
terhadap mereka. Ia juga sebagai menangani tindakan pihak lain dengan tindakan yang sama. 
Ini sebagaimana firman Allah Taala: 

** s 9 ^i*" 9 9- ' ^" tf ^ ^ 9 ^»* *> s 9* s * -» * *> M? ** -> ? ** "^' a %^?' a %'^' a 

u JLh 5^1p IjJLipli l5Lk- (^jllpI ^yoJ *yo L^ o^jji-l j y> \Ji-\ J^ L r\j£-\ J^\ 

§Jjgj) ... ^S-M CSJss-\ 

Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka 
balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang 
dilakukannya kepada kamu... (Al-Baqarah: 194) 

Juga firman-Nya: 

iff% ... LgJLL» 4iL*, $&!**> \j~j^~j 

Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah 
kejahatan yang bersamaan dengannya... (As-Syura: 40) 

2) Ayat ini juga mengandungi kenyataan bahawa orang Islam telah diperangi dan 
dicerobohi secara zalim tanpa sebarang alasan yang wajar. Ini terkandung dalam firman 



www.dakwah.info 68 



Allah; oleh kerana mereka dizalimi. Justeru itu, orang-orang mukmin di Makkah bukanlah 
golongan yang zalim mahupun kejam. Mereka hanyalah golongan yang mempertahankan 
aqidah. Mereka juga merupakan golongan yang menyeru kaum mereka untuk membebaskan 
diri daripada sangkaan waham, khuratat dan akhlak yang buruk. 

3) Dalam ayat yang kedua pula terdapat keterangan berkenaan fakta-fakta berkaitan 
penindasan yang berlaku dalam sejarah. Ia menyatakan orang-orang mukmin yang diizinkan 
berperang ini telah diusir keluar daripada kampung halaman mereka. Tiada kezaliman yang 
lebih dahsyat; daripada perbuatan mengusir manusia dari negara tumpah darahnya dan 
perbuatan menghalau dari tanahnya. 

4) Dalam ayat ini juga, terdapat penjelasan tentang sebab yang menjadi punca orang- 
orang mukmin ini diusir dari kampung halaman mereka. Puncanya; pegangan mereka 
berbeza dengan kaum mereka. Iaitu dalam soal anutan ajaran berhala dan penyembahan 
tuhan-tuhan palsu. Mereka menyembah Allah yang Satu lagi Esa. Oleh itu, golongan 
mukmin telah ditindas kerana soal aqidah. Kafir Quraisy tidak mahu mereka mempunyai 
kebebasan dalam soal tersebut. 

5) Selagi mana orang-orang mukmin tidak memiliki kebebasan beraqidah, selagi itulah 
peperangan dibolehkan. Kerana peperangan disyariatkan untuk menjamin kebebasan aqidah 
ini. Pada kebiasaannya, kebebasan dalam soal aqidah merupakan nilai hidup yang paling 
dibanggakan oleh manusia. 

6) Kemudian Allah menjelaskan faedah peperangan yang disyariatkan kepada orang 
mukmin. la tidak terbatas kepada jaminan kebebasan beragama bagi kelompok mereka 
sahaja, bahkan pengikut-pengikut agama Samawi yang lain, Yahudi dan Nasrani turut 
mendapat faedah. Pada hari tersebut orang Islam berperang dengan golongan penyembah 
berhala yang tidak mempunyai agama. Jika orang-orang mukmin kuat, mereka berupaya 
melindungi tempat-tempat ibadat Yahudi dan Nasrani di samping melindungi masjid-masjid. 
Mereka berperang agar golongan penyembah berhala dan atheis tidak berkuasa. Orang 
mukmin berperang untuk menyekat golongan tersebut dari-pada memerangi agama-agama 
Ilahi dan menutup tempat-tempat ibadat mereka. Perkara tersebut jelas dalam firman-Nya 
dalam ayat ini: tempat pertapaan rahib-rahib-dinamakan juga biara, gereja-gereja Nasrani dan 
rumah ibadat Yahudi. 

Dengan itu, jelas peperangan dalam Islam bukan untuk memusnahkan agama-agama 
Samawi mahupun meruntuhkan tempat-tempat ibadatnya. Bahkan untuk melindungi agama- 
agama ini daripada penguasaan golongan atheis dan penyembah berhala, dan menghalang 
mereka daripada memusnah dan menutup tempat-tempat ibadat. 

7) Dalam ayat ketiga pula, terdapat keterangan berkenaan natijah yang diperolehi 
daripada kemenangan orang-orang mukmin dalam peperangan yang disyariatkan ini. 
Kemenangan orang-orang mukmin dalam perang tidak mengakibatkan bangsa-bangsa lain 
dijajah, sumber alam mereka dikuasai, kekayaan negara mereka dirampas atau maruah 
mereka dihina. Bahkan ia menatijahkan kemaslahatan kemanusiaan dan faedah komuniti- 
komuniti manusia, iaitu: 

a) Menyebarkan kerohanian yang tinggi dalam alam sejagat menerusi jalan ibadat. 
(mereka mendirikan solat). 

b) Menyebarkan keadilan aosial antarabangsa-bangsa menerusi jalan zakat. (mereka 
mengeluarkan zakat). 

c) Merealisasikan kerjasama demi kebaikan masyarakat, kemuliaan dan peningkatan 
tarafnya. (mereka menyuruh perkara kebaikan). 



www.dakwah.info 69 



d) Bekerjasama membanteras kejahatan jenayah dan kerosakan. (mereka mencegah 
kemungkaran). 

Ini merupakan hasil kemenangan orang-orang mukmin dalam peperangan mereka 
dengan musuh-musuh. Ia akan menegakkan negara Islam, yang bekerja demi meningkatkan 
ketinggian rohani dan amalan saling bantu-membantu dalam masyarakat. Begitu juga, 
kedudukan manusia ditingkatkan melalui jalan kebaikan di samping bekerja menghalang 
keruntuhannya akibat jalan kejahatan. Apakah matlamat kemanusiaan yang lebih mulia 
berbanding matlamat yang diletakkan dalam pensyariatan perang dalam Islam ini? Adakah 
matlamat peperangan lain yang pernah diketahui oleh bangsa-bangsa dahulu mahupun 
sekarang, yang menyamai matlamat ini? Sama ada dari segi taedahnya yang meliputi semua 
manusia, mahupun pembinaan komuniti-komuniti masyarakatnya? Proses pembinaan 
masyarakat ini dilaksanakan dengan langkah yang membawa kepada peningkatan dan 
kemajuan kemanusiaan yang konstruktif, tanpa berpatah kembali kepada era jahiliah yang 
pertama. Era jahiliah yang pertama adalah zaman yang dipenuhi kebebasan tanpa batas, 
terungkainya nilai-nilai akhlak, ketidakpercayaan kepada Tuhan (atheisme), peperangan dan 
pertumpahan darah. Gejala ini telah berlaku dalam proses pembangunan yang dilakukan 
dalam tamadun material Barat. 

Apabila kita telah mengetahui objektif dan matlamat Islam membenarkan 
peperangan, kita. akan memahami erti sebenar kata-kata "perang di jalan Allah". Jihad 
dijalan Allah adalah jihad untuk merealisasikan kebaikan, kesejahteraan, ketinggian dan 
keadilan dalam masyarakat. Sabilillah bermaksud jalan menuju kepada Allah. Jalan menuju 
kepada Allah tidak akan tercapai kecuali menerusi jalan kebaikan, kasih sayang serta 
kerjasama dalam kebajikan dan taqwa. Bukan melalui kerjasama dalam perkara dosa dan 
permusuhan. 

Ini merupakan perbincangan ringkas berkenaan objektif-objektif pensyariatan perang 
dalam Islam dan sebab-sebab sejarah mengapa peperangan diizinkan. Seterusnya, kita akan 
membicarakan tentang pengajaran dan pedoman yang terkandung dalam pertempuran- 
pertempuran awal Islam pada zaman Rasul s.a.w. Saya ingin membicarakan pengajaran 
setiap pertempuran ini satu persatu. Namun masa adalah singkat. Pembicaraan sedemikan 
akan mengambil ruang berpuluh-puluh halaman muka surat. Oleh itu, saya terpaksa 
mengumpulkan semua pengajaran-pengajaran ini sekaligus. Bagi setiap pertempuran, saya 
sebutkan lebih daripada satu pengajaran. Semoga saya dapat menghuraikan pengajaran- 
pengajaran bagi setiap pertempuran secara terperinci dan satu persatu di kesempatan lain, 
insya Allah. Moga-moga saya juga diberi kelapangan masa dan sembuh daripada penyakit. 

1. Pertempuran pertama yang dibicarakan ialah Ghazwah Badar. Nabi s.a.w. telah keluar 

untuk nienghalang kafilah dagang Quraisy yang dalam perjalanan pulang ke Makkah dari 
Syam. Namun kafilah tersebut dapat menyelamatkan diri mereka. Dalam masa yang sama 
tentera musyrik telah bertekad untuk berperang. Fakta pertempuran Badar telah kami 
sebutkan sebelum ini. Usaha menyekat kafilah dagang Quraisy ini bukan menunjukkan 
keinginan untuk mengambil harta atau menyamun di jalan, sebagaimana yang didakwa oleh 
para orientalis; pereka-cipta fitnah. Bahkan usaha tersebut didorong oleh tujuan menuntut 
ganti rugi daripada Quraisy. Tuntutan ini dibuat dengan cara mengambil harta dagangan 
mereka sebagai bayaran "ganti bagi harta-harta Muhajirin yang telah dirampas oleh mereka. 
Quraisy telah memaksa Muhajirin atau kebanyakan mereka meninggalkan rumah, tanah dan 
harta mereka Sesiapa yang diketahui telah berhijrah dan tiada lagi di Makkah, rumahnya 
akan dijual dan harta-hartanya dirampas. Undang-undang membalas tindakan pihak lain 
dengan tindakan yang sama, telah diperakui dalam undang-undang antarabangsa hari ini. 
Undang-undang ini mengharuskan perbuatan seumpama ini, sebagaimana yang berlaku 



www.dakwah.info 70 



antara kita dengan Israel. Yang penting untuk kita beri perhatian, Ghazwah Badar ini telah 
didahului oleh tujuh percubaan menghalang rombongan dagang Quraisy. Mereka yang 
terlibat dalam percubaan-percubaan ini hanyalah di kalangan Muhajirin. Tiada seorangpun 
Ansor yang dihantar dalam percubaan-percubaan tersebut. Ini kerana, sekiranya Muhajirin 
menghalang kafilah dagang Quraisy dan menguasainya, Muhajirin melakukannya dengan 
hak yang diperakui oleh semua undang-undang; baik undang-undang Ilahi, mahupun 
perundangan wadhie (ciptaan manusia). Kami nyatakan tujuh percubaan tersebut: 

1. Pengutusan Hamzah pada awal bulan yang ke-7 selepas Hijrah. 

2. Sariyyah 'Ubaidah bin al-Harith pada awal bulan ke-8 selepas Hijrah. 

3. Sariyyah Saad bin Abi Waqqas pada awal bulan ke-9 selepas Hijrah. 

4. Ghazwah Waddan pada bulan ke-12 selepas Hijrah. 

5. Ghazwah Buwat pada awal bulan ke-13 selepas Hijrah. 

6. Ghazwah Badar al-Ula juga pada bulan 13 selepas Hijrah. 

7. Ghazwah al- 'Asyirah pada awal bulan ke 16 selepas Hijrah. 

Semua anggota sariyyah dan ghazwah ini terdiri daripada kaum Muhajirin sahaja. 
Tiada seorang Ansor pun di kalangan mereka. Ini memperkuatkan huraian yang kami telah 
katakan. 

2. Kemenangan dalam pertempuran bukan bergantung dengan kuantiti atau kelengkapan 

persenjataan sahaja, tetapi dicapai dengan kekuatan roh maknawi yang dimiiliki oleh tentera. 
Tentera Islam dalam pertempuran-pertempuran ini mewakili aqidah yang suci, iman yang 
menyala-nyala, kegembiraan untuk mati syahid, juga keinginan mendapat pahala dan syurga 
Allah. Mereka juga mewakili kegembiraan kerana bebas merdeka daripada kesesatan, 
perpecahan dan kerosakan. Sementara tentera orang musyrik pula mewakili aqidah yang 
rosak, akhlak yang punah, ikatan sosial yang terlerai, tenggelam hanyut dalam kelazatan 
dunia serta asobiyyah yang membuta tuli kepada adat resam yang lapuk, nenek moyang yang 
lalu dan tuhan-tuhan yang palsu. 

Lihatlah tindak-tanduk yang dilakukan oleh kedua-dua angkatan tentera tersebut 
sebelum peperangan bermula. Sebelum peperangan bermula, orang musyrik berkeras untuk 
berpengkalan selama tiga hari (di Badar). Tujuan mereka ialah untuk berpesta arak sambil 
didendangkan nyanyian oleh penyanyi-penyanyi wanita dan diiringi pula dengan paluan 
gendang serta menyalakan unggun-unggun api di persekitaran mereka. Semua ini dilakukan 
agar bangsa Arab mendengar dan berasa gerun terhadap mereka. Mereka menyangka 
tindakan tersebut sebagai cara untuk mencapai kemenangan. Sebaliknya, sebelum 
peperangan bermula, orang Islam menghadapkan hati-hati mereka kepada Allah, memohon 
daripada-Nya kemenangan, mengharap-harapkan mati syahid dan menghidu bau-bauan 
syurga. Rasul s.a.w. menyungkur sujud dengan penuh rendah diri meminta Allah menolong 
hamba-hamba-Nya yang beriman. Natijahnya golongan yang bertaqwa lagi khusyuk beroleh 
kemenangan, manakala golongan yang leka dan berpoya-poya ditimpa kekalahan. 

Sesiapa yang membandingkan bilangan tentera Islam dengan bilangan tentera 
musyrik dalam setiap pertempuran, dia akan dapati bilangan tentera musyrik jauh lebih ramai 
daripada tentera Islam. Meskipun begitu, kemenangan berpihak kepada orang Islam, 
termasuklah pertempuran Uhud dan Hunain yang telah dimenangi oleh orang Islam. Jika 
tidak kerana kesilapan yang dilakukan oleh tentera Islam dalam kedua-dua pertempuran dan 
tindakan mereka melanggar arahan Rasulullah s.a.w., nescaya orang Islam tidak akan 
menemui kekalahan langsung. 



www.dakwah.info 71 



3. Kekuatan azam angkatan tentera, semangat untuk mengharungi pertempuran dan 
kegembiraan untuk bertemu musuh merupakan faktor-faktor yang mendorong panglima 
perang melaksanakan perancangannya. Faktor ini juga meyakinkannya untuk mencapai 
kejayaan dan kemenangan. Fenomena ini berlaku sebagaimana dalam pertempuran Badar. 

4. Seorang panglima tentera tidak sepatutnya memaksa tenteranya untuk berperang atau 
mengharungi medan-medan pertempuran, sekiranya mereka tidak berminat dan tidak 
bersemangat untuk berperang. Dia tidak bertindak sedemikian sehinggalah dia benar-benar 
pasti tentang kerelaan dan semangat mereka. Ini sebagaimana yang dilakukan oleh 
Rasulullah s.a.w. Baginda telah meminta pandangan sahabat-sahabatnya sebelum memasuki 
kancah pertempuran. 

5. Sikap waspada tentera bawahan terhadap keselamatan nyawa pemimpin mereka 
merupakan tindakan yang diputuskan oleh keinginan untuk mencapai kejayaan dalam 
pertempuran dan dakwah. Seseorang pemimpin perlu menerima keputusan itu kerana 
hidupnya bererti hidupnya dakwah. Kehilangan nyawanya pula bererti kekalahan dalam 
pertempuran. 

Kita dapat lihat dalam pertempuran Badar, bagaimana Rasul s.a.w. menerima dengan 
rela hati khemah ditegakkan khas untuk Baginda. Kita juga dapat lihat dalam pertempuran 
lain: Uhud dan Hunain, bagaimana orang-orang mukmin dan mukminat yang jujur dengan 
keimanannya melingkungi dan melindungi Rasul mereka daripada panahan musuh. Sehingga 
mereka menjadikan diri mereka sebagai perisai. Baginda s.a.w. tidak pernah melarang 
tindakan mereka padahal Baginda seorang yang berani dan mendapat sokongan Allah. 
Bahkan Baginda telah memuji para sahabat yang mempertahankannya. Baginda memuji 
keberanian dan mendoakan Nasibah, Ummu Umarah kerana melindunginya. Baginda berdoa 
agar beliau, suami dan anak-anaknya menjadi teman Baginda di syurga kelak. 

6. Allah Tabarak wa Taala menghantar tentera-tentera-Nya mengelilingi hamba-hamba- 
Nya yang beriman lagi jujur dalam pertempuran-pertempuran mereka. Dia menurunkan para 
malaikat pada hari peperangan Badar dan menghantar angin kencang pada hari peperangan 
Ahzab. 

Selagimana orang-orang mukmin berperang dijalan-Nya, Allah tidak akan meninggalkan 
mereka sendirian lantaran Dia telah berfirman: 



§Jj) Oi~? J-«J I j-v=i La^p LjL>- ^ ■ j £j 



Dan sememangnya menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang 
yang beriman. (Ar-Rom: 47) 



ij^»if o^' o^ <*-? ,JL ^ ^' 



Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman. (Al-Hajj: 38) 

Antara peribadi pendakwah.yang jujur ialah diaberharap agar musuh-musuhnya 
mendapat hidayah. "Dia juga membuka ruang kepada mereka (untuk beriman), dengan 
harapan moga-moga Allah mencampakkan petunjuk ke dalam hati mereka. Oleh itu kita 
dapat memahami rahsia mengapa Rasul s.a.w. cenderung untuk mengambil bayaran tebusan 
bagi tawanan perang Badar. Baginda berharap agar Allah akan memberi petunjuk kepada 
mereka. Baginda juga berharap zuriat selepas mereka akan menyembah Allah dan berdakwah 
kepada-Nya. Al-Quran al-Karim menegur tindakan Rasul s.a.w. tersebut kerana terdapat 
kemaslahatan lain bagi Islam ketika itu. Iaitu untuk menggerunkan musuh-musuh Allah dan 



www.dakwah.info 72 



membanteras ketua-ketua penganjur fitnah dan kesesatan. Sekiranya tawanan-tawanan 
perang Badar dibunuh, nescaya penentangan Quraisy akan lemah. Kerana pemimpin- 
pemimpin mereka serta golongan yang mengapi-apikan titnah untuk menentang orang Islam 
telah dihapuskan. 

Rahsia lain Rasul s.a.w. menerima bayaran tebusan ialah; al-'Abbas, bapa saudara 
Rasul s.a.w. turut menjadi tawanan perang Badar. Al-'Abbas mempunyai beberapa jasa 
membantu Rasul s.a.w. sebelum beliau mengumumkan keislamannya. Beliau telah hadir 
bersama Baginda dalam peristiwa Baiah Aqabah Kedua yang berlangsung secara rahsia. Dia 
juga melaporkan kepada Rasul setiap pergerakan Quraisy. Bagi saya, perkara ini 
menunjukkan beliau merupakan seorang orang Islam yang menyembunyikan keislamannya. 
Bagaimana Rasul boleh membunuhnya sedangkan inilah kedudukan beliau bersama 
Baginda? Jika al-'Abbas seorang Islam dan Rasul s.a.w. menjatuhkan hukuman bunuh ke 
atasnya, Baginda melanggar syariat yang mengharamkan pembunuhan seorang muslim. 
Sekiranya beliau seorang musyrik, syariat Islam tidak membezakan antara kaum kerabat 
mahupun orang asing. Syariat bersikap tegas dan memusuhi sesiapa saja yang memerangi 
Allah dan Rasul-Nya. Orang musyrik dan munafik pula akan merebut peluang ini untuk 
mengheboh-hebohkan diskriminasi ini. Mereka juga akan menggunakan peluang ini untuk 
melemahkan kepercayaan terhadap keadilan dan kebersihan Baginda daripada pengaruh 
hawa nafsu dalam segala tindak tanduknya. Perkara ini tidak membawa apa-apa 
kemaslahatan kepada dakwah. 

8. Melanggar arahan pemimpin yang tegas dan jauh pandangannya akan membawa 
kepada kerugian dalam pertempuran. Ini terjadi dalam Ghazwah Uhud. Jika para pemanah 
yang ditempatkan oleh Rasulullah s.a.w. di belakang tentera Baginda tetap tidak berganjak 
dari tempat mereka sebagaimana yang diarahkan, nescaya tentera musyrik tidak dapat 
mengepung tentera Islam.Tentera musyrik juga tidak akan berjaya menukar kekalahan 
mereka pada permulaan pertempuran kepada kemenangan. Demikianlah kesan melanggar 
perintah pemimpin. Ia boleh melenyapkan peluang dan memberi kemenangan kepada musuh. 
Allah telah memberi amaran azab kepada orang-orang mukmin sekiranya mereka melanggar 
perintah Rasul mereka. Dia berfirman: 

Beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab 
seksa yang tidakjerperi sakitnya. (An-Nur: 63) 

9. Tamak kepada harta rampasan perang dan Iain-lain habuan kebendaan akan 
membawa kepada kegagalan seterusnya kekalahan. Ini berlaku dalam pertempuran Uhud, 
iaitu apabila para pemanah meninggalkan pos-pos mereka lantaran tamak untuk merebut 
harta rampasan perang. Situasi begini juga terjadi dalam pertempuran Hunain apabila orang 
Islam telah menang pada permulaannya. Sebahagian mereka merasa tamak kepada harta 
rampasan perang, lalu berhenti daripada mengejar musuh yang berundur. Akibatnya musuh 
kembali menyerang orang Islam dan mereka tewas. Jika bukan kerana sokongan Allah dan 
keteguhan Rasul s.a.w. bersama tentera mukmin yang jujur di sekelilingnya untuk tetap 
bertahan, nescaya kekalahan tersebut tidak akan bertukar kepada kemenangan besar 
sebagaimana yang berlaku. 

Demikian juga sikap tamak para pendakwah terhadap habuan dunia dan tindakan 
mereka menghimpun harta, rumah dan tanah. Sikap ini akan menjejaskan dakwah dan 
memberi kesan negatif kepada jiwa manusia. Ia menyebabkan orang ramai meragui kejujuran 
pendakwah terhadap apa yang diserunya. Ia juga akan mendorong manusia menuduhnya 



www.dakwah.info 73 



melakukan dakwah bukan kerana keredhaan Allah 'Azza wa Jalla. Bahkan demi mengumpul 
puing-puing habuan dunia dengan memper-gunakan nama agama dan pengislahan. Anggapan 
sedemikian merupakan halangan orang ramai untuk menerima agama Allah. Anggapan ini 
juga memburukkan imej sesiapa sahaja yang menyeru kepada pengislahan sekalipun dia jujur 
dan ikhlas. 

10. Dalam peperangan Uhud keteguhan Nasibah, Ummu 'Ammarah bersama suami dan 
anak-anaknya untuk terus tetap berdiri mengelilingi Rasulullah s.a.w. ketika pertahanan 
tentera Islam bolos, menjadi salah satu bukti penglibatan besar wanita Islam dalam 
perjuangan dakwah Islam. Ia juga menjadi bukti terhadap keperluan kita pada hari ini kepada 
wanita Islam yang memikul bebanan dakwah kepada Allah. Wanita Islam berperanan untuk 
berdakwah kepada Allah di tengah kelompok pemudi, isteri dan ibu. Mereka juga berperanan 
mengasuh anak-anak untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, berpegang dengan Islam dan 
ajarannya, juga bekerja untuk kebaikan dan kemurnian masyarakat. 

Selagi mana medan dakwah tidak disertai oleh pendakwah di kalangan pemudi Islam 
atau bilangan mereka tidak men-cukupi, selagi itulah dakwah akan terus melangkah pendek 
dan gerakan islah akan terus tempang. Situasi ini akan berterusan sehinggalah separuh umat 
ini (golongan wanita) mendengar dakwah kebaikan. Seterusnya, sanubari dan hati-hati 
mereka tersedar untuk mencintai kebajikan, tampil maju untuk agama dan segera berpegang 
dengan ikatannya yang kukuh. 

11. Kecederaan Rasulullah s.a.w. dalam peperangan Uhud merupakan peransang kepada 
para pendakwah agar bersabar menghadapi segala cabaran yang menimpa mereka dijalan 
Allah. Sama ada berbentuk kesakitan tubuh badan, sekatan kebebasan dengan dipenjara 
mahupun ditangkap ataupun dihukum mati mahupun dibunuh. Allah Taala telah berfirman 
dalam kitab-Nya yang mulia: 

„ 4>» 4 ,' , - ' „ >„' .» ^ * tf„ • ■"-*„ £ ° i. ' Jl (■ ■$ -° s s (■ _— 

__ 
iQ% ^J_5sjl ( j__lklJj lji)J_^_. ^j_J_j]l ^l ^j-aiilJi L^ilS ^ 



Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan 
dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman ", sedang mereka tidak diuji 
(dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji 
orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang 
demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang 
sebenar-benar-nya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang 
orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 1-3) 

12. Perbuatan orang musyrik mengkelar mayat tenteralslam dalam peperangan Uhud, 
khususnya Hamzah, bapa saudara Rasul s.a.w., merupakan bukti jelas bahawa musuh Islam 
tidak berperikemanusiaan dan tidak berhati peruti. Mengkelar si mati bukanlah menyakitinya 
sebagaimana kambing yang disembelih tidak merasa sakit kulitnya disiat. Namun ia menjadi 
bukti kebencian yang bersarang di jiwa mereka. Perasaan benci ini terserlah melalui 
perbuatan-perbuatan ganas sebegini. Tindakan kejam ini menyakiti perasaan manusia yang 
hidup dan berperikemanusiaan. 

Sebagaimana tindakan orang musyrik terhadap mayat tentera Islam pada peperangan 
Uhud, demikianlah juga kita dapat melihat perlakuan Yahudi terhadap mayat orang Islam 



www.dakwah.info 74 



yang terbunuh dalam pertempuran Palestin. Tindakan kejam kedua-dua golongan ini terbit 
daripada sumber yang satu, iaitu jiwa mereka yang tidak beriman dengan Allah dan hari 
akhirat. Itulah tanda kebencian mereka terhadap orang-orang beriman kepada Allah, Rasul- 
rasul-Nya dan hari Akhirat dengan iman yang benar lagi jujur. 

13. Tindakan Rasul s.a.w. menerima cadangan al-Hubab bin al-Munzir agar berpindah 
dari tempat pertempuran yang dipilih Baginda pada peperangan Badar, begitu juga ketika 
peperangan Khaibar, meruntuhkan rasa bongkak golongan diktator yang menguasai rakyat 
tanpa kemahuan dan kerelaan mereka.Golongan ini mendakwa diri mereka bijaksana dan 
berpandangan jauh. Ini mendorong mereka memperlekehkan kemahuan rakyat. Mereka juga 
mengenepikan cadangan para intelek, bijak pandai dan tokoh pemikir. Padahal Rasulullah 
s.a.w. (yang Allah tahu mempunyai sifat-sifat paling kamil yang melayakkan Baginda 
membawa risalah paling akhir dan paling sempurna) menerima pandangan para sahabatnya 
yang pakar dalam hal ehwal ketenteraan dan bentuk bumi yang diperlukan dalam 
pertempuran. Baginda tidak berkata: "Aku Rasulullah. Padaku, cukup apa yang aku suruh 
atau apa yang aku larang. Aku tak perlu kepada yang lain." Bahkan, Baginda menerima 
cadangan dan buah fikiran mereka dalam urusan yang wahyu tidak diturunkan kepada 
Baginda. Bagaimana pula dengan kebanyakan penguasa yang kita lihat mereka tidak 
mempunyai apa-apa kelebihan akal, ilmu atau pengalaman berbanding orang ramai? Bahkan 
kelebihan mereka terletak kepada cengkaman mereka ke atas jentera pemerintahan setelah 
dia berpeluang menguasainya. Apatah lagi dengan golongan yang mempunyai pengetahuan, 
ilmu dan pengalaman yang lebih rendah daripada kebanyakan rakyat di bawah pemerintahan 
mereka? Tidakkah menjadi kewajipan mereka meminta pandangan para bijak pandai, 
menerima nasihat para penasihat dan mengambil kepintaran mereka yang berpengalaman?! 

Peristiwa-peristiwa sejarah yang dekat mahupun yang lampau, menunjukkan kepada 
kita bahawa kesombongan diktator telah membinasakan mereka dan umat. Dia 
menghumbankan umat ke jurang yang dalam dan sukar untuk didaki kembali melainkan 
selepas puluhan atau ratusan tahun. Oleh itu, tindakan Rasul s.a.w. menerima pandangan al- 
Hubab dalam peperangan Badar dan Khaibar menjadi contoh teladan kepada setiap 
pemerintah yang ikhlas, setiap panglima yang bijak dan setiap pendakwah yang jujur. 

Antara slogan pemerintahan dalam Islam yang paling tertonjol ialah konsep syura. 

^Ijj ^Jj^. '^Aja\j 

Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat (bersyura) sesama 
mereka. (As-Syura: 38). 

Manakala sifat paling terserlah bagi pemerintah Islam yang terbilang dalam sejarah; dia 
meminta pandangan orang lain dan tidak bersikap kuku besi. Dia bertukar-tukar pandangan 
dengan pakar-pakar yang berkecimpung secara khusus dalam setiap isu yang 
dikendalikannya. 

i* 

J»^\ <_| ^Ajjli-j 

Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan 
hal-Hal keduniaan) itu. (Ali Imran: 159) 

(<jfjj) Oj-^ ^ j^ o\j>*&\ <J-*I Ijil^i 



www.dakwah.info 75 



Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang 
yang berpengetahuan agama jika: kamu tidak mengetahai. (An-Nahl: 43 & 
Al~Anbiya: 7) 

14. Posisi Baginda berada di barisan hadapan dalam setiap pertempuran dan penglibatan 
Baginda dalam kancah peperangan bersama tentera Islam (kecuali dalam peperangan yang 
dicadangkan oleh para sahabat Baginda untuk tidak berbuat demikian), menjadi dalil bahawa 
jawatan kepimpinan hanya disandang oleh seorang yang berani dan tetap teguh pendiriannya. 
Mereka yang pengecut dan lemah tidak layak memimpin rakyat, menerajui tentera, atau 
untuk mengepalai gerakan-gerakan pengislahan dan dakwah kebaikan. Keberanian pemimpin 
dan pendakwah yang dilihat menerusi tindak tanduk dan gerak kerja beliau akan menaikkan 
semangat dan motivasi tentera juga penyokongnya. Ia lebih ampuh berbanding 1 ,000 pidato 
bersemangat yang disampaikan di khalayak ramai. Menjadi kebiasaan tentera bawahan dan 
para penyokong untuk mengambil bekalan kekuatan daripada keutuhan panglima dan 
pemimpin mereka. Sekiranya semasa berlaku pertembungan pemimpin bersikap pengecut 
dan lemah di saat-saat genting, beliau akan merosakkan perjuangan. Sedangkan beliau yang 
mengangkat panji-panjinya. Sikap beliau tersebut benar-benar merosakkan perjuangan. 

15. Tentera bawahan dan penyokong dakwah tidak boleh melanggar arahan pemimpin 
yang tegas lagi berpandangan jauh dalam sesuatu perkara yang diputuskan oleh beliau. 
Setelah mereka bertukar-tukar pendapat dan mengemukakan pandangan kepadanya, 
pemimpin yang memikul tanggungjawab paling besar seperti ini patut diberi kepercayaan. 
Sekiranya selepas perbincangan tersebut, beliau memutuskan sesuatu perkara, mereka 
mestilah mentaatinya. Ini sebagaimana yang berlaku kepada Rasulullah s.a. w. semasa 
perdamaian al-Hudaibiyah. Rasul s.a.w. telah memilih syarat-syarat perdamaian. Tenyata 
syarat-syarat ini membawa kemaslahatan kepada dakwah. Perdamaian itu merupakan 
kemenangan politik kepada Baginda. Bilangan orang yang baru beriman dalam tempoh dua 
tahun selepas perdamaian itu meningkat berkali-kali ganda berbanding bilangan mereka yang 
memeluk Islam sebelumnya. Kejayaan ini tercapai sedangkan para sahabat merasa sukar 
untuk menerima sesetengah syarat perdamaian tersebut. Hinggakan sebahagian mereka telah 
terkeluar daripada adab sopan santun yang sepatutnya dijaga ketika berurusan dengan Rasul 
atau pemimpinnya. Fenomena yang sama terjadi kepada Abu Bakar semasa kes-kes murtad 
mula timbul (di kalangan kabilah-kabilah Arab). Semua sahabat berpandangan agar tidak 
keluar memerangi golongan murtad itu. Sebaliknya Abu Bakar berpandangan mereka perlu 
memerangi golongan tersebut. Apabila beliau memutuskan demikian, mereka mentaatinya. 
Mereka bertungkus lumus berperang. Temyata keputusan yang diambil oleh Abu Bakar 
untuk memerangi golongan murtad tersebut, itulah yang memperkukuhkan Islam di 
semenanjung tanah Arab. Ia juga membolehkan orang-orang mukmin menjelajah serata 
ceruk bumi selaku pembuka negara, pembawa petunjuk dan pemberi pedoman. 

16. Di antara pemintaan Rasul s.a.w. kepada Nu'aim bin Mas'ud dalam Ghazwah Ahzab 
ialah agar dia memecahkan kerjasama antara tentera bersekutu sedaya upayanya. Permintaan 
ini menjadi dalil bahawa melakukan tipu daya dalam memerangi musuh adalah diakui syara', 
sekiranya tipu daya tersebut boleh membawa kemenangan. Setiap cara yang membawa 
kemenangan (dalam perang) dan mengurangkan pertumpahan darah adalah diterima dari 
perspektif Islam, kecuali belot dan khianat. Permintaan ini merupakan kebijaksanaan politik 
dan strategi ketenteraan Rasul s.a.w. Ia tidak menafikan prinsip-prinsip akhlak Islam. 
Maslahat mengurangkan bilangan mangsa perang merupakan maslahat kemanusiaan. 
Maslahat mengalahkan kejahatan, kekufuran dan fitnah juga merupakan maslahat 
kemanusiaan dan maslahat akhlak. Oleh itu, menggunakan tipu daya dalam pertempuran 
selaras dengan akhlak kemanusiaan yang melihat peperangan sebagai satu kejahatan yang 
besar. Sekiranya keadaan darurat menuntut berlakunya peperangan, menjadi kewajipan untuk 



www.dakwah.info 76 



menamatkannya dengan apa cara sekalipun. Ini kerana perkara darurat dilakukan sekadarnya 
sahaja. Allah mensyariatkan peperangan hanya untuk memelihara agama, umat atau bumi. 
Oleh itu, melakukan tipu daya yang membawa kepada kekalahan musuh merupakan satu 
usaha mempercepat-kan kemenangan hak. Oleh itu, diriwayatkan daripada Rasul s.a.w. 
dalam Ghazwah Ahzab, Baginda bersabda kepada Nu'aim bin Mas'ud: 

.• - o ?, ? o - ». 

"Perang adalah tipu daya. " 

Ini merupakan prinsip yang diterima pakai dalam semua syariat dan undang-undang. 

17. Rasulullah s.a.w. menerima cadangan Salman untuk menggali parit sedangkan teknik 
ini tidak pernah diketahui oleh bangsa Arab sebelum itu, menjadi dalil bahawa Islam tidak 
menyekat untuk menggunakan pengalaman bangsa-bangsa lain yang memberi faedah kepada 
umat dan manlaat kepada masyarakat. Tidak ragu-ragu lagi, penggalian parit memberi laedah 
besar kepada usaha mempertahankan Madinah daripada bahaya tentera bersekutu Quraisy. 
Tindakan Rasulullah s.a.w. menerima cadangan ini juga menjadi bukti sikap Heksibel dan 
kesediaan Baginda s.a.w. untuk menerima perkara-perkara baik yang terdapat di kalangan 
bangsa-bangsa lain. Rasul s.a.w. telah bersikap demikian lebih daripada sekali. Ketika 
Baginda ingin mengutuskan suratnya kepada para raja, gabenor dan pemimpin negara, 
Baginda diberitahu: Menjadi kebiasaan raja-raja tidak menerima apa-apa surat kecuali surat 
yang dicop dengan nama pengutusnya. Dengan itu, Baginda terus memerintahkan agar 
diukirkan untuk Baginda satu cincin yang bertulis: Muhammad Rasulullah. Sejak itu, 
Baginda mengecop surat-suratnya dengan cincin tersebut. Selepas pembukaan Makkah, 
apabila rombongan daripada seluruh pelusuk tanah Arab datang menemui Baginda 
menyatakan keislaman mereka, Baginda diberitahu: Wahai Rasulullah, menjadi kebiasaan 
raja-raja dan pemimpin-pemimpin menyambut kedatangan mana-mana rombongan dengan 
pakaian yang cantik dan mahal. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar dibelikan 
untuk Baginda sehelai pakaian baru yang bermutu. Dikatakan harga pakaian itu sampai 
kepada 400 dirham. Ada pula yang mengatakan ia berharga 400 ekor unta. Baginda 
kemudiannya menyambut rombongan yang datang dengan memakai pakaian tersebut. Inilah 
tingkah laku Rasul yang diutuskan dengan agama paling akhir dan kekal sehingga ke akhir 
zaman. Menjadi kemaslahatan kepada para pengikut Baginda pada setiap zaman dan semua 
keadaan untuk mengambil apa-apa yang terbaik yang dimiliki oleh bangsa-bangsa lain. 
Mereka, perlu mengambil apa-apa yang berlaedah dan tidak bercanggah dengan hukum 
hakam serta kaedah umum syariat mereka daripada bangsa-bangsa lain. Keengganan untuk 
berbuat demikian adalah kebekuan yang tidak diterima oleh tabiat Islam. Dalam 
perlembagaannya yang kekal (al-Quran) dinyatakan: 






Oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku. Yang berusaha mendengar 
perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan 
menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama). (Az-Zumar: 1 7- 
18) 

Sikap beku ini juga tidak dapat diterima oleh tabiat Rasulnya. Kita telah lihat contoh- 
contoh berkenaan perkara baik yang diambil Baginda daripada bangsa-bangsa lain. Baginda 
jugalah yang bersabda: 



www.dakwah.info 77 



lA-i^j /-Jl Ij uiAUJ j-a ja]I 4J1 >>i «* a£aj| 

"Hikmah itu barang yang hilang daripada orang mukmin. Dia menuntutnya 
di mana sahaja dia temui " 

Pada zaman mutakhir ini, khususnya selepas zaman kebangkitan Eropah, orang Islam 
ditimpa keruntuhan. Orang Islam lupa terhadap prinsip Islam yang agung ini. Mereka juga 
menentang setiap pengislahan yang dicedok daripada orang lain sedangkan mereka amat 
memerlukannya. Mereka mundur ketika mana orang lain semakin maju. 



> i 



•?*o } 



(cSj) jj-»^l 4JL1P Aiij 

Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Al-Hajj: 41) 

18. Berdasarkan pesanan Rasulullah s.a.w. kepada angkatan tentera Islam dalam 
Ghazwah Muktah, kamu dapat perhatikan nilai belas kemanusiaan yang terdapat dalam 
peperangan Islam. Islam tidak membunuh sesiapa yang tidak berperang mahupun 
merosakkan apa yang ditemui dalam perjalanannya kecuali kerana dharurat yang amat 
sangat. Selepas kematian Baginda, para sahabat dan orang Islam pada pelbagai zaman 
mematuhi pesanan-pesanan ini. Peperangan mereka merupakan peperangan yang paling 
bersifat belas kasihan yang pernah diketahui sejarah. Orang Islam semasa berperang lebih 
lembut akhlaknya dan lebih bersikap belas kasih berbanding umat-umat lain semasa mereka 
tidak berperang. Sejarah telah mencatatkan lembaran-lembaran putih untuk orang Islam 
berkenaan perkara ini. Sebaliknya, ia mencatatkan halaman-halaman hitam untuk umat-umat 
lain. Bahkan sejarah masih terus mencatat fenomena tersebut hingga ke hari ini. Siapakah di 
kalangan kita yang tidak tahu tentang keganasan yang digunakan oleh tentera Salib untuk 
membuka Baitul Maqdis? Atau tidak tahu tentang sikap perikemanusiaan yang dilakukan 
oleh Solahuddin terhadap tentera Eropah, apabila beliau mengambil kembali Baitul Maqdis?! 
Siapakah di kalangan kita yang melupai keganasan panglima-panglima dan tentera-tentera 
Salib ketika mereka menguasai ibu-ibu kota Islam seperti Tarabulus, al-Maarrah dan Iain-lain 
lagi? Atau melupai sikap belas rahmat panglima-panglima dan tentera-tentera Islam ketika 
mereka mengambil kembali kota-kota tersebut daripada genggaman penjajah dan 
perampasnya? 

Kita pada hari ini, hidup dalam era sikap bermuka-muka Eropah. Mereka mendakwa 
bertamadun, berperikemanusiaan dan cintakan kebaikan untuk bangsa-bangsa, sedangkan 
mereka merosakkan negara-negara serta menumpahkan darah orang tua, wanita dan kanak- 
kanak yang tidak bersenjata. (Amat dukacita), kita hidup pada zaman tertegaknya negara 
Israel di atas bumi Palestin yang dirampas. Dunia mengetahui kedahsyatan perangai primitif 
dan ganas Yahudi di Dir Yasin, Qubayyah, Haifa, Yafa, 'Akka, Sofad dan lain-lain lagi 
bandar mahupun kampung. Namun begitu, Yahudi mendabik dada kononnya mereka 
mendokong kemanusiaan. Padahal mereka melakukan sebaliknya. Sedangkan kita bekerja 
untuk kemanusiaan, bukan sekadar ucapan manis di bibir. Ini kerana kita merupakan bangsa 
yang jiwanya (benar-benar) menjunjung seindah-indah prinsip akhlak, baik semasa aman 
mahupun perang. Kita melaksanakan prinsip-prinsip ini dengan jiwa yang ceria lagi tenang. 
Sementara jiwa Yahudi pula kosong daripada prinsip-prinsip ini. Mereka hanya sekadar 
mencanangkannya untuk bermuka-muka dan melekakan orang lain. Kita juga merupakan 
bangsa yang beriman dengan Allah yang Maha Gagah lagi Maha Pengasihani. Kekuatan kita 
hanyalah melalui sikap belas rahmat. Sedangkan mereka (Yahudi) berpandangan, salah satu 
cara bermuka-muka ialah dengan mengingkari perbuatan kita yang menyifatkan Allah 



' Lihat Kitab "Kasyrul al-Khafa" karangan al-'Ajluni berkenaan riwayat-riwayat hadis ini. 



www.dakwah.info 78 



dengan sifat kuat dan keras. Mereka mendakwa bahawa mereka menyifatkan-Nya dengan 
sifat kasih sayang dan belas simpati. Padahal hubungan mereka dengan bangsa-bangsa lain 
tidak menunjukkan tanda-tanda kasih sayang dan belas simpati (yang digembar-gemburkan) 
tersebut. Begitu juga peperangan mereka dengan orang Islam dan penganut agama mereka 
sendiri yang bermusuh dengan mereka. Kita merupakan bangsa yang tidak berperang kecuali 
untuk kebaikan kemanusiaan. Kita juga merupakan manusia yang paling berjasa kepada 
kemanusiaan. Sementara mereka hanya berperang untuk menyerang, merampas, menguasai 
dan menjajah. Mereka adalah manusia yang paling memusuhi kemanusiaan. 

Kita berperang dengan mereka pada hari ini untuk mempertahankan tanah, hak dan 
kemuliaan. Tiada gunanya kita mendendangkan prinsip-prinsip kita kepada kaum yang tidak 
memahami prinsip belas kasihan, akhlak mulia dan perikemanusiaan. Bahkan kita wajib 
meneruskan perjuangan kita menentang mereka, dengan berpegang kepada prinsip-prinsip 
(akhlak) yang dianjurkan oleh Rasul dan syariat kita. Sehinggalah Allah mejatuhkan 
hukumannya antara kita dan mereka. Dialah sebaik-baik hakim. 

19. Sekiranya tentera tidak mempunyai semangat, iman dan kejujuran yang seia sekata. 
Bahkan ada segolongan yang berjiwa kalah sebelum berjuang, mengejar upah dan cuai, ia 
tidak dapat menjamin kemenangan ke atas musuhnya. Ini sebagaimana yang berlaku dalam 
Ghazwah Hunain. Demikian juga perihal dakwah. Ia tidak boleh bergantung harap kepada 
ramainya pihak yang bertepuk tangan untuknya. Bahkan perlu bergantung kepada bilangan 
orang-orang yang beriman dengannya dan sanggup berkorban di jalannya. 

20. Pengajaran lain yang dapat kita ambil daripada Sirah Rasul s.a.w. tentang peperangan 
Baginda ialah pendirian Baginda terhadap Yahudi. Begitu juga pendirian mereka terhadap 
Baginda dan dakwahnya. Sejak Rasul s.a.w. mula menetap di Madinah, Baginda cukup 
prihatin terhadap mereka. Baginda mengadakan hubungan damai dengan mereka, memberi 
jaminan terhadap agama dan harta mereka serta mengadakan perjanjian bertulis dengan 
mereka. Namun mereka kaum yang khianat. Tak lama kemudian, mereka melakukan 
komplot untuk membunuh Baginda. Komplot ini menjadi sebab kepada Ghazwah Bani 
Nadhir. Selanjutnya mereka membatalkan perjanjian ketika saat-saat paling kritikal semasa 
Ghazwah Ahzab. Tindakan mereka ini pula menjadi sebab kepada Ghazwah Bani Quraizoh. 
Kemudian, mereka berhimpun pula dari segenap rantau, mempersiapkan senjata dan 
merancang konspirasi. Mereka berkumpul untuk menghapuskan Madinah dan orang-orang 
mukmin di kota itu secara khianat dan keji. Usaha ini telah menjadi sebab kepada Ghazwah 
Khaibar. Mereka merupakan kaum yang tiada guna berbuat baik , tidak boleh dipercayai 
janjinya dan tidak setia kepada perjanjian. Adakah Nabi perlu membiarkan tindakan mereka? 
Adakah Baginda perlu menanggung risiko komplot jahat, pengkhianatan dan pelanggaran 
janji mereka? Adakah Baginda dan sahabat-sahabatnya sentiasa perlu hidup dalam suasana 
bimbang dan waspada menunggu fitnah dan konspirasi (mereka)? Dengan ketegasan Nabi 
terhadap Yahudi, Baginda telah menjamin keamanan sempadan negara barunya. Penyebaran 
dakwahnya ke seluruh semenanjung tanah Arab dan ke serata pelusuk dunia juga dapat 
dijayakan. Hanya Yahudi, orang yang taksub dan imperialis yang mencela tindakan tegas 
Baginda terhadap mereka. Saksikanlah sejarah kehidupan Yahudi selepas zaman Rasulullah 
s.a.w.. Tidakkah semua sejarah mereka merupakan konspirasi, komplot jahat, kerosakan dan 
pengkhianatan? Seterusnya lihatlah perjalanan kehidupan mereka pada zaman moden kini, 
bukankah ia juga sedemikian? Ada di kalangan kita yang tertipu dengan kata-kata manis 
Yahudi termasuk ketika berlaku perang Palestin dan tertegaknya negara Israel. Mereka 
mengajak untuk bekerjasama dengan Yahudi. Ada di kalangan kita, pihak yang diseret oleh 
negara-negara besar selaku rakan-rakan Yahudi untuk menganjurkan kerjasama dengan 
Yahudi. Hasilnya, mereka berputih mata menyerah kalah dan timbul idea-idea yang buruk 
ketika menangani isu Palestin. Selepas ini, sepatutnya tiada siapa lagi yang terpedaya dengan 



www.dakwah.info 79 



mereka (Yahudi). Kita tidak mempunyai jalan lain untuk membebaskan diri daripada 
kejahatan Yahudi melainkan dengan bersikap tegas sebagaimana ketegasan Rasul s.a.w. 
dalam ber-interaksi dengan mereka. Ketegasan ini dilakukan supaya kita dapat menjamin 
keselamatan negara kita. Agar kita boleh memperuntukkan waktu bagi peranan baru kita 
pada masa mendatang dalam membawa risalah Islam dan kesejahteraan kepada bangsa- 
bangsa di seluruh dunia. 

Ini merupakan amanah yang kita sampaikan kepada generasi baru dengan penuh 
kejujuran dan keimanan. Mudah-mudahan mereka dapat melakukan apa yang tidak dapat 
dilakukan oleh generasi kita yang mengalah ini. 

21. Ghazwah Mu'tah merupakan pertembungan pertama orang Islam dengan Rom. Jika 
bukan kerana Arab Ghassan telah membunuh utusan Rasulullah yang diutus kepada Raja 
Basrah, ada kemungkinan pertembungan ini tidak akan berlaku. Walau bagaimanapun, 
pembunuhan utusan Baginda kepada Raja Basrah dianggap sebagai satu perbuatan 
menceroboh oleh semua syariat agama, di samping menunjukkan tiadanya semangat 
kejiranan yang baik. Ia juga menunjukkan kecenderungan untuk mengekalkan kejahatan di 
kalangan agen-agen Rom dan wakil-wakil boneka ciptaan mereka. Oleh kerana itu, 
Rasulullah s.a.w. memutuskan untuk menghantar angkatan tentera ke Mu'tah sebagai amaran 
kepada penduduk Mu'tah dan ketua-ketua mereka daripada bangsa Rom tentang kekuatan 
negara baru Islam, juga kesediaan negara itu untuk mempertahankan dirinya. Amaran 
tersebut supaya mereka tidak terfikir untuk mencerobohi negara Islam tersebut. Apabila 
orang Islam sampai ke Mu'tah, mereka mendapati bala tentera yang terdiri daripada bangsa 
Rom dan Arab beragama Nasrani yang tunduk di bawah pemerintahan mereka. Ahli-ahli 
sejarah menganggarkan bilangan bala tentera ini seramai 200,000 orang dan dipimpin oleh 
saudara lelaki Herkules. Mereka berpengkalan di Maab, yang terletak berhampiran Amman 
pada hari ini. Bala tentera ini memperkuatkan lagi ramalan Rasulullah berkenaan tekad Rom 
untuk memerangi dan menghapuskan negara baru Islam. Ini kerana mereka bimbang 
tertegaknya sebuah negara Arab yang berdaulat di semenanjung tanah Arab. Ia menjadi 
amaran berakhimya penjajahan mereka ke atas negara tersebut. Ia juga menjadi amaran 
tamatnya perhambaan mereka terhadap Arab yang tinggal bersempadan negara mereka dan 
berhampiran Hijaz. Demikianlah latar belakang bermulanya pertempuran antara orang Islam, 
dengan Rom. 

22. Ghazwah Tabuk ataupun Ghazwah al-'Usrah merupakan tanda-tanda yang jelas 
bagaimana peranan iman yang benar terhadap jiwa-jiwa mukmin. Iman tersebut membakar 
keazaman mereka untuk berperang dan mendorong tangan-tangan mereka untuk 
menghulurkan harta. Iman juga menimbulkan kemanisan jiwa untuk menempuh cuaca panas, 
kesulitan dan kepenatan demi jalan Allah dan mengejar keredhaan-Nya. Oleh itu, apabila tiga 
orang mukmin yang memiliki keimanan yang benar tidak keluar berperang dalam Ghazwah 
ini tanpa keuzuran, Rasul s.a.w. memerintahkan supaya mereka diboikot. Dengan itu, isteri- 
isteri dan bapa-bapa mereka tidak lagi berbual dengan mereka, apatah lagi kebanyakan orang 
Islam. Pemboikotan ini mendesak sebahagian mereka mengikat dirinya di tiang masjid. Yang 
lain pula mengurungkan diri di rumah. Sehinggalah Allah menerima taubat mereka. Iaitu 
setelah orang Islam. mempelajari satu pengajaran yang cukup mendalam tentang sesiapa 
yang tercicir daripada menunaikan kewajipan tanpa sebarang alasan. Alasan yang ada 
hanyalah mengutamakan kerehatan daripada berpenat lelah dan memilih naungan yang teduh 
daripada kepanasan juga keterikan matahari. 

23. Dalam ghazwah pembukaan Makkah pula terkandung pengajaran dan pedoman yang 
tidak dapat dihuraikan dalam helaian halaman muka surat yang sedikit ini. Dalam peristiwa 
ini, kita dapati tabiat Rasul s.a.w. selaku pendakwah yang tidak mempunyai apa-apa perasaan 



www.dakwah.info 80 



benci dendam terhadap para penentangnya. Baginda telah menabur jasa kepada mereka 
setelah bertarung dengan mereka selama 21 tahun. Setelah mereka melakukan segala cara 
untuk menghapuskan Baginda dan pengikutnya. Namun, apabila Baginda berjaya 
menewaskan mereka dan menakluki ibu kota keberhalaan mereka, Baginda hanya memohon 
keampunan Allah bagi pihak mereka dan membebaskan mereka. 

Dalam sejarah tiada manusia yang melakukan tindakan atau perbuatan sebegini. 
Namun ia dilakukan oleh seorang Rasul yang mulia. Baginda tidak menginginkan jawatan 
raja atau kekuasaan daripada dakwahnya. Bahkan Allah mengkehendaki Baginda untuk 
berperanan sebagai penunjuk hidayah dan pembuka hati juga akal. Oleh kerana itu, Baginda 
memasuki Makkah dalam keadaan khusyuk merendah diri dan bersyukur kepada Allah. 
Baginda tidak angkuh sebagaimana keangkuhan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh agung 
yang menakluki negara-negara. 

24. Tindakan yang dilakukan oleh Rasul s.a.w. terhadap penduduk Makkah mempunyai 
hikmat yang lain. Allah telah mengetahui bahawa Arab akan menjadi pembawa 
risalah-Nya kepada alam semesta. Oleh itu, Dia mengekalkan nyawa penduduk Makkah yang 
merupakan pemimpin-pemimpin Arab agar mereka menganut agama 
Allah, selanjutnya berangkat membawa risalah petunjuk dan nur hidayah kepada bangsa 
seluruh dunia. Mereka menyumbangkan nyawa, kerehatan dan jiwa mereka 
untuk menyelamatkan bangsa-bangsa ini daripada buta petunjuk, juga mengeluarkan mereka 
daripada kegelapan kesesatan kepada cahaya kebenaran. 

25. Pengajaran terakhir daripada pembukaan Makkah dan pertempuran-pertempuran 
Baginda s.a.w. ialah tentang kemenangan Allah. Kemenangan ini berlaku dalam tempoh 
begitu singkat yang tidak dapat digambarkan oleh akal. Ini antara bukti paling besar yang 
menunjukkan Muhammad s.a.w. benar-benar seorang utusan Allah. Ia juga menunjukkan 
Islam merupakan seruan Allah yang pasti dibantu oleh-Nya. Allah membantu dakwah Islam, 
para pendakwah, orang-orang beriman dan pembawa panji-panji-Nya. Dia tidak akan 
membiarkan dakwah-Nya yang benar lagi menjadi rahmat dan cahaya penyuluh kehidupan 
begitu sahaja. Allah merupakan Tuhan yang Maha Benar, lagi Maha Pemurah dan Maha 
Pengasihani. Rahmat-Nya meliputi setiap perkara. Allah juga penyinar kepada langit dan 
bumi (dengan menurunkan hidayat-Nya). Siapakah yang dapat memadamkan cahaya 
(hidayat) Allah?! Bagaimana Dia boleh meredhai batil menang menewaskan kebenaran 
dalam pertarungan penamat? Atau meredhai keganasan, kekerasan dan kerosakan mendapat 
kejayaan akhir mengalahkan kasih belas dan kebaikan?! 

Walaupun begitu, Rasulullah s.a. w. dan orang Islam juga mendapat kecederaan 
dalam pertempuran Uhud dan Hunain. Sebahagian mereka pula terkorban syahid. Ini kerana, 
dalam dakwah pasti berlaku ujian, kecederaan dan korban. 

^ '* ' % ''*'■&■'. 4 ,-■>■> * - ' *41 4 , * /\s 
prj) jij^ ^l-Syu 4jJl v ■ j l jO^j -jA 4jJl ^j_Jj*r' '- „ lj 

Dan sesungguknya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya 
(agama Islam); sesungguknya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Al-Hajj: 
40) 



www.dakwah.info 81 



Bahagian 6 

PERISTIWA PENTING SELEPAS 

PEMBUKAAN MAKKAH SEHINGGA 

KEWAFATAN RASUL S.A.W. 

(A) GHAZWAH HUNAIN 

Kaum Hawazin telah berhimpun untuk memerangi Rasul s.a.w. selepas Allah 
membuka Makkah untuk Rasul-Nya dan orang-orang Islam. Tambahan pula penentangan 
Quraisy yang memakan masa selama 21 tahun sejak permulaan risalah runtuh akibat 
pembukaan itu. Akhimya tercetuslah pertempuran antara Hawazin dengan tentera Islam. 
Pendetailan peristiwa ini kamu boleh dapati dalam "Sirah Ibnu Hisyam". 

Kami sebutkan antara pengajaran yang diperolehi daripada ghazwah ini sebagaimana 
berikut: 

1. Pengajaran daripada sikap bongkak Malik bin 'Auf (ketua Hawazin) dan kedegilannya 

enggan mendengar nasihat Duraid bin as-Simmah (bekas ketua Hawazin). Sikapnya ini 
timbul kerana kerakusan untuk memimpin, terpedaya dengan fikiran sendiri yang disangka 
betul dan rasa angkuh tidak mahu dikeji kaumnya (sedangkan dia seorang pemuda yang kuat 
lagi ditaati). Dia bimbang kaumnya akan berkata: "Dia mendengar nasihat seorang tua 
bangka yang tak berdaya lagi." Sekiranya dia mendengar nasihat Duraid, kerugian besar harta 
dan aib yang teruk lantaran wanita-wanita mereka menjadi tawanan perang dapat dielakkan. 
Namun sikap bongkak dan keangkuhan sebagai pemimpin membawa kebinasaan dan 
mengakibatkan kerugian kepada bangsa. Rasa bongkak Malik menyebabkan dia enggan 
menyerah kalah kepada kekuatan Islam yang telah berjaya menundukkan keangkuhan 
Quraisy. Quraisy ditundukkan setelah perjuangan yang panjang dan pertarungan yang sengit. 
Malik menyangka dirinya dan para pengikut, juga harta yang dimilikinya, mampu 
mengalahkan kekuatan Islam. Sedangkan kekuatan baru Islam mengatasi kemampuan beliau 
dan kaumnya. Sama ada dari segi spiritual, objektif dan susunan organisasi. Selanjutnya, 
sikap bongkak beliau menyebabkan wanita-wanita dan harta benda kaumnya turut dibawa 
bersama keluar berperang. Tujuan beliau berbuat demikian untuk menyekat kaumnya 
daripada menyerah kalah. Dia melanggar nasihat Duraid yang berkata kepadanya: "Tidak ada 
apa yang boleh mempertahankan orang yang tewas." 7 Dia alpa terhadap kekuatan orang Islam 
yang akan diperanginya. Mereka tidak bergantung kepada harta, bilangan mahupun persiapan 
untuk mengharapkan kemenangan. Bahkan mereka hanya bergantung kepada kekuatan Allah 
Yang Maha Perkasa lagi Maha Gagah, dan janji-Nya untuk memberi kemenangan dan 
syurga. Malik juga lupa kekalahan tidak dapat dihalang oleh keinginan melindung wanita dan 
harta. Sebaliknya ia dapat ditolak dengan kecintaan meluap-luap untuk mendapat pahala 
Allah dan takutkan hukuman-Nya. Allah telah mengancam orang-orang yang melarikan diri 
kerana menyerah kalah di medan jihad dengan azab yang pedih dan pembalasan yang 
dahsyat: 

4ii\ ^-j* i_. *o « ; fb J_2i 413 ^ Jl I/cj^l» _jl Jli-til \i"j>tSu» ^l jOjjS ^>ji '?-&&■ Cf3 

Dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu - kecuali 



1 Maksudnya: wanita dan harta benda tidak dapat membantu mereka jika mereka tewas dalam perang. Oleh itu. 
bukan tindakan yang bijak untuk melibatkan wanita dan harta benda dalam pertempuran. (pent.). 



www.dakwah.info 82 



dia bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan, 
atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain -maka sesungguhnya 
dia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempatriya ialah neraka 
jahanam; sedang neraka jahanam ialah seburuk-buruk tempat kembali. (Al- 
Anjal: 16) 

Demikianlah kekalahan yang menimpa Malik dan kabilahnya, Hawazin serta orang 
lain yang turut bersama mereka. Akibat sikap bongkak dan takabur beliau ini tidak hanya 
menimpa dirinya sahaja, bahkan seluruh kaumnya. Ini kerana mereka taat dengan sikap degil 
dan bongkak beliau. Apabila Malik mengancam untuk membelah perutnya jika mereka tidak 
menyokong pendapatnya, mereka segera mematuhi Malik. Jika sekiranya mereka mengikut 
nasihat bekas ketua mereka yang berpengalaman dan menyekat keangkuhan pemimpin muda 
mereka, nescaya mereka tidak ditimpa kekalahan tersebut. Mereka takut dengan kemarahan 
pemimpin yang bongkak. Jika mereka bertanya kepada diri sendiri: "Apa yang akan berlaku 
kalau kita menyebabkan dia marah?" Jawapannya ialah: "Mereka akan kehilangan pemimpin 
mereka!" Apakah akibatnya jika berlaku demikian? Apakah akibat kehilangan pemimpin 
yang bongkak dan individualistik; peminpin yang ingin mendapatkan kemuliaan bertempur 
melawan musuh yang lebih lama berkecimpung dan lebih berpengalaman dalam hal ehwal 
pertempuran? Adakah setaraf nyawa seorang individu dengan nyawa kabilah atau umat 
manusia semuanya? Allah telah memperingatkan kita dalam al-Quran tentang akibat orang 
ramai tunduk kepada hawa nafsu pembesar dan pemimpin yang bongkak. Allah Taala 
berfirman tentang kisah Musa dengan Firaun: 

J»-g-"--5 b-»-5-"-' I bj.a.>« I g LaJi ifS% ^^jjJL^ii U^jj Ijjd \ g''| a^pU^li iAjT^ ^Jsl>*zJLSj> 

Maka Fir'aun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu) lalu mereka 
patuh kepadanya. Kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang jasik. 
Maka tatkala mereka membuat kami murka, kami menghukum mereka lalu 
kami tenggelamkan mereka semuanya (di laut), Dan kami jadikan mereka 
sebagai pelajaran dan contoh bagi orang-orang yang kemudian. (Az Zukhruf 
: 54-56) 

Maksudnya: Apabila mereka membuatkan Kami (Allah) murka (dengan perbuatan 
mereka berpaling daripada kebenaran dan mengikut pemimpin mereka yang thaghut lagi 
bongkak), Kami menghukum mereka, lalu Kami tenggelamkan mereka semua... 

2. Selain menunjukkan kewajipan melakukan persediaan yang sempuma untuk 

berperang(tindakan Rasulullah s.a.w. meminjam 100 baju perisai dan senjata yang diperlukan 
daripada Solwan yang masih musyrik turut menunjukkan keharusan untuk membeli atau 
meminjam senjata daripada orang kafir). Pembelian dan pinjaman ini harus dengan syarat ia 
tidak menyebabkan orang kafir menjadi kuat dan mendapat kekuasaan. Atau mereka 
menggunakannya sebagai satu medium untuk menyakiti dan memudaratkan orang Islam. 
Rasulullah s.a.w. meminjam senjata daripada Sofwan selepas pembukaan Makkah. Ketika 
itu, Sofwan terlalu lemah dan tak bermaya sehingga dia tidak berdaya untuk mengenakan 
apa-apa syarat kepada Rasulullah s.a.w. Ketidakupayaan Solwan ini terbukti melalui kata- 
kata beliau kepada Rasul s.a.w. apabila Baginda meminta senjata tersebut: "Adakah ini satu 
rampasan, wahai Muhammad?" Rasul s.a.w. menjawab: "Bukan, ia pinjaman yang dijamin 
sehinggalah kami memulangkannya kembali kepada kamu". 



www.dakwah.info 83 



Peristiwa ini juga menjadi salah satu contoh kemuliaan akhlak orang-orang Islam 
dalam berurusan dengan musuh-musuh mereka yang telah kalah. Sekiranya Rasulullah s.a.w. 
ingin merampas senjata tersebut, Baginda memang boleh melakukannya dan Sofwan tidak 
mampu berbuat apa-apa. Namun ini merupakan tunjuk ajar Nabi tentang erti kemenangan dan 
cara berurusan dengan musuh yang tewas. Baginda juga mengajar agar kita tidak tamakkan 
harta mereka selepas tamat pertempuran. Kami tidak tahu sesiapa yang bersikap sedemikian 
sebelum mahupun selepas Muhammad s.a.w.. Cara tentera yang menang berurusan dengan 
lawan yang kalah sedangkan mereka monguasai harta, maruah dan hak-hak mereka 
merupakan bukti kukuh kata-kata kami. 

(Jrt Ojjf& ^eJI j^^jl Ji>- Lj ^>- £ ^JySh ^ J^J ^ 1 J^ L 
y*j j^Jl JjIj 4jj|j l5sjb'yL; ^iO^ *^J'i ^>*£jI ^Lp^I J-*^- -»j ^r-6-*' 

Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam 
rongganya; dan dia tidak menjadikan istri-istrimu yang kamu ihihar itu 
sebagai ibumu, dan dia tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak 
kandungmu (sendiri). yang demikian itu hanyalah perkataanmu dimulutmu 
saja. dan Allah mengatakan yang Sebenarnya dan dia menunjukkan jalan 
(yang benar). (Al-Ahzab: 4) 

3. Ketika Rasulullah s.a.w. keluar untuk berperang dalam pertempuran ini, seramai 

12,000 orang telah turut serta bersama Baginda. 10,000 orang adalah yang datang bersama 
Baginda dan Madinah dan terlibat dalam pembukaan Makkah. Mereka terdiri daripada 
Muhajirin, Ansor dan kabilah-kabilah yang berjiran dengan Madinah atau berada di 
pertengahan jalan ke Madinah. Dua ribu orang lagi merupakan rnereka yang baru memihak 
Islam selepas pembukaan Makkah. Kebanyakannya, hidayah Islam masih belum bertapak 
kukuh di dalam hati. Mereka memasuki Islam setelah segala harapan untuk menentang dan 
menewaskannya hancur. Oleh itu, dalam angkatan tentera Islam ini terdapat mereka yang 
benar-benar beriman. Mereka telah menjual nyawa dan jiwa mereka kepada Allah demi 
mengangkat kemuliaan agama-Nya. Angkatan ini juga mengandungi golongan yang lemah 
dan kurang pegangan agama. Mereka memeluk Islam kerana terpaksa, memendamkan 
kebencian kepada Islam dan kepedihan jiwa terhadap kemenangannya. Keseluruhan angkatan 
tentera tidak mempunyai tahap yang sama dari segi kekuatan roh spiritual dan keyakinan 
terhadap objektif perperangan yang dilakukan. Ada di kalangan mereka, pihak yang inginkan 
harta rampasan dan habuan kemenangan. Oleh itu, kekalahan awal yang berlaku bukanlah 
suatu yang pelik. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat tentera yang ramai bersamanya, Baginda 
bersabda: 

"Kita tidak ditewaskan pada hari ini kerana bilangan tentera yang sikit 9 " 



8 zhihar ialah perkataan seorang suami kepada istrinya: punggungmu Haram bagiku seperti punggung ibuku atau 
perkataan lain yang sama maksudnya. adalah menjadi adat kebiasaan bagi orang Arab Jahiliyah bahwa bila dia 
Berkata demikian kepada Istrinya Maka Istrinya itu haramnya baginya untuk selama-lamanya. tetapi setelah 
Islam datang, Maka yang Haram untuk selama-lamanya itu dihapuskan dan istri-istri itu kembali halal baginya 
dengan membayar kaffarat (denda). 

9 Ucapan ini tidak terbukti daripada sabda Rasulullah saw.. Ibnu Ishaq meriwayatkannya dalam kitabnya, al- 
Maghaii, Rangkaian sanadnya putus dan ada perawinya yang tidak dikenali. Dikatakan: pengucap kata-kata ini 



www.dakwah.info 84 



Maksudnya: Tentera yang ramai tidak akan tewas kecuali kerana aspek-aspek maknawi yang 
berkaitan dengan kejiwaan tentera, keimanan, kekuatan rohani, keikhlasan dan pengor-banan 
mereka. Rasulullah s.a.w. telah menggariskan kepada kita satu kaedah yang agung, iaitu 
kemenangan tidak dicapai dengan bilangan yang banyak, mahupun senjatayangbermutu. 
Tetapi ia dicapai dengan kekuatan (spiritual yang memenuhi jiwa para pejuangl Kekuatan 
spiritual itu mendorong mereka untuk berkorban dan berbakti. Al-Quran beberapa kali 
menegaskan perkara ini, antaranya firman Allah Taala: 

(cgjj) ^^LyoJ I *_« 4jj|j JiUl Q 3b djC^=> 4ii C^JLp 4j_JLd 413 ^y* * 4-= 

"Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya 
menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah', dan Allah (sentiasa) 
bersama-sama orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah: 249) 

Dalam ayat-ayat yang diturunkan selepas selesai pertempuran ini, terdapat kenyataan 
jelas yang menyentuh pengertian ini: 



£ Z"° t 



^j-jJwO j^aJ I /i^J ^-Ajj-^wJ /J^ j4X!l%Sw> 4jjl (JOi *-J OQS 

@ oi^^' »!>?" -^'^j 'jj-^ N-i^i^I' S^-^J ^Jj 3 J-J ^J^" Jjj'j 




Dan rfj medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan 
sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak 
mendatangkan jaedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) 
burnt yang luas itu menjadi sernpit kepada kamu; kemudian kamu berpaling 
undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang 
tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman, dan 
Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Dia menyeksa 
orang-orang kajir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan 
yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir. (At-Taubah: 
25-26) 

4. Ketika orang Islam dalam perjalanan ke medan pertempuran sebahagian mereka 

berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah buatkan untuk kami Zat Anwat 10 
sebagaimana mereka (orang musyrik) mempunyai Zat Anwat". Rasul sa.w. menjawab: "Demi 
Tuhan yang diri Muhammad dalam genggaman-Nya, kamu telah berkata sebagaimana kaum 
Musa berkata kepadanya: 

^ n " , / ^ ° •* ' ^ - a" ^^^_'^^ *£■"' - " 't' ' '^' * ''" -f *■ '* - 

Q*S>-\ ^uj-a-J IjJLS !__>>> L-s-sl /JjP ^jJ_X*j^j3 (JjP Ij_L_^>_JI (J_*_ru>j /*e-H Ljjj_>-J 

§jjp OjH^- {£> j^5oJ JLs 4-$J U X& ui -4-IJ LU 



ialah Salamah bin Salamah bin Waqsy. Ada yang mengatakan. Abu Bakar. Ada yang mengatakan: al-Abbas. 
Dan ada yang mengatakan: Seorang lelaki daripada Bani Bakar. 

10 Nama gelaran pokok yang dijadikan tempat untuk menggantung senjata-senjata dan berteduh oleh orang 
musyrik. (Ibnu Athir al-Jazari, an-Nihayah fi Gharib al-Hadis). (pent.) 



www.dakwah.info 85 



"Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka 
mempunyai beberapa tuhan. "Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini 
adalah kaum yangjahil. " (al-Araf: 138). 

Ia adalah jalan-jalan ikutan. Kamu akan mengikuti jalan-jalan orang-orang sebelum 
kamu (Yahudi dan Nasrani)". 

Dalam peristiwa ini, Rasulullah s.a.w. menjelaskan umat ini akan mengikut jalan 
umat sebelum mereka. Baginda menyatakannya, sebagai amaran terhadap gejala ini. Umat 
Islam melakukannya kerana kejahilan menguasai mereka. Umat yang mengenali kebaikan 
dan ketasadan, jalan mudarat dan jalan manfaat, akan mengambil dan berpegang dengan 
kebaikan di samping menolak dan lari daripada ketasadan. Mereka enggan melalui mana- 
mana jalan yang memudaratkan sekalipun umat lain melaluinya. Oleh itu, apabila mereka 
mengikuti jalan taqlid tanpa mempedulikan akibatnya, mereka telah meletakkan sesuatu 
bukan pada tempatnya. Inilah kejahilan yang disebut oleh Allah: 

T. 4 

s » -» , **'*'** ' » * -S.' - .i*-» - ' " ' ' "*" - '**" "f <» '* - 

_J-->-l .^uj-a-J IjJUJ 1_A ^Ll^-sI /JjP _) jJ_X*j ^ ji (Jjp ljjli^->_JI (Jjf'[/U'l _e-H ljjj_->-j 

, J> „ ■*'„ p - *$ , ' ^%f „ i' „ ' f - - 4 

"Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka 
mempunyai beberapa tuhan. " Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini 
adalah kaum yangjahil. " (Al-Araf: 138) 

Umat yang mempercayai diri sendiri, bangga dengan keperibadiannya dan gembira 
dengan kebenaran dan kebaikan yang dimiliki, pasti enggan mengekori orang lain. Mereka 
tidak akan menuruti orang lain dalam perkara yang menyakiti diri dan menafikan prinsip- 
prinsip yang mereka pegang. Sekiranya mereka bertaqlid, bererti mereka berkeperibadian 
lemah, berpemikiran kacau bilau, tunduk kepada hawa nafsu dan terjebak dalam kelemahan 
juga kehancuran. Sifat-sifat tersebut merupakan sifat jahiliah. Allah menyelamatkan kita 
daripada sifat tersebut melalui perutusan Rasul, Kitab dan syariat-Nya. Dari perspektif 
dakwah pengislahan, berilmu dan jahil bukannya bermaksud kemampuan membaca dan buta 
huruf. Tetapi, ia bermaksud petunjuk dan kesesatan atau kesedaran dan kebodohan. Umat 
yang sedar tentang perkara yang memberi faedah dan perkara yang memudaratkan, 
merekalah umat yang berilmu sekalipun mereka buta huruf. Manakala umat yang tidak 
mendapat petunjuk tentang jalan dan manhaj kebaikan, merekalah umat yang jahil sekalipun 
mereka mengetahui pelbagai ilmu dan menguasai bermaeam rupa bentuk budaya. 

Keruntuhan sesuatu umat (mana-mana umat sekalipun) berpunca daripadajahiliah 
menguasai perasaan dan hawanafsu anak bangsa mereka. Tanyalah kepada sejarah: Bukankah 
tamadun Yunan dan Rom runtuh akibat penguasaan jahiliah?! 

Mereka yang bertaqlid tetap jahil walau setinggi mana mereka belajar. Mereka tetap 
kanak-kanak walau sedewasa mana umur mereka. Mereka akan terus dianggap sebagai 
keanak-anakan dan jahil sehinggalah mereka memerdekakan diri daripada taghut. 

5. Setelah orang Islam tewas dan bertempiaran lari meninggalkan Rasulullah s.a.w. pada 

permulaan pertempuran, Syaibah bin Othman menyangka dia akan dapat menuntut bela ke 
atas Baginda s.a.w.. Bapanya telah terbunuh semasa Ghazwah Uhud. Syaibah berkata: 
"Apabila aku menghampiri Rasulullah s.a.w. untuk membunuh Baginda, datang sesuatu yang 
menakutkan aku. Aku tidak berdaya menghadapinya. Justeru itu, aku tahu bahawa Baginda 
terpelihara." 



www.dakwah.info 86 



Peristiwa seperti ini berulang kali berlaku dalam sirah. Ia berlaku kepada Abu Jahal 
dan Iain-lain penentang di Makkah dan Madinah. Semua peristiwa membuktikan Allah 
mencampakkan rasa gerun musuh terhadap Nabi s.a.w.. Ia menakutkan mereka yang cuba 
membunuh Baginda. Ini merupakan bukti kebenaran dakwaan kerasulan Rasulullah s.a.w.. la 
juga menjadi bukti bahawa Allah tetap memelihara Nabi-Nya daripada segala tipudaya. Allah 
juga memelihara Baginda agar terus hidup sehinggalah Baginda berjaya menyam-paikan 
risalah, menunaikan amanah, menyelamatkan semenanjung tanah Arab daripada jahiliah dan 
menghantar-kan anak-anak bangsa itu ke seluruh dunia. Mereka mengajar, mendidik dan 
menyelamatkan manusia yang lain. Jika bukan kerana perlindungan Allah kepada Rasul-Nya, 
nescaya orang musyrik telah berjaya menamatkan riwayat Baginda sejak permulaan dakwah 
lagi. Jika ini terjadi, agama dan nikmat Allah tidak akan sempuma. Begitu juga, cahaya 
kebenaran, hidayah dan rahmat risalah tidak akan sampai kepada kita. Perjalanan sejarah pula 
tidak akan bertukar. Manusia tidak bebas daripada kesesatan dan kesengsaraan. Kemanusiaan 
telah merdeka hasil daripada penyebaran Islam serta tamatnya era kediktatoran dan kuku besi 
terhadap rakyat. Melalui Islam, kemanusiaan juga bebas daripada kuasa raja dan pemimpin 
yang menegakkan kekuasaan mereka di atas dasar pencerobohan dan kezaliman. Mereka 
menyekat rakyat daripada merasai kemuliaan harga diri atau menuntut bela atas kezaliman 
yang mereka alami. Semua ini tercapai dengan anugerah Allah yang memelihara Rasul-Nya, 
sehingga Baginda berjaya melaksanakan amanah (risalah) dengan sempuma tanpa sebarang 
kekurangan. 

Tidak ragu-ragu lagi, kumiaan Allah kepada Rasul-Nya begitu besar: 



(©) 1*.^?P ^Op 4JJI J.^lS ^j_J^3 



Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkan-Nya kepadamu amatlah besar. 
(An-Nisa': 113) 

Jasa Rasul-Nya kepada kemanusiaan juga adalah besar: 

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan 
untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam, (Al-Anbiya': 107) 

Apa yang pasti, para pendakwah yang terselamat daripada tipu daya dan perangkap 
musuh merupakan penerusan kepada anugerah yang besar ini. Anugerah ini bermula dengan 
pemeliharaan Allah kepada Rasul-Nya. 

Oleh itu, para pendakwah mestilah sentiasa meminta perlindungan Allah (setelah 
mengambil langkah berjaga-jaga dan waspada). Mereka juga mestilah bemaung di bawah 
keperkasaan dan kekuasaan-Nya serta meyakini Dia bersama mereka sebagai Penolong dan 
Penjaga. Mereka tumt meyakini sesiapa yang diselamatkan Allah daripada tipu daya musuh 
dakwah, dia akan terselamat. Walaubagaimana hebat kekuasaan musuh dan selicik mana tipu 
daya, komplot dan jenayah mereka. Perlindungan hanyalah perlindungan Allah. Bantuan 
hanyalah bantuan Allah. Kegagalan adalah kerana tiada bantuan dan perlindungan-Nya. Yang 
pasti semua yang terlaksana mempakan ketentuan qada' dan arahan-Nya: 

@ ... ^isJclJLp ^ii «0)1 (Sj^^. oj 

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan, maka tidak ada sesiapa 



www.dakwah.info 87 



pun yang akan dapat mengalahkan kamu. (Ali Imran: 160) 

Hebat mana sekalipun tipu daya manusia yang zalim, pertolongan Allah Yang Maha 
Adil lebih hebat dan agung. Oleh itu, seseorang pendakwah atau pengislah tidak boleh 
bersikap pengecut mahupun takut. Orang yang beriman dengan Allah lagi meyakini 
pertolongan dan sokongan-Nya tidak akan berlengah-lengah menunaikan tuntutan kebenaran. 

f§5) OJr~? J-«J I jyai Ld-P LiL>- v ■ j D ^ ... 

Dan sememangnya menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang 
yang beriman. (Ar-Rum: 47) 

-jLjj Isi ^jJ&H *&\ v^= © o^JWT £ ^iijJji '/^jLjj 4jjT ojSt^ odAJT oj 

Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, 
mereka termasuk dalam golongan yang amat hina. Allah telah menetapkan: 
"Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasul-Ku tetap mengalahkan (golongan yang 
rnenentang). " Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa. (Al- 
Mujadalah: 20-21) 

Hakikat ini bukanlah menafikan kejayaan musuh-musuh Allah bertindak ke atas 
sesetengah pemirnpin Islam di kalangan pendakwah islah. Ia juga tidak menafikan 
kemungkinan musuh-musuh itu dapat menghapus mahupun menyakiti mereka. Kematian 
adalah pasti. Ia merupakan salah satu suratan nasib anak Adam. Sesiapa yang tertulis suratan 
takdimya mati di tangan orang-orang zalim, kematian itu merupakan satu kemuliaan dan 
nikmat yang Allah kumiakan kepadanya. Kematian di jalan Allah adalah syahid. Manakala 
kesakitan demi dakwah kebenaran adalah kemuliaan. Sementara ujian kerana pengislahan 
adalah pahala yang kekal. 

rz\l^> J~«-P ^Aj ^} <-^p l\ ^Li JwLP ^y* ^_JjJLL) ^j jl a^-=i}\ Ji~su HWj* 






«OJl 



Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, 
dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada 
jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang 
menimbulkan kemarahan orang-orang kajir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka 
menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh melainkan semuanya 
itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak 
menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. 
(At-Taubah: 120) 

6. Pada permulaan pertempuran, orang-orang Islam dikejutkan dengan serang hendap 

yang dilakukan oleh pihak musuh. Serangan itu menyebabkan tentera Islam kelam kabut, 
kacau bilau dan bertempiaran lari meninggalkan Rasulullah s.a.w., Hanya segelintir mereka 



www.dakwah.info 88 



yang tetap teguh (bertempur) bersama Baginda. Rasulullah kemudiannya mula melaungkan: 

"Datang kepadaku, wahai manusia! Ayuh datang hepadahu! Aku adalah 
Rasulullah. Aku Muhammad bin Abdullah. " 

Namun, orang ramai tidak mendengar suara Baginda. Oleh itu, Baginda meminta al- 
Abbas; seorang yang bersuara lantang untuk melaungkan kepada tentera Islam: "Wahai 
pasukan Ansor! Wahai pasukan orang-orang yang berbaiah di bawah pokok Samurah 
(mereka yang berbaiah dalam Baiah ar-Ridhwan)!" Lantas mereka menjawab: "Ya, kami di 
sini sedia menerima arahan. Ya, kami di sini sedia menerima arahan." Terdapat tentera yang 
cuba memusing untanya (untuk menyahut seruan itu), namun tidak berupaya berbuat 
demikian. Lantaran itu, dia mengambil pedang, perisai dan menyarung baju besinya. Dia 
merempuh turun dan melepaskan untanya. Dia kemudian-nya menuju kepada arah suara tadi 
sehinggalah menemui Rasulullah s.a.w.. Setelah 100 orang berhimpun bersama Baginda, 
mereka bertindak menghadapi dan memerangi musuh. Akhimya kemenangan berjaya 
dicapai. 

Dalam peristiwa ini terkandung beberapa pedoman dan pengajaran yang patut diteliti 
oleh para pendakwah dan tentera kebenaran. Kekalahan dakwah dalam pertempuran 
kemungkinan berpunca daripada kelemahan aqidah sesetengah pendukungnya, 
ketidakikhlasan kepada kebenaran dan ketidaksediaan mereka untuk meleburkan segala-gala 
di jalannya. Keteguhan pemimpin dakwah menghadapi apa-apa krisis, keberanian dan 
keyakinan beliau kepada Allah dan pertolongan-Nya, mempunyai kesan besar untuk 
menukarkan kekalahan kepada kemenangan. Pejuang yang ada bersamanya akan mendapat 
semangat baru, meskipun sebelum itu mereka merasa lemah dan ragu-ragu. Kekalahan juga 
dapat ditukar menjadi kemenangan jika tentera jujur dan tetap teguh bersama pemimpin 
mereka yang berani lagi ikhlas. Mereka yang tetap teguh bertempur bersama Rasulullah 
s.a.w. setelah berlaku kekalahan pada permulaan perang; Mereka yang menyahut panggilan 
Rasul s.a.w. tidak melebihi 100 orang; Pada ketika mereka terhimpun, perjalanan 
pertempuran mula bertukar. Bantuan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang beriman juga 
mula tiba. Kesannya pihak musuh mula tewas. Semangat dan barisan mereka mula lemah. 
Setiap kali pemimpin dakwah memperingatkan para pengikutnya bahawa mereka berada di 
atas kebenaran dan Allah bersama orang-orang beriman yang jujur, semangat mereka akan 
bertambah kuat. Mereka akan semakin maju untuk berbakti dan berkorban. 

Baginda s.a.w. bersabda: 

"Aku adalah Rasulullah. " 

Di dalam riwayat lain, bukan daripada Ibnu Hisyam pula, Baginda bersabda: 

"Aku adalah Nabi. Aku tidak berdusta. Aku adalah anak Abdul Muttolib. " 

Kata-kata ini menjadi bukti kebenaran dakwaan kerasulan Rasulullah s.a.w.. Ia turut 
menjadi bukti keyakinan Baginda terhadap pertolongan Tuhannya. Seseorang pemimpin 
sepatut-nya bersikap sedemikian ketika menghadapi saat-saat genting. Dia hendaklah yakin 
dengan dirinya dan berlindung dengan Tuhannya. Dia juga perlu komited terhadap 
pertolongan dan penjagaan-Nya. Keyakinan pemimpin kepada objektif, matlamat dan risalah 
yang dibawanya memberi impak terbesar kepada kejayaan. Ia juga merupakan tarikan kepada 
orang ramai untuk bersamanya. Keyakinan ini membawa impak besar dalam meringankan 
bebanan jiwanya. Dia akan redha dan tenang dalam memikul keperitan perjuangan. 

7. Pendirian Ummu Sulaim binti Milhan (dalam pertempuran ini) menjadi salah satu 

kebanggaan wanita muslimah pada zaman permulaan Islam. Beliau bersama suaminya, Abu 
Tolhah turut terlibat dalam pertempuran ini. Ketika itu, Ummu Sulaim yang sedang hamil 



www.dakwah.info 89 



membebat perut dengan baju gaunnya. Dalam masa yang sama unta milik suaminya ada 
bersama-sama nya. Dia bimbang unta itu akan terlepas. Oleh itu, dia memasukkan tangannya 
ke dalam tali dan besi kekang unta tersebut. Rasulullah s.a.w. temampak gelagatnya, lantas 
berkata: "Ummu Sulaim?" Dia menjawab: "Ya, demi bapa dan emak aku, wahai Rasulullah! 
Bunuhlah mereka yang melarikan diri daripada kamu sebagaimana kamu memerangi orang 
yang memerangi kamu. Mereka sememangnya layak diperlakukan demikian." Baginda 
menjawab: 

"Tidak cukupkah Allah (berbuat demikian), wahai Ummu Sulaim?!" 

Ummu Sulaim juga memiliki sebilah khanjar. Suaminya, Abu Tolhah bertanya 
kepadanya mengapa beliau memiliki khanjar tersebut. Dia menjawab: "Khanjar ini aku ambil, 
kalau-kalau orang musyrik menghampiriku, aku akan lukakannya!" Jawapan itu 
mengkagumkan Abu Tolhah dan menarik perhatian Rasul s.a.w.. 

Demikianlah kedudukan wanita Islam sebelum ini. Demikian juga kedudukan mereka 
yang sepatutnya pada masa mendatang. Dia berani, sama-sama memberi sumbangan dalam 
pertempuran mempertahankan agama dengan turut melibat-kan diri dalam kancah 
pertempuran. Apabila dia diperlukan atau musuh menghampirinya, dia sendiri membalas 
serangan tersebut agar tidak dijadikan tawanan perang. Wanita muslimah dalam sejarah 
permulaan Islam mempunyai lembaran-lembaran jasa bakti, pertarungan, pengorbanan dan 
keberanian yang gilang gemilang. Peristiwa-peristiwa ini menjadi tamparan kepada para 
orientalis dan golongan Barat yang taksub. Mereka memberitahu bangsa mereka bahawa 
Islam menghina dan memperlekehkan wanita. Mereka juga mendakwa risalah Islam dalam 
batasannya yang normal tidak memperuntukkan tempat yang selayaknya bagi wanita dalam 
masyarakat. Malah mereka terus mengada-adakan cerita palsu mendakwa Islam tidak 
membuka ruang syurga kepada wanita. Wanita tidak akan memasuki syurga walau macam 
sekalipun dia melakukan kebaikan, ibadat dan ketaqwaan!!! 

Tanpa kita meneliti kepada nas al-Quran dan Sunnah yang terang-terang menolak 
dogengan ini, sejarah Islam sendiri telah mencatatkan jasa-jasa wanita Islam dalam 
menyebarkan Islam. berdakwah dan berkorban di jalannya. Ini sedikitpun tidak pernah 
dicatatkan oleh sejarah mana-mana agama lain. Peristiwa yang berlaku kepada Ummu Sulaim 
dalam pertempuran ini (pertempuran Hunain) merupakan satu contoh daripada ratusan contoh 
yang memperkatakan tentang peranan wanita. Bukan tujuan kami menjawab dakwaan 
musuh-musuh Islam yang taksub dalam topik ini. Kami lebih prihatin memetik pengajaran 
yang cukup jitu daripada peristiwa Ummu Sulaim ini bagi memberangsangkan kita agar 
menyeru wanita Islam. Menyeru mereka agar melakukan tugas asal dan semulajadi mereka 
iaitu berkhidmat untuk Islam dan mendidik generasi kita yang akan datang di atas petunjuk 
dan prinsip-prinsip Islam. Pada hari ini terdapat dua golongan wanita Islam; golongan wanita 
yang solehah lagi baik, tetapi hanya terbatas kepada perlaksanaan solat, tilawah al-Quran dan 
menjauhi perkara haram. Segolongan lagi hanyut dalam arus tamadun Barat. Mereka 
menukarkan adab sopan santun Islam dan akhlak wanita Arab Islam dengan kod etika dan 
nilai moral wanita Barat. Kod etika dan nilai moral ini telah mengheret mereka, keluarga dan 
bangsa kepada bala bencana dan kesengsaraan. Lebih malang lagi ada pihak yang berperanan 
menelanjangkan wanita Arab Islam daripada akhlak dan kriteria yang pernah diasuhkan oleh 
semulia-mulia generasi dalam sejarah. Generasi mulia tersebut mempunyai jasa dan kualiti 
yang tinggi, agung lagi abadi. Islam dan sejarahnya, khususnya sejarah Rasulullah s.a.w. pula 
mengajak wanita Islam hari ini untuk kembali tampil berkhidmat kepada Islam dan 
masyarakatnya. la mengajak mereka berkhidmat dalam ruang lingkup tugas semulajadi, 
mendidik dan ciri-ciri kewanitaan yang sejati seperti keperibadian mulia, kesucian diri, 
kesopanan dan sikap malu. 



www.dakwah.info 90 



Kamu perhatikan, adakah para pemudi Islam kita yang komited beragama mengulangi 
sejarah Khadijah, Aishah, Asma', al-Khansa', Ummu Sulaim dan Iain-lain tokoh seumpama 
mereka? Adakah mereka memutar kembali sejarah tokoh-tokoh mukminat yang abadi dan 
bintang-bintang yang bergemelapan tersebut kepada kita pada hari ini? Adakah 
sememangnya sukar untuk ditemui kembali puluhan Khadijah, Aishah, Asma' dan Ummu 
Sulaim di kalangan mereka pada hari ini? Sekali-kali tidak. Tunjuk ajar yang betul dan 
keimanan yang sedar lagi gemilang sudah cukup untuk melahirkan tokoh-tokoh seumpama 
mereka. Namun, siapakah yang akan membuka lembaran abadi untuk wanita Arab Islam pada 
zaman kita kini? Siapakah yang akan melakukannya tanpa menghirau tipu daya golongan 
penyesat dan ejekan musuh kepada kebaikan, kebenaran, kesusilaan dan agama? 

8. Dalam pertempuran ini, Rasulullah s.a.w. menemui seorang wanita yang telah 

dibunuh oleh Khalid bin al-Walid. Orang ramai mengerumuni wanita tersebut. Baginda 
bertanya: "Siapa ni?" Mereka menjawab: "Seorang wanita yang telah dibunuh oleh Khalid 
bin al-Walid." Lantas Rasulullah s.a.w. mengarahkan beberapa orang sahabat yang ada 
bersamanya: "Cari Khalid dan katakan kepadanya: Rasulullah s.a.w. melarang kamu 
membunuh kanak-kanak, wanita dan buruh kerahan." 

Tidak ragu-ragu lagi, larangan membunuh golongan lemah dan mereka yang tidak 
terlibat dalam peperangan merupakan peraturan yang tersendiri digariskan oleh Islam. Oleh 
itu Islam melarang tenteranya membunuh para pendita, wanita, orang tua, kanak-kanak dan 
mereka yang dipaksa berperang seperti petani dan buruh. Dalam sejarah peperangan di dunia, 
sebelum mahupun selepas Islam hingga hari ini, perundangan yang unggul lagi 
berperikemanusiaan sebegini tidak pernah berlaku. Satu kebiasaan dan diterima di kalangan 
semua bangsa, peperangan mengharuskan kaum yang berperang unt,uk membunuh musuh 
tanpa kecuali. Zaman ini ialah zaman diisytiharkan hak asasi manusia. la juga merupakan 
zaman ditegakkan badan dunia dan antarabangsa untuk menyekat pencerobohan serta 
membantu bangsa tertindas sebagaimana yang digembar-gemburkan. Namun, jiwa 
kemanusiaan masih belum mencecah tahap yang tinggi dan mulia hingga dapat 
mengisytiharkan pengharaman membunuh kelompok-kelompok masyarakat tadi. Kita cukup 
kenal dengan pemusnahan bandar dan penghuninya dalam Perang Dunia Pertama dan Perang 
Dunia Kedua. Kita juga amat arif tentang peperangan yang dilakukan oleh golongan penjajah 
terhadap pemberontakan rakyat yang menuntut hak mereka untuk hidup mulia. 

Golongan penjajah menghalalkan pemusnahan bandar dan kampung. Mereka 
menghalalkan pembunuhan ribuan atau puluhan ribu penduduknya dengan tujuan 
memadamkan api pemberontakan. Perancis telah melakukan kekejaman ini di Algeria lebih 
daripada sekali. Begitu juga dengan tindakan England di banyak koloni jajahannya. Ataupun 
tindakan Portugis terhadap koloni jajahannya di Atrika pada hari ini. 

Kita tak pernah tahu sedikitpun dalam sejarah mana-mana untuk berperang. Namun 
Islam sejak 14 kurun lalu telah melarang secara jelas perbuatan membunuh mereka. Perkara 
bangsa di dunia, dahulu mahupun kini, terdapat larangan membunuh buruh dan kaum tani 
yang dipaksa ini tidak terhenti sekadar larangan perundangan, bahkan ia menjadi realiti yang 
berlaku. Kamu dapat lihat dalam pertempuran Hunain ini, Rasulullah s.a.w. selaku 
pendukung syariat dan penyampainya marah terhadap pembunuhan seorang wanita. Baginda 
menghantar arahan kepada beberapa panglimanya agar tidak menyerang wanita, kanak-kanak 
dan buruh kerahan. 

Ketika Baginda mempersiapkan angkatan tentera Usamah untuk memerangi Rom 
(beberapa hari sebelum kewatatan Baginda), antara pesanan Baginda kepada mereka ialah: 
Larangan membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan pendita yang tidak berperang atau 
tidak membantu peperangan. Pesanan yang sama dilakukan oleh pengganti Baginda, Abu 



www.dakwah.info 91 



Bakar as-Siddiq r.a. ketika beliau meneruskan penghantaran Usamah, juga semasa beliau 
mengarahkan ketumbukan tentera untuk berperang di jalan Allah, jalan kebenaran, kebaikan, 
petunjuk dan keadilan. Demikian juga sikap yang dilakukan oleh "pedang Allah", Khalid bin 
al-Walid r.a. semasa pembukaan Iraq. Beliau tidak melakukan sebarang tindakan buruk 
kepada kaum petani yang sedang bercucuk tanam di tanah-tanah mereka. Prinsip-prinsip 
kemanusiaan yang mulia dan tidak diketahui oleh sejarah mana-mana tentera di muka bumi 
ini telah menjadi adat resam tentera Islam di mana-mana pada pelbagai zaman. 

Kesungguhan tentera Islam untuk berpegang dengan adat resam ini ditunjukkan 
kepada kamu oleh tindak tanduk Solahuddin ketika berurusan dengan tentera Salib setelah 
beliau mengalahkan mereka dan mengambil kembali Baitul Maqdis. Beliau telah memberi 
keamanan kepada orang-orang tua, tokoh-tokoh agama, wanita, kanak-kanak, bahkan tentera- 
tentera Salib yang gagah. Beliau menghantar mereka kembali kepada kaum mereka dengan 
kawalan tentera Islam. Beliau juga tidak melakukan sesuatu yang buruk kepada mereka. 
Sedangkan sikap tentera Salib ketika menawan Baitul Maqdis jelas menunjukkan 
pengkhianatan, sikap keji, keganasan dan perangai hina. Tentera Salib menjanjikan keamanan 
nyawa dan harta kepada penduduk Islam Baitul Maqdis sekiranya mereka mengangkat 
bendera putih (menyerah kalah) di atas Masjid al-Aqsa. Oleh itu, orang-orang Islam 
berhimpun beramai-ramai di dalamnya kerana terpedaya dengan janji tersebut. Apabila 
tentera Salib memasuki Baitul Maqdis, mereka menyembelih semua orang yang berlindung di 
Masjid al-Aqsa tanpa mengira sesiapa. Bilangan mereka yang disembelih di dalam masjid itu 
mencecah kepada 70,000 orang. Mereka terdiri daripada para ulama, para zahid, wanita dan 
kanak-kanak. Hinggakan seorang penulis Kristian menghantar berita gembira penawanan 
kota itu kepada Pope dengan kata-kata bangga: Darah-darah telah mengalir di jalan-jalan 
sehinggakan panglima-panglima berkuda Salibi mengharungi limpahan darah yang 
menenggelami kaki-kaki kuda mereka. 

Hari ini, kita memperkatakan perkara ini bukanlah untuk berbangga dan bermegah 
dengan sejarah pembukaan, para panglima dan tentera kita. Mereka digambarkan oleh 
Gustave Le Bon : "Sejarah tidak mengenali pembuka negara yang lebih berbelas kasih dan 
adil berbanding Arab". Kita mengimbaunya untuk menyedarkan bahawa kita sebelum ini 
lebih berperikemanusiaan dan berbuat kebajikan berbanding orang-orang Barat pada kurun 
ke-20 ini. Agar golongan Barat tidak dapat memperdayakan kita. Meskipun mereka 
mencanangkan kepada kita tentang hak asasi manusia, Hari Kanak-kanak, Hari Ibu sebagai 
bukti ketinggian tamadun mereka. Mereka menipu orang yang lurus bendul dan bebal. 

Mereka memperdayakan golongan yang mendakwa dirinya anak bangsa dan para 
cendikiawan kita tetapi hilang keyakinan dengan umat dan sejarah sendiri. 

Kami mahu generasi kita pada hari kini menyedari komplot jahat ini. Mereka 
hendaklah yakin dengan agama dan warisan tamadun kemanusiaan mereka yang mulia. 
Justera itu, mereka tidak tunduk kepada golongan Barat seumpama tunduknya seorang fakir 
yang hina di hadapan seorang kaya yang berkuasa. Data pemikiran mereka juga tidak 
bertelagah sesama sendiri tanpa dapat membezakan antara kaca dan permata sebagaimana 
kelkatu yang bertelagah memasuki api lalu terbakar di dalamnya. 

Ilmu mengesahkan Islam sebagai sebaik-baik agama. Dan ajaran yang paling hampir 
dengan fitrah dan paling menjamin kebaikan manusia. Sejarah juga membuktikan peperangan 
Islam merupakan peperangan yang paling berbelas kasihan, paling sedikit bala bencana, 
paling banyak kebaikan dan paling mulia misinya. Setiap hari ditemui bukti-bukti baru 
bahawa Islam merupakan agama Allah, Muhammad itu pesuruh Allah dan orang-orang Islam 
yang jujur itu merupakan hamba-hamba-Nya yang terpilih dan terbaik di kalangan seluruh 
manusia. 



www.dakwah.info 92 



Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata 
tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) danpada diri mereka sendiri, sehingga temyata 
jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka 
kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan 
menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat: 53) 

9. Rasulullah dan orang Islam telah mengejar kaum Hawazin yang tewas sehingga 

mereka tiba ke penempatan kaum Thaqif di Toif. Baginda dan orang Islam mengepung kota 
itu beberapa hari tetapi gagal membukanya. Setelah itu, Baginda pulang ke Madinah. Dalam 
perjalanan, Baginda membahagi-bahagikan harta rampasan perang Hunain. la terdiri daripada 
6,000 tawanan sahaya dan wanita di samping unta dan kambing yang tidak diketahui 
jumlahnya. Baginda memberi bahagian yang banyak kepada pemuka-pemuka Arab untuk 
menarik minat mereka kepada Islam. 

Baginda juga memberi harta yang banyak kepada Quraisy. Namun Ansor tidak 
memperolehi apa-apapun. Sebahagian Ansor memperkatakan hal tersebut. Mereka 
melahirkan rasa sedih kerana tidak mendapat apa-apa bahagian daripada rampasan tersebut. 
Hinggakan sebahagian mereka berkata: "Rasulullah s.a.w. telah bertemu kembali kaum 
Baginda." Maksudnya: Baginda telah melupakan kita setelah Allah membukakan Makkah 
dan Quraisy memeluk Islam. Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w. mengumpul kaum Ansor 
dan berucap kepada mereka Setelah Baginda memuji Allah, Baginda bersabda: 

"Wahai kaum Ansor! Aku telah mendengar kata-katamu. Ia mengandungi 
celaan kepadaku. Bukankah kamu sebelumnya sesat, lalu Allah memberi 
petunjuk kepada kamu? Miskin, lalu Allah menjadikan kamu kaya? Saling 
bermusuhan, lalu Allah mempertautkan hati-hati kamu?" Mereka menjawab: 
"Benar! Allah dan Rasul-Nya lebih berjasa dan lebih berbakti. " Kemudian 
Baginda bersabda lagi: "Wahai kaum Ansor! Kenapa kamu tidak menjawab 
kata-kataku ? " Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah apa lagi yang patut kami 
katakan? Allah dan Rasul-Nya mempunyai jasa dan bakti." Baginda 
bersabda: "Demi Allah, kalau kamu mahu, kamu boleh jawab. Jawapan kamu 
adalah benar dan diterima. Kamu boleh jawab: Kamu (wahai Rasulullah) 
datang kepada kami dalam keadaan kamu didustai (kaummu), lalu kami yang 
mempercayai kamu. Terbiar tanpa pertolongan, lalu kami yang menolongmu. 
Diusir, lalu kami membelamu. Serba kekurangan, lalu kami berkongsikan 
harta denganmu. 

Wahai kaum Ansor, adakah diri kamu merasa tidak puas hati terhadap sisa- 
sisa dunia yang aku gunakan untuk menarik minat kaum tersebut agar 
memeluk Islam. Sedangkan aku serahkan kamu kepada keislaman kamu. 
Wahai kaum Ansor, tidakkah kamu redha orang ramai kembali bersama 
kambing dan unta, sedangkan kamu pulang kepada tunggangan kamu 
bersama Rasulullah? Demi Tuhan yang jiwa Muhammad dalam genggaman- 
Nya, jika bukan kerana Hijrah, nescaya aku seorang Ansor. Sekiranya orang 
ramai melalui satu lorong di bukit, sedangkan Ansor melalui lorong yang 
lain, nescaya aku melalui lorong yang dilalui Ansor. Ya Allah, rahmatilah 
Ansor, anak-anak dan cucu-cucu Ansor. " 

Maka kaum Ansor menangis sehingga janggut-janggut mereka basah. Mereka 
berkata: "Kami redha dengan pembahagian dan habuan yang dilakukan oleh Rasulullah." 

Di sini terdapat beberapa permasalahan yang boleh diberi komentar tentangnya: 

Pertama: Isu harta rampasan perang sebagai satu bahagian daripada sistem perang 



www.dakwah.info 93 



dalam Islam. Musuh-musuh Islam menjadikannya sebagai medium untuk menyerang Islam. 
Mereka mendakwanya ia merupakan salah satu faktor material pengisytiharan perang dalam 
Islam. Ia juga sebagai insentif yang cukup berkesan kepada tentera-tentera Islam untuk 
berkorban dan berbakti. Lantaran itu, mereka bermati-matian merebut harta rampasan selepas 
tamat peperangan sebagaimana yang berlaku dalam pertempuran ini. 

Tak diragui bahawa setiap pengkaji yang adil dan sedar menolak dakwaan ini. Ini 
kerana taktor peperangan dalam Islam berbentuk spiritual. Ia bertujuan menyebarkan 
kebenaran, menolak gangguan jahat dan pencerobohan. Ini dinyatakan secara jelas dalam 
ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis. Adalah pelik, seseorang sanggup berkorban nyawa dan 
mendedahkan keluarganya kepada pengabaian, kerana tamakkan habuan material walau 
macam mana besar habuan tersebut. Tamak kepada habuan material tidak berupaya 
melahirkan keperwiraan luar biasa yang terserlah di kalangan pejuang-pejuang Islam pada 
zaman permulaan Islam. Ia juga tidak dapat melahirkan natijah yang menakjubkan 
sebagaimana berlaku dalam peperangan Islam dengan Arab semasa hayat Rasulullah. Begitu 
juga pertempuran Islam dengan Parsi dan Rom selepas itu. Sedangkan pihak musuh-musuh 
Islam sendiri mempunyai dorongan ketamakan material. Harta-harta dan orang Islam pasti 
akan menjadi habuan mereka sekiranya orang Islam kalah. Orang Islam bukan satu-satunya 
pihak yang mengagih-agihkan harta dan memperhambakan musuh mereka apabila menang. 
Bahkan tenomena ini merupakan tindak tanduk mana-mana angkatan tentera yang berperang. 
Kenapakah ketamakan material yang dimiliki oleh musuh Islam ini tidak menghasilkan 
keperwiraan luar biasa atau natijah yang mengkagumkan? Sebagaimana yang terserlah di 
kalangan tentera Islam dan dipamerkan dalam siri peperangan Islam? 

Berbagai peristiwa yang berlaku dalam peperangan menafikan sama sekali dorongan 
material merupakan pemangkin paling utama dalam jiwa tentera Islam. Dalam pertempuran 
Badar, Uhud, Mu'tah dan Iain-lain lagi, wira-wira Islam maju ke medan pertempuran 
mengharapkan kemuliaan mati syahid dan nikmat syurga. Hinggakan salah seorang daripada 
mereka melemparkan buah-buah tamar daripada mulutnya apabila mendengar janji Rasul 
s.a.w. tentang balasan syurga bagi para syuhada. Beliau mengharungi pertempuran seraya 
berkata: "Wah, bagusnya! Tiada apa lagi yang menghalang aku untuk memasuki syurga 
melainkan tamar-tamar ini? Demi Allah, (Jika aku menghabiskan makan tamar ini), ia adalah 
kehidupan yang panjang (melambatkan aku ke syurga)!" Selanjutnya, beliau terus berperang 
sehingga terbunuh. Yang lain pula tampil menyerang musuh seraya berkata: "Syurga! 
Syurga! Demi Allah aku mencium baunya lebih dekat dari Bukit Uhud." (Peristiwa ini 
berlaku ketika pertempuran Uhud). 

Dalam pertempuran dengan Parsi, Rustum menawarkan harta atau pakaian kepada 
orang Islam agar mereka membatal-kan rancangan berperang dan pulang semula ke negara 
mereka. Namun ketua utusan tentera Islam menjawab: "Demi Allah, kami tidak keluar kerana 
perkara ini. Apa yang kami mahu ialah menyelamatkan kamu daripada penyembahan sesama 
hamba kepada penyembahan Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan. Sekiranya 
kamu memeluk Islam, kami akan pulang. Sementara kerajaan dan tanah kamu tetap kekal 
milik kamu. Kami tidak akan merebut apa-apa pun daripada kamu." Adakah ini jawapan 
gerombolan tentera yang keluar untuk mendapatkan rampasan perang juga menguasai tanah 
danhartabenda?! 

Peristiwa para pejuang mengharapkan rampasan perang dalam pertempuran Hunain 
dan ketidakpuasan hati Ansor kerana tidak mendapat agihan dijadikan bukti dakwaan palsu 
mereka. Mereka sengaja bersikap memejamkan mata terhadap realiti pertempuran dan pihak- 
pihak yang terlibat dalam peperangan. Mereka yang mengharapkan rampasan perang tersebut 
terdiri daripada mereka yang baru memeluk Islam. Hidayah Islam masih belum bertapak 



www.dakwah.info 94 



kukuh dalam jiwa mereka sebagaimana golongan Islam yang sebelumnya. Oleh itu, orang- 
orang Islam seperti Abu Bakar, Umar, Othman, Ali, Abdul Rahman bin Auf, Tolhah, az- 
Zubair dan para sahabat besar yang awal menyahut seruan Islam, tidak mengharap habuan 
rampasan perang tersebut. Rasa tidak puas hati Ansor pula hanyalah kata-kata sesetengah 
mereka yang berpandangan pembahagian rampasan perang pada hari tersebut diagih tidak 
sama rata. Fenomena sebegini berlaku kepada kebanyakan manusia pada setiap zaman dan 
tempat. la timbul dalam diri mana-mana manusia yang berada dalam situasi seumpama ini. 

Tangisan mereka apabila Nabi s.a.w. berucap kepada mereka adalah bukti paling jelas 
tentang keinginan Ansor untuk mencapai redha Allah, pahala dan syurga-Nya, juga ketaatan 
kepada Rasul-Nya. Antara ucapan Baginda: "Tidak-kah kamu redha orang ramai kembali 
bersama kambing dan unta, sedangkan kamu pulang kepada tunggangan kamu bersama 
Rasulullah?" Mereka mengutamakan untuk berdamping dengan Rasulullah dan tinggal 
berdekatan Baginda berbanding harta benda dan keuntungan. Adakah logik mereka dituduh: 
Mereka berjihad hanya untuk mengaut harta dan keuntungan? 

Tiada guna untuk mempersoalkan: Kenapa Islam menjadikan rampasan perang hak 
tentera yang berperang bukan hak negara sebagaimana zaman kita ini? Kerana persoalan 
sebegini menunjukkan mereka alpa tentang tabiat manusia dan adat resam peperangan pada 
zaman tersebut. Bukan hanya tentera Islam membahagi-bahagikan 4/5 rampasan perang 
kepada tenteranya, Parsi dan Rom turut berbuat sedemikian. Bahkan pengagihan tersebut 
digunakan oleh semua angkatan tentera. Sekiranya seseorang mujtahid pada hari ini 
berpendapat rampasan perang yang diperolehi oleh tentera Islam pada zaman ini perlu 
diserahkan kepada negara, ia masih dalam lingkungan memahami persoalan ini berdasarkan 
prinsip dan ruh Islam. 

Kedua: Keputusan Nabi s.a.w. memberi agihan rampasan perang lebih kepada mereka 
yang baru memeluk Islam berbanding tentera lain menunjukkan kebijaksanaan Baginda. 
Baginda s.a.w. arif dengan personaliti kaumnya dan berpandangan jauh dalam mengurus 
sesuatu perkara. Mereka merupakan golongan yang sentiasa memerangi Rasulullah dan 
enggan menerima dakwah sehinggalah pembukaan Makkah. Sebahagian mereka juga 
gembira dengan kekalahan orang Islam pada permulaan pertempuran ini (Hunain). Oleh itu, 
usaha menjinakkan hati dan menyemai perasaan tentang keistimewaan mereka memeluk 
Islam dari sudut material mesti dilakukan. Kerana mereka memerangi Islam disebab faktor 
material ini. Pada hakikatnya, mereka sebagai pemuka-pemuka kaum, memerangi Islam 
kerana ingin mengekalkan kepimpinan dan menjaga kepentingan material mereka. Apabila 
Islam menghancurkan kekuatan mereka dengan pembukaan Makkah, ada kemungkinan 
masih terdapat dalam jiwa mereka rasa benci terhadap kemenangan tersebut. Mungkin timbul 
juga rasa tidak puas hati dengan kekalahan dan runtuhnya kekuatan mereka. 

Islam merupakan agama pembawa petunjuk dan pengislah. Islam tidak berpada 
dengan hanya memberi tekanan dan menggunakan kekerasan tanpa menghiraukan 
penerimaan jiwa dan hati, sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan sistem yang 
bergantung kepada kekerasan untuk tertegak dan kekal. Bahkan hati mesti terbuka untuk 
menerima Islam, merasa gembira dengan petunjuknya dan rindu kepada prinsip juga 
teladannya. Pemberian tersebut merupakan tindakan bijak selagi pemberian (kurnia) kepada 
sesetengah manusia berfaedah untuk memperbaiki hati dan menghapuskan permusuhan 
mereka. Rasulullah mengambil keputusan yang sangat bijak sehingga mereka redha terhadap 
apa yang dilakukan oleh Baginda s.a.w.. 

Allah mengetahui dakwah-Nya pasti berkembang ke timur dan barat dunia setelah ia 
menguasai semenanjung tanah Arab. Oleh itu, seluruh Arab mesti disediakan untuk memikul 
risalah ini dan berkorban di jalannya. Sekiranyajiwa para pemuka dipulihkan dengan 



www.dakwah.info 95 



pemberian ini, hati mereka akan terbuka untuk menerima cahaya dakwah. Mereka juga akan 
bersedia memikul bebanan dakwah. Inilah yang benar-benar terjadi. Setelah Rasulullah 
menjinakkan hati para pemimpin tersebut, rasa tidak puas hati dan kebencian kepada Islam 
dan dakwahnya lenyap daripada diri mereka. Apabila tentera Islam mula menjelajah bumi 
demi menyampaikan prinsip Islam dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kesesatan 
kepada cahaya Islam, semenanjung tanah Arab telah bersedia untuk memikul tugas bersejarah 
yang agung ini. Para pemimpin yang telah jinak hati mereka ini merupakan golongan pertama 
yang redha dan mara dalam pertempuran pembebasan tersebut. Sejarah mengesahkan 
pertarungan hebat mereka dalam siri pembukaan tersebut. Mereka juga mempunyai jasa besar 
dalam memperkukuhkan tunggak-tunggak Islam di luar semenanjung tanah Arab. Mereka 
menguruskan kerajaan Islam yang luas dan memimpin tenteranya yang melimpah-limpah. 

Mereka tetap diiktiraf sebagai mujahid. Meskipun pada permulaan Islam, mereka 
merupakan golongan yang dijinakkan (melalui berbagai pemberian). Ataupun mereka lambat 
memeluk Islam sehingga selepas pembukaan Makkah. Kebiasannya, mereka yang 
terkemudian berjaya menyusul mereka yang terdahulu. Orang yang lemah dapat mencapai 
keistimewaan orang yang kuat. Begitu juga ramai orang yang memperolehi keikhlasan 
beramal walaupun memulakannya tanpa ikhlas. Al-Hasan rahimahullah berkata: "Kami 
menuntut ilmu ini bukan kerana Allah, namun ilmu ini tetap mendorong agar ia dilakukan 
kerana Allah." Tokoh lain pula berkata: "Kami menuntut ilmu ini tanpa niat, namun niat 
datang kepada kami selepas itu." Cukuplah Allah menjanjikan kebaikan kepada golongan 
yang lewat memeluk Islam ini, sebagaimana firman-Nya: 

, - i 9 tf *, , , ' ■ ^- i '" ■» } ■$ ■$>» ,, o * * 4 i *,' „ 

(jijl qa jS<^ <_£jxIo V ^j&jS^j CJ*jL*~d\ ^L-^j^ 4tij Aii\ J~---< ,j \j3lL£ ^I^J Uj 

}■$•" - s * i. ^» -J^ * * ■* - t ' ■* ' & s .' i -° * * ' ,)■'■*£, ' a %-^~ < v " ■* ■"■* " 
-dJOl J_Pj "^Sj IjJbuij JLsu ja Ij5 6'tl (jiAII ^a "<^>-j5 *Japl tt^jl J^J JtLaJl JlS j* 

» r , \">t i' ** T- ^i ' » *\ 1 

Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya 
serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah). 
Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan 
hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari 
keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), 
Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu kerjakan.(Al- 
Hadid: 10) 

Ketiga: Tindakan Rasulullah s.a.w. mengumpul dan meredakan rasa terkilan Ansor 
kerana tidak mendapat apa-apa bahagian daripada rampasan perang, menjadi bukti 
kebijaksanaan politik dan kelembutan akhlak Baginda s.a.w. Apabila komen sesetengah 
Ansor berkaitan agihan rampasan perang sampai kepada Baginda, Baginda mengambil 
langkah proaktif untuk meredakan rasa terkilan tersebut. Baginda mengumpulkan mereka 
untuk tujuan itu. Baginda menyampai-kan ucapan yang bijaksana sekalipun Baginda tahu 
mereka mencintai dan setia mengikutinya. Mereka telah mengorban-kan darah dan harta 
mereka di jalan Allah. Tiada kebimbangan berlaku sesuatu yang mengurangkan iman atau 
menghumban mereka ke dalam kemarahan Allah dan Rasul-Nya. Namun Baginda memilih 
untuk menghilangkan prasangka yang mula tersemat dalam fikiran sesetengah mereka 
tentang isu tersebut. Ini salah satu sunnah terpuji yang mesti diikuti oleh para pemimpin dan 
ketua bersama penyokong dan pencinta mereka. Musuh menunggu-nunggu untuk 
mengekploitasi apa-apa kejadian atau kata-kata yang melemahkan pergantungan para 

www.dakwah.info 96 



pengikut terhadap pemimpin mereka. Syaitan mem-punyai komplot yang jahat dan licik 
tipudayanya. Oleh itu, para pemimpin tidak boleh cuai mendapatkan dukungan penyokong 
walau mereka amat mempercayai para penyokong mereka. 

Seterusnya, perhatikan teknik bijak lagi berkesan yang digunakan oleh Baginda s.a.w. 
agar mereka berpuas hati dan yakin terhadap hikmah keputusan Baginda tersebut. Baginda 
menyebut jasa-jasa mereka kepada dakwah Islam, bantuan mereka kepada Baginda dan 
inisiatif segera mereka untuk memperbenarkan Baginda. Sedangkan ketika itu kaum Baginda 
sendiri mendustai dan mengusir Baginda. Baginda menyebut jasa-jasa mereka ini setelah 
memperingatkan mereka tentang jasa Allah kepada mereka. Allah telah menyelamatkan 
mereka daripada kesesatan, perpecahan dan permusuhan. Semua ini disebut agar mereka 
mudah menerima kehilangan semua keuntungan harta dunia (rampasan perang tersebut) jika 
dibanding dengan kebahagiaan dan petunjuk yang mereka perolehi. Dengan demikian, 
Baginda menegaskan dua perkara kepada mereka: 

a) Baginda tidak menyebelahi kaumnya dengan melupakan Ansor, sebagaimana dakwaan 
sesetengah mereka. 

b) Keputusan Baginda menyekat mereka daripada menerima rampasan perang berdasarkan 
kepada kekuatan beragama, kehebatan iman dan kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul- 

Nya. 

Sepanjang usiaku, tiada teknik lain yang lebih berkesan daripada teknik ini untuk 
memuaskan hati mereka yang berjasa dan lama dalam dakwah. Iaitu di kalangan mereka yang 
beriman dengannya, ikhlas, jujur serta tidak mengharapkan balasan mahupun terima kasih. 
Selawat dan salam Allah ke atas Baginda. Alangkah benar firman Allah berkenaan Baginda: 

^ll^^Pjii^ JiJiijlj 

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.(Al- 
Qalam: 4) 

Keempat: Reaksi Ansor setelah mendengar ucapan Baginda s.a.w. merupakan contoh 
kejujuran iman dan kehalusan jiwa yang paling menarik Mereka juga mengenang jasa Allah 
kerana memberi petunjuk dan menganugerahkan taqwa kepada mereka. Mereka menyifatkan 
usaha mereka menolong, menyokong dan berjihad sebagai kumiaan Allah dan Rasul-Nya. 
Mereka juga menyatakan bahawa, jika bukan kerana Allah, nescaya mereka tidak mendapat 
petunjuk. Jika bukan kerana Rasul-Nya, nescaya hati dan pandangan mereka tidak mendapat 
cahaya petunjuk. Jika bukan kerana Islam, nescaya Allah tidak akan menyatukan kembali 
kaum mereka setelah berpecah, atau memelihara darah mereka yang mengalir tanpa nilai. 
Jika bukan kerana Islam, pasti Allah tidak akan menyelamatkan mereka daripada penguasaan 
Yahudi kepada kemuliaan Islam, atau membebaskan mereka daripada jiran mereka (Yahudi) 
yang memperkudakan mereka. Mereka juga mengisytiharkan; mereka mengutamakan 
Rasulullah mengatasi segala limpahan harta dan keseronokan dunia Apabila Rasulullah s.a.w. 
mendoakan kerahmatan untuk mereka, anak-anak dan cucu-cucu mereka, air-air mata mereka 
bercucuran gembira kerana keprihatinan Rasulullah s.a.w.. Apatah lagi doa Baginda 
merupakan doayang mustajab. Adakah lagi bukti lain kepada kejujuran iman? Adakah di sana 
cinta yang lebih mulia dan indah daripada cinta ini? Semoga Allah meredhai mereka dan 
menjadikan mereka redha. Semoga Dia mengabadikan nama mereka di dunia dan 
menyertakan kita bersama mereka dalam syurga an-Naim. Hidup di samping Rasul-Nya yang 
dicintai lagi agung dan golongan yang Allah telah kumiakan nikmat ke atas mereka di 
kalangan para nabi, siddiqin, syuhada' dan mereka yang hampir dengan-Nya. 



www.dakwah.info 97 



Akhimya, peristiwa yang berlaku antara Rasulullah s.a.w. dan Ansor ini, mestilah 
diingati oleh setiap pendakwah dan dihatal oleh setiap penuntut ilmu. la antara peristiwa yang 
dapat menambahkan iman serta menggelorakan rasa cinta dan rindu kepada Rasulullah s.a.w. 
dan sahabatnya r.a.. 



www.dakwah.info 98 



(B) MERUNTUHKAN PATUNG BERHALA 

Nabi Ibrahim a.s. (bapa para nabi selepas nabi Nuh a.s.) merupakan antara mereka 
yang memerangi ajaran keber-halaan anutan kaumnya. Sehingga kaumnya cuba membakar- 
nya sebagaimana yang diceritakan oleh al-Quran al-Karim. Apabila Baginda datang ke 
Makkah, Baginda meninggalkan anaknya, Ismail a.s. dan ibunya di situ. Setelah Ismail 
meningkat remaja, mereka berdua sama-sama membina Kabah untuk dijadikan rumah ibadat 
Allah dan destinasi haji kepada orang ramai. Anak-anak Ismail semakin ramai (mereka 
dikenali sebagai Arab Musta'ribah, sebagaimana yang dinamakan oleh ahli-ahli sejarah). 
(Dari zaman ke zaman) Mereka masih tidak mengenali ajaran menyembah berhala dan 
patung. Kemudian menjadi satu ibadat kepada sesiapa yang mengembara meninggalkan 
Makkah, membawa seketul batu daripada Tanah Haram sebagai memuliakannya dan tanda 
kerinduan kepada Makkah. Di mana sahaja mereka singgah, mereka akan meletakkan dan 
bertawaf mengelilinginya sebagaimana mereka mengelilingi Kaabah. Mereka berbuat 
demikian untuk mengambil keberkatan dengannya, juga tanda cinta dan rindu mereka kepada 
Tanah Haram. Amalan ini berterusan sehinggalah Amru bin Luhayy membawa masuk 
amalan menyembah berhala kepada mereka (ahli sejarah mengatakan kejadian ini berlaku 
500 tahun sebelum perutusan Nabi). Dia merupakan orang pertama yang mengubah agama 
Ismail a.s.. 

Asal-usulnya adalah seperti berikut: Dia merupakan penjaga pintu Kaabah selepas 
pengusiran Jurhum dari Makkah dan kawasan sekitamya. Tak lama selepas itu, dia ditimpa 
sakit yang teruk. Dia diberitahu: "Di Balqa', Syam terdapat sebuah mata air panas (sekarang 
ini, tempat itu dikenali sebagai al-Hammah), jika kamu ke sana, kamu akan sembuh." Lalu 
dia ke sana dan mandi di situ. Dia kemudiannya sembuh. Dia mendapati penduduk di situ 
menyembah berhala, lantas bertanya: "Apa ini?" Mereka menjawab: "Kami meminta hujan 
turun dan kemenangan menewaskan musuh dengan patung-patung ini." Lantas, dia meminta 
mereka memberikan sebahagian patung tersebut kepadanya. Mereka memberikan kepadanya. 
Kemudian dia membawa patung itu ke Makkah dan menegakkannya di sekeliling Kaabah. ' ! 
Selepas itu. penyembahan berhala tersebar luas di semenanjung tanah Arab, hinggakan setiap 
penghuni rumah di Makkah mempunyai sebuah berhala yang mereka sembah di rumah. 
Apabila mereka mahu bermusafir, perkara terakhir yang diperlakukan di rumahnya ialah 
mengusap-usap berhala tersebut. Apabila pulang daripada musafir, perkara pertama yang 
dilakukan setelah memasuki rumahnya ialah mengusap-usap berhala tersebut. 

Setelah itu, penyembahan berhala di kalangan Arab menjadi-jadi. Ada di antara 
mereka yang membina rumah berhala. Ada pula yang membina patung. Sesiapa yang tidak 
mampu membina patung mahupun rumah berhala, dia mendirikan seketul batu di Tanah 
Haram atau di mana-mana yang mereka rasa bagus untuk menempatkannya. Dia 
kemudiannya mengelilinginya sebagaimana dia mengelilingi Baitullah. Ketika muisafir dan 
singgah di sesuatu tempat, seseorang itu akan mengutip empat ketul batu. Dia akan memilih 
batu manakah yang paling bagus, lalu menjadikannya sebagai tuhan. Tiga ketul batu lagi 
dijadikan sebagai batu alas periuk. Apabila berangkat, dia meninggalkannya. Apabila 
berhenti di perhentian yang lain, dia akan melakukan perbuatan yang sama. 12 

Arab mempunyai tiga berhala terbesar yang diagung-agungkan. Mereka mengerjakan 
haji dan menyembelihkan korban untuknya. Berhala yang paling tua ialah "Manat". la dibina 
di pinggir pantai menghala ke arah al-Musyallal di Qadid yang terletak antara Madinah dan 
Makkah. Semua Arab mengagungkannya dan yang paling mengagungkannya ialah kaum Aus 
dan Khazraj. Apabila Rasulullah s.a.w. keluar untuk membuka Makkah pada tahun ke-8 



11 Kitab al-Asnam, Hisyam bin Muhammad bin as-Sa-ib al-Kalby, m.s 8. 

12 Kitab al-Asnam, Hisyam bin Muhammad bin as-Sa-ib al-Kalby, m.s 33. 



www.dakwah.info 99 



hijrah, Baginda mengutuskan Ali r.a. ke tempat berhala tersebut. Ali telah meruntuhkannya, 
seterusnya mengambil barang-barang yang dipersembahkan kepada berhala itu, lalu 
membawanya kepada Nabi s.a.w.. Antara barang yang diambilnya ialah; dua bilah pedang 
yang dihadiahkan untuk berhala itu oleh al-Harith bin Abi Syamir al-Ghassani, raja Ghassan. 
Al-Harith merupakan raja yang membunuh Syuja' bin Wahb al-Asadi r.a., utusan Nabi s.a.w. 
kepadanya yang mengajak kepada Islam. Tiada utusan Nabi s.a.w. yang dibunuh selain 
Syuja'. 

Berhala kedua bernama "al-Lat". Ia terletak di Toif. Merupakan sebongkah baru 
empat segi. Quraisy dan semua Arab mengagungkannya. Selepas Nabi s.a.w. pulang ke 
Madinah daripada pembukaan Makkah, rombongan Thaqif datang menemui Baginda. 
Mereka meminta Baginda s.a.w. membiarkan al-Lat tidak diroboh selama tiga tahun. Namun 
Baginda enggan menerima permintaan mereka. Mereka terus memohon penangguhan 
daripada Baginda dengan mengurangkan tempohnya setahun demi setahun, tetapi Baginda 
tetap enggan. Sehinggalah mereka meminta penangguhan untuk tempoh sebulan sahaja, 
namun Baginda masih enggan menerimanya. 

Ibnu Hisyam berkata: (Berdasarkan penjelasan mereka), Mereka ingin pemusnahan 
berhala tersebut ditangguhkan agar mereka terselamat daripada tindak tanduk golongan yang 
bodoh, wanita dan anak-pinak mereka. Mereka juga meminta penangguhan sehingga seluruh 
penduduk Taif memeluk Islam agar pemusnahan al-Lat tidak menimbulkan kejutan kepada 
kaum mereka. Namun Rasulullah enggan menerima permo-honan itu. Baginda mengutuskan 
Abu Suffian bin Harb dan al-Mughirah bin Syu'bah agar meruntuhkannya. Apabila al- 

Mughirah mula memukul dengan cangkulnya, wanita-wanita Thaqif keluar menangis 
meratapkan al-Lat seraya bersyair: 

Hendaklah kamu menangis sungguh-sungguh untuk si pembela, 

(Lantaran) mereka yang keji telah menyerahkannya 

(untuk diruntuhkan), 

Mereka (yang keji) itu tidak pandai berlawan pedang (mempertahankannya). 

Maksudnya: Alangkah hibanya! Al-Lat sebelum ini menjadi pembela kami daripada musuh- 
musuh dan menolak bala bencana, telah diserahkan oleh orang-orang yang keji untuk 
diruntuhkan. Orang-orang yang keji tersebut tidak memper-tahankannya mahupun bertarung 
pedang demi untuknya. 

Berhala ketiga bernama "al-'Uzza" 13 . Ia berada di sebelah kanan sesiapa yang 
bermusafir dari Makkah ke Iraq. Kaum Quraisy mengagungkannya. Apabila al-Quran turun 
mengutuk berhala itu juga berhala-berhala yang lain, Quraisy merasa amat marah. Ketika 
Abu Uhaihah iaitu Said bin al-As bin Umaiyah bin Abd Syams bin Abd Manaf sakit nazak, 
Abu Lahab datang menziarahinya. Abu Lahab mendapatinya menangis, lantas bertanya: 
"Apakah yang menyebabkan kamu menangis wahai Abu Uhaihah? Adakah kamu menangis 
kerana kematian yang pasti?" Dia menjawab: "Tidak. Tetapi aku bimbang al-Uzza tidak akan 
disembah lagi selepas (kematian) aku!" Abu Lahab berkata: "Demi Allah! Semasa hayatmu ia 
tidak disembah keranamu. Begitu juga selepas ketiadaanmu, penyembahannya tidak akan 
ditinggalkan kerana kematianmu." Lantas Abu Uhaihah berkata: "Sekarang, aku tahu bahawa 
aku mempunyai pengganti!" Kesungguhan Abu Uhaihah berpenat lelah menyembah berhala 



13 Uzza adalah batang pohon kurma yang disembah oleh Bani Ghatfan. Mereka mendirikan di atasnya sebuah 
pondok. Uzza mempunyai penjaga. (Mu'jam Buldan). (pent.). 



www.dakwah.info 100 



itu menakjubkan Abu Lahab. 14 

Pada tahun pembukaan Makkah, Nabi s.a.w. memanggil Khalid bin al-Walid dan 
memerintahkannya untuk bertolak memusnahkan berhala tersebut. Apabila Khalid sampai 
kepada berhala itu, penjaganya, Dubayyah bin Harami asy-Syaibani berseru: 

Wahai Uzza lawanlah dengan keras, janganlah kamu mendustakan, 

Lemparkan kain selendang dan sinsingkan baju untuk melawan Khalid, 

Sekiranya kamu tidak membunuh Khalid pada hari ini, Kamu akan menanggung kehinaan 
segera dan membantunya mengalahkanmu. 

Lantas Khalid berkata: 

Wahai 'Uzza, keingkaran untuk kamu bukan keampunan, Aku lihat Allah telah menghinamu. 

Mereka mendakwa berhala itu berupa seorang wanita habsyi yang berambut kusut 
masai. Wanita itu meletakkan tangannya di atas bahunya dan berada dalam batang pokok 
yang ditebang oleh Khalid. Dia telah menentang Khalid dalam rupa bentuk sedemikian. 
Khalid memenggalnya mengakibatkan kepalanya terbelah. Rupa-rupanya wanita iru hitam 
seperti arang. Apabila Khalid memberitahu Rasulullah tentang perlaksanaan tugas tersebut, 
Baginda a.s. bersabda: "Itulah al-Uzza. Tiada lagi al-Uzza selepas ini bagi Arab. Ia tidak akan 
disembah lagi selepas hari ini". 15 

Inilah berhala-berhala Arab yang paling terkenal pada zaman jahiliah. la disebut oleh 
al-Quran melalui firman Allah: 

^ lSj>-H\ 4iMJ! 3jl.j ^ C£j*}\jdJJ\ AjiJ\ 

(Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah -mendengar keterangan yang 
membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak 
bahawa "Al-Lat" dan "Al-Uzza". Serta "Manat" yang ketiga, yang bertaraj 
rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anak- 
anakperempuan Allah)? (An-Najm: 19-20) 

Ketika Rasulullah memasuki Baitul Haram pada hari pembukaan Makkah, Baginda 
menemui gambar-gambar malaikat dan lain-lain lagi. Baginda juga mendapati gambar nabi 
Ibrahim a.s. dalam bentuk memegang anak-anak panah yang digunakan untuk tilikan nasib. 
Baginda lantas bersabda: Semoga Allah memerangi mereka. Mereka menjadikan syeikh kami 
(nabi Ibrahim) tempat menilik nasib menggunakan anak panah. Apa kaitan nabi Ibrahim 
dengan panah-panah tilikan nasib? "Bukanlah nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama 
Yahudi, dan bukanlah dia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi dia seorang yang tetap di 
atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada 



14 Kitab al-Asnam, Hisyam bin Muhammad bin as-Sa-ib al-Kalby, m.s 23. 

15 Dalam Mu'jam al-Buldan menukilkan satu riwayat daripada Abu Soleh daripada Abdullah bin Abbas r.a., 
beliau berkata: Uzza merupakan syaitan betina yang mendiami antara tiga batang pokok di tengah-tengah kebun 
tamar. Apabila berlaku pembukaan Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. telah mengutus Khalid bin al-Walid. 
sabdanya: "Pergilah kamu ke tengah-tengah kebun tamar dan kamu akan berjumpa dengan tiga batang pohon 
tamar. Tembanglah batang yang pertama." Lalu Khalia pergi dan menebang pohon yang pertama. Kemudian 
beliau kembali bertemu dengan Rasulullah, lalu Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?" 
"Tidak"; jawab Khalid. "Tebang pohon yang kedua."; arah Baginda s.a.w.. Beliau pergi melaksanakan arahan 
tersebut dan kembali bertemu dengan Rasulullah. Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?" 
"Tidak"; jawab Khalid "Tebang pohon yang ketiga."; arah Baginda s.a.w. lagi. Apabila beliau berhadapa-dengan 
pohon ketiga, keluar seekor syaitan betina berambut kusut masai dan meletakkan dua tangannya di atas bahu 
sambil menampakkan taringnya. Lalu Khalid memancung kepalanya (pent.). 



www.dakwah.info 101 



Allah), dan diapula bukanlah dari orang-orang musyrik. " (maksud Ali Imran: 67) 

Baginda memerintahkan agar semua gambar-gambar tersebut dipadamkan. Perintah 
Baginda itu terus dilaksanakan. 

Ibnu Abbas berkata: Rasulullah s.a.w. memasuki Makkah pada hari pembukaannya 
dengan menaiki tunggangan Baginda. Baginda juga melakukan tawaf menggunakan 
tunggangannya itu. Di sekeliling Baitullah terdapat patung-patung berhala yang diikat dengan 
timah. Nabi s.a.w. menunjuk isyarat kepada berhala-berhala itu menggunakan sebatang 
ranting kayu di tangannya, seraya berkata: 

^LSj-AjO^ JJaiJloj J^aiJljAjjJ^JUb" J3j 

Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah 
(kujur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara 
yang tetap lenyap. (Al-Isra': 81) 

Mana-mana berhala yang ditunjuk oleh Baginda dari arah hadapan akan tumbang 
terlentang ke belakang. Sementara mana-mana berhala yang ditunjuk dari arah belakang akan 
tumbang tersungkur ke depan. Sehingga tiada lagi berhala yang tinggal tegak. Kesemuanya 
tumbang. 

Selepas beberapa bulan pembukaan Makkah, semua berhala di semenanjung tanah 
Arab telah diruntuhkan dari singgahsananya. Para penyembahnya telah mengkufurinya. 
Mereka yang pernah menyembah berhala kelmarin, bertukar menjadi malu kerana kecetekan 
pemikiran mereka hingga sanggup menyembah batu yang tidak memberi mudarat atau 
manfaat, mahupun menolak sesuatu kejadiari. 

Sejak awal risalah Islam, Islam bertindak menyebarkan keburukan berhala- 
berhalayang dijadikan tuhan ini, mencela penyembahannya serta menyeru kepada agama 
fitrah; menyembah Allah Pencipta alam kejadian dan Tuhan sekalian alam. Semenanjung 
tanah Arab, diketuai oleh Quraisy telah menentang dakwah ini. Mereka melihat dakwah ini 
sebagai satu seruan yang amat pelik. 

0^[sJ> l^J I JLii Oi I Vj 4^1 ^'l J«-l 

"Patutkah dia menajikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: 
Tuhan hahya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang 
menakjubkan! " (Sad: 5) 

Semenanjung tanah Arab saling bertelagah dan kacau bilau ekoran agama baru ini. 
Mereka cuba membunuh dan menghapuskan Rasulnya dengan segala cara. Namun akhimya 
kemenangan berpihak kepada Rasulullah s.a.w. selepas perjuangan yang berlarutan selama 21 
tahun. Baginda membuka ibu kota keberhalaan (Makkah), memusnahkan tuhan-tuhannya, 
menewaskan bala tenteranya dan menumpaskan konspirasi para pemimpinnya. Adakah akal 
dapat mempercayai semua ini lantaran ia berjaya disempurnakan dalam tempoh sesingkat ini? 
Ketika Rasulullah s.a.w. memulakan dakwah, tiada seorang manusia pun bersama Baginda. 
Bolehkah kejayaan ini tercapai, jika bukan kerana Allah yang menjadi Pengatur di belakang 
dakwah ini, mempersiapkan ketumbukan tenteranya dan memandu perjalanan 
pertempurannya? 



www.dakwah.info 102 



r: 



(GO^*s* c ' A^*-^> ^l ^_ui L^*^ f ^ ^*-^-» ^j_^r~-« J-«J I 

Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau 
melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan 
orang-orang kajir). (Al-Anfal: 17) 

Muhammad bin Abdullah telah menamatkan tragedi pemikiran Arab yang berterusan 
hampir 500 tahun atau lebih. Baginda membebaskan akal Arab daripada belenggu dan 
khuratat keberhalaan. Baginda juga menyelamatkan kehormatan mereka daripada penghinaan 
dan kekejian kepercayaan itu. Baginda membuka pintu-pintu kemerdekaan dan kemulian 
abadi untuk Arab. Mereka memasuki pintu-pintu itu tanpa keluar kembali. Rasulullah s.a.w. 
telah berkata benar dengan sabda Baginda: 

"Selepas ini tiada lagi al-Uzza untuk Arab. Ia tidak akan disembah lagi 
selepas hari ini. " 

Semenanjung tanah Arab telah mengucapkan selmat tinggal kepada kehidupan 
keberhalaan untuk selama-lamanya. Pemikiran Arab telah mencapai usia matang. Mereka 
tidak rela untuk kembali semula ke zaman kanak-kanak; zaman keberhalaan yang mendorong 
penganutnya meletakkan dahinya ke kaki batu yang tuli lagi bisu. Selepas kewatatan 
Rasulullah s.a.w., peperangan dan titnah telah berlaku. Ada di kalangan mereka yang 
mengaku nabi. Ada pula yang membangkang al-Quran. Akan tetapi kita tidak mendengar 
seorang Arab pun yang bertikir untuk kembali kepada kepercayaan keberhalaan dan tuhan- 
tuhannya. Ini kerana seorang yang berusia matang tidak akan kembali menjadi kanak-kanak 
lagi. Semua perubahan ini dicapai dengan sempuma hasil jasa nabi Muhammad s.a.w. dan 
risalah Baginda. Setiap orang Arab (sejak zaman nabi) sehingga tamatnya dunia ini terhutang 
budi kepada Baginda kerana menyelamat dan membebaskan mereka daripada keberhalaan. 
Baginda juga berjasa dalam meningkatkan petunjuk kepada bangsa-bangsa di muka bumi ini, 
sama ada mereka yang mengikuti petunjuk itu, mahupun yang menolaknya. Allah telah 
menjelaskan perkara ini dengan firman-Nya: 

S-^y' (*4+l*J!j p-£j£J ^5f^'* r»n^ p 'j^ &r? ^j-^J Cr^?^' <4 ^*-! <S^ >* 

(cj| Q^> JlUs Jt} J3 qa \yi £" Ojj 4^5^-1 j 

Dia-lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang 
Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) dari bangsa mereka 
sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang 
membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka 
(dari i'tiqad yang sesat), seta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) 
dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum syarak). Dan 
sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah 
dalam kesesatan yang nyata. (Al-Jumuah: 2) 



www.dakwah.info 103 



(C) GHAZWAH TABUK 

Secara ringkas, pengajaran dan pedoman yang paling penting dalam Ghazwah ini 
ialah: 

Pertama: Sebab ghazwah ini berlaku; Rom telah mengumpulkan angkatan tentera 
yang besar di Syam. Maharajanya, Herkules telah memberi upah kepada penduduk- 
penduduknya selama setahun. Kablah-kabilah Arab juga telah bergabung dengan tentera ini. 
Mereka terdiri daripada kabilah: Lakhm, Juzam, Ghassan dan Amilah. Rom kemudiannya 
menghantar pasukan tentera hadapan mereka al-Baqa' (kawasan perkampungan yang dibina 
oleh penduduk Damsyiq. Terletak antara Syam dan Wadi al-Qura). Apabila berita itu sampai 
kepada Rasulullah s.a.w., Baginda mengajak orang ramai untuk keluar berperang ke Tabuk. 
Baignda menyeru mereka supaya bersiap sedia, di samping menyeru golongan kaya untuk 
meyumbang dan menderma. 

Ini menjelaskan kepada kita tabiaat peperangan dalam Islam. Peperangan dalam Islam 
bukan bersikap menceroboh atau provokasi. Tetapi bertujuan mempertahankan agama dan 
negara, mencegah penceroboh serta menghalang mereka daripada mengganggu dan membuat 
kerosakan. Ini dinyatakan secara jelas oleh banyak ayat al-Quran. Kami telah memperkatakan 
tentang sebab-sebab disyariatkan perang dalam Islam, objektif dan jalan-jalannya. Kami telah 
terangkan perkara-perkara tesebut dalam nota kuliah untuk tahun satu. Keberangkatan 
Rasulullah s.a.w. untuk keluar ke Tabuk selepas persiapn dan perhimpunan angkatan Rom 
menjadi penyokong kepada kata-kata kami ini. 

Kesediaan sesetengah kabilah Arab untuk bersama Rom menentang orang Islam 
menjadi bukti bahawa mereka berada jauh daripada kefahaman dan risalah pembebasan yang 
dibawa oleh Islam kepada manusia secara umum dan Arab secara khusus. Jika mereka 
mengetahuinya, nescaya mereka akan menolak untuk emnajdi pembantu Rom melawan anak 
bangsa mereka sendiri di kalangan orang Arab Islam. 

Kedua: Seruan Rasul s.a.w. agar bersiap sedia untuk berperang dibuat ketiak waktu 
susah, panas dan musim buah-buahan dipetik. Orang-orang beriman yang jujur dan segera 
menyahut seruan Rasul tersebut tanpa mempedulikan kesusahan mahupun kemiskinan. 
Orang-orang munafik pula menarik diri. Mereka mengemukakan pelbagai alasan. 
Demikianlah, hakikat orang-orang yang ikhlas dan orang-orang munafik akan jelas terserlah 
pada waktu-waktu genting. Mereka yang berlagak akan terbongkar pekungnya pada waktu 
dugaan. Allah Taala telah berfirman: 

^ja Qi4j! b3j _LaJj (gp Oy^> ^ %-*J L__Jf l>!j-^ O' 'jS_A> o' ^r^" s-~^~' O^" 

__ 

s . _^'" tf "£ s'i& " ° -* ' s _^ "^ - _i ** •$''■? "" " 

(^^JjSJI ^yaJjtlij lj_)_L^_= ^J_jiA]! ^J.! (j-^^iilJi *-$$ 

Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan 
dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman, " sedang mereka tidak diuji 
(dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji 
orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang 
demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang sebenar- 
sebenarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang- 
orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 1-3) 

Dakwah dan bangsa hanya tertegak dan bangkit melalui pembersihan saf-safnya 
daripada golongan munafik dan penipu. Hanya orang yang mempunyai keazaman yang 



www.dakwah.info 104 



benar, niat yang ikhlas dan prinsip yang kukuh akan tetap teguh menghadapi kesusahan. 
Alangkah ramai orang yang lemah iman dan para penipu menghalang perjalanan dakwah 
islah dalam umat. Mereka berusaha menyekat Islam daripada meraih atau melambatkan 
kemenangan walau seketika. Angkatan tentera Islam dalam ghazwah Tabuk telah 
emnyinkirkan mereka yang seumpama ini. Pekung mereka terbongkar. Kelemahan iman dan 
kerapuhan azam mereka terserlah. Satu angkatan tentera yang mempunyai saf yang tersusun, 
bersatu padu, iman yang kukuh dan setia kepada janji lebih berlaedah kepada umat walaupun 
bilangan mereka kecil. Mereka lebih hampir kepada kemenangan berbanding dengan tentera 
yang bilangannya besar tetapi berbeza gagasan, kemampuan dan keteguhan. 

f|jj) (JJ^l^J I «_« 4jj|j 4jjl Q iL) 5/>;4tss ASi CU~Lp *\J$ 413 -jA % 4rs> 



|2p 

"Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya 
menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) 
bersama-sama orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah: 249) 

Ketiga: Para sahabat yang kaya segera menyumbang menderma. Contohnya Abu 
Bakar, Umar, Othman dan lain-lain. Ini menjadi bukti terhadap tindak tanduk keimanan 
dalam jiwa orang-orang mukmin. Iman mendorong mereka untuk segera melakukan 
kebaikan, juga melawan hawa nafsu dan naluri diri. Iman ini diperlukan oleh setiap umat dan 
setiap dakwah untuk menjamin kemenangan ke atas musuh dan menjamin kewujudan 
sumber-sumber danayang mereka perlukan. Kita dapati umat kita pada hari ini amat 
memerlukan keimanan sebegini. Kerana kita berdepan dengan berbagai musuh, bebanan 
berat, pertempuran dahsyat dan, kekuatan dan kelicikan musuh. Oleh itu, kita tidak dapat 
menewaskannya melainkan dengan menggandakan pengorbanan harta, jiwa, hawa nafsu dan 
syahwat. Ini hanya dapat dicapai oleh agama yang mempunyai kefahaman sahih tentang 
hakikat keimanan. Agama ini mendidik jiwa-jiwa untuk ikhlas menyumbang dan berpenat 
lelah untuk umat mereka. Mereka melakukannya sebagai satu jihad yang diberi ganjaran oleh 
Allah, sebagaimana Dia memberi ganjaran kepada mujahidin di medan perjuangan. 

Usaha terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh para pengislah dan pemimpin 
kebangkitan ialah menyemai agama dalam jiwa-jiwa manusia dengan baik. Setiap 
penentangan kepada agama, seruan untuk membebaskan diri daripadanya atau reaksi 
mempersendakan agama merupakan jenayah nasional yang boleh mengakibatkan natijah 
paling buruk dan kesan paling bahaya. Demikianlah yang diajarkan oleh Allah kepada kita. la 
disahkan oleh sejarah lalu dan dibuktikan oleh pengalaman masa kini. Penafian tentang 
hakikat ini merupakan kesilapan yang hanya dilakukan oleh merekayang jiwanya tidak ikhlas 
kepada kebenaran, hatinya tidak terbuka kepada kebaikan dan peribadinya tidak dihiasi sifat- 
sifat ketinggian mahupun kemuliaan. 

Keempat: Terdapat mereka yang datang menemui Rasulullah s.a.w., meminta 
keizinan Baginda untuk berperang tetapi terpaksa ditolak kerana Baginda tidak memperolehi 
tunggangan yang boleh membawa mereka. Mereka telah beredar dengan linangan air mata 
kerana sedih disebabkan terhalang daripada memperolehi kemuliaan berjihad bersama 
Rasulullah s.a.w.. Peristiwa yang diceritakan oleh Allah dalam kitab-Nya ini merupakan 
contoh paling indah tentang kehebatan iman mencipta perkara yang luar biasa. Kebiasaan 
manusia akan gembira apabila dia terselamat daripada bahaya dan jauh daripada peperangan. 
Namun orang-orang mukmin yang jujur ini menangis. Mereka menganggap diri mereka telah 
terlepas daripada memperolehi habuan pahala Allah yang besar dan peluang mencapai mati 
syahid di jalan-Nya. Adakah terdapat prinsip yang bertindakbalas dalam jiwa sebagaimana 
tindakbalas iman dalam jiwa mereka ini? Apakah pula kerugian yang menimpa umat apabila 



www.dakwah.info 105 



mereka ketiadaan tokoh-tokoh sebegini? 

Kisah tiga orang yang tidak pergi berjihad kerana mengutamakan kerehatan, tidak 
mahu berpanas dan lebih suka tinggal di rumah, padahal mereka adalah orang-orang mukmin 
yang jujur, mengandungi pengajaran yang banyak. Selepas beberapa ketika, iman dalam jiwa 
mereka tersedar. Lantas mereka mengetahui bahawa mereka telah melakukan dosa yang besar 
kerana tidak turut serta bersama Rasulullah s.a.w. dan orang-orang mukmin. Namun begitu, 
keinsatan ini tidak menyebabkan mereka terlepas daripada hukuman. Hukuman mereka 
cukup keras dan membuatkan mereka serik. Seluruh masyarakat memboikot mereka. Orang 
ramai hinggakan isteri-isteri mereka dilarang bercakap dan berbicara dengan mereka. Setelah 
terbukti kejujuran taubat, penyesalan, kesedihan dan dukacita mereka, Allah mengumiakan 
keampunan kepada mereka. Apabila mereka diberitahu tentang khabar gembira tersebut, 
mereka girang tidak terhingga. Sesetengah mereka mensedekahkan harta dan pakaian mereka 
sebagai tanda kesyukuran kepada Allah di atas nikmat keredhaan dan keampunan-Nya. 

Pengajaran sebegini menghalang mukmin yang jujur keimanannya daripada culas 
dalam kerja-kerja yang wajib. Dia tidak akan rela berehat sedangkan orang ramai berpenat 
lelah. Apatah lagi bersenang lenang sedangkan orang ramai bersusah payah. Inilah tabiat 
iman; kamu sentiasa merasakan bahawa kamu merupakan ahli dalam satu kumpulan atau 
sebahagian daripada keseluruhan bahagian. la juga menye-babkan kamu merasakan apa yang 
menimpa kumpulan turut menimpa kamu. Begitu juga, apa yang bertaedah kepada mereka, 
turut bertaedah kepada kamu. Kesenangan tiada erti jika umat dalam kesusahan dan 
penderitaan. Rehat tiada lazat-nya sekiranya orang lain penat dan letih. Kamu juga merasakan 
sikap meninggalkan kewajipan merupakan satu tanda kekurangan iman dan kecacatan agama. 
Ia juga merupakan dosa yang perlu bertaubat dan kembali kepada Allah. 

Kisah ini juga memberi pengajaran kepada kita, bahawa akidah mengatasi hubungan 
kerabat. Begitu juga, perlaksanaan sistem yang diakui syarak didahulukan daripada mematuhi 
hawa nafsu dan emosi. Hubungan kerabat pula tidak dapat membantu apa-apa di hadapan 
kemarahan dan kemurkaan Allah. 

^pJkJlc^l^P ^l^ajjl AlZ3 ji^^aj jl la^l ^ Qjjd\^ QtJ]\ j JJtlJ3 

Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya beringat serta 
berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa 
yang tidak terperi sakitnya. (An-Nur: 63) 



www.dakwah.info 106 



(D) HAJJATUL WADA (HAJI SELAMAT TINGGAL) 

Hajjatul Wada merupakan satu-satunya haji yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. 
selepas diutuskan sebagai Rasul. Apabila orang ramai mendengar Rasulullah s.a.w. akan 
mengerjakan haji pada tahun tersebut, mereka berbondong-bondong datang dari pelbagai 
pelusuk semenanjung tanah Arab untuk sama-sama mengerjakan haji. Hinggakan bilangan 
mereka (mengikut sesetengah ahli sejarah) mencapai jumlah 114 ribu orang. Kami anggap 
bilangan ini adalah bilangan anggaran. Jika tidak, bagaimanakah mereka boleh dihitung dan 
ditentukan bilangan seramai itu? 

Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan khutbah Baginda yang masyhur. Setiap 
penuntut wajib menghalalnya kerana ia mengandungi pengisytiharan prinsip-prinsip umum 
Islam, la juga merupakan khutbah terakhir Baginda. Di dalamnya terkandung: 

"Wahai manusia! Dengarlah sabdaku. Aku tidak tahu, boleh jadi aku tidak 
akan menemui kamu selepas tahun ini di tempat ini untuk selama-lamanya. 
(Ramalan ini adalah antara mukjizat Rasulullah s.a.w.). Wahai manusia! 
Darah dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali 
dengan Tuhan kamu. la mesti dihormati sebagaimana kehormatan hari kamu 
ini (Hari Arajah) dan kehormatan bulan kamu ini (bulan haram Zulhijjah). 
Kamu akan bertemu dengan Tuhan kamu, lalu Dia akan menyoal kamu 
tentang amalan-amalan kamu. Sesungguhnya aku telah menyampaikan. 
Sesiapa yang mempunyai amanah, hendaklah dia menunaikan amanah itu 
kepada pemberi amanah. Semua amalan riba dihapuskan. Namun kamu 
berhak memiliki modal kamu tanpa kamu menzalimi atau dizalimi. Allah telah 
menetapkan tiada riba (lagi diamalkan). Oleh itu, semua riba kepunyaan 
Abbas bin Abdul Muttolib dihapuskan. Setiap tuntutan darah pada zaman 
jahiliah digugurkan. Tuntutan darah pertama yang aku gugurkan ialah darah 
Ibnu Rabiah bin al-Harith bin Abdul Muttolib (dia disusukan oleh Bani Laith 
dan telah dibunuh oleh Huzail). Dia merupakan tuntutan darah jahiliah 
pertama yang aku mulakan pengguguran tuntutannya. 

Wahai manusia! Syaitan telah berputus asa buat selama-lamanya untuk dia 
disembah lagi di bumi kamu ini. Namun sekiranya dia dipatuhi dalam perkara 
lain yang kamu anggap lekeh, ia sudah cukup untuk menyenangkan hatinya. 
Oleh itu, berwaspadalah terhadap agama kamu. 

Wahai manusia! Perbuatan menangguh tarikh bulan-bulan haram adalah 
penambahan kepada kekujuran. Orang-orang kajir menyesatkan orang ramai 
dengan perbuatan itu. Mereka menghalalkan bulan tersebut untuk setahun 
dan mengharamkannya untuk setahun yang lain dengan tujuan melakukan 
perkara-perkara yang Allah haramkan. Justeru itu, mereka menghalalkan 
perkara yang diharamkan Allah dan mengharamkan perkara yang dihalalkan 
Allah. Waktu telah berputar sebagaimana keadaan asalnyapada hari Allah 
menciptakan langit dan bumi. Bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan. 
Empat bulan daripadanya adalah bulan haram: tiga bulan berturut-turut dan 
satu lagi ialah Rajab Mudharl yang berada antara Jamadil Akhir dengan 
Syaaban. 

Wahai manusia! Kamu mempunyai hak ke atas isteri-isteri kamu dan mereka 
pula mempunyai hak ke atas kamu. Hak kamu ke atas mereka ialah mereka 
tidak boleh membenarkan sesiapa yang kamu bend (sama ada lelaki mahupun 
wanita, mahram mahupun ajnabi) memasuki rumah kamu. Mereka juga tidak 



www.dakwah.info 107 



boleh 

Kaum Mudhar amat memuliakan bulan Rajab. Oleh kerana itu, bulan tersebut 
dikaitkan dengan mereka. melakukan perkara keji. Sekiranya mereka 
melakukannya, Allah membenarkan kamu untuk meninggalkan tidur dengan 
mereka dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak keras. Sekiranya 
mereka berhenti daripada perbuatan-perbuatan ini, mereka berhak mendapat 
rezeki dan pakaian yang baik. Terimalah pesanan aku untuk berbuat baik 
dengan wanita ini. Mereka adalah pembantu kamu. Mereka tidak 
memperolehi apa-apa bagi diri mereka. Kamu mengambil mereka sebagai 
amanah Allah serta menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah. 
Fahamilah sabdaku ini, wahai manusia! Sesungguhnya aku telah 
menyampaikan. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu perkara yang 
jelasjika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama- 
lamanya: Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Wahai manusia! Dengar dan 
jahamilah sabdaku. Kamu tahu bahawa setiap orang Islam saudara kepada 
orang Islam yang lain. Sesungguhnya orang Islam bersaudara. Milik 
saudaranya tidak halal bagi seseorang kecuali apa yang diberikannya dengan 
rela hati. Oleh itujangan kamu memalimi diri-diri kamu. Ya Allah, adakah 
aku telah menyampaikan ? " 

Perkara pertama yang menarik perhatian dalam peristiwa Hajjatul Wada ialah 
kehadiran manusia yang begitu ramai bersama Rasul s.a.w.. Mereka datang dari segenap 
pelusuk semenanjung tanah Arab. Mereka beriman dengan Baginda, membenarkan 
risalahnya serta patuh kepada arahan-nya. Sedangkan 23 tahun sebelum itu, mereka 
semuanya berpegang kepada keberhalaan dan syirik. Mereka mengingkari prinsip-prinsip 
risalah Baginda dan merasa pelik dengan seruan tauhid yang disampaikan oleh Baginda. 
Mereka juga menjauhkan diri daripada kritikan Baginda terhadap nenek moyang mereka 
yang menyembah berhala, juga hujah Baginda memperbodohkan khayalan mereka. Bahkan 
ramai antara mereka yang menentang dan menunggu-nunggu masa untuk bertindak kepada 
Baginda. Bahkan mereka merancang untuk membunuh, mempersiapkan angkatan untuk 
menyerang dan bertarung dengan Baginda menggunakan pedang juga lembing. 
Bagaimanakah revolusi perubahan yang mengkagumkan ini berlaku dalam tempoh sesingkat 
ini? Bagaimanakah Rasulullah s.a.w. dapat menukar kelompok manusia yang ramai ini 
daripada pegangan keberhalaan, jahiliah, kerosakan dan perpecahan kepada mentauhidkan 
Allah, mengenali zat dan sifat-Nya, bersatu padu dan mempunyai satu objektif juga 
matlamat? Bagaimana mereka boleh mencintai Baginda sedangkan sebelum ini mereka 
memusuhi, kuat menentang dan terus bertelingkah dengan Baginda? Seorang manusia, walau 
sepintar, selicik dan sehebat mana peribadinya, adalah mustahil dia mampu mencapai 
perubahan ini dalam masa ratusan tahun. Kita tidak pernah mendengar fenomena sebegini 
pada umat terdahulu mahupun kini. Perubahan ini pasti disebabkan oleh kebenaran risalah, 
sokongan langit, pertolongan Allah dan mukjizat agama yang syumul lagi sempuma. Agama 
ini dijadikan sebagai penyempur-naan nikmat Allah ke atas hamba-hamba-Nya dan penutup 
risalah-Nya kepada manusia. Allah menghendaki agama ini berperanan menghentikan 
kesengsaraan umat yang sesat di celah lorong-lorong kehidupan, juga yang hina kerana hawa 
nafsu dan sentimen 'asobiyyah. Dia juga mahu menunjukkan mereka jalan hidayah dan 
membuka mata mereka kepada cahaya kebenaran. Dia ingin melantik mereka sebagai 
pemimpin bangsa-bangsa dan perubah perjalanan sejarah. Dia juga mahu mereka 
menghapuskan kehinaan manusia, seterusnya mewariskan kepada mereka, hikmah dan Kitab 
yang menjadi petunjuk dan peringatan kepada orang-orang yang berakal. 

Seratus empat belas ribu orang manusia yang sebelumnya mendustai, memerangi, 



www.dakwah.info 108 



membenci dan memberontak terhadap Baginda, bertukar menjadi mereka yang mempercayai, 
mematuhi, mencintai dan mentaati Baginda. Semua itu dalam tempoh 23 tahun. Ini adalah 
perbuatan Allah Yang Maha Benar lagi Maha Nyata. Maha suci Allah daripada apa yang 
mereka sekutukan. Maha suci zat Rasul-Nya daripada apa yang dikatakan oleh para atheis. 
Maha Suci Tuhan kamu, Tuhan Yang Maha Mulia daripada apa yang mereka sitatkan. 
Selamat ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. 

Perkara kedua yang menarik perhatian dalam peristiwa hajjatul Wada ini ialah 
khutbah yang bertenaga lagi jitu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada semua 
manusia. Begitu juga dengan pengisytiharan prinsip-prinsip selepas sempuma risalah dan 
kepimpinan Baginda. la merupakan penegasan terhadap prinsip-prinsip yang diisytiharkan 
sejak permulaan dakwahnya. Iaitu ketika Baginda masih keseorangan, ditindas, sedikit dan 
lemah. la adalah prinsip yang tetap dan tidak berubah, sama ada ketika sedikit mahupun 
ramai, ketika perang mahupun aman, kalah mahupun menang, dunia menentang mahupun 
menerimanya, musuh kuat mahupun lemah. Sedangkan kita mengetahui terdapat di kalangan 
pemimpin-pemimpin dunia, mereka yang berbolak balik ialam pegangan akidah dan prinsip. 
Pegangan mereka bercanggah ketika lemah dan ketika kuat. Cara dan objektif mereka pula 
berubah-ubah. Mereka menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang mereka 
sembunyikan dalam diri. Mereka juga mengajak kepada perkara yang mereka tidak percayai. 
Mereka memakai pakaian pendeta ketika lemah dan kulit serigala ketika kuat. Fenomena ini 
adalah kerana mereka itu "rasul" kepada maslahat, sedangkan para Nabi adalah rasul kepada 
Allah. Amat jauh beza antara mereka yang mengerumuni bangkai busuk dengan mereka yang 
berenang dalam lautan cahaya petunjuk. Begitu juga terlalu jauh beza mereka yang bekerja 
untuk diri sendiri dengan mereka yang bekerja untuk kemanusiaan. Juga amat jauh beza 
antara penyokong-penyokong syaitan dengan penyokong-penyokong Tuhan ar-Rahman. 
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia 
mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang 
kafir, penolong-penolong mereka ialah taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) 
kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al- 
Baqarah: 257) 



www.dakwah.info 109 



(E) PENGUTUSAN TENTERA USAMAH 

Usaha terakhir Rasulullah s.a.w. ialah mempersiapkan satu angkatan tentera ke Syam 
di bawah pimpinan Usamah bin Zaid bagi menyebar dan mempertahankan dakwah. la juga 
merupakan usaha menghalang serangan penceroboh dan tindakan proaktif untuk berhadapan 
dengan musuh yang menunggu-nunggu peluang menyerang negara Islam yang baru 
ditegakkan. Baginda memerintahkan beliau untuk menginjakkan kaki di sempadan al-Balqa' 
dan ad-Darum di bumi Palestin. Angkatan tentera tersebut terdiri daripada golongan 
Muhajirin, Ansor dan orang Islam yang tinggal di sekeliling Madinah. Tiada seorang pun 
yang terkecuali. Ketika angkatan tersebut berkumpul di Madinah bersedia untuk berangkat, 
Rasulullah s. a.w mula jatuh sakit; Sakit yang berakhir dengan kewatatan Baginda. Oleh itu, 
bala tentera tersebut menangguhkan perjalanan mereka kerana menunggu sehingga Rasul 
sembuh. Mereka juga ingin mendapat saranan dan petunjuk Baginda. Namun beberapa hari 
selepas itu Rasulullah s.a.w. wafat. Allah telah memilih Baginda untuk kembali ke pangkuan- 
Nya. Iaitu setelah Baginda menunaikan amanat, menyampaikan risalah dan mempersiapkan 
seluruh semenanjung tanah Arab untuk membawa panji-panji Islam. Mereka telah bersedia 
untuk menyebarkan peradaban dan ajarannya ke segenap ceruk bumi. Ketika itu tentera Islam 
juga telah mampu untuk memikul beban amanah yang membawa impak besar kepada sejarah. 
Baginda diwafatkan selepas tersedia anggota tentera yang layak untuk mengharungi siri 
pertempuran demi amanah tersebut. Para panglima berkaliber untuk memimpin peperangan 
dan tokoh-tokoh agung lagi soleh untuk menguruskan negara telah berjaya dilahirkan. 
Selawat dan salam Allah ke atas Rasul-Nya. Semoga Allah membalas Baginda dengan 
sebaik-baik balasan bagi pihak kita dan kemanusiaan. Jika bukan kerana Baginda dan 
tenteranya yang setia, jika bukan kerana tenteranya menunaikan amanah selepas Baginda, 
nescaya sekarang ini kita berada dalam kesesatan yang nyata. 

Allah telah memuliakan Rasul-Nya dengan kemuliaan yang tidak pernah diberikan kepada 
para Nabi sebelum Baginda. Usia Baginda dipanjangkan sehingga Baginda dapat 
menyaksikan hasil dakwah dan perjuangannya melitupi seluruh semenanjung tanah Arab. 
Dakwah Baginda membersihkan bumi Arab daripada berhala untuk selama-lamanya. Dakwah 
Baginda juga menjadikan mereka yang meruntuhkan berhala dengan tangan-tangan mereka 
sendiri merasa gembira dengan nikmat Allah yang telah menyelamat-kan mereka daripada 
kesesatan. Padahal merekalah yang menyembah, sujud dan memohon pendampingan dengan 
berhala tersebut. Baginda juga membentuk mereka agar bersedia menjelajah muka bumi 
membawa cahaya petunjuk yang dikumiakan Allah kepada mereka untuk manusia. Generasi 
yang menyembah dan mempertuhankan berhala. Hidup semasa jahiliah dalam keadaan alpa 
di samping memiliki keupayaan dan bakat yang tidak tersusun. Kemudian generasi inilah 
yang bertindak memecahkan berhala dan membangunkan negara Arab yang pertama dalam 
keseluruhan sejarah Arab. Negara yang ditegakkan tersebut berperanan memikul risalah, 
menggariskan objektif dan bertindak sebagai guru juga penyelamat kepada bangsa lain di 
sekelilingnya. Mereka merupakan peneroka yang bangga dengan petunjuk, cahaya dan 
kebaikan yang dibawa. Mereka bersimpati dengan kejahilan, kegelapan dan keruntuhan yang 
dialami oleh bangsa-bangsa lain. Sedangkan sebelum ini, Arab kagum dan mengagungkan 
bangsa-bangsa tersebut. Bahkan mereka tunduk kepada mereka dalam politik, pemikiran dan 
sosial. Ini merupakan peristiwa yang unik dalam sejarah dahulu mahupun moden. Pengutusan 
Usamah merupakan simbol kepada peristiwa tersebut dan hasil produk risalah yang bertuah 
lagi berkat ini. 

Selanjutnya, Rasulullah s.a.w. telah melantik Usamah bin Zaid memimpin angkatan 
tentera tersebut padahal beliau adalah seorang remaja berusia 20 tahun. Di bawah 
kepimpinannya terdapat tokoh veteran Muhajirin dan Ansor seperti Abu Bakar, Umar, 
Othman, Ali dan lain-lain tokoh yang terlebih dahulu memeluk Islam dan telah terbukti 



www.dakwah.info 110 



keperwiraan mereka. Mereka juga lebih tua dan berkedudukan berbanding Usamah. Tindakan 
Rasulullah ini mempamerkan salah satu sunnah Islam yang terpuji. la memansuhkan 
perbezaan antara manusia yang berdasarkan kemegahan, usia dan jasa. la juga mengutamakan 
keupayaan yang baik tanpa mengira usia dan kedudukannya. Seterusnya, sejarah telah 
mengesahkan bahawa ia tidak pernah melahirkan tokoh yang agung dan berkaliber seperti 
tokoh-tokoh agung ini. Namun mereka redha untuk berada di bawah kepimpinan Usamah 
yang muda belia. Ini menunjukkan sejauh mana tahap penga-suhan jiwa dan akhlak yang 
telah mereka capai, hasil daripada usaha, petunjuk, didikan dan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. 

Melantik Usamah menjadi ketua kepada tokoh-tokoh seperti Abu Bakar, Umar, 
Othman dan Ali merupakan peristiwa besar yang tak pernah dialami oleh mana-mana bangsa. 
Ia merupakan sejarah pertama yang menunjukkan kewajipan membuka ruang kepada 
keupayaan dan kepintaran para remaja, juga kewajipan membenarkan mereka memimpin 
urusan-urusan jika mereka berkelayakan. Sekiranya orang Islam selepas itu sentiasa 
mengingati pengajaran besar ini, nescaya bencana dan mala petaka akan lenyap daripada 
sejarah Islam. Begitu juga keributan dan fitnah yang mengganggu gugat tiang negara Islam 
dan melemahkan kekuatannya akan hilang. Alangkah bijaknya tindakan Rasulullah yang 
disokong oleh wahyu langit. Baginda juga dikumiakan kebijaksanaan, pendapat yang tepat, 
pandangan yangjauh dan kemampuan politik yang hebat. Keistimewaan ini tidak diberikan 
kepada para nabi sebelum Baginda. la juga tidak diketahui terdapat pada mana-mana tokoh 
besar sejarah sebelum dan selepas Baginda. Semoga Allah meredhai Usamah yang masih 
muda belia. Tahniah kepada beliau kerana mendapat kepercayaan Rasulullah berkenaan 
keupayaannya untuk memimpin, kejujuran azamnya dan keislamannyayang baik. Tahniah 
sekali lagi kepada beliau kerana telah dijadikan Baginda sebagai contoh teladan kepada 
remaja-remaja kita yang beriman lagi beramal. 



www.dakwah.info 111 



(F) KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W. 

Rasulullah s.a.w. wafat setelah Baginda mengetahui ajalnya telah hampir melalui 
jalan wahyu. Baginda mengucap selamat tinggal kepada orang ramai pada Hajjatul Wada'. 
Hati-hati para sahabat berdebar-debar, gelisah dan bimbang sekiranya ajal Baginda telah 
hampir. Namun apabila ajal yang ditetapkan oleh Allah datang, ia tidak dapat ditangguhkan. 
Apabila berita kewatatan Rasul s.a.w. tersebar, semua para sahabat menjadi kacau bilau 
kerana tragedi yang dahsyat itu. Madinah bergegar hebat. Ramai para sahabat yang besar dan 
mereka yang terdahulu memeluk Islam hilang kewarasan akalnya. Ada di kalangan mereka 
yang lidahnya kelu. Ada yang jatuh lumpuh tak berdaya bergerak. Ada pula (iaitu Umar) 
yang menghunus pedangnya seraya melarang orang ramai mengatakan Rasulullah s.a.w. telah 
wafat. Beliau mendakwa Baginda sekadar koma dan akan kembali semula kepada mereka. 
Hanya Abu Bakar seorang sahaja yang masih teguh jiwanya. Beliau masuk menziarahi 
Rasulullah s.a.w. sedang Baginda kaku diselubungi (selimut) di atas katilnya. Beliau lantas 
mengucupi Baginda seraya berkata: "Aku tebus kamu dengan bapa dan ibuku, wahai 
Rasulullah! Alangkah eloknya kamu ketika hidup mahupun mati! Kematian yang Allah 
suratkan kepadamu telah kamu rasai. Kamu tidak akan ditimpa kematian lagi selepas ini 
untuk selama-lamanya. Wahai Rasulullah, ingatilah kami di sisi Tuhanmu." Kemudian Abu 
Bakar keluar menemui orang ramai. Beliau berucap kepada mereka seraya berkata: "Wahai 
manusia! Sesiapa yang menyembah Muhammad. Muhammad telah mati. Sesiapa yang 
menyembah Allah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak mati." Kemudian dia 
membacakan firman Allah: 

,- ^ ^ ' 9^ ~'.s ■**'.' ■"<>'■*£ s 4 '^ ^Jt t i •" ' 9 '. - 9 ' t 4 '* $ * s 

^ytj 15v.'Sp I JJlP iCiij I J^j jl o>u Jt[i I J-^jJ I 4ls ,>» oJ->- Ji J^*.j y I wU3i- uj 

■i *■ .. 

, *■*}$■* ■* s ^ s$ ■* S 2 ■■ " S -■ ' ' ' * 

(^% Oij^-^jLJ J I 4j>)l (_gJ>t4-^J U~^. 4j>)l Jyaj -ia 4.^.5-P ^Js> <4-J-S-~j 

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun 
didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika 
demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik 
(berpaling tadah menjadi kajir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik 
(menjadi kajir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah 
sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada 
orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada 
bandingannya itu). (Ali Imran: 144) 

Apabila Abu Bakar membaca ayat al-Quran tersebut, mereka tersedar daripada 
kejutan yang dahsyat itu. Mereka seolah-olah tidak pernah mendengar ayat tersebut sebelum 
itu. Kata Abu Hurairah: Umar berkata: "Demi Allah, tidak terlintas firman Allah yang 
demikian melainkan apabila aku mendengar Abu Bakar membacanya. Lantas aku terkejut 
dan kebingungan sehingga aku terduduk ke bumi kerana kedua kaki ku tidak berdaya 
menanggungku. Ketika itu aku tahu bahawa Rasulullah s.a.w. telah mati." 



www.dakwah.info 112 



Pengajaran 

Terdapat dua pengajaran yang cukup mendalam di sini: 

Pertama: Para sahabat terkejut dengan kematian Rasulullah s.a.w. hingga seolah-olah 
kematian tidak mungkin berlaku kepada Baginda. Padahal kematian itu penghujung kepada 
setiap kehidupan. Fenomena ini berlaku kerana mereka amat mencintai Rasulullah s.a.w.. 
Cinta mereka itu menyerap ke dalam darah dan urat saraf mereka. Kehebatan kejutan kerana 
kehilangan kekasih adalah mengikut kadar kecintaan tersebut. Kita lihat orang yang 
kehilangan anak atau bapa, masih tidak mempercayai dia telah kehilangannya berhari-hari 
lamanya. Apakah cinta di dunia ini yang mencapai kehebatan cinta para sahabat yang baik ini 
kepada Rasulullah s.a.w.? Allah telah memberi petunjuk kepada mereka melalui Baginda. 
Baginda juga telah menyelamatkan mereka daripada kegelapan kesesatan kepada cahaya 
kebenaran, mengubah kehidupan mereka, membuka pemikiran dan pandangan mereka, serta 
mengangkat mereka ke tahap tokoh pemimpin yang agung. Selanjutnya lagi, Baginda juga 
berperanan sebagai pendidik, hakim dan pemberi panduan kepada mereka. Mereka merujuk 
kepadanya ketika malapetaka, meminta panduan ketika berhadapan dengan peristiwa- 
peristiwa dan mengambil tirman Allah untuk mereka melalui Baginda. Mereka juga 
mengambil hadis-hadis dan pengajaran Baginda untuk mereka. Apabila Rasulullah s.a.w. 
wafat, semua ini telah terputus. Kejutan apakah lagi yang lebih hebat dan dahsyat daripada 
kejutan ini? 

Kedua: Pendirian Abu Bakar menunjukkan beliau seorang yang memiliki jiwa yang 
teguh dan bersemangat waja ketika berhadapan dengan malapetaka. Kriteria ini tidak dimiliki 
oleh sahabat lain. Ini menjadikan beliau orang yang paling layak untuk menggantikan 
Rasulullah s.a.w.. Sifat ini juga terbukti ketika beliau menangani gerakan murtad di 
semenanjung tanah Arab. 



www.dakwah.info 113